Showing posts with label So.. Sial (Social). Show all posts
Showing posts with label So.. Sial (Social). Show all posts

Thursday, 10 June 2021

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU


                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-1973) atau nama sebenar beliau, Tan Sri Dr Zainal Abidin Ahmad adalah seorang tokoh bahasa, pemikir dan cendekiawan Melayu yang tiada tolok tandingnya dalam ruang pemikiran dan intelek Melayu. Sumbangan penting beliau kepada perkembangan bahasa Melayu di negara ialah menerusi buku Ilmu Mengarang Melayu, Pelita Bahasa Melayu, Ilmu Mengarang Melayu dan Daftar Ejaan Melayu Jawi atau Rumi. Kebanyakan daripada hasil tulisan Allahyarham telah digunakan sebagai rujukan dalam penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu. Kejayaan terbesar Allahyarham Pendeta Za’ba ialah menerusi pengenalan sistem Ejaan Baru Bahasa Melayu, atau dirujuk sebagai Sistem Ejaan Za’ba.

Beliau turut membincangkan tentang hal-hal berkaitan agama yang menjadi tunjang utama kepada usaha mengukuhkan perlakuan masyarakat Melayu serta pemupukan nilai-nilai murni dan pengukuhan budi menerusi buku beliau, Asohan Budi yang diterbitkan pada tahun 1958. Allahyarham Za'ba telah memberikan tumpuan kepada kepentingan agama sebagai prinsip utama dalam pengukuhan sikap dan perangai Melayu. Beliau juga turut memberikan penegasan kepada perlunya kita menggunakan pertimbangan akal untuk menjalankan perintah agama dan bukan sekadar mengikutnya secara membuta tuli.

Seperti Allahyarham Za’ba, Allahyarham Tan Sri (Dr) P. Ramlee (1929-1973), adalah tokoh penting dalam dunia muzik dan perfileman Melayu. Sumbangan beliau dalam kedua-dua bidang itu terus menjadi tumpuan dan masih diraikan sehingga kini. Jika dibandingkan Allahyarham Za’ba yang menjadikan deria pandang dan akal bagi tujuan penyemarakan minda orang Melayu, Allahyarham P. Ramlee menggunakan deria pandang dan dengar sebagai wadah untuk menegur dan mendidik masyarakat, khususnya Melayu untuk mengingatkan mereka tanpa perlu menyinggung perasaan atau menjatuhkan air muka.

Hakikatnya, akal budi dalam masyarakat Melayu itu saling berhubung kait di antara satu sama lain. Tinggi pekertinya budi pekerti Melayu itu dapat dicerminkan menerusi kaedah dan cara mereka melakukan teguran umum. Dari konteks akal budi Melayu, Allahyarham P. Ramlee kerap menggunakan dialog yang bersifat kiasan untuk menegur sistem kepimpinan dan masyarakat Melayu itu sendiri. Begitu juga perihalnya dengan Allahyarham Za’ba apabila membicarakan tentang agama dalam penulisannya, beliau tidak terus menjurus kepada konteks agama mahupun tidak lekas menghukum berkaitan agama kepada seseorang. Sebaliknya beliau banyak berkias dalam konteks haram dan halal serta faktor makruh dan harus.

Pendekatan yang dilakukan oleh kedua-dua tokoh inilah yang menjadikan Allahyarham Za’ba dan P. Ramlee sebagai contoh seseorang yang mempunyai tingkat akal budi yang perlu dinilai dan diraikan oleh generasi kini. Semoga Allah mencucuri kurnia rahmat ke atas roh kedua-dua insan berbakat ini.

Alfatihah.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection

Gambar ehsan - Perpustakaan Universiti Malaya, Kuala Lumpur

 


Sunday, 24 May 2020

PENGERTIAN KESEDERHANAAN YANG SEBENAR

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog ini.

Hari ini, 24 Mei 2020 merupakan hari pertama dalam bulan Syawal 1441 Hijrah.

Hari ini juga hari yang paling dianggap istimewa kerana umat Islam di Malaysia menyambutnya dengan penuh kesederhanaan. Tiada yang baru dari konteks hiasan rumah, pakaian dan lain-lain. Semuanya sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Bagi mereka yang telah bertahun-tahun melalui perkara sedemikian, alah bisa tegal biasa!

Sebelum ini, selama sebulan juga umat Islam di Malaysia menyambut bulan Ramadhan dalam penuh kesederhanaan, bertepatan dengan konsep "bersederhana dalam Islam". Sepanjang PKPB di bulan Ramadhan, tiada lagi jamuan-jamuan maha hebat dalam bentuk buffet di hotel-hotel mewah, sederhana dan bajet; tiada lagi maha pembaziran makanan secara meleluasa; tiada lagi itu, tiada lagi ini. 

Perkara yang sedang berlaku sekarang bukanlah kerana kebanyakan daripada kita telah "kembali menemui ajaran Islam sebenar". Sebaliknya adalah kerana perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKB) yang dikuatkuasakan sejak 12 Mei 2020 lalu bagi mengawal pandermik COVID19 itu terus merebak. 

Seperti dalam penulisan saya sebelum ini, suka tidak suka, mahu tidak mahu ialah hakikatnya COVID19 mengajar kita menjadi manusia yang memahami tujuan kita hidup, yakni untuk hidup secara bersederhana.

Semasa penulisan ini dibuat, kawasan rumah di sekeliling saya sepi. Teramat sepi.  Tiada hiruk pikuk seperti kelaziman yang didengari sebelum ini. Ini kerana PKPB juga telah melarang semua pihak dari mengadakan kunjungan Aidilfitri kerumah sanak saudara bagi tujuan mengawal jangkitan dari merebak.

Untuk rekod, sambutan 1 Syawal di Mekah tidaklah seperti mana kita menyambutnya di Malaysia. Penduduk tempatan di sana tidak menyambutnya dengan mengadakan jamuan rumah terbuka atau mengunjung sanak saudara di rumah masing-masing. Naratif di sini menunjukkan mereka lebih memberikan perhatian kepada konteks ibadat sebenar dan bukanlah meraikan suatu kejayaan melawan nafsu di bulan Ramadhan.

Kesilapan besar Melayu Islam di Malaysia ialah menganggap 1 Syawal itu suatu majlis perayaan untuk meraikan kemenangan melawan nafsu. Peperangan melawan nafsu itu sebenarnya tidak mempunyai bulan-bulan yang tertentu dan spesifik. 

