Oleh – Hesmel Faznee Faisal
Salam kepada para bloggers dan pengikut blog syok sendiri ini!
Wahhhh!!!!!! Hampir 4 bulan saya “tenggelam” dalam dunia sendiri (Nowadays people seldom give s**t of things
surrounding them, let alone of showing some courtesy towards others!)
Saya sebenarnya sering memujuk dan berkata kepada diri saya untuk
tidak lagi menulis atau memasukkan sebarang tulisan ke dalam blog saya kerana
faktor malas, merajuk, bosan, tertekan dan lain-lain. Namun, disebabkan oleh
perkara tertentu saya mengambil keputusan untuk menulis semula.
Kepada para pembaca blog “syok sendiri” ini, saya mohon maaf jika
penulisan pada kali ini bersifat “suka hati aku, ini blog aku, aku punya suka!”
Tema Merdeka pada tahun ini, “Janji Ditepati” dan logo yang bersifat
separuh masak telah menjadi bahan bualan oleh rata-rata masyarakat kita di
Malaysia. Ada yang tersenyum, ada yang suka (it’s obvious the only idiot who likes the particular logo is the person
who’d chose it, no?) dan ada yang membenci. Rata-rata membencinya termasuk
saya sendiri, secara peribadi.
Namun, dalam kita membenci sesuatu perkara itu hendaklah kita
melihat pula aspek positivism dalam kebencian itu.
Setidak-tidaknya ia mencerminkan perasaan patriotism di kalangan
kita, khususnya golongan muda dan generasi Y yang mana undi mereka menjadi
penentu kepada jatuh bangun negara ini kelak. Seingat saya, jarang sekali orang
ramai mengambil berat tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan sambutan
kemerdekaan. Yang menyedihkan ialah ada yang tidak pasti bilakah negara ini
mencapai kemerdekaan.
Perhatian kepada mereka yang mengatakan bahawa tahun ini Malaysia
menyambut kemerdekaannya yang ke-51. Kepada mereka yang memberikan jawapan
sedemikian, sila pulang semula ke tempat duduk masing-masing (I’m paraphrasing it to – please return back
to your origin!)
Selain daripada itu, ia secara tidak langsung menimbulkan kembali
perasaan patriotic di dalam diri kerana rata-rata mereka yang membantah itu
tidak mahu symbol dan maruah negara serta tanahair ini diperlekehkan dengan
kemunculan logo yang seperti dibuat acuh tak acuh. Syabas diucapkan kepada sang
pencipta logo dan sang pemilih logo kerana anda secara tidak sengaja telah
membangkitkan naga marah di dalam diri rakyat Malaysia dan menjadikan mereka
kembali patriotic secara tidak langsung!
Tema “Janji Ditepati” itu pula, khabarnya bukanlah tema yang telah
ditetapkan secara kolektif kerana tema sebenarnya hanya akan ditampilkan
apabila hampir-hampir kepada tarikh keMerdekaan, barangkali pada 20 Ogos, 21
Ogos atau mungkin seminggu lebih awal, mungkin ketika umat Islam menyambut
Aidilfitri.Ini telahan dan tekaan saya semata-mata.
Tak mungkin YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Razak mahu
membenarkan lehernya “dipancung” oleh sang pencadang tema ini, bukan? Ini
kerana pada saat dan ketika ini, membangkitkan perasaan marah dan benci di
kalangan rakyat Malaysia merupakan perkara yang paling perlu dielakkan oleh
Perdana Menteri kerana setiap kebencian boleh diterjemah kepada undi protes!
Akan tetapi, seandainya tema tersebut telah dipilih secara mutlak
oleh semua, maka tidaklah salah kerana ia menjadi satu bentu subset atau
perumpamaan kepada dua pihak, yakni Pemerintah dan juga Pembangkang!
Interpretasinya boleh dibuat mengikut kaedah masing-masing. Namun,
yang menjadi kegusaran buat sesetengah pihak ialah barangkali mereka masih
belum lagi menunaikan janji-janji yang telah dibuat, khususnya ketika kempen
Pilihanraya 2008.
Dan barangkali disebabkan itu, ada pihak yang merasa terusik dan merasakan bahawa tema tersebut ialah bersifat polemic dan politik semata-mata. Bukankah negeri-negeri yang ditadbir Pembangkang ini sering menjadikan sebarang isu itu mainan politik mereka?
Dan barangkali disebabkan itu, ada pihak yang merasa terusik dan merasakan bahawa tema tersebut ialah bersifat polemic dan politik semata-mata. Bukankah negeri-negeri yang ditadbir Pembangkang ini sering menjadikan sebarang isu itu mainan politik mereka?
Dan pada kesempatan inilah mereka, jika kebijaksanaan yang jitu itu
ada dalam pemikiran mereka, harus menggunakan kesempatan ini pada sambutan Hari
Kemerdekaan di negeri masing-masing untuk menunjukkan bahawa sesungguhnya janji
mereka untuk melaksanakan pelbagai program apabila diberikan peluang
memerintah, ditepati?
Kita Kan Tersesat Pabila
Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu
The Salam Connection
No comments:
Post a Comment