Wednesday, 31 May 2006

WHAT ARE THE SIMILARITIES BETWEEN MICKEY MOUSE, RAMLI SARIP AND FIDEL CASTRO?

By - HESMEL FAZNEE AHMAD FAISAL
Kalau berfikir menggunakan akal, sudah pasti ia akan mencernakan minda. Jika berfikir menggunakan nafsu, akan bisa terlajak perkara yang tiada kepastian.

Recently I watched Akademi Khayalan (A.K) and to my astonishment it was totally different from the antecedent A.K shows indeed. As the new principal for A.K Mark IV, Ramli Sarip has managed to grapple a new revelation in the most anticipated TV reality show in our history of Malaysian entertainment. All 12 students or participants of the program were given Tan Sri P. Ramlee’s song to sing for their next concert.

If we were to compare all previous A.K shows, most of the students are given effortless songs or familiar songs for them to digest at. Especially during the first week of the show. But to imagine the new A.K partipants (I refused to refer them as students because what can they learn in 10 weeks?!) have to sing evergreen songs for the first week of the show, it is surely worth your cent to vote for them! This is where we can see whether they are truly capable in carrying the song given or they are just there for the sake of fame and fortune.

Papa Ramli is without doubt, a man on his own word. He had promised to viewers he will try to change the concept of A.K and he did it! He has made the participants taste how hell freezes over!

Back to reality. There were some interesting issues raised in the media recently. The most interesting part is, Mickey Mouse will be in town..And no! He’s not planning to be here just for a weekend trip but he is planning to settle down in Johore Baru!
According to the Star Online, Prime Minister, Dato’ Seri Abdullah Badawi gave a green light on the proposal of setting up a Disneyland theme park which is similar to the ones in Florida and Tokyo.

I think it will definitely be a good idea for us to have a theme park in JB especially with the Singaporeans who kept on coming to JB and buy our things (I sounded so emotional on this part!) Imagine millions of Singapore dollar flushing in to our country once the theme park has been build in JB. And imagine all Singaporeans flocking in to our own Disneyland (poor Singapore, they don’t have any space left to build a new theme park, besides the current Sentosa Island which is already musty!)

For Johorean, this is the best gift by the Prime Minister after the cancellation of the New Crossway bridge project. Well, at least the Johore State Government can now look forward in creating new projects in JB and can give benefits to Malaysians.. Pak Lah is truly a clever politician (and not a dumb politician indeed!) after he had upset many with the termination of the Crossway project and the controversial oil increase he had gave a better present for Malaysians to look forward to, in the shape of Johore Bahru Disneyland!

I really hope the project will become a reality as many people are looking forward to feel what Disneyland theme park is all about. What worries me is how much the entrance fee for it? This is another subject which we must study thoroughly. We don’t want the theme park built specially just to attract the Singaporeans. But it is also for Malaysians to share and to feel the joy of going on the ride and take pictures with Mickey Mouse and his cohorts.

Besides the issue of building a Disneyland theme park in JB, there were some interesting issues going around in the local paper. NAM (Non-Aligned Movement) has shown its support to Iran in building the nuclear programme for peace.

The NAM movement has also agreed to help the Palestinian in funds for the development of the country. This year will mark the final year for Malaysia to chair and head the movement. Cuba will carry on the baton after September and it will surely be an interesting subject to discuss with. At the same time, the Americans will definitely keep on the normal pressure to Cuba.

But the most important priority is to finalised the conflict between Israel and Palestine, which has been going on for ages! We really hope, under Cuban President Fidel Castro, the issues will be resolved and we can see the light for a better life for both countries, Israel and Palestine.

Back to Malaysia..I really hope Papa Rock, Ramli Sarip will inject some quality music for the A.K participants to ponder at. Enough is enough for us to take and to swallow another wannabe artiste, in the shape of Nana A.F1 (again, I don’t have any grudge on the petite deejay) and others. Good luck for the new A.F 4 participants. May the Force be with you!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

Monday, 29 May 2006

Antara M. Nasir dan Pencinta?

Oleh - Hesmel Faznee Ahmad Faisal
Kalau mimpi tidak tercapai, bukan kerana engkau tidak mampu, tapi barangkali kau tidak cukup tidur atau tidurmu belum bagus lagi..

Album baru sifu M. Nasir, (sifukah beliau, atau kerana Malaysia cukup mudah mengagungkan seseorang jika dianya itu lain dari norma2 lain?) telahpun berada di pasaran. Dengan tajuk yang agak simple, SANG PENCINTA.

Ada 10 buah lagu baru dan yang paling baru di sini ialah konsep yang diperkenalkan oleh M. Nasir, banyak perbedaan dari album-album beliau seperti Phoenix Bangkit, Canggung Mendonan, Saudagar Mimpi dan Solo. Jika album sebelum ini banyak menampilkan wold music, album SANG PENCINTA menampilkan M. Nasir cuba bereksperimentasi muzik-muzik Motown, Jazz, Polka dan Blues. Ternyata penulis melihat ini satu KEGAGALAN. Mengapa? Mengapa mesti bereksperimentasikan muzik-muzik yang dia sendiri tidak kuat (maksud penulis dari sudut pengawalan dan pengalaman aliran muzik ini) dan tidak mahir?

M. Nasir sepatutunya mengkayakan kepakaran beliau yang telah diiktiraf, iaitu kemahiran beliau di dalam muzik dunia (atau world music). Secara peribadi, penulis merasakan album beliau iaitu Phoenix Bangkit adalah antara album yang paling terbaik pernah dihasilkan beliau, selalin album Canggung Mendonan (yang bermaksud muzik orang asing – bukankah ini satu terminologi yang tepat bagi beliau, sebagai warga Singapura yang mendapat pengiktirafan di Malaysia?)

Penulis sehingga kini cuba untuk menyesuaikan diri dengan muzik “baru” yang dibawa M. Nasir. Tetapi sehingga saat ini (ketika artikel ini ditulis, penulis masih mendengar album Sang Pencinta) tidak dapat untuk menerima setiap lagu-lagu yang dibawanya. Sememangnya agak murah dan tidak berkualiti. Maksud penulis dari aspek dynamic range, quality, versatility dan juga tone, agak hambar dan tidak membawa dan memberi apa-apa erti.

Setiap lagu hanya berlalu begitu sahaja. Melodi-melodi yang dimainkan tidak melekat langsung dalam aqal penulis.

Apa yang telah berlaku? Adakah ini yang dipanggil the declining creativity of a warn out musician, singer? Sememangnya ia agak menyedihkan kerana M. Nasir telah hampir 30 tahun mengabdikan dirinya dalam bidang muzik Malaysia dan jika ia berterusan, M. Nasir mungkin akan dipandang sebagai another P. Ramlee, yang pada saat akhir kematiannya beliau telah menghasilkan karya-karya yang maha gagal seperti filem-filem Putus Sudah Kasih Sayang sehinggalah filem Laxmana DoReMi!

Adakah kerana bad karma yang melanda M. Nasir akibat menjadi pengetua Akademi Fantasia (ramai rockers tidak bersetuju M. Nasir menjadi pengetua) hinggakan muzik beliaupun seakan-akan segampang (semudah) muzik-muzik pelajar A.F?

Berbalik kepada Akademi Fantasia, penulis hendak mengingatkan pembaca blog BACALAH, penulis tidak ada sebarang grudge terhadap A.F cuma penulis merasakan ia sebuah program yang terlalu mudah untuk diikuti dan tidak ada langsung karisma di dalam program ini. Terbaru seperti yang penulis jangkakan, calon A.F yang bertudung, Salima telah terpilih menjadi pelajar A.F untuk kali ini.

Ini adalah satu strategi yang maha kemas yang dilaksanakan oleh ASTRO, memilih calon-calon yang mempunyai latarbelakang atau mencerminkan keIslaman dan pasti akan mendapat rating atau undian tertinggi. Penulis percaya, Salima ini akan turut menerima undian yang sama seperti Mawi terima dahulu. Bukankah Malaysia ini mudah layu kepada unsur-unsur keIslaman? Jika seorang itu bijak berbicara tentang soal Islam maka dia ini diangkat sebagai jaguh, begitu juga dalam Akademi Fantasia.

