Monday, 4 May 2020

DON'T TAKE THINGS FOR GRANTED

By - Hesmel Faznee Faisal

Salam, to fellow bloggers and readers of this blog.

Below is a posting I had shared on my facebook wall.

'I had mentioned it numerous times that the only thing lacking amongst certain Malaysians is the presence of sense in common sense.

It is definitely a big NO in bringing your children, the elderly ones or those who are likely to get infected by #Covid19 out in public.

It does not mean you can bring the whole family out for sightseeing, the moment the government decided to loosen the #MCO.

The decision made by the Government to relaxed on the MCO, beginning May 4, 2020 is to provide "a room" for companies to slowly adapting to the #newnormal lifestlye and not meant for most of us to feel relaxed by it.

It suddenly brought to my attention on a particular verse in the Quran, in surah 55 where Allah had repeated it more than 31 times;

"So which of the favors of your Lord would you deny?"

#MeaninglessRambling
#StayAtHome

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pkp-jangan-bawa-anak-keluar-beli-juadah-buka-puasa-polis-241255

Sunday, 3 May 2020

A PETITION BY A GROUP OF CONCERNED MALAYSIANS

By - Hesmel Faznee Faisal

Salam, to fellow bloggers and readers of this blog.

Below is my writing that I had posted on my facebook account;

"Dear Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin, clearly you or your team of staffs have being going through the socmed, judging from the things that you mentioned in your previous speeches throughout the #MCO.

You did mentioned of the #kesanakesini video where a group of creative people had doctored your speech and turned it into a hip hop tune. On top of that, you also mentioned on the MASAK APA TAK JADI HARI NI OFFICIAL page.

Kudos on your effort to do your homework via researching the socmed, in order to identify and understand the current issues within the Malaysian society. To date, it is so far the best platform to really divulge into the situation at hand.

As such, I hope you will continue with this approach and minimizing the reliance on getting feedback of the rakyat only from your advisors or those around you.

The 5th and 6th Prime Minister learnt their lesson well when they lost their position for failing to do that.

For the record, most Malaysians think it is too premature to lift the MCO restriction by allowing certain industries to operate as usual on May 4th, that is a week early from the date of 3rd #MCO expiration which ends on May 12, 2020.

This is the fact that knowing how some Malaysians behave with their #tidakapa attitude may create a new wave of infection.

There is even a petition by concerned Malaysians created for it, for that matter.

#MeaninglessRambling
#StayAtHome

http://chng.it/WsM8wBdyrJ

Wednesday, 29 April 2020

PENJARA COVID 19 : SUATU NORMA BARU

Oleh - Hesmel Faznee

Salam buat para pembaca dan juga mereka yang mempunyai sifat ingin tahu  yang tinggi tentang kandungan blog "separa hebat" ini.

Pandermic Covid19, nyatalah kehadirannya itu seperti suatu tanda bahawasanya perubahan dalam ketertiban masyarakat bakal berlaku secara pusingan 360 darjah! Banyak kebiasaan dan kelaziman kehidupan bakal berubah. Aspek keintiman masyarakat akan berubah, sifat ramah mesra dan kesantunan yang terdapat di kalangan masyarakat kita akan semakin menjauh dari amalan masing-masing. 

Hakikat yang tidak dapat disangkal ialah sebenarnya ia telah menjauh sebelum pandemik itu sendiri berlaku. 

Masyarakat kita dengan perihal diri sendiri. Jika anda seorang pengguna tegar pengangkutan awam, anda pasti akan tahu dan maklum tentang apa yang cuba saya gambarkan. Sifat "di dalam kepompong diri sendiri" telah lama wujud.

Apa yang lebih mendebarkan dan mencemaskan ialah bagaimanakah nanti kita hendak membuang kebiasaan pendekatan "penjarakkan sosial" pasca Covid 19 telah berakhir atau setidak-tidaknya selepas vaksin untuknya ditemui? Itulah persoalan yang agak mendebarkan.

Apakah tidak mungkin akan terdapat pemikiran skeptikal di kalangan kita berhubung dengan keadaan kesihatan seseorang dek kerana masing-masing merasa fobia dan paranoid sesama kita? Barangkali masing-masing merasakan sangsi adakah teman sepejabat, teman serumah itu pembawa penyakit Covid19 atau tidak?

Itu juga suatu pemikiran skeptikal yang perlu ditangani dengan bijak.

