Oleh - Hesmel Faznee
Salam buat para pembaca dan juga mereka yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi tentang kandungan blog "separa hebat" ini.
Pandermic Covid19, nyatalah kehadirannya itu seperti suatu tanda bahawasanya perubahan dalam ketertiban masyarakat bakal berlaku secara pusingan 360 darjah! Banyak kebiasaan dan kelaziman kehidupan bakal berubah. Aspek keintiman masyarakat akan berubah, sifat ramah mesra dan kesantunan yang terdapat di kalangan masyarakat kita akan semakin menjauh dari amalan masing-masing.
Hakikat yang tidak dapat disangkal ialah sebenarnya ia telah menjauh sebelum pandemik itu sendiri berlaku.
Masyarakat kita dengan perihal diri sendiri. Jika anda seorang pengguna tegar pengangkutan awam, anda pasti akan tahu dan maklum tentang apa yang cuba saya gambarkan. Sifat "di dalam kepompong diri sendiri" telah lama wujud.
Apa yang lebih mendebarkan dan mencemaskan ialah bagaimanakah nanti kita hendak membuang kebiasaan pendekatan "penjarakkan sosial" pasca Covid 19 telah berakhir atau setidak-tidaknya selepas vaksin untuknya ditemui? Itulah persoalan yang agak mendebarkan.
Apakah tidak mungkin akan terdapat pemikiran skeptikal di kalangan kita berhubung dengan keadaan kesihatan seseorang dek kerana masing-masing merasa fobia dan paranoid sesama kita? Barangkali masing-masing merasakan sangsi adakah teman sepejabat, teman serumah itu pembawa penyakit Covid19 atau tidak?
Itu juga suatu pemikiran skeptikal yang perlu ditangani dengan bijak.
Sebenarnya wabak Covid 19 ini merupakan suatu pembawa cahaya dalam kelam. Kepada mangsa yang terkorban akibat wabak itu dan ahli keluarga mereka, ianya suatu ujian maha hebat dalam meneruskan hari-hari yang bakal mendatang. Di Malaysia, setakat penulisan ini ditulis jumlah yang terkorban akibat wabak tersebut telah meningkat kepada 100 orang.
Di setiap kejadian buruk, pasti ada pengajaran untuk kita semua pelajari. Pasti ada sesuatu yang tersurat dan tersirat di sebaliknya. Apa yang perlu kita lakukan ialah untuk merenung dan melihat jauh kedalam apakah yang tersirat di dalamnya. Secara harfiahnya, alam menjadi lebih segar dan "baru". Ia kembali "bernafas" semula.
Kepada haiwan-haiwan di sekeliling, mereka "mendapat kembali" hak asal mereka.
Kepada warga manusia, kita hanya kembali kepada fitrah asal manusia iaitu kembali semula ke kantong masing-masing. Sebagaimana kita berada di dalam kandungan ibu kita selama 9 bulan dahulu maka itulah yang sedang berlaku kepada kita secara "harfiahnya". Namun demikian, kemujuran yang paling utama ialah kita tidak berada dalam keadaan serba kaku dan sempit, sebagaimana kita berada dalam kantong ibu masing-masing.
Semuanya ini akibat daripada perintah kawalan pergerakan yang telah dikenakan bermula 18 Mac 2020 lalu, bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak itu dari terus merebak kepada semua orang.
Semuanya ini akibat daripada perintah kawalan pergerakan yang telah dikenakan bermula 18 Mac 2020 lalu, bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak itu dari terus merebak kepada semua orang.
Kita masih mempunyai gajet elektronik masing-masing. Masih mempunyai akses kepada internet, air, elektrik dan maha nikmat lain yang boleh dikecapi. Persoalan yang paling utama ialah seperti berikut;
Sejauh manakah kita bijak dan pintar mengoptimakan penggunaannya dan ianya untuk apa?
Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Semula Ke Sangkar Waktu
The Salam Connection
No comments:
Post a Comment