Penulis melihat M. Nasir turut “termakan” dalam jerutan dan percaturan bijak ini. Atau mungkin M. Nasir sendiri sudah malas dengan industri muzik kita yang semakin nazak dan hanya menantikan masa untuk diganyang teruk oleh industri muzik Indonesia? Sememangnya kita telah teruk dilanyak, satu demi satu. Penulis bersimpati dengan kumpulan-kumpulan muzik yang ada di Malaysia. Ada yang berkeluarga, ada yang mempunyai tanggungjawab hidup (bukan sahaja mereka tetapi kita juga!) tetapi persoalannya, kemanakah mereka ini suatu masa nanti seandainya “bendera Indonesia” ini terpacak keras di bumi Malaysia yang dicintai ini?

Kita kan tersesat pabila malam menjemput bulan semula ke sangkar waktu – The Salam Connection

Gurindam Seorang Orang..

Aku menyampah..
Aku meluat..
Aku benci..

Aku jelak..
Aku resah..
Aku tertekan..

Akui, aku...
Mengaku, aku..
Mengiyakan, aku..

Semua, adalah semata-mata..
Segalanya, adalah semata-mata..
Setiapnya, adalah segala-galanya..

Biarlah..Aku benci, aku tertekan!!
Aku meresah..Aku nak mencari,Aku hairan!!
Di mana?? Mana? Tiada?!!

Cyber Music Asia -29hb Mei 2006

Friday, 26 May 2006

It Is Not Merely A Beautiful Book, It Is More Than That..

By - Hesmel Faznee
Something for our mind or thought to digest at…

Recently I went for my usual Friday prayers, somewhere in Kelana Jaya. The content of the sermon was something unusual or maybe something usual (from the context of a normal person, perhaps) for a normal yet very pious person to digest. (I noticed my writing for this article have been using the word digest many times!)

He was preaching about the importance of reading the Quran. But the thing is, why must we only read the Quran when we must master the Quran; to understand the full meanings of it and how Quran can change our life. It is also mention in the sermon about how beautiful and charming the Arabic words which has been used to write the Quran. But instead they kept on complaining why God didn’t explain to them about the content of the Quran. (Surah 41:44)

We forgot about the importance in understanding the true essence of the Quran, when God had already remind us to study the Quran thru the first word that has been commenced to us, and in the surah God had said about our creation, and to admit He is our God, who teach us how to read and write. (Surah 96:1-7).

We must heed the wonderful and beautiful advice from God for He is the one who had gave us all knowledge and informations. We ignored about the fact why God has give us Quran, that is to guide us. We, must always remember that it is not merely to read but to understand every word God had mentioned in the Quran. God had teach us how to wash ourselves (Surah 5:6), besides other teachings as well.

This is the most improtant aspect in the Quran.The most essential is why Quran has been laid down in Arabic language and not in other languages (Surah 41:44).

We must make sure we study every word in the Quran and not only to read the Quran thouroughly without understanding it. What is the purpose of reading it without any understanding on it?

There had been cases where some Muslims in Malaysia renounced their beliefs in Islam because the harshness they have received amongs the ulamaks in the society and the attitude of the ulamaks towards the younger generation.

The younger generation seeks advice from these groups on Islam has been tarnished by different thoughts about the modernization in the society. The way these certain quarters preach Islam is totally diferrent from the way Prophet Muhammad preached Islam, more than 1400 years ago. They prefer to use the very old way of forcing them to follow without giving explaination and the necessary well being of doing it.

For example, the most famous covering the aurat method. It is a subjective matter and has been debated for more than a decade in our society.

God never gave any dresscode in the Quran but what God had mention was only to cover our aurat and to act decent It never stated in the Quran on how we should dress but only mention about the best garment is the garment of righteousness. These are some of God's signs, that they may take heed. (Surah 7:26).

We must also make sure we have complete knowledge about matters surrounding us. As God had mention in Quran, O children of Adam, do not let the devil dupe you as he did when he caused the eviction of your parents from Paradise, and the removal of their garments to expose their bodies. He and his tribe see you, while you do not see them. We appoint the devils as companions of those who do not believe. (Surah 7:26)

What’s more important is that we read the Quran with full knowledge and not only reading it loud without understand each word. That’s the reason why some Muslims refused to follow the true teachings of Islam.

Kita kan tersesat pabila malam menjemput bulan semula ke sangkar waktu – The Salam Connection.

Hantu Hutan, Hujan Hantu..

Aku ada di sini,
Telah sampai akhirnya konon,
Membawa jutaan mimpi,
Untuk dijualkan pada pedagang khayal,

Benarlah,
Kesungguhanku meragut cengkerik malam,
Dan ku terlepas pabila terjaga,
Dari kebodohan di waktu pagi,

Empat ruang,
Empat sudut,
Di manakah aku?
Aku mungkin di mana-mana,

Keriuhan malam,
Mensyahdukan siangku,
Segalanya mungkin,
Pabila terlepas dari sini,

Siapakah aku?
Takut hendak kemana-mana,
Masih terus menanti di sini,
Tatkala malam mencuri kepanasan petang,

HUJANHUTAN,
HUTANHUJAN,
HANTUHUJAN,

HANTUHUJAN,
HUJAN HUTAN,
HUTANHUJAN,
HANTUHUJAN,
HUJANHANTU,
HANTUHANTU,
HUTANKANHUJAN,

Anak dunia telahpun pergi,
Tinggalkan segala bicara Kuno,
Selamatkan segera duniaku ini,
Siapa akan selamatkan aku?

- Dideklamasikan di dalam rancangan Radio 3 Pulau Pinang, 2002-

Hamba Dan Perwara..

Aduh perwara,
Kalau bisa kau keluarkan,
Angin asmara dari tubuh tua ini,
Bisa kau dimandikan emas,

Wahai perwaraku,
Siapa yang bisa mensula langit?
Dalam kelam dan seram,
Pada tika malam itu berserabut?

Hamba ini yang cabuk,
Berhabuk dan mabuk,
Dikau itu pacuan tunggangan,
Pejuang-pejuang Dahriyah,

Syurga tak pernah menyeruku,
Aku tahu syurga bukan tempatku,
Neraka tak pernah dalam ingatanku,
Tak tahan menahan panasnya,

Sumpahku takkan ku biarkan,
Ditelan hawa dimamah nafsu,
Kau turut sama dalam jalanan ini,
Entah manalah simpang benarnya...

-1996-

The Followers - Marina Mahathir

A FRIEND was relating how after her daughter had read the Da Vinci Code, she had wanted to read the Bible. Which is not in itself a bad thing except that she was concerned that an impressionable young mind would not be able to differentiate fact from fiction. Also it seemed that perhaps what was needed is a Da Vinci Code-type book for Muslims to spark off the same level of interest in young people in their own religion.

Except that if anyone tried to write a similar thriller based around Islam, they’d be hounded and pilloried and threatened with death, thousands would riot in protest and people who would never have been able to read the book either because they are illiterate or can’t afford it would have died.

Such is the difference between our religions. While there are many Christians who are upset about the book and movie, they are countering it with seminars and other educational events to balance what is being said in the book, even if the book is only fiction. There have not been Da Vinci Code-related riots or deaths thus far. Which speaks volumes for the adherents of the faith.

It would be nice if everyone could brush off similar challenges and say “we are strong enough to withstand any attack”. Even if a book or a movie becomes a runaway hit, compared to the total number of any faith’s followers, the numbers sold can never match it. Books are by nature, in a world where illiteracy is still common, a luxury item. As are American movies, no matter what arguments people make about cultural imperialism.

I remember when there were riots over Salman Rushdie’s book The Satanic Verses, President Benazir Bhutto commented wryly that the people who were dying over the book were those who would never have read it, or possibly even heard of it if someone hadn’t whipped them into a frenzy. A similar situation arose with the cartoons. As insensitive as they were, they were still not worth dying over.

The point is that people’s impressions of a religion are often related to the behaviour of its adherents. Some religions are thought of as simply kooky because its followers behave strangely. Some are viewed as benign and peaceful because its followers resolutely will not harm a fly.

But when people, supposedly in the name of religion, riot, burn and kill, it can’t help but give the impression of a religion that advocates this, no matter how much we point out that nowhere in religious texts itself does it say you should do this. And unfortunately we get the whole spectrum, from men who publicly insult women on a daily basis without censure to the real crazies.


