Monday, 11 September 2006

KEMENANGAN KEPADA SATU KEKALAHAN

Oleh – Hesmel Faznee Ahmad Faisal

Perjuangan itu sebenarnya adalah satu proses yang panjang. Ianya lebih panjang daripada nama-nama gelaran yang diperolehi oleh seseorang pemimpin mahupun seorang menteri half past six (José, pinjam terminologi Tun Dr. Mahathir!) daripada sesebuah Sultan, Raja mahupun Yang Dipertua sesebuah negeri.

Perjuangan juga membuktikan seseorang itu mempunyai komitmen terhadap matlamat perjuangannya. Seorang pejuang yang mementingkan matlamatnya akan terus komited dengan perjuangannya.

Tetapi seorang oportunis akan senantiasa memikirkan consenquences terhadap kesan yang akan berlaku di atas perkara yang dilakukannya. Namun yang membezakan seorang pejuang dengan seorang oportunis ialah kesungguhan!

Penulis memulakan cerita merepek penulis ini (José, penulis ini hanyalah seorang penulis yang syok sendiri, buat apa baca cerita penulis?) dengan mempersoalkan tentang perjuangan kerana semua telah sedia maklum, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah “menang” (José, ingin penulis mengingatkan pembaca blog Bacalah bahwa penulis bukan obses dengan Tun Dr. Mahathir tetapi dengan keadaan sekarang, beliau sahajalah pemimpin Melayu yang benar-benar ada keberanian).

Walaupun beliau berjaya menduduki tempat ke-9 untuk melayakkan beliau ke Persidangan Agung UMNO (José, dalam persidangan itu hanya 7 orang dibenarkan pergi) ia merupakan satu tanda bahawa masih ada lagi ahli-ahli UMNO yang berani dan mempunyai perasaan hormat yang tinggi terhadap jasa-jasa beliau.

Semua pemimpin negara yang mempunyai taraf half past six “bersorak” di atas kekalahan Tun Dr. Mahathir. Ramai yang mula mencela, ada yang mengkritik dan ada yang memberikan gambaran bahawa era Tun Dr. Mahathir telahpun berakhir.

Ingin penulis kaitkan semula dengan perenggan pertama penulis di atas.

Seorang pejuang itu akan tetap terus berjuang walaupun di mana dia dicampak dan dimana dia buang. Apa yang penting, perjuangan harus diteruskan. Seperti apa yang telah berlaku kepada Tun Dr. Mahathir, ini adalah satu permulaan kepada perjuangan beliau dan juga untuk beliau meneruskan kritikannya kepada Pak Lah a.k.a the idiotic Prime Minister.

Beliau telah cuba untuk bercakap semasa di Persidangan Tahunan UMNO, tetapi peluang beliau telah dinafikan. Beliau cuba menegur tetapi telah dihujani dengan kritikan dan juga dilabelkan dengan panggilan iblis, beruk dan sebagainya. Pejuang sebenar tidak akan hiraukan dengan kritikan, gelaran dan juga dengan pelbagai bentuk panggilan.

Namun dalam realiti politk, inilah parti baru menggantikan UMNO, budaya baru UMNO. Mungkin itulah juga arah tuju dan pegangan ajaran baru Islam Hadhari (penulis teringat sesetengah orang memberitahu penulis ia sebenarnya Had Khairy...) yang mana jasa-jasa pemimpin dahulu perlulah dilupakan dan perlulah diabaikan.

Penulis teringat kepada lagu Don’t Speak nyanyian kumpulan No Doubt. Mungkin ada juga kena mengena dengan keadaan yang berlaku sekarang!

Pak Lah a.k.a the idiotic Prime Minister telah memberikan jaminan bahawa Tun Dr. Mahathir akan mempunyai tempat di dalam UMNO untuk menjayakan perjuangannya. Penulis siarkan petikan daripada akhbar Utusan Malaysia 10hb September -

HELSINKI 10 Sept. – Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad masih mempunyai tempat dalam parti itu dan boleh memainkan peranan untuk menjayakan perjuangannya. Menurut Abdullah lagi, apa yang diharapkannya dan ahli-ahli UMNO, Dr. Mahathir akan menyokong usaha yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau memberi contoh bagaimana bekas-bekas wakil rakyat BN membentuk Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) kerana semua mereka ingin terus berkhidmat dengan cara mereka sendiri demi perjuangan parti dan negara.