Sebenarnya wabak Covid 19 ini merupakan suatu pembawa cahaya dalam kelam. Kepada mangsa yang terkorban akibat wabak itu dan ahli keluarga mereka, ianya suatu ujian maha hebat dalam meneruskan hari-hari yang bakal mendatang. Di Malaysia, setakat penulisan ini ditulis jumlah yang terkorban akibat wabak tersebut telah meningkat kepada 100 orang.

Di setiap kejadian buruk, pasti ada pengajaran untuk kita semua pelajari. Pasti ada sesuatu yang tersurat dan tersirat di sebaliknya. Apa yang perlu kita lakukan ialah untuk merenung dan melihat jauh kedalam apakah yang tersirat di dalamnya. Secara harfiahnya, alam menjadi lebih segar dan "baru". Ia kembali "bernafas" semula. 

Kepada haiwan-haiwan di sekeliling, mereka "mendapat kembali" hak asal mereka. 

Kepada warga manusia, kita hanya kembali kepada fitrah asal manusia iaitu kembali semula ke kantong masing-masing. Sebagaimana kita berada di dalam kandungan ibu kita selama 9 bulan dahulu maka itulah yang sedang berlaku kepada kita secara "harfiahnya". Namun demikian, kemujuran yang paling utama ialah kita tidak berada dalam keadaan serba kaku dan sempit, sebagaimana kita berada dalam kantong ibu masing-masing.

Semuanya ini akibat daripada perintah kawalan pergerakan yang telah dikenakan bermula 18 Mac 2020 lalu, bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak itu dari terus merebak kepada semua orang.

Kita masih mempunyai gajet elektronik masing-masing. Masih mempunyai akses kepada internet, air, elektrik dan maha nikmat lain yang boleh dikecapi. Persoalan yang paling utama ialah seperti berikut;

Sejauh manakah kita bijak dan pintar mengoptimakan penggunaannya dan ianya untuk apa?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Semula Ke Sangkar Waktu
The Salam Connection

Friday, 24 April 2020

MANUSIA TERPENJARA

- Oleh Hesmel Faznee

Salam, kepada semua pembaca dan blogger di luar sana.

Hari ini, 24 April 2020 adalah hari pertama umat Islam menyambut Ramadhan dalam suasana yang penuh dengan keberkatan sebenar. Sebenar di sini ialah kerana kita tidak lagi "diuji" dengan ujian yang maha hebat dari segi juadah-juadah di bazar-bazar Ramadhan, atau pun barisan hidangan bufet di hotel-hotel pelbagai.

Selain daripada itu juga, kita tidak diuji oleh godaan di gedung-gedung pakaian dan juga tidak berkira-kira untuk memikirkan warna pakaian apakah yang harus dikenakan sempena sambutan Aidilfitri 2020 (itu untuk mereka yang gemar memakai pakaian bertema!)

Mengapakah semua ini tidak dapat dilakukan seperi kelaziman sediakala?

Puncanya adalah mudah sahaja. Alam sekitar, haiwan dan tumbuh-tumbuhan sedang meraikan kebebasan bumi ini daripada kita. Telah bertahun-tahun lamanya makhluk-makhluk Allah ini menanggung derita, melihat manusia melakukan kerosakan. Telah terlalu lama kita, yang sebenarnya diangkat sebagai khalifah Dia (atau wakilNya) di muka bumi ini telah merosakkan segalanya yang telah diamanahkan kepadaNya kepada kita.

Perintah Kawalan Pergerakan yang dimulakan sejak 18 Mac 2020 bagi membendung wabak Covid19 ini dari terus merebak telah masuk kehari 38 (semasa tulisan ini dibuat). Sepanjang tempoh tersebut, alam seolah-olah telah "pulih" dengan sendirinya. Tiada lagi pencemaran dan tali-tali sungai itu telah mula tampak kejernihannnya.

Benar bagai dikata, manusia itu adalah kejahatan diri sendiri!

Maka, kali inilah alam "mengajar" kita erti kehidupan sebenar-benarnya.

Maka kali inilah juga manusia merasai keperitan "dipenjarakan" oleh keadaan.