Sepanjang tempoh sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan itu bukanlah suatu manifestasi kejayaan yang membawa makna apa, sebaliknya kita hanya melakonkan watak keinsafan di bulan itu sahaja tanpa sebarang konteks keinsafan semata-mata. 

Pasca bulan Ramadhan, kita mula kembali kepada kelaziman. Jika sepanjang tempoh Ramadhan kita mampu mengawal nafsu, pasca Ramadhan nafsu kembali mengawal kita!

Namun demikian, dalam setiap petaka ada hikmah nan tersembunyi. Kehadiran pandemik COVID19 telah membawa suatu kesedaran bahawasanya, kehidupan yang sedang dilalui sekarang ini, dalam tempoh ini adalah sebenar-benarnya kesederhanaan yang perlu diterapkan dalam jiwa kita!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu
The Salam Connection

Saturday, 9 May 2020

DUNIA TIKTOK DAN PERSEMPADANAN DUNIA

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog ini.

Self isolation atau pengasingan diri itu sebenarnya suatu proses yang menentukan halatuju manusia dalam pencarian diri sendiri. Lebih tepat, berkhalwat untuk mengenali diri. Segelintir daripada kita boleh meneruskan hidup tanpa bercampur dengan sesiapa, selama seminggu, sebulan atau mungkin setahun. Ada pula yang tidak dapat membiasakan diri dan akan mula melakukan apa sahaja bagi membebaskan perasaan sunyi, terasing dan keseorangan dengan apa kaedah dan cara sekalipun!

Tidak dapat dinafikan, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan selama hampir 2 bulan, daripada 18 Mac 2020 sehingga 12 Mei 2020 di negara kita bertujuan untuk melandaikan jangkitan kuman COVID19 telah menjadikan rakyat Malaysia terpaksa mengharungi proses pengasingan diri ini. Ada yang mengasingkan diri secara keseorangan, bersama keluarga atau mungkin bersama teman yang disayangi. Di dalam tempoh itu jugalah pelbagai perkara yang dilakukan masyarakat demi melarikan diri daripada perasaan dan keadaan terkongkong tersebut.

Masakan tidak!

Sepanjang tempoh PKP, hanya mereka yang tertentu sahaja dibenarkan keluar untuk membeli barangan dan keperluan harian. Jika ada yang keluar lebih dari seorang, maka bersiap sedialah berhadapan dengan saman sebanyak RM1000 atau mungkin dipenjarakan jika tidak dapat melangsaikan saman tersebut!

Kepada mereka yang tidak dapat keluar, hanya telefon bimbit dan media sosial menjadi teman. Ada yang melampiaskan perasaan sunyi itu dengan menjadikan media sosial tempat untuk menghilangkan kegusaran yang melanda. Maka di sinilah juga fenomena baru melanda masyarakat kita.

Fenomena Tiktok

Biarpun ianya sudah lama menapak dalam masyarakat, khususnya di kalangan generasi milenium namun dek kerana PKP ini jugalah limpahan popularitinya turut terkesan kepada golongan generasi terdahulu!

TikTok merupkan satu platform rangkaian sosial untuk perkongsian video yang dimiliki oleh ByteDance, sebuah syarikat yang berpangkalan di Beijing, China. Sejak ditubuhkan pada tahun 2012 aplikasi tersebut telah dimuat turun sebanyak 1.5 billon kali. Kebanyakan daripada pengguna menjadikan tiktok sebagai aplikasi untuk merakamkan aksi komedi, tarian, memek wajah, dialog dan lain-lain.

Aplikasi tersebut dapat dikatakan persis cucu kepada Youtube, aplikasi video sharing yang lebih awal wujud daripada Tiktok, sekitar tahun 2005, hampir 15 tahun dahulu. Perbezaan di antara Tiktok dan Youtube ialah dari segi durasi video yang dapat dimuatkan kedalam aplikasi masing-masing. Format video yang dapat dikongsikan kedalam youtube boleh diubah, daripada kualiti tinggi (HD) hingga yang terendah (240fps). Manakala bagi tiktok pula keistimewaannya terletak kepada efek yang dapat diubahsuai mengikut kehendak pengguna.

Konsep yang diketengahkan oleh Youtube lebih bersifat menyeluruh di mana sesuatu kandungan itu boleh ditonton menerusi televisyen pintar. Dibandingkan pula dengan tiktok, kebanyakan durasi videonya berdurasi sekitar 15-60 saat.  

Berdasarkan kepada pemerhatian saya selepas memasuki aplikasi Tiktok ini, nyatalah kebanyakan pengguna terdiri daripada golongan remaja dan belia 24 tahun kebawah. Pelbagai aksi yang telah dipaparkan mereka. Ada yang bersifat kelakar dan tidak kurang juga agak bersifat sensitif dari konteks peradaban masyarakat. Ruang escapism yang ditawarkan oleh Tiktok telah menjadikan ianya perisian yang paling popular di kalangan remaja. 

Masakan tidak, jika dibandingkan dengan Youtube, Tiktok lebih mendekati hati dan jiwa anak-anak muda. Seperti facebook, yang kini mula dijauhi oleh golongan muda kerana golongan dewasa menjadikan ia ruang untuk berpolitik dan lain-lain tujuan, Youtube juga turut mengalami kesan yang sama kerana ianya turut digunakan golongan tertentu untuk tujuan tertentu dan ianya tidak lagi dianggap sebagai trendy!

Aplikasi interaktif yang ditawarkan oleh Tiktok bersifat augmented reality yang mana ianya mampu merubah bentuk paras muka dan latarbelakang sesuatu lokasi video itu dirakamkan oleh para pengguna. Secara tidak langsung ia telah menyediakan ruang terbaik untuk golongan remaja ini lari dari kebosanan sepanjang tempoh PKP tersebut.

Namun demikian, dalam sesuatu perkara sudah pasti akan wujud ruang kelabu di antaranya.

Kegusaran yang wujud adalah dari segi pengaksesan data peribadi yang telah dikumpul oleh aplikasi tersebut serta had usia pengguna untuk mengakses aplikasi ini. Perkara tersebut sudah pasti menimbulkan kegelisahan oleh negara seperti Amerika Syarikat memandangkan aplikasi ini berasal dari China dan berpangkalan di sana, ditambah pula kerana populariti aplikasi itu di kalangan warga negara AS sendiri!