Recently in New York I had to suffer the embarrassment of having to listen to a Muslim man say to a non-Muslim woman at a forum, “Don’t mess with Muslims, we have nuclear weapons!” There I was trying to dispel stereotypes about violence-prone Muslims and in one fell swoop, this nutcase confirmed every stereotype there was.

I think the only people who can dispel stereotypes about Muslims are women. While there are certainly some conservative women, even when these speak out they will naturally change perceptions because in a world where Muslim women are perceived to be perpetually hidden behind curtains, their sheer presence and articulateness will be noticed. What more if they are able to argue rationally in a calm manner.

Thus far there have been very few Muslim men in the international media who give a good impression. We might argue that the Western media selects who they interview in order to perpetuate stereotypes, which is true and that is a problem for all of us. A man or woman who looks like the archetypal wild-eyed conservative is far more telegenic than someone who looks like everyone else. Channel surfers are far more likely to stop at the sight of someone they think of as alien to their culture than if they see someone too similar to them. To stop this means having to make a concerted effort to come together as one community and decide on a sophisticated media strategy. But sadly coming together as one united community is a challenge in itself.

If we do manage as a global community to change other people’s perceptions of us, the benefits would be many. Our own people might think more kindly of each other so peace would reign within. And because within ourselves, we respect diversity, we can do the same with others. Then peace would truly have a chance.
editor's note - Above is an article from Marina Mahathir, which I think is an interesting article to share with our Bacalah blog readers (if there is any) who read this blog

Thursday, 25 May 2006

SEORANG NENEK DAN SEORANG IBU...

Oleh - Hesmel Faznee Ahmad Faisal
Mengapakah kita ni kurang bagus? Atau kita dah bagus? Cuma kita bagus kat tempat sendiri?

Sebenarnya persoalan utama yang perlu kita jawab ialah apakah yang membuat kita ni bagus? Persoalan ini terlalu subjektif. Terlalu complicated kalau kita fikir menggunakan mata akal dan tidak menggunakan mata hati. Hari demi hari, negara kita semakin kekurangan artis yang benar-benar berbakat. Kalau adapun dia mungkin tenggelam dalam gelombang glamour artis-artis “mee segera”.

Seperti yang penulis ingin tekankan di sini, penulis tidak ada sebarang grudge terhadap alumni Akademi Khayalan (aka Akademi Fantasia) tetapi yang penulis agak keberatan di sini ialah setakat ini, sehingga ini siapakah artis-artis dari A.K (Akademi Khayalan) yang benar-benar dianggap berjaya di dalam industri seni kita? (jangan disebut Mawi kerana dia berjaya hanya dalam imaginasi dan fantasi peminatnya sahaja)

Apa yang telah berlaku pada Nana (dia dan fantasinya itu)? Hanya sekadar menjadi D.J di radio ERA. Mujurlah ERA itu pun sebahagian dari hak milik Astro. (atau milik conglomerate Ananda Krishnan) Jika tidak penulis agak pesimis tentang nasib Nana tu. Selain dari bakatnya (Berbakatkah dia?!) yang tidak seberapa, penulis andaikan dia mungkin sekarang kembali ke J.B dan hanya bekerja kilang atau mungkin di pasaraya, seandainya dia tidak diambil bekerja di ASTRO atau mungkin mendapat undian tertinggi di dalam A.K itu. Maaf, penulis tidak memandang rendah golongan ini (mereka lebih mampu dan mewah dari graduan2 Malaysia yang menganggur) tetapi apa yang hendak ditekankan di sini ialah berapa ramaikah artis kita yang benar-benar dari institusi pengajian tinggi atau mempunyai ijazah sekurang-kurangnya?

Jika kita memberikan inisiatif kepada mereka tentang pentingnya kita mempunyai pendidikan, sampai bilakah mereka ini akan hanyut dalam fantasi sendiri. Ibubapa harus memberikan penekanan tentang aspek ini. Kita tidak mahu lagi mendengar seorang nenek yang menggalakkan cucunya untuk masuk ke dalam A.K ini (penulis hidup dalam dunia realiti atau fantasi?) atau seorang ibu yang menangis pemergian anaknya ke A.K ini.

Sebaliknya kita harus mendidik mereka bahawa, ilmu itu penting, setelah mendapat ilmu yang sepatutnya barulah mereka bebas memilih apa sahaja bidang yang mereka mahu. Kita tidak mahu mereka sekadar gah di dalam sahaja. Itu yang membezakan seniman Malaysia dan Indonesia. Mereka benar-benar berbakat dan berilmu (bukanlah maksud penulis mereka berilmu tinggi tetapi mempunyai pengetahuan tentang seni mereka dan latarbelakang mereka) tetapi mereka juga mempunyai jatidiri yang tinggi.

Apa yang penulis lihat di Malaysia ialah kita mudah menerima bulat-bulat apa sahaja yang disuapkan oleh seni luar ke dalam mulut kita. Jadi, anda bayangkan generasi X (generasi gagal la tu..) Malaysia sekarang, menerima dan mengangguk apa jua nilai2 luar ke dalam pemikiran mereka.
Ini mengingatkan penulis kepada nenek yang menggalakkan cucunya untuk masuk A.K (perlukah acapkali penulis mengulangi perkara ini?) dan seorang ibu yang menangisi pemergian anaknya ke dalam A.K (perlukah acapkali penulis mengulangi perkara ini?)

Kita kan tersesat pabila malam menjemput bulan semula ke sangkar waktu – The Salam Connection

DEMAM CAMPAK, DEMAM J.E DAN DEMAM AF, KITA YANG DEMAM!

Hari ini masyarakat makin melupakan diri sendiri. Mana tidaknya?

Keghairahan menyambut demam "makan mee segera minda" semakin hampir. Anda pasti tahu apa yang penulis maksudkan. Ini bukan demam selsema ataupun demam rindu tetapi demam A.F (aka Akademi Fantasia). Penulis tidak ada sebarang objection terhadap kegilaan remaja masakini malah penulis menyokong secara prinsipnya tetapi secara hoohaa yang dihadapi sekarang, penulis agak risau dan ghaplah (pinjam terminologi orang utara. Apa masalahnya? Penulis dari sana!)

Penulis tertengok program diari A.F melalui Astro Ria baru-baru ini. Agak tragis dan tragik! Seorang nenek menggalakkan cucunya untuk masuk ke dalam Akademi Khayalan (lebih baik dari Fantasia – pinjam terminologi orang puteh buat apa?!), kemudian seorang ibu yang menangisi “pemergian” anaknya ke Akademi Khayalan itu. Bukankah lebih tragis dan lebih ditangisi seorang ibu dari Sarawak atau Sabah yang terpaksa berpisah dengan anaknya selama 3 tahun (mungkin 4 tahun atau lebih jika anaknya itu extend atau dapat kerja di Semenanjung) jika anaknya itu dapat sambung pengajian tinggi di Semenanjung.

Tapi, seorang ibu menangisi anaknya yang masuk Akademi Khayalan dan terpisah hubungan selama 10 minggu! Apa sangatnya 10 minggu? Apa sangatnya yang dapat diperolehi dalam tempoh itu? Nak jadi artis dalam tempoh itu? Come on José! Realistiklah sikit! Apa yang nak disedihkan? Jika dibandingkan dengan industri seni (lebih sfesifik industri muzik) yang semakin menggerunkan, tiada apa nak disedihkan. Industri muzik kita, pada tahun lepas sahaja mencatatkan kejatuhan jualan album sebanyak hampir 50%! Itu yang lebih menyedihkan..

Ditambahkan pula dengan kekurangan artis yang benar-benar berkaliber dan berpandangan jauh, maaf; jangan sebut Mawi ya..Tetapi hakikat (kerna cinta adalah hakekat – pinjam lirik lagu Laskar Cinta, Dewa 19) kita memang semakin melarat dan semakin merempat. Dalam cabaran yang kita hadapi sekarang, ditambah pula dengan demam “makan mee segera”, penulis yakin dalam tempoh 5-15 tahun sekarang, industri muzik kita mungkin akan di Indonesiakan. Alangkah gembiranya arwah Bung Karno kerana tidak sia2 kempen Ganyang Malaysia yang dilancarkan pada tahun 1963-65 itu, selepas hampir 40 tahun akhirnya menjadi realiti. Sesungguhnya, industri muzik kita benar-benar diganyang bukan sahaja dari luar tetapi dari dalam sendiri.