Namun demikian, masih ada lagi yang gagal memahami kesan akibat daripada semua ini!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu
The Salam Connection

Friday, 4 May 2018

POLITIK BUDAYA TINGGI

- Hesmel Faznee Faisal

Dalam kehingaran kita yang bakal menyambut raya siasah, iaitu #PRU142018, terjenguk aku ke landasan kenangan silam tatkala berusia 12 tahun, sewaktu berlangsungnya Pilihanraya Umum ke 8, pada tahun 1990. Mungkin ramai yang akan mempersoalkan, apa yang budak berumur 12 tahun tahu tentang siasah? Jikalau seorang itu berdatukkan seorang guru yang menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris, lubuk yang menghasilkan para nasionalis dan patriot, mereka mungkin akan faham apa yang aku lalui.

Hakikatnya,  arwah Tok Ayah aku adalah nasionalis dan patriot dan ia telah diperturunkan kepadaku menerusi kisah-kisah sejarah lampau secara lisan sejak aku berusia 8 tahun hinggalah sehingga Tok Ayah meninggal dunia sewaktu aku berusia 17 tahun. Maka atas sifat itulah juga aku mengerti dan memahami perit jerih mereka yang terdahulu.

Pada masa itulah juga, sewaktu hangat kempen PRU 8 berlangsung, aku buat pertama kalinya melihat seorang tokoh politik yang 28 tahun kemudian, menjadi bos seterusnya mentor aku, Datuk Rais Yatim (kini Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr) berpidato.

Beliau pada masa itu bukannya sesiapa, hanya seorang bekas Menteri di bawah Kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad  yang telah meletakkan jawatan (bukan dipecat) kerana perselisihan faham dalam perang saudara Team A dan Team B pada tahun 1987. Beliau pada masa itu berucap di atas platform pembangkang, menerusi parti Semangat 46 yang didokongi beliau selaku Timbalan Presiden.
 
Seingat aku, pada masa itu ceramah tersebut berlangsung di Padang Kota, Pulau Pinang. Sebagaimana beliau berucap pada tahun 1990, ia kekal sama hingga ke kini. Penuh dengan lenggok gemalai yang disulamselikan dengan madah yang santun. Ada kala tertentu sahaja bunyinya agak keras tetapi tiada bentuk kecaman mahupun serangan peribadi.

Kesimpulannya, itulah apa yang dikatakan sebagai #PolitikBudayaTinggi.

Barangkali ada hikmah pada setiap perkara yang berlaku sekarang. Kata orang, kesusahan mengajar kita untuk menjadi lebih baik dari semalam. Tuhan itu Maha Pengasih, Maha Penyayang. Dia menguji kita kerana hendakkan kita berubah. Berubah kepada yang lebih baik. Namun, tak semua orang inginkan perubahan dek kerana keselesaan. Perubahan peribadi yang boleh dilakukan kita semua ialah mengamalkan #PolitikBudayaTinggi. Nah, barangkali ramai yang tertanya-tanya apakah itu Politik Budaya Tinggi.

Apa mungkinkah kita melakukan perubahan atau anjakan paradigma dengan mengenepikan perasaan kebencian atau memekarkan rasa benci pada pihak lawan? Dan bolehkah kita menentang pihak lawan menerusi fakta dan budi?

Maka itulah antara intipati kepada perihal Politik Budaya Tinggi. Itu, dari aspek kepimpinan. Bagaimana pula dengan sang penyokong atau pengikut? Apakah boleh kita melatih setiap daripada kita untuk mencegah diri dari mewar-warkan perihal yang tidak sahih, khususnya aspek siasah?

Atau apa bolehkah kita mendisiplinkan diri kita dengan menghormati pihak lawan dengan menentang mereka menggunakan kelembutan dan liuk gemalai? Mereka yang berjaya mengalahkan pihak musuh dengan kasih sayang ialah mereka yang memenangi perang yang sebenarnya. Harus diingat, mendiang Mahatma Ghandhi menundukkan musuhnya dengan kelembutan dan sifat rendah diri.

Selaku pengikut dan penyokong, anda juga boleh memainkan peranan penting dalam Politik Budaya Tinggi dengan memastikan tapak ceramah itu kekal bersih, sebagaimana sebelum anda tiba sehinggalah anda pulang. Atau mungkin, tidak bersikap agresif tatkala kepanasan dan kehangatan #PRU14 ini berlangsung.

Kesimpulannya, itulah pendekatan #PolitikBudayaTinggi yang kita semua perlu mekarkan supaya ianya menjadi penggerak kepada masyarakat yang berbudaya tinggi.