Isu keselamatan dari aspek data peribadi juga turut menjadi persoalan oleh segelintir pihak. Ini memandangkan kebanyakan daripada pengguna terdiri daripada remaja berusia di antara lingkungan 13 - 15 tahun. Sudah pasti ianya akan menimbulkan persoalan dan kegusaran daripada pelbagai sudut. Sesiapa sahaja boleh mengakses aplikasi ini. Ini termasuklah golongan pedophilia!

Suatu perkara yang pasti ialah Tiktok merupakan di antara ombak-ombak kecil yang bakal bertukar menjadi besar dan maha hebat serta mampu menenggelamkan media semasa, suatu masa nanti. Masyarakat barangkali tidak lagi perlu bergantung sepenuhnya kepada hiburan di media-media perdana kerana dewasa ini, golongan penonton televisyen telah mula beralih kepada tontonan menerusi aplikasi Android Box untuk tontonan live streaming seluruh dunia!

Apa yang sering dimomokkan oleh orang-orang dahulu kala tentang konsep dunia tanpa sempadan telah berlaku. Jika dilihat dari satu sudut, manusia tidak perlu lagi memerlukan pasport untuk kembara ke seluruh dunia. Ditambah lagi dengan pandemik COVID19 yang menyaksikan banyak negara menutup pintu masuk ke negara masing-masing, akan tiba suatu masa nanti masyarakat tidak mahu lagi mengembara ke seluruh dunia. 

Semuanya dilakukan hanya menerusi sentuhan pad kekunci!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu
The Salam Connection

Tuesday, 5 May 2020

ISTILAH POSTER CHILD

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam kepada para bloggers dan pembaca blog ini.

Ketua Pengarah Jabatan Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noorhisham Abdullah telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi menerusi rakaman video baru-baru ini dan ianya telah disiarkan menerusi pelbagai rangkaian platform media sosial.

Kandungan video tersebut lebih berbentuk kepada peringatan buat rakyat Malaysia untuk terus mematuhi arahan pelaksanaan PKB (Perintah Kawalan Bersyarat) yang antara lain memberikan kelonggaran kepada sektor-sektor ekonomi tertentu dalam negara untuk meneruskan kembali urusan dagang masing-masing. Namun demikian kelonggaran tersebut bukanlah bererti kehidupan seharian kita kembali seperti sediakala.

Tidak. Rakyat Malaysia masih perlu terus patuh kepada banyak lagi peraturan yang ditetapkan. 

Apa yang harus diutamakan ialah kita perlu kekal mengamalkan disiplin dalam kerangka norma baru kehidupan. Antaranya termasuklah mengamalkan penjarakkan sosial di antara satu sama lain, kerap membasuh tangan dan membawa bersama cecair pembasmi kuman kemana sahaja kita berada. Masyarakat kita harus terus kekal patuh kepada perintah SOP yang telah dikeluarkan.

Menarik tentang siaran video tersebut ialah peringatan dan juga penerangan itu telah disampaikan oleh seorang penjawat awam iaitu Ketua Pengarah, Jabatan Kesihatan Malaysia yang berada di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapakah tanggungjawab tersebut untuk menyampaikan peringatan penting sebegini tidak dilakukan oleh seorang yang mempunyai authority yang lebih tinggi, seperti Menteri atau Timbalan kepada Kementerian yang berkaitan?

Penulis yakin, ianya berkait rapat dengan pengaruh dan juga populariti Dr Noor Hisham sepanjang pandermic ini mula tercetus di awal bulan Mac lalu. Pada masa itu, kebanyakan kenyataan media dalam sidang akhbar telah disampaikan oleh bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sebelum berlaku "rombakan besar-besar" tampok pemerintahan negara yang turut menyaksikan tempat beliau digantikan oleh Datuk Seri Dr Adham Baba.

Antara kenyataan awal Dr Adham Baba, sejak mengambilalih jawatan tersebut dari Dr Dzulkefly ialah menggalakkan orang ramai untuk meminum air suam bagi mencegah jangkitan virus Covid19. Kenyataan beliau telah disangkal oleh pelbagai pihak, termasuklah oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri yang menyangkal teori tersebut yang berlegar di dalam media-media sosial, dua bulan sebelum Dr Adham dilantik menjadi Menteri KKM.

Sejak daripada insiden itu jugalah boleh dikatakan Dr Noor Hisham akan tampil menerusi sidang media KKM untuk menyampaikan perkembangan terkini COVID19 di negara kita.

Hebatnya aura Dr Noor Hisham hinggakan rata-rata rakyat Malaysia telah mengeluarkan pelbagai ucapan dan rakaman video sempena ulangtahun kelahiran Dr Noor Hisham yang jatuh pada bulan April lalu. Beliau juga seolah-olah telah menjadi artis sekelip mata apabila para netizen dengan gigihnya menyemak latarbelakang beliau dan mencungkil asal usul beliau, seorang anak berketurunan Cina yang telah dipelihara oleh seorang guru agama.

Di Malaysia, seseorang itu akan dikenali menerusi dua dan dua kaedah sahaja. Kaedah molek atau kaedah tidak molek. Oleh kerana peranan Dr Noor Hisham dalam memastikan jangkitan COVID19 itu tidak merebak keseluruh negara dan berjaya melandaikan jangkitan tersebut ke suatu paras yang selamat, beliau telah diraikan sebegitu rupa. Maka Dr Noor Hisham dikenali dan diingati kerana melakukan perkara yang molek dan berjaya menenangkan semua pihak.

Maka disebabkan itu jugalah barangkali Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meletakkan beliau persis ikon KKM dalam penyampaian mesej-mesej dan maklumat penting kepada masyarakat. Memandangkan beliau sendiri seorang doktor pakar yang mempunyai kepakaran berpuluh-puluh tahun dalam bidang perubatan dan ketokohan beliau yang kekal tenang dan mampu menjawab setiap soalan dalam dwibahasa maka kriteria-kriteria inilah juga yang menyebabkan beliau dipilih sebagai jurucakap utama KKM. 