“Tun sendiri telah dilantik menganggotai kumpulan-kumpulan tertentu termasuk mengepalai Kumpulan Tokoh Penting Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).

“Beliau juga diberi inisiatif dalam Forum Keamanan Sejagat, Penasihat Petronas, Proton,’’ katanya pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia selepas menghadiri sesi Sidang Kemuncak Asia-Eropah Ke-6, di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian semasa ditanya berhubung peranan yang boleh dimainkan oleh Dr. Mahathir dalam UMNO setelah tidak terpilih sebagai perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu ke perhimpunan agung parti itu.

Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu akan dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO November ini. ‘‘Tun tidak dikecualikan,’’ katanya.

Dalam pemilihan semalam, Dr. Mahathir hanya mendapat tempat ke-9, daripada tujuh yang dipilih melalui pengundian. Kekalahan Dr. Mahathir semalam menarik perhatian banyak pihak mengenai kedudukannya dalam UMNO dan sumbangan yang boleh diberikan kepada parti itu dan rakyat.

Benar, samada Pak Lah a.k.a the idiotic Prime Minister kurang cerdik ataupun dia telah terjumpa syaitan semasa pencarian abadinya itu, seperti yang dinyatakan oleh sesetengah orang.. Lalu syaitan telah menasihatkan dia untuk mengeluarkan kenyataan-kenyataan di atas. Tidakkah terdapat sedikit unsur mengungkit di dalam kenyataan seperti “Beliau juga diberi inisiatif dalam Forum Keamanan Sejagat, Penasihat Petronas, Proton,”?

Jadi jika begitu, apakah isu-isu lain yang berlaku di dalam negara tidak perlu disentuh hanya kerana Tun telah diberikan “inisiatif” di dalam perkara-perkara lain?

Apa yang cuba penulis maksudkan di sini ialah apakah perjuangan itu berbentuk selektif ataupun ianya hanya dibenarkan jika perjuangan itu sejajar dengan perjuangan Pak Lah a.k.a the idiotic Prime Minister ini?

Adakah Tun Dr. Mahathir seperti ahli-ahli kader UMNO lain yang hanya memberikan sokongan bulat-bulat tanpa mempunyai ruang untuk menegur, seandainya perjuangan itu tersasar dari matlamat asal?

Baru-baru ini, masalah orang Melayu Pulau Pinang telah menjadi tajuk utama di akhbar-akhbar negara. Ramai yang menyalahkan kepimpinan negeri, terutamanya Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon kerana dikatakan beliau gagal memajukan orang-orang Melayu Pulau Pinang.

Lalu muncullah (atau timbullah) cadangan daripada pelbagai pihak di negeri itu supaya jawatan Ketua Menteri itu digilirkan seperti apa yang telah dilakukan di Sabah tidak lama dahulu. Isu Melayu di Pulau Pinang ini sebenarnya bukanlah satu isu pembuka mata kepada ramai pihak, malah ia adalah satu isu yang berpunca daripada masyarakat Melayu itu sendiri.

UMNO, selaku wakil masyarakat Melayu di sana. Apakah aktiviti utama mereka demi memakmurkan kemajuan masyarakat Melayu tersebut? Penulis sebagai anak kelahiran Pulau Pinang dan dibesarkan dan melalui zaman remaja dan dewasa sebelum berpindah ke Shah Alam telah melihat segalanya.

Benar, masyarakat Melayu Pulau Pinang persis masyarakat Melayu di Singapura namun apakah langkah-langkah yang benar-benar diambil oleh UMNO Pulau Pinang demi menaikkan martabat Melayu di sana? Di sini, ingin penulis bangkitkan semula isu perjuangan. Apakah perjuangan yang diperjuangkan oleh UMNO Pulau Pinang itu mendapat sokongan padu orang Tanjung (José, pinjam terminologi Sasterawan Negara, Datuk Noordin Hassan – seorang anak jati Tanjung) ataupun ia hanya dipenuhi retorik semata?