Sekian.
Pengundi P018, Parlimen Kulim Bandar Bharu

Thursday, 25 May 2017

TRAGEDI PEMIKIRAN MELAYU

Oleh: PROFESOR DIRAJA UNGKU AZIZ

KALAU ditanya tentang minda orang Melayu kepada saya, saya rasa Melayu tidak sanggup berubah. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan mereka tidak mahu berfikir dengan mendalam.

Kalau kita tengok orang Melayu dalam cerita hikayat, Hikayat Raja-Raja Pasai misalnya, ia cukup menarik. Kita dapat menggambarkan bagaimana ekonominya dan strategi orang Melayu memerintah untuk berdepan dengan Majapahit.

Berdasarkan hikayat itu dan tradisi pantun Melayu, kita dapati orang Melayu ini mempunyai minda yang canggih. Tetapi yang jadi tragedi ialah orang Melayu tidak nampak ini semua kerana tiga pengaruh besar.

Pertama, dalam tahun 1920-an dan 1930-an, pihak penjajah British menolak apa yang datang daripada Melayu, termasuk pantun, sebagai folk art, menjadikan apa yang dihasilkan oleh Melayu sebagai second class.

Ketika itu, Melayu yang berharap untuk naik pangkat dan dapat kerja dengan kerajaan penjajah terpaksa ikut teori penjajah Inggeris. Ini semua membawa orang Melayu kepada perspektif jati diri yang salah.

Itu pengaruh penjajah.

Pada zaman ini, saya melihat sungguhpun banyak pemimpin Melayu bercakap tentang sains dan teknologi, orang Melayu pada umumnya tidak dapat menangkap pandangan itu.

Di Eropah, sejak zaman renaissance, mereka telah mempelajari kemajuan sains dengan pendekatan yang berbeza dengan Islam. Mereka sentiasa bertanya.

Malangnya, di Malaysia, dari bangku sekolah kita tidak galakkan budak-budak bertanya. Sampailah mereka di universiti, kita tidak galakkan mereka bertanya: Kenapa?

Di negara kita, pelajar tidak berani bertanya dan guru-guru pula tidak tahu menjawab. Budaya ini menunjukkan tidak wujudnya inquiry mind dalam masyarakat Melayu. Kita tidak ada sikap saintifik.

Sikap negatif inilah yang menyebabkan berleluasanya cerita orang kena tipu dengan bomoh. Yang saya hairan, graduan-graduan universiti pun kena tipu dengan bomoh.

Kalau pada kurun ke-18, terutama di England, orang selalu bertanya: Kalau betul ada hantu, mana hantu? Kita hendak pergi ke tempat hantu, kita nak pergi tengok hantu untuk lihat apa manifestasi hantu.

Pendekatan berani bertanya ini adalah sikap masyarakat dan tamadun yang berasaskan sains. Malangnya, kita tidak sedia dan berani bertanya, yang akhirnya menyebabkan kita tidak berani menghadapi cabaran.

Pemikiran Melayu ini sebahagiannya adalah sisa-sisa pengaruh penjajahan British. Ini bukan rahsia lagi.

Kita boleh membaca dokumen-dokumen itu di London. Menurut para pegawai Inggeris, orang Melayu ini kalau diberi terlalu banyak pendidikan dan kalau diajar ilmu sains, kelak mereka akan jadi seperti orang India di India. Mereka akan berdemonstrasi dan hendakkan kebebasan.

Jadi ajarlah dia cerita Pak Pandir sahaja, itu sikit, ini sikit. Orang Melayu tidak suka sains, dia suka agama, jadi ajarlah tentang agama. Dia suka dengan raja dia, ajar Melayu buat bakul.

Akibat dasar itu, tidak ada trouble makers. Trouble makers Melayu hanya timbul selepas Perang Dunia Kedua setelah kemasukan Jepun.

Telah ada banyak buku yang membincangkan tentang subjek bagaimana British berjaya mengamalkan dasar yang mengongkong minda Melayu.

Itu semasa penjajahan. Selepas kita merdeka, minda orang Melayu masih terkongkong kerana semua orang Melayu kemudiannya gila hendak kuasa dan hendak jadi kaya.

Ini adalah teori saya mengapa minda Melayu tidak berubah. Saya bertanggungjawab tentang pandangan ini.

Selepas merdeka, sesetengah orang Melayu yang ada kuasa, dia rasa dia boleh memerintah Malaysia sama bagus macam penjajah British.