Dari konteks ini, beliau telah menjadi poster child untuk menyampaikan perihal-perihal penting dalam ehwal-ehwal berkaitan wabak COVID19 di negara kita. Peranan seorang poster child amat penting kerana menjadi suara dan ikon sesuatu gagasan. Sekitar tahun 1986 - 1991 seorang kanak-kanak bernama Ryan White menjadi terkenal dengan peranan beliau sebagai poster child kepada usaha membanteras penyakit AIDS sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1991 akibat penyakit tersebut. 
Mendiang Ryan White

Seperti juga penyakit COVID19, pada masa itu tidak ramai yang tahu dan maklum akan penyakit AIDS kerana ianya merupakan suatu penyakit yang baru. Mendiang Ryan sendiri dijangkiti penyakit itu semasa proses transfusion darah. Beliau merupakan seorang pesakit hemophilia, sejenis penyakit yang mengakibatkan pengidap mengadapi kesukaran memberhentikan darah apabila pendarahan berlaku.

Ryan merupakan suatu perlambangan kepada usaha dan semangat yang tidak mengenali erti mengaku kalah kerana hakikatnya itulah yang beliau lakukan sepanjang hayat beliau dalam melawan penyakit AIDS yang beliau hidapi.

Maka atas faktor itu jugalah seorang poster child itu mempunyai peranan dan tanggungjawab yang berat dan tersendiri. Dari konteks itu jugalah Dr Noorhisham melaksanakan peranan beliau untuk melawan COVID19 dan kita semua sebagai rakyat Malaysia harus turut sama membantu beliau melawan virus itu. 

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu
The Salam Connection    

Thursday, 25 May 2017

TRAGEDI PEMIKIRAN MELAYU

Oleh: PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ

KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam.

Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit.

Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.

Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class.

Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah.

Itu pengaruh penjajah.

Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu.

Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya.

Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa?

Di negara kita, pelajar tidak berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak wujudnya inquiry mind dalam masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik.

Sikap negatif inilah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh.

Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk lihat apa manifestasi hantu.

Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran.

Pemikiran Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia lagi.

Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London. Menurut para pegawai Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak pendidikan dan kalau diajar ilmu sains, kelak mereka akan jadi seperti orang India di India. Mereka akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan.

Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit. Orang Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja dia, ajar Melayu buat bakul.

Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers. Trouble makers Melayu hanya timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun.

Telah ada banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan dasar yang mengongkong minda Melayu.

Itu semasa penjajahan. Selepas kita merdeka, minda orang Melayu masih terkongkong kerana semua orang Melayu kemudiannya gila hendak kuasa dan hendak jadi kaya.

Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak berubah. Saya bertanggungjawab tentang pandangan ini.

Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British.

Minda Melayu ini sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi - daripada kesan-kesan kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di sini pada tahun 1940-an dan 1950-an, kesan media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir ini.

Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya.

Sebagai seorang pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada buktinya) kalau orang mendapat pendidikan, mereka akan lebih bebas dan berubah.

Contohnya pada akhir tahun 1970-an. Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal asing untuk membuka kilang mikrocip.

Kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus ribu orang terutamanya untuk wanita.

Wanita Melayu yang bekerja kilang ketika itu akhbar-akhbar gelar mereka ini sebagai minah karan. Orang Melayu hina wanita Melayu yang bekerja kilang.

Kenapa budak-budak perempuan Melayu ini mahu tinggalkan rumah di Kelantan, tinggalkan kampung di Johor untuk pergi bekerja kilang di Pulau Pinang, Selangor dan Melaka?

Mereka sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke peringkat sekolah menengah. Jadi program kerajaan membuka sekolah-sekolah menengah pada tahun 1960-an dan 1970-an, walaupun tidak ada rancangan khusus, ia telah membebaskan pemikiran budak-budak perempuan Melayu.

Waktu itu terdapat beribu-ribu remaja wanita Melayu pergi bekerja di kilang-kilang. Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal selidik saya bertanya mereka, bila hendak kahwin?

Di kampung, dulunya mereka ini berumah tangga pada usia muda. Umur 18 dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan, tetapi akhirnya bercerai juga.

Oleh kerana pendidikan dan faktor pendedahan kepada karier baru, wanita Melayu itu sudah ada idea tidak mahu kahwin cepat-cepat. Mereka hendak bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit.

Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat? Mereka kata lambat. Mereka hendak tangguh dapat anak sebab mereka hendak enjoy hidup berkahwin dan mewujudkan rumah tangga yang lengkap terlebih dahulu. Kata mereka, kalau dapat anak susahlah.

Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah sikap. Ini semua tidak diprogramkan oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja.

Tetapi masyarakat Melayu tidak faham keuntungan perubahan minda wanita ini terutama di kalangan kumpulan berfikiran konservatif.

Hari ini di Malaysia, trend semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar di universiti-universiti. Dalam sektor kerajaan, banyak wanita yang memegang jawatan tinggi.

Trend ini pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia mengubah pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an.

Ini semua adalah hasil daripada perubahan sikap yang tidak dirancang tapi terjadi.

Perubahan minda itu berlaku secara tidak sengaja. Kadang-kadang kalau nasib kita baik, hasil perubahan yang tidak dirancang itu juga progresif seperti dalam kes perubahan minda wanita Melayu.

Bagaimanapun, kadang-kadang perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana orang yang hendak melaksanakannya pun tidak jujur selain terdapat pengaruh lain yang menghalang seperti pengaruh politik tempatan, politik antarabangsa, Indonesia, peranan orang agama yang menimbulkan nilai-nilai sama ada seseorang dapat pergi syurga atau tidak.

Minda Melayu tidak dapat memikul ini semua. Kerana ada sesuatu dalam budaya mereka yang masih tidak diubah, mereka sanggup duduk di kedai kopi main dam. Contohnya orang lelaki di Kelantan dan Terengganu. Kalau mereka tidak main dam, mereka akan bincang untuk gasak kerajaan. Semua salah, dia sahaja yang betul.

Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969, tetapi peristiwa tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak sepenuhnya menukar sikap orang Melayu.

Ada beberapa faktor lain yang menghalang iaitu pengaruh Barat, peranan media massa, politik serta agama.

Kita memang berubah sedikit dari segi lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu kini berada pada kedudukan yang lebih baik.

Kita sudah terjangkit apa yang bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak dulu, dan fahaman ini cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO mahupun Pas, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan.

Kita hendak menjadi apa yang Thatcher kata a nation of shopkeepers. Kita tidak mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah usahawan.