Adakah UMNO Pulau Pinang (José, dibahagian Tanjung dan bukan di bahagian Kepala Batas kerana nasib mereka di sana tidaklah seburuk nasib Melayu Tanjung!) mengambil inisiatif tersendiri tanpa mengharapkan bantuan UMNO Pusat mahupun Kerajaan Pusat? Atau adakah mereka hanya terlalu bergantung kepada bantuan Pusat tanpa meminta pertolongan atau bekerjasama dengan Kerajaan Negeri?

Memang tidak dinafikan, UMNO Pulau Pinang mempunyai kelompok mereka tersendiri. Ini akan menyukarkan lagi perkembangan dan juga pembangunan masyarakat Melayu di sana sendiri. Kekayaan, mahupun kesenangan yang diperolehi oleh mereka juga berbentuk selektif. Jadi bagaimanakah Melayu di sana hendak memajukan diri mereka?

Ini berbeza dengan UMNO di bahagian Tanah Besar (José, ini merujuk kepada Kepala Batas, Permatang Pauh dan juga di kawasan yang berdekatan) yang mempunyai kebajikan yang terpelihara dan juga mereka lebih selamat dibandingkan dengan Melayu di Tanjung.

Benar, Ketua Menterinya adalah seorang pemimpin daripada Gerakan (José, satu-satunya ketua menteri yang bukan terdiri daripada orang Melayu) tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan bahawa beliau tidak menjaga kebajikan orang Melayu kerana kebajikan orang Melayu dijaga oleh UMNO. Apa yang UMNO lakukan hingga Melayu Tanjung menjadi sebegini?

Penulis juga hairan dengan perjuangan UMNO sekarang. Apakah yang sebenarnya berlaku di dalam parti “keramat” (José, ia tidak lagi keramat kerana Presidennya half past six!) ini kerana baru-baru ini ia akan menganjurkan satu perhimpunan yang paling kurang cerdik di dalam tempoh 60 tahun penubuhannya? Penulis memetik akhbar Utusan Malaysia seperti berikut –

LUMUT 10 Sept. – Satu perhimpunan membabitkan 50,000 ‘mat rempit’ seluruh negara akan diadakan di Stadium Nasional di Bukit Jalil, Kuala Lumpur dari 10 hingga 12 November ini.

Pengerusi Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadual merasmikan perhimpunan tersebut yang merupakan acara kemuncak Karnival Bermotor Putera UMNO 2006. ‘‘Perdana Menteri akan memberi amanat kepada ‘mat-mat rempit’ tersebut agar mereka menjadi generasi yang lebih berguna dan berwawasan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini. Beliau berkata demikian selepas upacara penutupan Karnival Bermotor Putera UMN0 di Teluk Batik di sini. Upacara penutupan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Sains Teknologi dan Sumber Manusia, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir.

Serentak itu, Zambry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor melancarkan Kelab Bermotor Perak. Kira-kira 8,000 ‘mat rempit’ dari Lembah Klang, Perak, Kedah dan Pulau Pinang berkumpul di pusat peranginan terkenal Perak itu sejak semalam. Selain berkonvoi dari Dataran Merdeka ke Teluk Batik, mereka juga diberikan ceramah motivasi, seminar keselamatan jalan raya serta melakukan aktiviti kemasyarakatan dan gotong-royong. Antara aktiviti gotong-royong yang dilakukan termasuk membersihkan surau, masjid, sekolah, rumah orang miskin dan tadika. Abdul Azeez berkata, beliau percaya program tersebut berjaya menyedarkan ‘mat-mat rempit’ yang majoritinya Melayu tentang tanggungjawab dan peranan mereka sebagai aset negara.

‘‘Kita kena ubah pendekatan untuk tangani masalah mat rempit ini, saya percaya mereka sebenarnya dahagakan kepimpinan.