Kita kan tersesat pabila malam menjemput bulan semula ke sangkar waktu – The Salam Connection

Merdeka Yang Bebas?

Takdir menentukan aku bebas,
Kebebasan membuktikan aku dewasa,
Dewasa menunjukkan usia berjalan,
Berjalan menunjukkan bumi berputar,
Berputarnya masa buktikan ruang merdeka,

Benarkah merdeka menunjukkan bebas?
Betulkah merdeka aku ada bebasnya?
Mana sudut bebasnya?
Di sana bebas di sini terlepas?
Hingga nasib hampir terbabas?

Mana itu merdeka?
Merdeka itu mana letaknya?
Benci pada diri,
Melihat sesatan yang menyesatkan,

Apa bebas?
Bebas merdeka?
Merdeka bebas,
Merdekakah bebas?
Bebaskah merdeka?

Bertahun lamanya menyangkutkan nasib,
Nasib tersangkut di ranting keadaan,
Keadaan dan nasib saling menyangkut,
Antara diri dan masing-masing,
Tiada jelas tiada terang,
Untuk keluar dari kepalsuan,

Kepalsuan bernama kemerdekaan,
Berbapakan kongkongan,
Beribukan kekangan,
Kita menanti erti sebenar merdeka,
Sebenarnya itu yang kita nantikan.

Universiti Malaya, 23/08/05

Dideklamasikan di Malam Puisi Islam, Anjung Rahmat Gombak.

Tuhan Pun Mati..

Tuhan pun mati...
Tuhan pun mati...
Tuhan pun mati...

Pabila dua jiwa kononnya,
Berjuang atas nama cinta,
Mengorbankan cinta sebenar,

Tuhan pun mati..

Pabila kita melalikan diri dalam taman asyik,
Dalam nafsi yang memuncak,
Kemuncak atas segala puncak,

Tuhan pun mati..

Apabila kita bertuhankan Tuhan-Tuhan,
Meniduri Tuhan yang menguasai segala,
Melencongkan sebenarnya hakikat,

Tuhan pun mati..
Tuhan pun mati..
Tuhan?
Mati?

Tuhan pun Mati?
Tuhan tak pernah Mati,
Tuhan hanya "mati",

Apabila kita tersasar menguasai diri,
Melupakan keesaan Tuhan..

Maka dia tetap Tuhanku,
Tuhan yang maha satu,
Yang tetap bersamaku,
Tuhanku yang maha satu...

Cyber Music Asia, 25/5/05

Koloni Kemuliaan..

KOLONI IZZAT (KEMULIAAN)

Usah kau gusar lagi,
Asalmu dari sana,
Jauh renunganmu,
Hanya renunganmu kan tercapai disana,

Dan tak perlulah kau ratapi,
Kepiluan yang menjerut nafas hidup,
Asal kau lebih indah,
Dan mempersonakan akal kewarasan,

Apa di sini?
Andai dicantumkan antara keduanya,
Kerna indah dan jamadat,
Berlari-larian di taman indah,

Semalam mimpi jadi ngeri seketika,
Kerna tidur di ranjang berdosa,
Hari ini kekal buat selamanya,
Dan menarikku masuk ke dalamnya,

Percayalah pada keazalian,
Apalah ertinya kecewa di sini?
Andai kau kan mengerti,
Kecewa di sana kan lebih perih,

Dan takkan sama deritamu di sana,
Kerana masa telah menyangkul,
Dataran waktu yang bertunas,
Dan mematangkan pohon kehidupan,

Semalam hanyalah ruang,
Untuk kau mengertikan hari ini,
Masih berjerebu pemikiranmu,
Oleh jerebu pendustaan,

Damaikanlah jiwa nan pilu,
Moga gelora lautan perasaan,
Memungkinkan kita untuk kembali,
Melayarkan kehidupan,

Dan hanya masa nan menentukan,
Perjalanan kau untuk ke sana,
Mungkin detik telah menjadi tua,
Untuk menghitung setiap nadimu..

Keakuan Sayaan..

KEAKUAN SAYAAN?

Kalaulah,
Hanyalah satu (kekalauan)
Dapat aku meniduri,
Malam yang terang,
Tundukkan,
Berahi bulan pada bintang yang merangsangkan,

Akulah,
Akukah perwira yang tersangkut dalam kelambu ralit?
Terlalu takutkan nyamuk kenyataan,
Suntikan memecahi kesunyian senja,
Dari terus mengejutkan,
Mimpi tidur-tidur yang terjaga,

Dambakan,
Nawaitu keinginan,
Bagai menggerakkan,
Lena petang dari dikejutkan,
Syafie yang baru terjaga,
Bukan calang tidurnya itu!

Tolonglah kegelapan,
Kau carikan temanmu yang nyatanya bukan,
Terang yang cerahnya bukan,
Tapi tempekan (sekadar pinjam sebentar)
TUHAN bisa mengetahui segala,
Tersembab kau di bendul kesurga,

Bukankah telah berkali-kali,
Aku lepaskan diri aku sendiri,
Dari antara keAKUan dan keSAYAan,
Yang mana satunya? AKUKAH?

-1999-

Setia Cintaku..First commecial lyric

SETIA CINTAKU

Ku gapaikan memori,
Tika bersamamu,
Melepaskan segala,
Perasaan rindu,

Kasih dengarlah,
Degupan jantung dan hati ini,
Dalami dan hayati,

Di manakah kekasih?
Saat kesepian,
Ku cari bahagia,
Di dalam asmara,

(bridge)

Seindah pelangi syurga membelah awan,
Dibelai sentuhan kasih,

(chorus)

Aku berdiri,
Memegang janji,
Setia cintaku
Di taman syahdu,
Walau bertahun bersilih ganti,
Masih terasa,

Tetap di sini,
Aku menanti,
Selama manapun,
Setia kasih,

Pada yang Esa,
Daku serahkan,
Kasih dan rindu,
Setia cinta,

Itu azimat yang masih ada,
Setia cintaku..

Lagu : Johan Nawawi
Lirik : Hesmel Faznee

Penyanyi – Dina “Malaysian Idol”

Hakcipta lagu/lirik – E2 Publishing Sdn. Bhd

Wednesday, 24 May 2006

Gelora Seloka..

Kalau kau bisa beralih,
Pasti adat turut berkalih,
Kalau jiwa bisa berkasih,
Ada jangan rasa tersisih,

Pandanglah dalam renunglah hati,
Semoga cinta bisa bersemi,
Pandanglah rindu di dalam kalbu,
Tiada aku menunggu tertunggu,

Searak gelora asmara seloka,
Biasa adat rindu bersendu,
Jangan biar diri berduka,
Dalam ketemu akhir kan bersatu,

Jiwa nan jerlus tulus dan mulus,
Takdirnya gelisah menangguk dan terus,
Kau aku berentap nan bercinta,
Tak mungkin pudar hangusnya asmara,

Carilah kepastian dalam kecaruan,
Mana hidup tiada keruan,
Tak mungkin adanya dendam berinsan,
Menagih kasih sayang berpanjangan..
-191203, Jumaat

Di Mana Silapnya?

Terlerai sepintal awan,
Menjadi kepulan sirna,
Kerna bayu duka,
Segalanya terlerai,

Ku pinta padamu,
Setitis cinta yang bisa menyembuhkan,
Rasa dahaga rinduku padamu,
Tak sanggup lagi untuk aku,
Meneruskan kembara ini,
Tanpamu kerna ku bisa hilang,
Dalam pencarian,

Di manakah salahku?
Hingga ku bisa tersisih tepi,
Dari luasnya mahligai kita,
Di manakah dosaku?
Hingga ku dihampakan,
Dalam bicara cinta,

Siapa yang tiada melakukan kesilapan,
Inilah kudratnya,
Sanggupkah kau menerima,
Tanpa sebarang alasan lagi?

Cukup sini sahaja,
Ku didusta,
Biar setakat sini sahaja,
Langit kenali bumi,
Tak sanggup ku tempohi,
Belantara cinta..

-1995-

Dewi Marga Maututika..