Orang berfikir kalau sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan, maka ekonomi orang Melayu akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul. Tesisnya silap.

Tetapi itulah minda Melayu sekarang.

Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku mesti berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.

* PROFESOR Diraja Ungku Aziz adalah bekas Naib Canselor Universiti Malaya. Beliau yang menyambut hari lahirnya yang ke-80 pada 28 Januari lalu terlibat aktif dalam isu-isu pembangunan masyarakat Melayu sejak zaman sebelum merdeka.

 - Utusan Malaysia, 2 Februari 2002

Friday, 10 August 2012

GADIS SUSU

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog syok sendiri ini.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pandalela Rinong, atau gadis susu kerana kejayaan beliau membawa pulang pingat gangsa pertama Malaysia di dalam acara terjun sukan Olimpik 2012. 10 Ogos 2012 merupakan detik dan waktu yang tidak akan dilupakan khususnya kepada Pandalela dan umumnya kepada rakyat Malaysia. Gadis ini bolehlah dikategorikan sebagai "the unsung hero". Ini kerana kita tidak menyangka seorang gadis berketurunan Melayu Iban dari Sarawak ini mampu menyumbangkan pingat kedua buat Malaysia di dalam acara sukan Olimpik yang cukup berprestij ini.

Rasanya juga ini merupakan kali yang kedua (If my memory serves me well, Jose!) Malaysia memenangi 2 pingat di dalam acara Olimpik. Rasanya berbaloilah kita menyuruh Pandela menjadi "the flag bearer" ketika upacara pembukaan Olimpik tempoh hari, walaupun ramai yang menyatakan YBhg. Dato' Lee Chong Wei sepatutnya diberikan penghormatan melakukannya.

Apa yang menarik di sini ialah tidak ramai yang menaruh harapan bahawa Malaysia akan memenangi pingat gangsa di dalam acara terjun. Ramai memberikan perhatian kepada Dato' Lee Chong Wei untuk membawa pingat emas yang pertama buat Malaysia di dalam acara badminton.

Badminton.

Ini merupakan masalah yang dihadapi oleh ahli strategis sukan negara. Mereka terlalu memberikan satu penumpuan dan satu penumpuan sahaja. Fokus yang diutarakan hanyalah untuk mendapatkan pingat emas di dalam acara sukan ini, sedangkan jika kita berusaha bersungguh-sungguh, kita mungkin dapat memenangi pingat emas di dalam acara lain, seperti juga acara terjun yang mungkin ramai tidak akan menyangka ahli sukan kita mampu memperolehi pingat di dalam acara yang rasanya jarang-jarang disebut mahupun diberikan fokus yang mendalam.

Hadiah.

Saya merasakan bahawa taboo, atau pantang yang harus dielakkan oleh penganjur mahupun Majlis Sukan Negara ialah penganugerahan ganjaran wang, harta dan juga pangkat patut dielakkan demi menjaga tahap profesionalisme ahli sukan di dalam bidang masing-masing. Ini kerana, biarlah kejayaan itu datang di dalam bentuk pengiktirafan bersifat spiritual dan bukannya material. Negara Britian misalannya tidak menganugerahkan sebarang bentuk wang mahupun harta kepada ahli sukan mereka yang berjaya memperolehi sebarang pingat emas, perak dan gangsa.
Sebaliknya mereka diberikan penghormatan menerusi setem khas yang mengabadikan wajah mereka. Selain itu, peti surat mereka akan dicatkan dengan warna emas, sebagai tanda pemilik rumah tersebut merupakan pemenang emas di dalam acara Olimpik!

Di negara Korea misalannya, pemenang akan dihadiahkan dengan sebuah kereta mahupun peralatan elektrik/elektronik, seandainya mereka memenangi pingat emas. Namun jikalau mereka gagal memperolehi sebarang pingat, khabarnya mereka akan dihantar ke “detention camp” dan akan menerima latihan fizikal yang tidak akan dapat mereka lupakan!

Tidak dapat dinafikan, ahli sukan kita terlalu dimanjakan dan kita tidak mendidik mereka secara secukupnya untuk menjadi lebih patriotic dan berjuang bukan untuk ganjaran semata sebaliknya untuk memartabatkan maruah negara di peringkat antarabangsa menerusi bidang sukan.

Terdetak di hati saya terfikir, mengenai apakah hadiah yang bakal diperolehi oleh rakyat Malaysia, sempena kemenangan gadis susu ini memperolehi pingat gangsa. Jika Samsung memberikan diskaun 10% kepada pembeli yang membeli telefon Samsung S3 dan ais krim percuma oleh Baskin Robbins, barangkali Dutch Lady akan memberikan susu percuma kepada rakyat Malaysia memandangkan Pandalela merupakan duta kepada jenama tersebut?

Hanya masa yang akan menentukannya.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection



Thursday, 2 August 2012

MERDEKA CELEBRATION (PART DEUX)

By - Hesmel Faznee Faisal

Salam, to fellow bloggers and readers of this blog.

This year, marks the 55th year Malaysia is celebrating her Independence and the way we achieved it, without having to drop a single blood and tear is quite telling; we tend to become negligent and for some they see it as just another day passing by, except that its a public holiday for Malaysians! 

We have another 29 days left (starting from today, 2 August 2012 Jose!) if we were to do a Merdeka Celebration countdown. What is more frustrating is that I hardly see any of the Jalur Gemilang flags being hoisted either at private residences nor at the numerous shopping complexes and offices.

I am assuming that they will only decorate the buildings with Jalur Gemilang during the eve of the Merdeka celebration. I hope and pray that my assumption is right.

And I also hope that individuals will spend some money buying flags on their own, rather than to wait for the Government to supply the flags for free.

It is a disgusting move indeed.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection

Tuesday, 31 July 2012

CAKAP TAK SERUPA BIKIN...



Dear fellow bloggers and readers of this self proclaimed blog...

Nothing Personal, just for laughing purposes Jose..

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection.

Monday, 30 July 2012

JANJI DITEPATI

Oleh – Hesmel Faznee Faisal

Salam kepada para bloggers dan pengikut blog syok sendiri ini!

Wahhhh!!!!!! Hampir 4 bulan saya “tenggelam” dalam dunia sendiri (Nowadays people seldom give s**t of things surrounding them, let alone of showing some courtesy towards others!)