‘‘Jika terima cara kepimpinan yang betul, Insya-Allah potensi mereka dapat digunakan dalam saluran yang betul, bermula dari sekarang saya tidak mahu menoleh lagi ke belakang, saya akan terus bersama mereka,” katanya. Beliau berkata selepas ini kumpulan yang sama akan terlibat dalam program berbuka puasa pada Ramadan ini dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Saya juga merancang untuk menganjurkan majlis Hari Raya Aidilfitri khusus untuk ‘mat-mat’ rempit supaya mereka dapat berkumpul beramai-ramai dan berkongsi kegembiraan bersama-sama,’’ katanya
.

Penulis tidak kisah jika niatnya murni untuk mendisiplinkan Mat-Mat Rempit tetapi untuk menganjurkan satu perhimpunan semata-mata menghimpunkan para Mat-Mat Rempit ini persis mengiktirafkan mereka sebagai parasit masyarakat. Dan apa yang lebih menyedihkan ialah apabila Pak Lah a.k.a the idiotic Prime Minister dijemput merasmikan perhimpunan tersebut.

Pentingkah seorang Perdana Menteri itu untuk turun sama menjayakan perhimpunan ini? Tidakkah ada agenda lain yang perlu diselesaikan? Mengapakah perhimpunan ini perlu diadakan?

Dan apabila Pak Lah a.k.a the idiotic Prime Minister merasmikan perhimpunan ini ia persis benar-benar mengiktirafkan parasit-parasit ini ketaraf yang lebih tinggi. Bodohkah kita atau kita mempunyai Perdana Menteri yang kurang cerdik?

Kita kan tersesat pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

Friday, 8 September 2006

UNDURLAH PAK LAH - Dr. Bakri Musa

Undur lah, Pak Lah
(Step Down, Pak Lah!)

By – M. Bakri Musa

Few images could match the pathos of a man struggling to keep his head above water as he is drowning. A more tragic scene would be seeing a Mongoloid child quietly slipping underwater, oblivious of the mortal danger he is in as he sinks down, grinning. No intimations of fear or helplessness; a few moments later he would be found lifeless at the bottom of the pond.

This is the image Prime Minister Abdullah currently projects, and it is not far from the reality. He is way above his head, and is blissfully unaware of it. He still maintains the “elegant silence” of a Pak Bisu (the lovable deaf-mute uncle), and a “What? Me Worry?” grin of Mad Magazine’s Alfred Neuman.

He is sinking fast, and he does not know it. He is also taking his party and the nation down with him. Unfortunately, it is not within our culture for those closest to him to warn him of the impending disaster, much less to rescue the poor soul. On the contrary, they would continue to shield him from the harsh reality, all the way down to the bottom of the pond. They are more interested in protecting their own interests rather than in saving the man or the nation.

Undur lah, Pak Lah! Step down, Pak Lah! Spare your party, race and the nation you love needless grief.

It would be presumptuous of me to suggest that you might also be sparing yourself, your loved ones, and those closest to you. That is not for me to say.

Right Decision; Right Timing; Right Reason

By stepping down now, Abdullah would be making the one right decision at the right time and for all the right reasons, something that has sorely eluded him since becoming Prime Minister.

This would be an appropriate time for him to announce his resignation, to be effective following the election of a new leader at UMNO’s forthcoming annual convention in November. Doing so now would spare his party and the nation the endless distractions of a leadership tussle. With Ramadan coming up, there will be only a few weeks for the members to focus on electing their leader. The restraining influence of that holy month would curtail the more blatant “money politics” that has plagued UMNO. That would help ensure a clean election; at least I hope so.

Were Abdullah to reveal his stubborn streak and hang on however tenuously, rest assured that the party and nation would be consumed by the leadership brawl. Forget about the Ninth Malaysia Plan, economic growth, or even plain normalcy.
Even if Abdullah were to survive (a very big “if”), it would be a hollow victory. He, the party, Malays, and Malaysia would have been senselessly and irreparably battered in the process.

Clinging on would only make him look even more pathetic and helpless than he is already now. Please spare us the sorry sight!

I trust the collective wisdom of UMNO members to select Abdullah’s worthy successor. They have been through the exercise many times before. When Datuk Onn left the party in a huff, sulking because the members would not do his bidding, they demonstrated great judgment in picking the hitherto unknown and colorless civil servant, Tunku Abdul Rahman. It was a prescient choice for later he would lead the nation to Merdeka. In contrast, the daring, brilliant and charismatic Datuk Onn was content to remain in the false security of the colonial cocoon.