Ku bukakan rahang kesepianku,
Agar dapat ku koyakkan cebisan laraku,
Moga dapatlah ku keluar,
Dari terowong siumanku,

Beribu tahun dan masa,
Tertanggal satu demi satu,
Angan-angan ini masih berhutang,
Dengan hukum alam,

Dan takdir itu telah dinyatakan,
Aku telah terhutang,
Pada kewarasan,
Kerna cinta yang tak muncul,

Cintamu itu mutiara,
Mutiaramu itu permata,
Permatamu itu syurga,
Syurgamu itu neraka,

Atau mungkin terlalu mudah untuk terserap,
Dan mungkin jua benarkan cinta itu,
Menusuk masuk terus ke dalam,
Memamah sarangan hiba hatiku,

Dapatkah kau merasakan,
Debaran yang telah tersentak,
Dan hampir pasti nafasku terhenti,
Pabila kau muncul di tamanku,

Namun masih lagi sempat kau memanggil,
Lantas terus meninggalkan laramu disitu,
Dan kian menimbunkan lagi,
Lara-laraku di sini,

Aku terkeluar dari putaran kenyataan,
Aku tersasar dari angin waktu,
Hampir membunuh rasa nyataku,
Semuanya kerana perasaan cintamu,

Dan kini telah yakin ku rasakan,
Biarpun bertahun terus kau nyatakan,
Aku tetap teguh disini,
Walaupun tubuh melayang..

-1998-

Derhaka Pada Jiwa

Sudah,
Habis tamat,
Derhaka,
Hambur menghambur,

Menjerita pabila terdiam,
Terdiam pabila menjerit,

Reputlah sudah,
Dahan realiti,
Jatuh menjunam,
Terkapar dalam lautan dosa,

Semalam kita bermimpi,
Aneh!
Tidak pula kita tidur,
Dan kita terjaga,
Semasa di kemuncak nyenyaknya,

Kamar,
Gebar,
Bantal,
Jambatan Mimpi,

Sesat di jalan benar,
Terpesong di balik dakapan nyata,

Menangis dalam gembira,
Siapa yang derhaka (pasti)
Menghirup kuala syurga,
Kontang akhirnya,

Inspirasi jadi igauan,
Mana petunjuk?
Lebur sudah satu angan-angan,

Berkecai,
Terbelah dua,
Bercantum menjadi satu,

Aku sebenarnya sedang bermimpi,
Namun kenyataannya,
Jasad aku terang-terang terlihat..

-1998-

Debu-Debu "Sayten.."

Kelmarin,
Di dalam episod kehidupan sangkaku lurus,
Terkabur sebentar pandangan ini,
Kerna disampuk angin dan debu,
Bisa mengusik persepsi pandanganku,
Menangis aku untuk seketika,

Mereka segera berlari dan menghambatku,
Lantas disentak erat nadi perjalanan akalku,
Mereka bisa berbisik padaku,
Tersenyum aku,
Lalu terhenti,
Puas,

Katanya,
Usah dihiraukan gelora debu itu,
Masih luas padang pasir ini,
Bertaburan tuhan-tuhan yang berkeliaran,
Telah berkali diingatkan padaku,
(Jaga-jaga) Say.ten, Say.ten,
Masih belum dapat difahami,

Apa erti sebenarnya,
Masih belum cukup untuk dimengertikan,
Apa ada dalam persoalan,
Lantas menjadi keliru semakin menjadi,
Dan demi kekeliruan yang mengelirukan,
Dihitung sebentar kewarasan,

Lantas kantong tua menjadi pencarianku,
Dikoreklah sedalam-dalamnya,
Mungkin takdir akan kembalikanku pada kenyataan,
Dan takdir berada di mana-mana,
Hiba pabila dia berbisik,
Kau telah pun terjatuh,

Berjuta detik terkambus sama,
Dalam kekalutan yang menelan puas,
Segala kematangan telah meragut ganas,
Kini aku mula mengerti,
Dan terkenang zaman baghalku,
Say.ten.....Satan..

-1998-

Cinta Yang Sirna..

SEANDAI CINTA ITU SIRNA,
SIRNA JUA HARAPANKU,
SEKIRANYA PUDAR CINTAKU,
TAK TERGAPAI GUSAR INI,

MENGAPA GELAP MENJADI RESAH.
TIADA KERIANGAN YANG PANJANG,
SUPAYA DAPAT KU JARAKKAN RASA,
BUAT MERENDAM RINDU YANG LARA,

Korus
USAH HIRAUKAN SETIAP KETAKUTAN,
SETIAP BADAI YANG TERUS MENGHENTAM,
KIRANYA BISA UNTUK DITEPISKAN,
LANTAS HILANGKAN GELISAH ITU,

SEKIRANYA AKU MENJADI PERINDU,
RINDU KU INI MENJADI PENEMAN,
UNTUK BERJALAN DI JALAN KELAM,
DAN MEMBEBASKAN CINTA YANG HILANG,

RELAKAN JUA WAHAI SAYANGKU,
MEMEGANG ERAT JEMARIMU,
BERSAMA KITA BERSATU,
BERJALAN KE TAMAN BAHAGIA,

(Ulang korus)

BIAR BERBATU MENJERUK PERASAAN,
BIAR KITA HILANG DITELAN WAKTU,
CINTA INI MASIH TERUS DIPEGANG,
BUAT MERENDAM RINDU YANG LARA,

(Ulang korus)


Lagu : Prof Madya Khairil Johari Johar
Lirik : Hesmel Faznee

Cinta Dikara..

Sayang,
Jika mampu dan bisa,
Kau selami dan terokai,
Lubuk dalam hatiku,
Kau bisa terjumpa satu persepsi,
Perasaan hatiku terhadapmu,

Sayang,
Benar teguh keteguhan cinta,
Hanya berdiri atas kesetiaan,
Aku kan redahi segalanya,
Biar diriku terluka dan terhiris,

Atas membuktikan kebenaran,
Aku cinta padamu kasih,
Sambutlah rasa rindu ini,
Kita bisa harungi segalanya,

Akan ku pastikan cinta ini,
Biar seiringan langkah ini,
Sempurna segalanya yang dicipta,
Agar dapat dibuktikan,
Tanpa rasa sangsi lagi,

Tiada lain yang ditunggu,
Melainkan kehadiranmu,
Bersama kita menuju,
Alam kasih yang kekal abadi...

-1994-

Can You Be My Galaxy Mate?

Let’s journey to the sky,
I know we can’t
Heck, we can try,
And feel the present feeling of the love’s power,

I want to have my galaxy mate,
Whatever consequences I have to take,

The sky is getting darker and cold,
And my time is getting old,
Who wants to be alone?
Answer to the answer’s malodorous,

We killed the loneliness only to find,
We can see when they told us we are blind,
Which perceptions can we?
Is that the right merit?
When we must die for it?

Do love conceives all?
How do we past it?
When my mate has built a wall,
And I’m wrong when everything’s turn right,

Who wants to be my galaxy mate?
I can show you the 7 planets,
Is the word sympathy means anything to you?
And empathy lies on the true meaning of it?

Here I am,
Resting on the peak of confusion,
Restless hearts,
My heart has stop pumping,
The golden light had just dimmed,

We missed the moment,
Are you being there all alone?
Wandering here in the entire planet?

I can’t face the rain of sorrow now,
She’s leaving the umbrella of hope,
She’s walking down the doorsteps of falsification,
Can’t stop her,
She’s going too fast,
Once I had a lover,
She was my bijou and I love her so,
She’d turned herself,
Into a leaf of memories,

Now she’s gone,
Walking through the memory lane,
Beside her are her painful memories,
Am I the one who should be blamed?

I am seeking my galaxy mate,
I know,
She’s wandering in the other side of the universe,
But I just can’t get past through it,

Smiling,
Giggling,
She’s making my hall of darkness,
Arises from the darkened days,
As now I can see the light just past,
Through the walls of silence,

As we sang the cosmic song,
She laid precious soul,
Leaving the garden of filth,
That once bothered us,

Does this feeling die soon?
When it’s been hiding behind the moon,
GO and tell the warriors,
Who once fought in the war of love?

Only to be killed by the violent loneliness,
We shall awarded those who died,
In the field of love,
For the have fought thoroughly,

To seek the true meaning of love,
When their partners of love,
Are always behind them,
I have my galaxy mate,
She was born to be my bijou,

She was raised to be my companion,
She was fed with life,
To be destined with me……..

Bulan Celah Rimbunan..