Saya sebenarnya sering memujuk dan berkata kepada diri saya untuk tidak lagi menulis atau memasukkan sebarang tulisan ke dalam blog saya kerana faktor malas, merajuk, bosan, tertekan dan lain-lain. Namun, disebabkan oleh perkara tertentu saya mengambil keputusan untuk menulis semula.

Kepada para pembaca blog “syok sendiri” ini, saya mohon maaf jika penulisan pada kali ini bersifat “suka hati aku, ini blog aku, aku punya suka!”

Tema Merdeka pada tahun ini, “Janji Ditepati” dan logo yang bersifat separuh masak telah menjadi bahan bualan oleh rata-rata masyarakat kita di Malaysia. Ada yang tersenyum, ada yang suka (it’s obvious the only idiot who likes the particular logo is the person who’d chose it, no?) dan ada yang membenci. Rata-rata membencinya termasuk saya sendiri, secara peribadi.

Namun, dalam kita membenci sesuatu perkara itu hendaklah kita melihat pula aspek positivism dalam kebencian itu.

Setidak-tidaknya ia mencerminkan perasaan patriotism di kalangan kita, khususnya golongan muda dan generasi Y yang mana undi mereka menjadi penentu kepada jatuh bangun negara ini kelak. Seingat saya, jarang sekali orang ramai mengambil berat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan sambutan kemerdekaan. Yang menyedihkan ialah ada yang tidak pasti bilakah negara ini mencapai kemerdekaan.

Perhatian kepada mereka yang mengatakan bahawa tahun ini Malaysia menyambut kemerdekaannya yang ke-51. Kepada mereka yang memberikan jawapan sedemikian, sila pulang semula ke tempat duduk masing-masing (I’m paraphrasing it to – please return back to your origin!)

Selain daripada itu, ia secara tidak langsung menimbulkan kembali perasaan patriotic di dalam diri kerana rata-rata mereka yang membantah itu tidak mahu symbol dan maruah negara serta tanahair ini diperlekehkan dengan kemunculan logo yang seperti dibuat acuh tak acuh. Syabas diucapkan kepada sang pencipta logo dan sang pemilih logo kerana anda secara tidak sengaja telah membangkitkan naga marah di dalam diri rakyat Malaysia dan menjadikan mereka kembali patriotic secara tidak langsung!

Tema “Janji Ditepati” itu pula, khabarnya bukanlah tema yang telah ditetapkan secara kolektif kerana tema sebenarnya hanya akan ditampilkan apabila hampir-hampir kepada tarikh keMerdekaan, barangkali pada 20 Ogos, 21 Ogos atau mungkin seminggu lebih awal, mungkin ketika umat Islam menyambut Aidilfitri.Ini telahan dan tekaan saya semata-mata.

Tak mungkin YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Razak mahu membenarkan lehernya “dipancung” oleh sang pencadang tema ini, bukan? Ini kerana pada saat dan ketika ini, membangkitkan perasaan marah dan benci di kalangan rakyat Malaysia merupakan perkara yang paling perlu dielakkan oleh Perdana Menteri kerana setiap kebencian boleh diterjemah kepada undi protes!

Akan tetapi, seandainya tema tersebut telah dipilih secara mutlak oleh semua, maka tidaklah salah kerana ia menjadi satu bentu subset atau perumpamaan kepada dua pihak, yakni Pemerintah dan juga Pembangkang!

Interpretasinya boleh dibuat mengikut kaedah masing-masing. Namun, yang menjadi kegusaran buat sesetengah pihak ialah barangkali mereka masih belum lagi menunaikan janji-janji yang telah dibuat, khususnya ketika kempen Pilihanraya 2008.

Dan barangkali disebabkan itu, ada pihak yang merasa terusik dan merasakan bahawa tema tersebut ialah bersifat polemic dan politik semata-mata. Bukankah negeri-negeri yang ditadbir Pembangkang ini sering menjadikan sebarang isu itu mainan politik mereka?

Dan pada kesempatan inilah mereka, jika kebijaksanaan yang jitu itu ada dalam pemikiran mereka, harus menggunakan kesempatan ini pada sambutan Hari Kemerdekaan di negeri masing-masing untuk menunjukkan bahawa sesungguhnya janji mereka untuk melaksanakan pelbagai program apabila diberikan peluang memerintah, ditepati?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu
The Salam Connection

Tuesday, 9 August 2011

TOLERANCE AND UNDERSTANDING; CAN IT MAKE A PERFECT MATCH?

By- Hesmel Faznee Faisal

Salam, to fellow bloggers and readers of this self pitiful, resentment of the society blog!

I am observing closely on the saga of the Damansara Utama Methodist Church raid conducted by JAIS recently and I prefer to abstain myself from making any derogatory remarks on the said event. By doing this, it replicates my opinion of neither supporting nor objecting the act, but prefer to watch the whole ruckus with a personal opinion which I fancy keeping it to myself.

I let the authorities to do their job and those who are in the know to talk or discuss about it.
 
The most revealing fact in a multi-racial and multi-religious society is that there is no such thing as pure understanding or pure tolerance within us or among us. 

For the last 54 years, the fear of going through another clash, both religious and racial, as what our forefathers had witnessed in the 50’s during the Natrah tragedy (go and open up your history book, Jose!) and the May 13th tragedy in late 60’s are still crawling at the back of our head and this have restrained us from doing any action that might trigger those incident again.

It is what I believed is called “tolerance”. On that note, have we ever thought on the repercussions, should we have exhausted all of the tolerance left inside us?

It is when another element, better known as “understanding” play its part to ensure the rudiment of the original concept of tolerance.

I often have doubt onto what extend do we, Malaysians have full trust on each other, be it a Malay to neither another Malay nor a Chinese to an Indian, vice versa?

How can we expect a smooth sailing of the craft named Malaysia brazing through the rough sea, when the crews are busy quarreling or have doubts on each other?

No doubt there are still loopholes in the concept of 1Malaysia, but what are the efforts been taken by most of us Malaysians to look into it, understand it and provide an idea on ways to solve the loopholes?

That is unless we prefer to remain in our domain and stay it that way. I believed I had mentioned in my previous so called “article” on the precious gem of a country; it’s not how tall our building is or the technology that we are able to procure, but rather the ability to live in a society cherish with solidarity and admirable understanding.

We should not install fear within us. It is important for all of us to have a full understanding on each other through and through, rather than living a society based on “tolerance” and “understanding”.