Similarly later when the Tunku was enjoying himself too much in being the “world’s happiest Prime Minister” while the nation was fracturing, UMNO members again asserted themselves. That famous genuflecting letter to Tunku from Dr. Mahathir may be from one person, but not its sentiment.

Granted, the UMNO of today is a far cry from its earlier being; it is now corrupted to its core. The rot accelerated when Anwar Ibrahim introduced the party and its members to “modern” forms of campaigning, as with “money politics.” It was only through outright corruption and blatant bribery, condoned by the party’s senior leaders, was Anwar successful in dislodging Ghaffar Baba as Deputy President and thus, Deputy Prime Minister. However, as we Muslims would observe, Allah has His Ways; nothing happens without His Will.

Today money politics is entrenched; it seems futile to have faith in UMNO’s ability to make wise decisions, uncorrupted by money and influence peddling. Examine the last leadership convention, and that was with the two top positions not contested. Imagine the ugly tussles and ensuing gross corruptions had both positions been vacant.

There is some reason to hope that this time it would be different, if Abdullah were to resign now. With the restraining influence of Ramadan and Hari Raya, as well as the short notice, there would not be a prolonged disruptive and acrimonious campaign. There would be corresponding less time for intrigue and bribery. It takes time to form alliances and to engage in backstabbing.

This may well be the only opportunity for the party to have a relatively honest election, and for its members to express freely their collective wisdom. This may also be the only chance the party has to cleanse its leadership, and thus itself.

If Abdullah does not seize this rare opportunity and instead succumb to the flatteries of his courtiers, rest assured that the party and nation would needlessly be distracted until he is out. Not a pretty prospect, for him, the party, and the nation.
Contrary to Abdullah’s perception, Mahathir is not the problem; silencing him would not be the solution. Mahathir is getting wide hearing not because he is the former Prime Minister (although that is a factor), rather the issues he raises resonate with the citizens.

Undoing Mahathir’s Legacy

If Abdullah were intent on undoing Mahathir’s legacy, as Abdullah’s many interlocutors seemed to convey, then stepping down now would do it. He would have effectively broken UMNO’s ill-advised “tradition” of not contesting the two top positions. This presumes that Najib would contest the top slot with Abdullah’s withdrawal, and thus automatically vacate his Deputy President post. There is nothing to indicate that he would not do so.

It was just over two years ago that Abdullah received an overwhelming mandate from the people. He has not committed any egregious deeds, which would be the usual reason in calling for a resignation. On the contrary, he has done a few things right; that is to say, I agree with those decisions.

That is precisely Abdullah’s problem. Even when he did the rare right thing, as with trimming the budget deficit, canceling that silly crooked bridge, and reducing the petroleum subsidy, his timing was off and or his reasoning flawed.

It was pathetic and painful to see his ministers and other defenders going through contortions to justify canceling that bridge. As for the timing, the penalty payments may yet exceed the cost had the boondoggle been built!

As for Abdullah’s overwhelming mandate of 2004, do not read too much into it. Malaysians are by nature generous and forgiving of our leaders, at least the first time around. When Tunku took over from the towering Datuk Onn, Tunku’s Alliance Party won all but one of the 52 seats. Datuk Onn scrapped through with the only one seat.

This was not because Malaysians were mudah lupa (easily forgetting) or being ungrateful to Datuk Onn for his great service in establishing UMNO and saving the nation from becoming a dominion. Rather, Malaysians prefer giving their new leaders a rousing start and a generous chance.

Resigning the prime ministership is quite the tradition in Malaysia. Chalk one up for the nation! Tunku did it temporarily to concentrate running his campaign in1959. A decade later the Tunku missed the subtle Malay signals and was more or less forced out, albeit civilly and with decorum in 1970. Hussein did it gracefully in 1981, without prompting, when he found himself overwhelmed.

Fast-forward to today, Hussein Onn is fondly remembered despite his forgettable tenure. In contrast, during the recent celebration of Merdeka’s 49th anniversary, few recalled the Tunku’s pivotal leadership in that fateful event.