Minda Melayu ini sentiasa ada sesuatu yang membendung dan mempengaruhi - daripada kesan-kesan kolonialisasi pada tahun-tahun 1930-an, pengaruh Indonesia yang tidak sesuai di sini pada tahun 1940-an dan 1950-an, kesan media massa, dan kemudiannya budaya wang dalam masyarakat Melayu pada dekad-dekad terakhir ini.

Sekarang ini semua orang Melayu hendak kaya.

Sebagai seorang pendidik universiti, saya percaya (tetapi saya tidak ada buktinya) kalau orang mendapat pendidikan, mereka akan lebih bebas dan berubah.

Contohnya pada akhir tahun 1970-an. Ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menjadi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia ketika itu dapat menarik banyak modal asing untuk membuka kilang mikrocip.

Kita dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada beratus-ratus ribu orang terutamanya untuk wanita.

Wanita Melayu yang bekerja kilang ketika itu akhbar-akhbar gelar mereka ini sebagai minah karan. Orang Melayu hina wanita Melayu yang bekerja kilang.

Kenapa budak-budak perempuan Melayu ini mahu tinggalkan rumah di Kelantan, tinggalkan kampung di Johor untuk pergi bekerja kilang di Pulau Pinang, Selangor dan Melaka?

Mereka sanggup kerana mereka telah belajar sampai ke peringkat sekolah menengah. Jadi program kerajaan membuka sekolah-sekolah menengah pada tahun 1960-an dan 1970-an, walaupun tidak ada rancangan khusus, ia telah membebaskan pemikiran budak-budak perempuan Melayu.

Waktu itu terdapat beribu-ribu remaja wanita Melayu pergi bekerja di kilang-kilang. Dalam penyelidikan saya pada tahun 1970-an, dalam soal selidik saya bertanya mereka, bila hendak kahwin?

Di kampung, dulunya mereka ini berumah tangga pada usia muda. Umur 18 dan 19 tahun sudah kahwin atau dikahwinkan, tetapi akhirnya bercerai juga.

Oleh kerana pendidikan dan faktor pendedahan kepada karier baru, wanita Melayu itu sudah ada idea tidak mahu kahwin cepat-cepat. Mereka hendak bekerja terlebih dahulu dan menyimpan duit.

Kita tanya lagi, kalau sudah kahwin hendak anak cepat atau lambat? Mereka kata lambat. Mereka hendak tangguh dapat anak sebab mereka hendak enjoy hidup berkahwin dan mewujudkan rumah tangga yang lengkap terlebih dahulu. Kata mereka, kalau dapat anak susahlah.

Dalam sekelip mata, wanita Melayu berubah sikap. Ini semua tidak diprogramkan oleh kerajaan. Ia jadi begitu sahaja.

Tetapi masyarakat Melayu tidak faham keuntungan perubahan minda wanita ini terutama di kalangan kumpulan berfikiran konservatif.

Hari ini di Malaysia, trend semasa ialah wanita menguasai 65 peratus tempat belajar di universiti-universiti. Dalam sektor kerajaan, banyak wanita yang memegang jawatan tinggi.

Trend ini pasti mengubah masyarakat Melayu secara pesat, sebagaimana ia mengubah pemikiran wanita Melayu pada tahun 1970-an.

Ini semua adalah hasil daripada perubahan sikap yang tidak dirancang tapi terjadi.

Perubahan minda itu berlaku secara tidak sengaja. Kadang-kadang kalau nasib kita baik, hasil perubahan yang tidak dirancang itu juga progresif seperti dalam kes perubahan minda wanita Melayu.

Bagaimanapun, kadang-kadang perubahan yang dirancang tidak terjadi kerana orang yang hendak melaksanakannya pun tidak jujur selain terdapat pengaruh lain yang menghalang seperti pengaruh politik tempatan, politik antarabangsa, Indonesia, peranan orang agama yang menimbulkan nilai-nilai sama ada seseorang dapat pergi syurga atau tidak.

Minda Melayu tidak dapat memikul ini semua. Kerana ada sesuatu dalam budaya mereka yang masih tidak diubah, mereka sanggup duduk di kedai kopi main dam. Contohnya orang lelaki di Kelantan dan Terengganu. Kalau mereka tidak main dam, mereka akan bincang untuk gasak kerajaan. Semua salah, dia sahaja yang betul.