Maafkanku,
Kemaafan ini dilayarkan,
Buat rembulan yang tersenyum lemah,
Di papan langit takkan mungkin kemana-mana,

Hampir terlupa aku tentang kesetiaan ini,
Terpahat sesuku perjalanan kehidupan,
Terlupa dan melupakan kekasih,
Buat menjeruk perasaan,

Menjenguk,
Sempat menatap,
Indahnya keaslian,
Tuhan menjadikan kesempurnaan,

Biarpun hilang lantas disatukan,
Beribu bulan yang merengkok lemah,
Dalam penjara hari,
Aku pasti bulan celah rimbunan..

-1996-

Buat Seorang Sahabat..

Buat seorang sahabat,
Kau juga bernama teman,
Jauh sekali bergelar seteru,
Tiada pernah bernama musuh,

Buat seorang sahabat,
Perjalanan hidupmu berganjak lagi,
Dari kembara alam fantasi,
Kini meniti padang realiti,

Buat seorang sahabat,
Kau bisa namakan apa saja,
Yang tiada kita pernah harungi,
Segalanya telah, pernah dan jua pasti,

Buat seorang sahabat,
Hari ini adalah harimu,
Penentu kepada kekukuhan cintamu,
Pabila dua hati menjadi satu,

Buat seorang sahabat,
Kau keseorangan tiada lagi,
Yang berjauhan dulu bersatu kembali,
Peganglah ia sehingga kau pergi,

Buat seorang sahabat,
Pinta mereka dari dalam diri,
Bisalah kiranya kau layarkan sendiri,
Ke dalam alam yang benar dan yang pasti..

(12.12.03 – 1145am hrs) For a true friend’s wedding

Berderap Jantung Pahlawan..

Sempena kematian rembulan,
Ingin benar ku susuri perkabungannya,
Dan mencari jalan kalau ada serpihan cahaya,
Buat menyuluh kekalutan yang menebal,

Demi,
Takku lepaskan lagi (Jer Maintendrai)
Setahun bertahun dialpakan,
Dapatlah jua akhirnya mengenggam gelap ketakutan,

Dan menghembusi kesaktian titisan hujan,
Yang berjaya melenyapkan pahlawan senja,
Bagai menzahirkan bebayang yang telah mati,
Akhirnya bisa ku tundukkan kegelisahan,

Cahaya semakin kelam buat diriku,
Daifnya roh didermakan nafas yang berjasad,
Kekalutan yang tenang,
Satu sandiwara berpanjangan,

Tarian siang,
Menjadi petunjuk nada-nada yang menyimpang,
Untuk kembali semula kepada asalnya,
Dan terus membawaku ke jalan benar,

Bukankah titisan gerimis,
Membunuh kepanasan yang kalut?
Dan sibuk menerbangkan,
Aku yang memeluk erat diriku sendiri..

-10.50 malam, Selasa, 13/7/99-

Antara...

Katanya....
Andai kau terkorban,
Buat kali yang ke-7,
Akan siap kau yang lagi satu,

Meronta-ronta,
Tatkala nafas ketenangan,
Sesedut nyawa,
Yang terlekat-lekat,

“Please dignify,
For we are on our own ways (?)
To the road of nowhere,
Clinging at the bottomless nymph”

Namun masih tak kemana,
Sabar biar nyawa tinggal suku,
Tenang kalau niat masih melayang,
“Patience is the key to success?”

Apakah kau mengerti,
Apakah yang sebenar-benarnya?
Inginkah kau,
Menyatakan segalanya?

Tergaru-garu,
Dalam jiwa yang menggatal,
Luka kudis nafsi,
Tampung zikir pada Tuhan?

- circa 1995

Antara Wilma dan Waima..

Tanggunglah,
Sekurun-kurunnya,
Kesilapan yang pernah menjadi kebenaran,

Eugenic,
Semalaman menantikan,
Jalanan dan perjalanan,
Untuk tumpang ke syurga,

Antara wilma dan waima,
Mana sempadan,
Manakan ku tahu,
Seketika hanyut pada satu arah,

Dan dari situ,
Merubah-rubah,
Hukum jadikan sampingan,

Terbanglah selagi terdaya,
Menghala mimpi yang masih berpusat,
Antara hakam dan kekasihnya,
Dulu dongeng yang sebenar,

Mabuk kali ini,
Bukan yang berterusan,
Amuk kali ini,
Bukanlah diusik,

Marah kali ini,
Bukanlah kerna seorang,
Songsang kali ini,
Akhirnya akan terlepas dan melepas..

- 21/3/1998-

Alam Bukan Kekasihku Lagi..

Alam bukan kekasihku lagi,
Seperti cinta curang antara dua insan,
Kecurangan berpanjangan tak bisa terubat,
Aku selaku kekasihmu sering melukaimu,

Alam bukan kekasihku lagi,
Mengamuk racau meminta belas,
Dan meracik keamanan sejagat,
Kekasihku ini merajuk berpanjangan,

Alam bukan kekasihku lagi,
Kerana aku sering melukaimu sayang,
Makhluk Dia sekuat manapun,
Bisa menitiskan airmata,

Alam bukan kekasihku lagi,
Dan pabila ia menitiskan airmata,
Berombak kesedihan yang teramat kuat,
Bisa tenggelamkan kekasihmu sendiri,

Alam bukan kekasihku lagi,
Terubatkah nanti kesedihan itu?
Pabila kekasihmu terbunuh nanti,
Nyata hebat sungguh ratapan mu itu,

Alam bukan kekasihku lagi,
Biar apa gelaran nama manjamu,
Biar apa pun walau tsunami,
Yang pasti usahlah kau bersedih lagi..

13/01/05 – Syah Alam

Sekilas Sakinah..

Tak sudikah nantikan sementara?
Bulan masih teguh berdiri di lantai langit,
Sementelah mentari nyenyak tidur di ranjang waktu,

Kiranya kau sudi lapangkan inderamu,
Pasti kau sudi,
Menyambut lambaian irama dariku,

Bukankah kau Sakinah,
Yang sering mengejutkan ku,
Dari tidur yang tiada lena?

Bukankah kau Sakinah,
Yang sering kali membebaskanku,
Dari keresahan dalam sangkar rasa,

Pencak sumpahku ini bisa ku tarikan,
Dari nama mendambakan kasihmu,
Ku rela turut dalam irama pilu,

Bebaskanku,
Kau kan tahu pergertian rindu,
Dari seorang yang bernama lelaki,

Bagai memimpin gelap dalam cerah,
Seolah kecerahan mata dunia ini,
Dibutakan oleh keayuanmu,

Bukankah kau Sakinah,
Yang tergamak mencuri,
Deria lihatku dari gobok dunia?

Tertinggal aku sudah,
Di dalam diri keseorangan,
Biarkan diriku ini keriuhan...

- Kantin Desasiswa Harapan, USM 1999-

Maafkan Aku Bumi, Tanah Dan Air..

Bumi,
Mungkin ada benarnya,
Pabila terngiang di bibir akalku orang membisikkan,
Engkau telah lama memendam amarahmu,

Air,
Terfikir jua aku di rahang kebijaksanaanku,
Mungkin engkau jua turut memarahi,
Dan mendendami padaku,
Airmata bumi ini berharga bagi mereka yang mengerti,

Tanah,
Engkau pun mungkin turut marah,
Pabila jasadmu dihenyak ganas dan tidak menjadi kehairanan
Seandai kemarahan darimu turut ada,

Bumi pernah kau terfikir sejenak,
Bukanlah kesalahan ini kesalahan yang tersengaja,
Malah tidak secara sedar ku menyedari,
Batasan had dan kehidupan ini telah ku langgar,
Maafkan aku,

Air kau tidak ku persalahkan,
Ditakdirkan seruan kemarahan itu,
Terusik jua di dalam benakmu,
Namun tidak sengaja ku kotori wajahmu,
Maafkan aku,

Tanah wajahmu yang ceria seceria langit,
Tidak ku gusar seandai terpercik kemarahan itu kepadamu,
Seperti makhluk Tuhan yang lain,
Kau turut punyai perasaan lantas amarah menjadi kemuncak,
Maafkan aku,

Maafkan aku atas segala kesialan,
Maafkan aku atas segala kecurangan,
Maafkan aku atas setiap nestapa,
Maafkan aku kerna Tsunami,

Maafkan aku…

18/01/05 – Shah Alam

The Salam Connection

Selamat pulang,
Lama benar jiwa ini terpelanting,
Kemari semula setelah dipujuk kewarasan,

Selamat pulang,
Dan kini ku lihat penuh sudah kantong persoalan,
Tak perlu rasanya dipersoalkan lagi,

Dari bekas sisa senja semalam,
Baru kini ku mengerti dengan secukupnya,
Ini bukan lagi satu igauan songsang,

Waktu memesong akal laraku,
Langsung tidak memberikanku,
Peluang untuk menelusi dinding illusi,

Kemungkinan kita kan tersesat,
Pabila malam menjemput bulan,
Semula ke sangkar waktu,

Biarlah esok itu pergi,
Kerna semalam,
Telahpun meninggalkan ku,

Tak perlu ku bicara lagi,
Andai keamanan tiada telus daranya,
Seolah telah mendendami apa yang telah berlaku,


Dan semakin kau memahami,
Semakin ku rasai bara api bingungmu,
Untuk apa kau jeritkan lagi?