Mahathir made it clear that he now deeply regrets anointing Abdullah as his successor. That point is irrelevant. By resigning now and simultaneously opening up the nomination process by letting anyone to participate by doing away with the onerous branch nomination requirements, Abdullah would reduce the corrupting influence of money politics and help ensure getting the best candidates. Let the membership decide who are serious and who are frivolous candidates. By resigning now, Abdullah would also ensure that the next generation of leaders would truly be the choice of the membership. That is a legacy that even Mahathir could not match. That is also the one enduring legacy worth leaving.

Undur lah, Pak Lah!

editor's note - I take this opportunity to reproduced one of the anti Abdullah Badawi's most vocal critisism, written by Dr. M. Bakri Musa. He is my internet correspondent. I hope my Bacalah blog readers (If there is any!) would enjoy the reading. One thing I do agree about the article is that it IS ABOUT time the PM steps down!

Thursday, 7 September 2006

TIADA MAAF BAGIMU..

Oleh – Hesmel Faznee Ahmad Faisal

Penulis amat tertarik dengan konsep meminta maaf. Kemaafan adalah satu perkara yang terpuji. Ada juga yang menganggap ianya satu perbuatan yang paling mulia. Tetapi jika kemaafan itu dipinta hanyalah kerana didesak, ditekan, mahupun kerana hendak melindungi sesuatu atau kerana berada di dalam keadaan ketakutan ataupun merasakan bersalah, maka jadilah ia satu kemaafan yang bersifat “half past six” (José, pinjam terminologi Tun Dr. Mahathir!)

Penulis yakin, ramai yang akan merasa hairan mengapakah penulis membangkitkan isu ini.

Pak Lah a.k.a the lame duck retired Government servant akan memohon maaf, sekiranya dia didapati tersilap fakta mengenai penglibatan anaknya di dalam SCOMI, semasa bercakap tentang isu ini di dalam rancangan Bersemuka Bersama Perdana Menteri (atau mungkin Bermuka-Muka Bersama Perdana Menteri) yang telah disiarkan di dalam TV baru-baru ini.

Katanya, “ramai orang menuduh saya telah menipu dan mereka telah berjaya mengemukakan bukti tentang perihal SCOMI.” Dia berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat bahagian UMNO Ampang, pada 2hb September lalu.

Dalam rancangan Bersemuka Bersama P.M a.k.a Bermuka-Muka Bersama P.M baru-baru ini, Pak Lah a.k.a the lame duck retired Government servant telah membuat segala penafian anaknya mendapat kontrak-kontrak dan projek daripada Kerajaan. Katanya lagi, dia tidak pernah mengambil tau tentang penglibatan anaknya di dalam SCOMI mahupun masuk campur dalam perniagaan anaknya.

Penulis teringat ungkapan “tidak cerdiknya” yang telah berkata “Saya Perdana Menteri, saya tahu apa yang saya buat!”. Nampaknya ternyata dia tidak tahu apa-apa pun.

Penulis teringat ayah penulis. Seorang yang amat tegas. Beliau tahu setiap perkara yang penulis lakukan. Itulah contohnya seorang ayah yang prihatin. Beliau tidak perlu mendabik dada dan mengakui dia seorang pemimpin yang terpuji, seorang pemimpin Islam “Hadhari” dan sebagainya. Beliau melakukannya kerana beliau sedar keperluan dan juga tanggungjawab sebagai seorang ayah.

Walaupun penulis bukan lagi seorang remaja (namun hati, semangat dan keingingan penulis masih lagi seperti seorang remaja!) beliau tetap mengambil berat dan mengambil tahu tentang apa yang penulis lakukan.

Pak Lah a.k.a the lame duck retired Government servant hanya mempunyai 2 orang anak sahaja. Tidakkah ia menghairankan orang ramai jika dia berkata dia tidak tahu menahu tentang apa yang dilakukan anak-anaknya? Adakah ini menunjukkan dia seorang bapa yang tidak bertanggungjawab?