Titik perubahan kepada minda Melayu ialah tragedi 13 Mei 1969, tetapi peristiwa tersebut dan dasar-dasar ekonomi, pendidikan dan politik selepas itu tidak sepenuhnya menukar sikap orang Melayu.

Ada beberapa faktor lain yang menghalang iaitu pengaruh Barat, peranan media massa, politik serta agama.

Kita memang berubah sedikit dari segi lahiriah tetapi saya tidak fikir orang Melayu kini berada pada kedudukan yang lebih baik.

Kita sudah terjangkit apa yang bekas Perdana Menteri British, Margaret Thatcher hendak dulu, dan fahaman ini cukup besar sama ada di kalangan pemimpin Melayu dalam UMNO mahupun Pas, dan juga di kalangan para pegawai kerajaan.

Kita hendak menjadi apa yang Thatcher kata a nation of shopkeepers. Kita tidak mahu kata shopkeepers, kita gunakan istilah usahawan.

Orang berfikir kalau sebahagian besar orang Melayu jadi usahawan, maka ekonomi orang Melayu akan naik. Ini saya rasa salah. Pendekatan untuk membangunkan orang Melayu dengan wang ringgit dan kebendaan ini tidak betul. Tesisnya silap.

Tetapi itulah minda Melayu sekarang.

Akhirnya saya lihat orang Melayu kini sudah kurang komitmen terhadap bangsanya sendiri. Sudah tidak ada kesedaran bahawa aku orang Melayu, aku mesti berkhidmat kepada orang Melayu, untuk membangunkan orang Melayu.

* PROFESOR Diraja Ungku Aziz adalah bekas Naib Canselor Universiti Malaya. Beliau yang menyambut hari lahirnya yang ke-80 pada 28 Januari lalu terlibat aktif dalam isu-isu pembangunan masyarakat Melayu sejak zaman sebelum merdeka.

 - Utusan Malaysia, 2 Februari 2002

Tuesday, 23 May 2017

KEMBALI

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers (yang kini menjadi spesis terancam dek kemajuan teknologi dalam dunia komunikasi, dewasa ini) dan pembaca blog separa hidup ini!

Selepas menyemak kembali sejarah "posting" blog ini, harus saya akur bahawasanya sudah hampir 5 tahun blog ini tidak menerima "santapan minda" saya.

5 tahun adalah suatu jangkamasa yang cukup panjang. Pelbagai perkara telah berlalu di bawah sungai masa. Kematangan seseorang juga boleh merubah sepanjang tempoh itu. Dan harus diingat bahawsanya juga, jika melihat dari aspek demokrasi juga, 5 tahun itu jugalah boleh menentukan sesuatu jangka hayat sesuatu pemerintahan. Tapi kita tolak ketepi aspek-aspek itu semua.

Apa yang boleh saya nyatakan di sini ialah saya akan cuba untuk menulis dan menulis kembali. Dan kali ini juga saya akan cuba merubah stail penulisan saya. Jika 5 tahun dahulu kaedah penulisan saya lebih kepada pendekatan "suka hati akulah, ini blog aku!", namun seperti yang telah saya nyatakan, 5 tahun juga adalah suatu tempoh yang boleh merubah pemikiran dan persepsi seseorang.

Saya telah berubah sejak 5 tahun yang lepas!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection 

Thursday, 6 December 2012

I've Shifted to The Micro World..

Salam, to fellow bloggers and readers of this self pitiful blog...

For your information, due to unforeseen circumstances, as well as time constraint I have decided to shift my passion in writing via twitter.

You may follow my twitter at - @SayaHesmel.

Thank you.

I may write again in this blog, as and when I have more time to spend in writing long articles.

HESMEL FAZNEE FAISAL


Monday, 24 September 2012

PERPADUAN SESAMA KITA



Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog syok sendiri ini!


Secara amnya, mungkin ramai yang mulai sedar betapa saya semakin malas hendak menulis. Gerak hati untuk menulis hanya akan tergerak apabila ada cerita-cerita menarik atau isu-isu yang berbangkit yang memerlukan saya untuk membuat penilaian peribadi (Well, Jose as mentioned numerous times, this blog is created merely to fulfill this writer's personal indulgence!).

Dan kali ini, saya tergerak untuk menulis mengenai perpaduan antara Melayu, satu subjek yang amat membimbangkan buat kumpulan-kumpulan tertentu. Apabila ianya diperkatakan maka mulalah kedengaran suara-suara yang memperkatakan mengenai betapa kita harus bersatu tanpa mengira bangsa dan bersama sebagai bangsa Malaysia.