Kerna semalamlah yang telah memberi,
Apa yang perlu kau ketahui,
Ketahuilah sekarang,

Dan langsung di dalam kesemakan akal mati ini,
Terlihatlah semakin jelas sekarang,
The Salam Connection.....

- Ditulis sebulan selepas menjalani pembedahan A.V.M (Atrovenous Malformation) pada 20th Ogos 1998 -

Merdeka, Leka, Luka..

Aku merdeka dalam luka,
Merdeka aku dalam duka,
Duka aku dalam luka,

Meresap usap dalam kecewa,
Lihat marga dalam alpa,
Pahlawan segera dijunjung bangga,

Tidak apa dalam kecewa,
Ramai bersuka dalam neraka,
Syurga kosong mana penghuninya?

Apa itu makna merdeka?
Kita luka dalam suka,
Mereka terluka menjunjung merdeka,

Teramat suka menjunjung harinya,
Mana bebas mana perjuangannya?
Makin dekat makin leka merdekanya..

Shah Alam, 22/08/051

Pagar Zenith..

Rantaikan kesepianku,
Agar dapat sebatilah ia,
Dengan pepohon keriuhan,
Dan semalaman yang berteman,
Kan bergema di halaman persoalan,

Esok dan kelmarin,
Jenazah masa yang telah ditelan,
Oleh mulut-mulut waktu terhad,
Betapa detik demi detik tiada bernadi,

Luasnya dataran hidup ini,
Hanya satu kiasan perasaan nan sempit,
Angin kekalutan yang kemas bersembunyi,
Di sebalik perjalanan warasku,

Aku merasakan ketakutan,
Untuk merasai takut,
Mungkin bara keberanianku,
Langsung terus tersekat-sekat,

Siapkan segara busar-busarmu,
Biarkan ku jadi pelepasnya,
Dan lepaskan terus ku ke kelodan,
Nanti senang jalanku ke zenith,

Apakah yang bersembunyi,
Di belakang gunung harapanku?
Perlukah aku menembusinya,
Atau harusku biar terus di situ?

- Dinyanyikan pada malam orientasi Sijil Seni Kreatif 1998/1999-

Kau Menjadi...

Kau menjadi awan,
Tatkala hujan lara membasahi diri,
Kau usungi pergi,

Kau menjadi pepohon rimbun,
Terus teguh berdiri,
Melindungi tubuhku kepanasan sepi yang menggigit,

Kau menjadi gelora,
Yang datang membebaskan diriku,
Dari lautan kesesatan asmara,

Kau menjadi keriuhan siang,
Datang menemani malam diamku,
Yang ditakuti oleh kepekatan gelap malam kalut,

Kau menjadi pelindungku,
Tatkala diri dimomok,
Seribu gangguan dalam kebahagiaan,

Kau menjadi cermin diri,
Tatkala diri sendiri hilang dalam pedoman,
Menyuluh cahaya cermin kebenaran,

Kau menjadi kekasih,
Tatkala manusia itu mula mengenali,
Apa ertinya cinta,

Kau menjadi peneman,
Sewaktu diri gagah mengharungi hidup,
Menembusi kehidupan yang serba kekacauan,

Kau menjadi segalanya,
Kini kau menjadi aku,
Dan aku menjadi engkau,

Kau menjadi sebahagian,
Daripada apa yang dipanggil kasih,
Dan setingginya kasih hanya kepadamu...

-18 Oktober 2003, 22:03-

Lemas Dalam Rindu Abharina..

Merelakan diriku ini,
Terus dibuai syahdu merindukan,
Kerana kenyataan itu adalah satu,

Tangga tangga mimpi ini,
Tiada kemana,
Hanya mengabui,

Diseru dipuja resah,
Menjadikan malam dingin ini,
Bagaikan kepanasan siang,

Ke mana arah ini?
Kalau bukan kepada kekasih,
Yang sekian lama aku mencari,

Rindu mengatasi,
Entah bagaimana bisa nak ku nyatakan,
Kerana ia menjadi igauan pekatku,

Abharina,
Dia seakan mengerti,
Biarpun dalam angan-angan,

Diakah yang mengganggu igauku?
Apakah itu sutera mimpi?
Biarkan disulam bersama gebar kenyataan,

Apa yang menjadi anfas,
Kalau bukan dalam malam sepi,
Pabila dia kembali semula dalam mimpi-mimpiku,

Andai mimpi bisa ku tawan,
Ku penjarakan di dalam sangkar kewarasan,
Pasti itu bisa ku lakukan,

Kelemasan,
Antara waras dan keedanan,
Telah menyesatkanku dalam rimba persoalan,

Berikan sinar buatku,
Untuk menyuluh keluar darinya,
Antara jawapan dan persoalan..

-1996-

P.O.H., K.I.V..

P.O.H, K.I.V.

Muntah jasad ini muntah jasad diri,
Dari kelongsong tubuh jatuh kecundang,
Penantian sekadar penantian,
Mana singgahnya perjalanan?

Bertukar antara kepang dan padi,
Mabuk dalam khayalan tersasar,
Lantas merintih mencari diri,
Tertukar antara satu dan dua,

Kekacauan,
Memaksa diri mencari diri,
Keracauan,
Memujuk hati mencantas sanubari,

Sebenarnya sudah dan sebenarnya pudar,
Tiada tertulis sehastanya kehidupan,
Sekadar memaksa diri meneruskan hidup,
Dan hidup tiada pernahnya hidup,

Aku sekadar memburu nafsu,
Dan tiada pernah memacakkan pencarian,
Terus tersasar mencari buruan,
Dalam kamus hidup sekadar kamus,

Sudahkan segala-galanya,
Tiada hentiannya kehidupan yang kelam,
Semakin lama semakin curam,
Lantas menipu di dalam diam...

­-0015hrs, 201203 Jumaat-

(Maqah!) NI..

(MAQAH!) NI

Ratib! Ratib lagi,
Katakan sampai habis,
Muntahir marah yang ekstrinsik,

Siramkan kesaktian yang terhimpun,
Dan lepaskan pabila kau membenci,
Yang dulu hanyalah satu dendam,

Aku terlihat kau,
Di balik pintu kemarahanmu,
Pilu dan menangis,

Lepaskan segalanya,
Nah bukankah kau sejahtera?
Dan bukankah terlerai sudah dendammu itu?

Usah dibungkus kedukaan lampau,
Kelak menjadi santapan dendam,
Aku pernah merasainya,

Jadilah masa memanah ke puncak kepahitan,
Apa pengertian ini?!
Apa yang kau cari?

Jerit! Maqah!
Katakan, layakkah?Diikuti didaktiknya?

Masa demi masa,
Bersarang setia dalam raksa takdir,
Mengutip satu demi satu peristawa yang terbuku,

Untukmu kebencian,
Ku layarkan kasih gusarku,
Moga kau dilapisi sinar kaca pilu,

Katakan pada akhir jeritanmu,
Aku sebenarnya dalam kebencian!
Dan jasadku dilingkari bisikan keliru!

- Dibaca pada majlis minggu Bahasa dan Budaya, USM 1998 -

Zephyr..

Selimuti diri,
Berselimutkan kebenaran,
Dari dingin yang menakutkan,

Untukku melepasi,
Tidur pada malam cerah,
Yang masih melentukkan,

Kerna siang menipu diri,
Menjadikan perjalanan sejengkal,
Beribu-ribu kenyitan mata,

Dan meletihkan,
Tubuh yang terketar-ketar,
Keseorangan di celahan manusia aku,

Terperangkap,
Antara malam dan siang,
Gerhana diri ini,

Masih gagal,
Melawan kesejukan,
Panas berulang bahang dingin..

