Thursday, 25 May 2006

DEMAM CAMPAK, DEMAM J.E DAN DEMAM AF, KITA YANG DEMAM!

Hari ini masyarakat makin melupakan diri sendiri. Mana tidaknya?

Keghairahan menyambut demam "makan mee segera minda" semakin hampir. Anda pasti tahu apa yang penulis maksudkan. Ini bukan demam selsema ataupun demam rindu tetapi demam A.F (aka Akademi Fantasia). Penulis tidak ada sebarang objection terhadap kegilaan remaja masakini malah penulis menyokong secara prinsipnya tetapi secara hoohaa yang dihadapi sekarang, penulis agak risau dan ghaplah (pinjam terminologi orang utara. Apa masalahnya? Penulis dari sana!)

Penulis tertengok program diari A.F melalui Astro Ria baru-baru ini. Agak tragis dan tragik! Seorang nenek menggalakkan cucunya untuk masuk ke dalam Akademi Khayalan (lebih baik dari Fantasia – pinjam terminologi orang puteh buat apa?!), kemudian seorang ibu yang menangisi “pemergian” anaknya ke Akademi Khayalan itu. Bukankah lebih tragis dan lebih ditangisi seorang ibu dari Sarawak atau Sabah yang terpaksa berpisah dengan anaknya selama 3 tahun (mungkin 4 tahun atau lebih jika anaknya itu extend atau dapat kerja di Semenanjung) jika anaknya itu dapat sambung pengajian tinggi di Semenanjung.

Tapi, seorang ibu menangisi anaknya yang masuk Akademi Khayalan dan terpisah hubungan selama 10 minggu! Apa sangatnya 10 minggu? Apa sangatnya yang dapat diperolehi dalam tempoh itu? Nak jadi artis dalam tempoh itu? Come on José! Realistiklah sikit! Apa yang nak disedihkan? Jika dibandingkan dengan industri seni (lebih sfesifik industri muzik) yang semakin menggerunkan, tiada apa nak disedihkan. Industri muzik kita, pada tahun lepas sahaja mencatatkan kejatuhan jualan album sebanyak hampir 50%! Itu yang lebih menyedihkan..

Ditambahkan pula dengan kekurangan artis yang benar-benar berkaliber dan berpandangan jauh, maaf; jangan sebut Mawi ya..Tetapi hakikat (kerna cinta adalah hakekat – pinjam lirik lagu Laskar Cinta, Dewa 19) kita memang semakin melarat dan semakin merempat. Dalam cabaran yang kita hadapi sekarang, ditambah pula dengan demam “makan mee segera”, penulis yakin dalam tempoh 5-15 tahun sekarang, industri muzik kita mungkin akan di Indonesiakan. Alangkah gembiranya arwah Bung Karno kerana tidak sia2 kempen Ganyang Malaysia yang dilancarkan pada tahun 1963-65 itu, selepas hampir 40 tahun akhirnya menjadi realiti. Sesungguhnya, industri muzik kita benar-benar diganyang bukan sahaja dari luar tetapi dari dalam sendiri.

Kita kan tersesat pabila malam menjemput bulan semula ke sangkar waktu – The Salam Connection

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...