Ironinya, kumpulan ini jugalah yang menolak dan membangkang sekeras-kerasnya gagasan 1Malaysia!

PAS dan UMNO, sebuah parti yang berasaskan antara perjuangan berdasarkan nasionalisme dan Islam rata-rata mempunyai ahli dari masyarakat Melayu dan Bumiputra dari Sabah, masyarakat Siam dan lain-lain. Namun tunjang dan asasnya tidak lari dan tidak bukan, berteraskan kepada Bumiputra.

Apabila UMNO dan PAS, sama-sama mengadakan demonstrasi membantah filem Innocence of Islam di dua lokasi berbeza; satu di Masjid Kampong Bharu yang diketuai oleh UMNO dan satu lagi di Kedutaan AS oleh PAS, ramai yang memandangnya sebagai salah satu perkara positif yang perlu dikekalkan momentumnya sehingga ke pilihanraya 13!

Saya melihat perpaduan ini dari aspek dan sudut yang lebih kritis. 

Jika dilihat secara teliti, parti UMNO berlandaskan kepada Nasionalisme yang meletakkan survival bangsa Melayu dan Bumiputera sebagai asas perjuangannya manakala PAS menjadikan Islam sebagai teras utama perjuangannya, satu fakta yang rasanya bukan satu perkara asing bagi semua.

Namun, secara hakikat dan hakikinya PAS memerlukan UMNO dan UMNO memerlukan PAS untuk terus kekal dan relevan di dalam arus politik perdana. 

Saya merasakan jika perpaduan ini diteruskan dan dikekalkan, nescaya bukan sahaja bangsa Melayu akan menjadi lebih kuat dan kukuh dari segi mental dan iltizamnya, malah agama Islam, yang menjadi teras kepada bangsa Melayu akan lebih menjadi dihormati dan tidak mungkin akan mudah diperlekehkan, seperti mana yang sedang berlaku sekarang!

Salah satu persoalan yang menjadi tanda tanya di dalam diri ini ialah, sejurus selepas tersebarnya filem Innocence of Islam di dalam You Tube (You're too late Jose! They've already banned the clip from You Tube!), muncul pula isu karikatur Nabi Mohamad dimomokkan oleh seorang kartunis Barat.

Apakah UMNO dan PAS akan turun sekali lagi untuk sama-sama memprotes perkara ini? 

Saya berharap begitulah..

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection.



Wednesday, 29 August 2012

HAPPY 55TH INDEPENDENCE DAY, MALAYSIA



By – Hesmel Faznee Faisal

Salam to fellow bloggers and readers of this “depending on a life support” blog!

Before I go on further I wish to take this opportunity to wish all of my Muslim friends, Salam Aidilfitri and a thousand apologies for not being able to say it much earlier. As most of you, who have been following this so called blog may have recalled that I often been struck by the infamous “writers cum mental blog syndrome” and recently I was again suffered another lapse of the said syndrome!

Coming this Friday, 31 August 2012 Malaysia will celebrate her 55th Independence that will see another splendid, exclusive and colourful celebration. And this alone remain a big and huge question mark inside my head; how would we be celebrating it?

The opposition ruled state comprises of Penang, Kedah, Kelantan and Selangor has announced that they will not be adhering to this year’s Merdeka theme “Promises and instead will be using their own. 

To those who see things from a jangle point of view may find that the Merdeka theme for this year lacks the spirit of unity and patriotism. Nonetheless, I do believe that fulfilling one’s promises to the country is without doubt oversees everything!

I pray and hope that no party will boycott the official Merdeka celebration which will be held on 31 August 2012 at two different locations, the customary morning parade at Dataran Merdeka and the night gathering that will take place at the Bukit Jalil National Stadium
Happy Independence Day to all, Dear Malaysians!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

Saturday, 11 August 2012

MALAYSIA MENJADI SALAH SATU PENGELUAR AL-QURAN TERBESAR DI DUNIA


Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog syok sendiri ini.

YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Razak telah menyatakan hasrat beliau di atas untuk melihat negara kita menjadi antara negara pengeluar Al-Quran terbesar di dunia, selepas Arab Saudi.

Ini merupakan salah satu langkah positif beliau di dalam menaikkan kembali Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang mengimbangkan antara fidunya wal akhirah sebuah negara Islam contoh, selepas hampir 6 tahun Malaysia hilang di dalam radar pengiktirafan negara Islam yang lain, semasa di bawah pemerintahan Perdana Menteri  itu.