This is because both elements are easily worn out and can disappear with a blink of an eye. It only takes a silly argument or a heretic to dislodge these two.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

Thursday, 28 July 2011

PERPADUAN RAKYAT YANG SEBENAR


Oleh – Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog “syok sendiri” ini.

Menjelang malam ini, (28 Julai 2011) semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, fahaman politik dan warna yang “diminati” akan bersatu sebagai rakyat Malaysia yang sebenar menyokong pasukan “Harimau Malaya”, menentang pasukan musuh tradisi Malaysia (secara halus atau tidak!) Singapura, di dalam perlawanan bolasepak yang akan menentukan tempat di dalam perlawanan bolasepak Piala Dunia yang akan diadakan pada tahun 2014.

Setiap seorang daripada pemain Malaysia yang akan beraksi pada malam ini merupakan pahlawan, yang akan berjuang bukan sahaja bagi menentukan kejayaan Malaysia untuk menang di tempat sendiri (we’ve lost to Singapore 5-3 in the first round) tetapi berjuang sebagai “duta” perpaduan tersendiri bagi negara kita.

Di dalam sesuatu keadaan, hanya dua elemen yang mampu menyatukan atau mendamaikan 2 pihak yang berkonflik, iaitu elemen seni dan sukan. Dan dalam perkara ini, hanya kejayaan sukan yang mampu menyatupadukan rakyat Malaysia tanpa sebarang halangan.

Kita sudah terlalu bosan dengan cerita dan kerenah-kerenah politik, baik si penyokong mahupun si politikus yang selalu mencari jalan untuk mengucar-kacirkan negara, demi menegakkan ideology mahupun mencari exodus kepada masalah yang di hadapi.

Oleh sebab itulah, tanggungjawab dan tugas yang dipikul oleh pasukan “Harimau Malaya” ini adalah berat, berat kerana mereka perlu mengekalkan momentum kejayaan demi kejayaan bagi menarik lebih ramai penyokong mereka untuk terus kekal memberi sokongan yang padu.

Siapa boleh melupakan saat manis pada tahun 1992, hampir 20 tahun lalu di mana Malaysia berjaya menawan kembali Piala Thomas daripada Indonesia. Sejarah telah terakam di Stadium Negara di mana kita dapat lihat perpaduan yang paling jitu antara rakyat Malaysia. Secara harfiahnya pada malam itu, Ali telah memeluk Chong kerana terlalu gembira dengan kemenangan Malaysia manakala Siva pula dengan penuh rasa terharu mengambil gambar kedua mereka itu berpelukan gembira. 

Selepas itu, mereka bertiga berjalan bersama ke warung untuk makan sambil menceritakan saat-saat Rashid Sidek menundukkan pemain Indonesia, Rexy Mainaky (kalau tak salah).

Pada waktu ini, kita perlu meningkatkan lagi kejayaan di dalam permainan sukan dan di sini sukan merupakan elemen terakhir, selain daripada elemen 1 Malaysia yang cuba diterapkan kerajaan, bertujuan untuk menyatupadukan kembali rakyat Malaysia secara amnya.

Harimau Malaya, tanggungjawab anda adalah untuk memastikan kejayaan yang dicapai ini menjadi satu bentuk pemangkin kepada perpaduan rakyat yang lebih erat.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

Friday, 22 July 2011

NEO JAWI


Oleh – Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog “syok sendiri” ini.

Terdetak di hati saya untuk menulis mengenai tulisan Jawi ini apabila saya dijemput menghadiri mesyuarat persiapan “Perasmian Pameran Seni Khat dan Pembudayaan Tulisan Jawi”, yang akan diadakan di Perpustakaan Negara Malaysia pada bulan Oktober kelak.

Seperti kelazimannya, tujuan asal program sedemikian diadakan adalah untuk mengangkat martabat dan maruah tulisan Jawi. Dan selagi masih bernyawa para pejuang tulisan Jawi ini, maka adalah kiranya bernafaslah jua “roh” tulisan Jawi.

Bagaimana jika mereka semua telah tiada? Siapakah yang akan meneruskan legasi ini?

Segalanya berteraskan kepada kepentingan sesuatu perkara, yakni penulisan Jawi ini.

Apakah ada kepentingan tertentu sehingga memungkinkan ianya perlu dipelajari dan dihayati pada zaman sekarang, zaman di mana setiap tulisan yang hendak ditulis jika boleh diringkaskan seringkaskan yang boleh (talk about twitter or putting up your status in facebook, Jose!)?

Mungkin ini yang menjadi pertanyaan dan persoalan kepada setiap seorang daripada kita, termasuk kepada generasi muda. Apakah faedah yang boleh didapati jika ianya dipelajari dan diketahui sekadar dan semata-mata untuk memenuhi sentimen Jawi adalah tulisan penduduk rantau ini?

Perlu diingat, sejarah pembentukan tamadun Melayu ini telah mengalami proses perubahan sebaik sahaja penjajah melalui Portugis, menerusi dasar “divide and rule” atau pecah dan perintah memasuki rantau Melayu ini dan menjajah Melaka, diikuti dengan Indonesia melalui Belanda, Sabah dan Sarawak apabila British memerintah dan mewujudkan British India.

Jika sebelum ini, penulisan Jawi digunakan oleh penduduk hanya untuk berkomunikasi antara satu sama lain, dengan kemasukan penjajah-penjajah ini ianya turut mempengaruhi minat mereka untuk mempelajari Jawi bagi mendalami khazanah ilmu yang ada di rantau Melayu pada masa itu. Dari situlah, Jawi turut mengalami proses perubahan.

Secara ringkas, pada zaman sekarang realiti kepentingan atau minat orang ramai untuk mempelajari tulisan Jawi terhakis kerana tidak ada apa-apa lagi yang hendak disumbangkan menerusi tulisan itu kecuali tulisan-tulisan khazanah Melayu lama seperti Hikayat Tun Sri Lanang, Hikayat Hang Tuah dan beberapa lagi naskhah yang kebanyakannya sudah pun diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa asing!

Hakikat yang tidak dapat lari daripada tulisan Jawi juga ialah ianya sering dikaitkan dengan unsur-unsur keagamaan. Ini harus dipisahkan secara jelas kerana tulisan Jawi ini sama seperti bentuk – bentuk font tulisan lain seperti roman, han (tulisan Cina), hindi dan lain-lain.