- 1999 -

5:17 November 22 2001

Andai diri mencari diri,
Fahamilah dan renungilah,
Dia memang seorang pencuri yang sebenar,

Diri akan ketemui diri,
Dirinya yang sendiri menyendiri,
Biar kematian sering menyapanya berkali-kali,

Walaupun dia sesat berkali-kali,
Ruang ini terus dilegarinya,
Berulang-ulang kali,

Masa adalah hitungan,
Dalam erti yang sebenarnya,
Masa jadi penghilang resah,

Kalaulah dia itu menjadi pencuri,
Maka jadilah seorang pencuri kerinduan,
Demi meracit rerumput kasih dan sayang,

Maka yang sebenar-benarnya,
Dia bukan di dalam dirinya lagi,
Maka menjadilah dia dirinya sendiri..

November 22, 2001-
Halaman Masjid Khalid Al-Walid, USM-

Mencari "New York" Di Kuala Lumpur..

MENCARI “NEW YORK” DI KUALA LUMPUR

Kerangka dosa-dosa telah diteguhkan,
Lantas menjadi bait-bait persoalan,
Lalu memecahkan,
Benih-benih pahala,

Merayap-rayau mencari kebenaran,
Tak mungkin kau temui kebenaran itu,
Tersangkut terlekat,
Di dahan kedustaan,

Rantai-rantai dosa,
Bersatu untuk menjadi,
Tunjang kedamaian,
Desakan puteri menjadi sandaran,

Aku terus mencari bawang putih,
Di dalam ladang lada hitam,
Andai ku ketemui,
Bisa ku jadikan rencah cannoliku,

Dia inginkan watak St. Gabriel,
Dalam marga ajaran Jibril,
Dia belayar dalam mimpi Noah,
Sedangkan Noh selamatkan marga,

Mungkin kita bisa ketemu,
Kuda padi di Kuala Lumpur,
Namun pernahkah kita menatap,
Kerbau balau di tengah New York?


Mencari New York di Kuala Lumpur,
Apakah kaukan yakin pencarianmu?
Bisakah kau bertanya,
“Bukankah Kuala Lumpur telah di New York”kan?

Mana lagi jalan untuk berjalan?
Kalau bukan dalam jalan kesesatan,
Adilkah kita pada jiwa ini?
Andai kita disesatkan oleh kesesatan?

Cungkilkanlah kepalsuan itu,
Dari celahan taring kehidupan,
Luluhkanlah segala-galanya,
Dari terus dimamah kealpaan,

Di malam yang kelam,
Satu Kuala Lumpur dimurtadkan,
Kalut kabur menjadi New York,
Dan mamai digoyangkan angan-angan,

Seandainya aku mencari Kuala Lumpur,
New York itu terus sesat,
Dan di akhir pertanyaan,
Rupanya Kuala Lumpur menjadi New York..

- September 1998-

Eunuch..

Maafkanku,
Andai aku bisa terselongkar,
Mimpi-mimpi yang tiada tersusun,
Kerna kecamukannya belum terjawab,
Dan aku masih mengigau,
Walau malam telah tidur dibuai waktu,

Atas rasa didusta,
Sangkaan gelap itu adalah layar untuk bermimpi,
Walau kegelapan itu sebenarnya terowong alpaku,
Dan sesat itu adalah panduanku,
Biarpun telah beribu tahun ku berjaga,

Aku menyusun kegelisahanku,
Di celahan pepohon keriangan,
Kalaulah bisa aku menyembunyikan,.
Kepiluan yang menyeramkan,

Kelicikan kewarasanku,
Bisa masih menyesatkanku,
Dan kerna rasa inilah,
Perasaan yang melalaikan,

Hampir-hampir menjadi jambatan,
Yang bisa menyambung semula,
Mimpi-mimpi yang terputus,
Menggerakkanku dari tidur yang berjaga,

Tidurku ini,
Bukanlah keletihan,
Tidur ini hanyalah satu,
Tidur yang tiada bermimpi..

- April 1997 -

Dari Bahasa MelayuKU...

Dari kelembutan,
Dan dari keaslian tari bicara,
Aku mencari aku di dalamnya,
Adakah?

Mungkinkah aku sendiri yang terkeluar,
Dari kemerduan bumi bahasaku sendiri?
Semalam aku telah tersesat,
Dan esok telah menyesatkanku lagi,

Dan masa lalu telah menyesatkan lagi,
Keaslian peribumi yang merekah,
Aku menangis sedang jiwa tertawa riang,
Minta dibebaskan dari dalam diri,

Berlantaikan kemerduan,
Dan beralaskan kelembutan,
Laguku dan bahasaku berlari selari,
Di dalam tubuh MELayuKU!

Semakin dalam aku menelus ke dalam,
Pintu kealpaan yang sangkaku tertutup,
Mematikan aku terus di dalamnya,
Terus kegelapan mengandungkan aku,
Di dalam perut bumi yang tidakku pasti,

Masih MeLAYUkahku?
Seandainya ku terus MeLAYU?

Andai dapat kau lihat diriku mencari diri sendiri,
Kau andaikan sahaja andaian itu,
Seolah kita telah disemadikan,
Dalam taman kejiwaan,

Agar kau kan lebih mengerti,
Dan akan terus memahami,
Aku semakin tenggelam dalam kelemasan,
Walau nadi budayaku sejahtera,

Si tua berdiri di hujung zenith,
Dia tersenyum puas,
Pabila ku telah kembali,
Dan kembalilah aku pada kekusutan...

Disampaikan pada Malam Apresiasi Bahasa, USM anjuran
Desasiswa Cahaya Permai, 1998 -

Dari Deir Yassin Ke Bumiku..

Bukankah nafasku dan nafasmu,
Sama-sama berkongsikan denyutan?
Bukankah Tuhanmu dan Tuhanku,
Bersama kita punyai iman?
Mungkin kau terlupa atau sengaja melupakan?
Di dalam termeterai ruang dalam khayalan,

Semalam semacam enak bermimpi,
Di bumi ini ku termimpikan bumimu,
Dirogol dan dihenyak dengusan nafas,
Yang gagah dan gah merobek kedamaian,
Semacam terjanji dan termetri,
Kekhuatiran yang telah diterjemahkan,

Aku bukan menjadimu,
Engkau bukanlah aku,
Setelah terlerai segala impian,
Bumi ini bisa terpancur,
Darah yang sama melulur di badan,
Aku dan engkau tiadanya beza,

Bukanlah ingin menempik kegusaran,
Sekadar inginkan kedamaian,
Dalam bumi yang kehijau-hijauan,
Di sasaran kontang tiadanya sempadan,
Dan bukanlah aku kalaulah aku,
Masih mencari dalam tangisan,

Engkau dan aku pohonkan simpati,
Dia dan engkau pohonkan “empathy”,
Dari perang yang tiada penghujung,
Sehingga terpancur setiap khayalan,
Dari khayalan bersambung khayalan,
Dan mimpi bertukar ganti,

Andai aku pula ditukar ganti,
Kepastian terpancur darah sendiri,
Setiap langkah bisa terhenti,
Memandang aku dalam diri sendiri,
Aku tak rela aku tak mengerti,
Mengapakah ada aku di sini?

- 11/4/2002, 1.45 petang
- Pejabat Kebudayaan Kesenian Negeri Perak

Aqal Kala Yuda..

Bagaimana harus dimulakan?
Pabila permulaannya belum bermula,
Tanpa jangkauan nan melangkau,
Detik yang tidak sepatutnya meranjau,

Berbahagialah,
Dan bersyukurlah sehendaknya,
Kerna malam ini,
Menyamai tak mungkin malam racau yang kan dilalui,

Racau-racau ini,
Sehendak-hendaknya,
Meronta-ronta dan mengamuk,
Di saat malam belum lagi dikenali,

Ampunkanlah,
Dan maafkanlah,
Atas dosa-dosa,
Yang belum terlahir,

Agar kemasukanku,
Dalam mereka yang tidak berjisim,
Tidak lagi menanti,
Di dalam penantian,

Serukanlah,
Suara-suara yang tiada berbunyi,
Hanya apa yang terdengar,
Dengkuran-dengkuran di dalam resah..

- 1998-

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...