Namun, di dalam kegembiraan dan keseronokan saya dengan usaha murni ini, terdapat beberapa kerisauan dan kegusaran yang menghantui diri ini. Pertamanya, apakah kita akan hanya sekadar menjadi pengeluar dalam konteks pencetak Al-Quran, atau kita mengambil inisiatif untuk menjadikan Malaysia sebagai hub kajian semula Al-Quran yang pertama di dunia?

Jika diimbas kembali hasrat Perdana Menteri ke4, YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, beliau mahu Al-Quran ditafsir semula mengikut kehendak dan kesesuaian zaman, seperti yang dilaporkan di sini. Ada pihak yang membuat pelbagai andaian, yang kadangkala lebih bersifat pramatang atau dangkal, seperti di sini. 

Secara peribadi, saya berpendapat apa yang dimaksudkan beliau bukanlah bererti Al-Quran sekarang tidak lengkap tafsirannya, sebaliknya Al-Quran itu perlu dikaji semula dari aspek keilmuan dan juga dari aspek saintifiknya, walaupun Dr Kassim Ahmad, salah seorang pengkaji Al-Quran mempunyai pendapat berbeza mengenai al-Quran sebagai sebuah buku saintifik.

Walaubagaimana pun, saya secara peribadi berpendapat bahawa Al-Quran itu perlu dibaca dan dinilai serta dikaji persis kita mengkaji karya sastera yang cukup tinggi nilai estetikanya. Ianya mempunyai pelbagai rahsia yang tersembunyi yang mana tidak cukup untuk kita mengetahui rahsia di sebaliknya hanya dengan melagukan dan mendendangkannya ketika waktu Subuh, Maghrib atau Isya sahaja.

Kerisauan yang saya hadapi selain daripada itu ialah sejauh manakah kesediaan kita untuk menjadikan negara ini pengeluar Al-Quran yang terbesar selepas Arab Saudi? Ini kerana rata-rata umat Islam di Malaysia masih terus berpegang kukuh dan teguh kepada ajaran dan doktrin yang diterima oleh mereka dari nenek moyang mereka, tanpa ada keberanian untuk melihatnya dari luar sudut yang berbeza.

Dengan berkata demikian, bukanlah bererti saya memandang rendah kepada kemampuan aqal umat Islam di Malaysia, namun kesediaan kita untuk menjadi pengkaji Al-Quran secara bersifat individual dan tidak terlalu bergantung hanya kepada para ulama sahaja untuk menyampaikan ilmu Al-Quran itu sendiri.

Sebenarnya Al-Quran itu mudah untuk difahami dan dihayati, bersyarat kita bersedia untuk terus belajar dan belajar tanpa mengenali noktah pembelajaran itu. Apa yang perlu dibimbangkan kerana Allah sendiri yang mengajar Al-Quran itu kepada umat insan, seperti mana firmannya di bawah;

A001
(Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
(Ar-Rahmaan 55:1) | 

A002
Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.

Cara Allah mengajar Quran itu luas tafsirannya. Malah guru kita bukanlah terhad hanya kepada mereka yang mengajar kita tentang teknik pembacaan Al-Quran yang betul, sebaliknya guru kita adalah individu atau perkara sekeliling yang wujud di sekitar kita. 

Kadangkala saya merasa terpanggil untuk mengkritik individu tertentu yang terlalu asyik mengajar dengan bersungguh tentang pembacaan Al-Quran dari sifat idham dan dengungan yang tepat serta sebutan yang betul, namun membelakangkan intipati ayat-ayat Quran itu sendiri. Yang melucukan hati saya ialah sesetengah daripada mereka ini menjadi "superstar" bertitik tolak daripada populariti mereka sebagai pengajar, daripada menjadi popular kerana berani untuk menyuarakan perkara yang benar di dalam Al-Quran.

Sekali lagi saya ingin bertanya pada diri saya sendiri, apakah kita bersedia kepada perubahan dan revolusi pemikiran untuk melihat Al-Quran bukan sekadar sebuah kitab lagu dan dendangan, sebaliknya melihat Al-Quran sebuah buku ilmu yang mempunyai rahsia yang masih belum terungkai oleh aqal pemikiran?

Hanya masa yang akan menentukan.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection.


SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...