Tulisan Jawi bukan melambangkan Islam dan Islam bukan dilambangkan menerusi tulisan Jawi. Seandainya usaha untuk mempromosikan tulisan Jawi ini dikaitkan dengan agama, maka kecanggungan masyarakat bukan Melayu untuk mempelajari tulisan ini akan terhakis terus.

Masyarakat Barat amat meminati tulisan Jawi kerana mereka sedar dan insaf akan keunikan dan kecantikan ruang – ruang seni yang terdapat di dalam tulisan itu. Melalui bentuk – bentuk geografi tulisan itu sendiri menaikkan minat mereka untuk mendalaminya.

Suatu ketika dulu golongan Orientalis sanggup mempelajari bahasa Indonesia dan tulisan Jawi semata-mata kerana ingin mengetahui ilmu orang Melayu, seperti yang dilakukan oleh Christiaan Snouck Hurgronje, semasa beliau berada di Acheh dan kerana kemahiran beliau jugalah, orang Acheh tewas di dalam perang Acheh, hasil kepada “penyelidikan” Hurgronje yang bertindak membocorkan rahsia kelebihan dan kekurangan orang Acheh kepada penjajah Belanda. Namun itu semua hanyalah sejarah semata-mata.

Pada masa sekarang, Barat meminati seni Jawi kerana seni dan keindahannya. Pendekatan yang perlu digunakan sekarang juga tidak lagi boleh bergantung kepada seminar dan bengkel yang hanya terhad kepada golongan tertentu sahaja.

Sebaliknya, ia harus diubah dan dirangkakan menjadi pendekatan yang bersifat seni, yakni tulisan Jawi bukan semata-mata tulisan sebalik seni secara khilafnya. Bayangkan jika pelukis-pelukis seni graffiti mengadaptasikan seni jawi ke dalam karya mereka?

Zaman telahpun berubah dan hakikat yang paling jelas ialah perjuangan tulisan jawi ini bukanlah semata-mata hendak memelihara khazanah Melayu rantau ini sebaliknya mengangkat dan mempromosikan seni tulisan Jawi ke peringkat lebih tinggi. Seperti yang telah dinyatakan di awal tulisan (syok sendiri ini), Jawi bukan melambangkan agama. Ia harus terus kekal sedemikian.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

Friday, 17 June 2011

DUNIA PARANOIA

Oleh - Hesmel Faznee Faisal.

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog "syok sendiri" ini.

Akhirnya, negara kita telah turut mengalami ancaman "hackers" yang telah berjaya memecahkan sistem keselamatan internet negara. Penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai "Anonymous" ini telah menggodam beberapa website yang samada mempunyai kaitan dengan Kerajaan atau berkaitan.

Mujurlah mereka tidak merosakkan terus website, namun sekadar "mengusik" atau dalam erti kata lain, menggertak Kerajaan dengan kebolehan mereka untuk membuat sesuatu yang lebih dahsyat dari itu.

Khabarnya ia bermula dengan tindakan Kerajaan (menerusi Kementerian itu...) memblok akses website yang membolehkan pengguna melakukan file sharing (baca Kick Ass Torrent, Pirate Bay!) dengan pengguna lain. Maka atas alasan itulah kumpulan hackers Anonymous melakukan gerakan besar-besaran menggodam website kepunyaan Kerajaan atau yang berkaitan.

Saya berpendapat, perkara ini menunjukkan bahawa telah bermulanya proses globalisasi secara total yang bakal melanda negara kita. Bukan calang-calang seandainya sistem negara kita digodam secara virtual, yakni diserang melalui online.

Berapa ramaikah di antara kita telah menonton filem Live Free Or Die Hard,  lakonan Bruce Willis yang mengisahkan tentang sekumpulan pencuri yang menggunakan premis sebagai pengganas untuk merompak wang simpanan negara Amerika?

Selamatkah sistem kewangan kita? Selamatkah sistem penggunaan I.C pintar kita? Selamatkah kita? Selamatkah segalanya yang ada di sekeliling kita?

Secara tidak langsung, itu yang dimahukan oleh kumpulan tertentu itu. Mewujudkan perasaan panik, seterusnya menjadikan kita paranoid!

Tidak terkejut jika selepas ini, datang pula syarikat tertentu memperkenalkan anti virus dan lain-lain sistem pertahanan internet yang ratanya lebih kurang sama dan tidak berbeza. Selamat datang ke dunia paranoia!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection

Wednesday, 1 June 2011

LOCALLY PRODUCED BMW CARS IN MALAYSIA


by - Hesmel Faznee Faisal

Salam to fellow bloggers and readers of this self indulgence yet pitiful blog!

I feel proud of being a “Kulimman(a terminology coined by me as a reference for a person who hails from Kulim, Kedah Jose!) after reading the news here

According to BMW Malaysia, they are planning to maximize the number of locally installed BMW cars in Malaysia by producing more units through its factory in Kulim, Kedah. It is indeed a proud achievement for us, Malaysians especially those Kulimman who works in the factory.

Indirectly, it proves that investors have high confidence and fate on Malaysians with their ability to produce more BMW cars locally. For the record, all cars produced by companies namely BMW, Mercedez, FIAT etc. maintains a very high standard and prestige amongst the range of luxury cars.

I am confident that one day Proton, being Malaysia’s first locally produced car can work on a joint ventured project with BMW to roll out a better and higher quality standard of Proton cars.

I think this was one of the reasons why Tun Dr Mahathir had insisted on carrying on with the Proton project when he became the Prime Minister.

The first Prime Minister of Malaysia, the late Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj was the person responsible with the idea of Malaysia producing and manufacturing its own cars, in a speech delivered during a ceremony to officiate the opening of the first Dunlop tyre factory in Shah Alam, back in the mid-60s.

Without doubt both men (the late Tunku and Tun Dr Mahathir) have provide for us greater opportunities to learn more and acquire knowledge in producing cars and creating more jobs for them at the same time. It's up to us to be part of it or fought against it.

Of course Proton would not be able to survive on its own if the sales of cars lie only for Malaysians.  Judging from this we should project Proton as the window of opportunity and become a catalyst for Malaysia to venture into a bigger market, especially on a joint venture project with establishing companies. BMW is one of them.

I am placing my bet on Proton that they would be able to do it.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...