Oleh - Hesmel Faznee Ahmad Faisal
Kalau mimpi tidak tercapai, bukan kerana engkau tidak mampu, tapi barangkali kau tidak cukup tidur atau tidurmu belum bagus lagi..
Album baru sifu M. Nasir, (sifukah beliau, atau kerana Malaysia cukup mudah mengagungkan seseorang jika dianya itu lain dari norma2 lain?) telahpun berada di pasaran. Dengan tajuk yang agak simple, SANG PENCINTA.
Ada 10 buah lagu baru dan yang paling baru di sini ialah konsep yang diperkenalkan oleh M. Nasir, banyak perbedaan dari album-album beliau seperti Phoenix Bangkit, Canggung Mendonan, Saudagar Mimpi dan Solo. Jika album sebelum ini banyak menampilkan wold music, album SANG PENCINTA menampilkan M. Nasir cuba bereksperimentasi muzik-muzik Motown, Jazz, Polka dan Blues. Ternyata penulis melihat ini satu KEGAGALAN. Mengapa? Mengapa mesti bereksperimentasikan muzik-muzik yang dia sendiri tidak kuat (maksud penulis dari sudut pengawalan dan pengalaman aliran muzik ini) dan tidak mahir?
M. Nasir sepatutunya mengkayakan kepakaran beliau yang telah diiktiraf, iaitu kemahiran beliau di dalam muzik dunia (atau world music). Secara peribadi, penulis merasakan album beliau iaitu Phoenix Bangkit adalah antara album yang paling terbaik pernah dihasilkan beliau, selalin album Canggung Mendonan (yang bermaksud muzik orang asing – bukankah ini satu terminologi yang tepat bagi beliau, sebagai warga Singapura yang mendapat pengiktirafan di Malaysia?)
Penulis sehingga kini cuba untuk menyesuaikan diri dengan muzik “baru” yang dibawa M. Nasir. Tetapi sehingga saat ini (ketika artikel ini ditulis, penulis masih mendengar album Sang Pencinta) tidak dapat untuk menerima setiap lagu-lagu yang dibawanya. Sememangnya agak murah dan tidak berkualiti. Maksud penulis dari aspek dynamic range, quality, versatility dan juga tone, agak hambar dan tidak membawa dan memberi apa-apa erti.
Setiap lagu hanya berlalu begitu sahaja. Melodi-melodi yang dimainkan tidak melekat langsung dalam aqal penulis.
Apa yang telah berlaku? Adakah ini yang dipanggil the declining creativity of a warn out musician, singer? Sememangnya ia agak menyedihkan kerana M. Nasir telah hampir 30 tahun mengabdikan dirinya dalam bidang muzik Malaysia dan jika ia berterusan, M. Nasir mungkin akan dipandang sebagai another P. Ramlee, yang pada saat akhir kematiannya beliau telah menghasilkan karya-karya yang maha gagal seperti filem-filem Putus Sudah Kasih Sayang sehinggalah filem Laxmana DoReMi!
Adakah kerana bad karma yang melanda M. Nasir akibat menjadi pengetua Akademi Fantasia (ramai rockers tidak bersetuju M. Nasir menjadi pengetua) hinggakan muzik beliaupun seakan-akan segampang (semudah) muzik-muzik pelajar A.F?
Berbalik kepada Akademi Fantasia, penulis hendak mengingatkan pembaca blog BACALAH, penulis tidak ada sebarang grudge terhadap A.F cuma penulis merasakan ia sebuah program yang terlalu mudah untuk diikuti dan tidak ada langsung karisma di dalam program ini. Terbaru seperti yang penulis jangkakan, calon A.F yang bertudung, Salima telah terpilih menjadi pelajar A.F untuk kali ini.
Ini adalah satu strategi yang maha kemas yang dilaksanakan oleh ASTRO, memilih calon-calon yang mempunyai latarbelakang atau mencerminkan keIslaman dan pasti akan mendapat rating atau undian tertinggi. Penulis percaya, Salima ini akan turut menerima undian yang sama seperti Mawi terima dahulu. Bukankah Malaysia ini mudah layu kepada unsur-unsur keIslaman? Jika seorang itu bijak berbicara tentang soal Islam maka dia ini diangkat sebagai jaguh, begitu juga dalam Akademi Fantasia.
Penulis melihat M. Nasir turut “termakan” dalam jerutan dan percaturan bijak ini. Atau mungkin M. Nasir sendiri sudah malas dengan industri muzik kita yang semakin nazak dan hanya menantikan masa untuk diganyang teruk oleh industri muzik Indonesia? Sememangnya kita telah teruk dilanyak, satu demi satu. Penulis bersimpati dengan kumpulan-kumpulan muzik yang ada di Malaysia. Ada yang berkeluarga, ada yang mempunyai tanggungjawab hidup (bukan sahaja mereka tetapi kita juga!) tetapi persoalannya, kemanakah mereka ini suatu masa nanti seandainya “bendera Indonesia” ini terpacak keras di bumi Malaysia yang dicintai ini?
Kita kan tersesat pabila malam menjemput bulan semula ke sangkar waktu – The Salam Connection

4 comments:
aku rasa semenjak menikah baru,
perkongsian mampu menghasilkan sesuatu
yang tak terduga; dan sudah semestinya membukam jiwa-jiwa yang sudah sebati dengan sesuatu yang bersifat luar biasa pada isi dan kulit.
Kali ini, sifat keluarbiasaanya amat biasa..
tidak mendatangkan efek 'gah' yang selalu terdapat pada karya2 dulu.
ntah..aku pun tak faham..
Aku rasa, pendapat shahrir ramli wajar dikongsi bersama. Seperti yang telah beliau maklumkan, apabila jiwa halus seniman M. Nasir bercampur aduk dengan Jiwa baru Mawi, maka segalanya menjadi jiwa mee segera.
Kita Kan tersesat pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection
Masaalahnya lirik album banyak bersajak dan susah org nak paham dan hayati kerana tak tahu berkenaan apa oleh itu tolonglah promote ulasan lirik lagu saya kerana lagu itu memang mengenai sajak itu .
saya kaptenhasan
di www.kaptenhasan.com
baru tadi post ulasan di forum cari .
Ada org kata M Nsir seperti Jack of all trade.
Sebagai artis M Nasir mungkin sudah melepasi titik puncak yang membawa revolusi minor. Jadi jangan hairan kalau revolusi itu menyebabkan lagu-lagunya sudah kedengaran terlalu biasa.
Kalau nak lebih luar biasa aku menunggu M Nasir buat lagu tekno eksperimental:)
Post a Comment