Penulis tidak berminat langsung tentang latarbelakangnya, samada dia seorang anak ulamak atau tidak tetapi persoalan pokoknya, adakah ianya satu jawapan yang meyakinkan jika dia hanya terus berkata “tidak tahu?”

Dia harus memeriksa tentang fakta-fakta yang hendak dikeluarkannya sebelum memaklumkan kepada orang ramai. Apabila Pak Lah meminta maaf, kredibilitinya sebagai P.M akan tercalar sedikit. Bukanlah salah jika seseorang itu memohon maaf tetapi ia akan kelihatan sedikit naive kerana kesalahan-kesalahan berbentuk minor ini akan membuatkan keadaan menjadi bertambah resah. Orang ramai akan membuat banyak spekulasi lagi selepas ini.

Disebabkan itulah jika dibandingkan dengan semua Perdana Menteri sebelum ini, jarang di antara mereka membuat kenyataan memohon maaf di atas sesuatu perkara. Melainkan perkara itu benar-benar mendatangkan komplikasi yang besar atau sebaliknya.

Ada diantara Perdana Menteri kita yang terus meletakkan jawatan kerana tidak merasa dirinya popular lagi dan ada yang terus mempertahankan jawatan mereka kerana merasakan dirinya benar dan apa yang dilakukannya itu adalah yang terbaik untuk negara.

Tetapi di dalam kes Pak Lah a.k.a the lame duck retired Government servant, semakin banyak dia bercakap semakin banyak huru hara yang berlaku! Di dalam perkara ini, tidak hairanlah jika ramai yang mempermainkannya, memperlecehkannya dan ada juga yang terus memperbodohkannya (penulis tidak mahu menerangkan secara terperinci!)

Kenyataan dan juga perkataan yang digunakan olehnya seperti iblis dan sebagainya dilihat sebagai satu perkara yang tidak seharusnya diungkapkan oleh seorang yang datang dari keluarga ulama dan keluarga baik. Begitu juga membiarkan anak menantu melemparkan tuduhan “beruk” kepada orang! Terutamanya kepada pemimpin terdahulu yang telah banyak berjasa kepada negara!

Akhirnya orang ramai mula sedar, “beruk” yang melemparkan tuduhan itu telah menjadi “beruk” semasa mengetuai demonstrasi membantah kehadiran Condolezza Rice baru-baru ini!

Penulis masih lagi tertanya sehingga kini, apakah ini contohnya “Islam Hadhari”? Begitu juga sikap diamnya apabila ada menteri malah menantunya sendiri memberikan gelaran kepada bekas pemimpin negara kita?

Yang paling menimbulkan kegusaran dan juga kekacauan di dalam episod cerita ini ialah kemunculan watak utama dalam kekusutan ini. Seekor beruk peliharaan Pak Lah a.k.a the lame duck retired Government servant, telah diangkat sebagai wira bangsa Melayu, gara-gara sifat chauvinist (José, ia bermaksud cinta melampau terhadap bangsanya) terhadap mereka yang mengambil kesempatan terhadap keadaan yang berlaku sekarang.

Persoalannya sekarang, sejak bilakah “beruk” ini menjadi pembela bangsa Melayu? Setahu penulis, “beruk” ini tidak pernah menuntut di tanahair, tidak pernah bergaul dengan masyarakat “grassroot” (baca Melayu di pendalaman atau di kawasan kampung) dan yang paling penting tidak tahu tentang sentimen orang-orang Melayu.

Janganlah hanya kerana baru 6 tahun menyertai UMNO (Itupun kerana mempunyai agenda tersendiri) terus diangkat menjadi pembela bangsa Melayu. Penulis kadangkala terfikir sejenak. Benarkah Melayu ini masyarakat pelupa? Ataupun mungkin Melayu ketandusan hero-hero untuk dipuja? Ataupun mungkin kerana “beruk” ini adalah “beruk” kesayangan Pak Lah a.k.a the lame duck retired Government servant, semua orang sibuk untuk memelihara, mengangkat dan mengampunya?

Penulis kesal dengan keadaan politik tanahair sekarang. Ini termasuk di dalam parti UMNO sendiri. Walaupun penulis merupakan penyokong kuat kerajaan dan juga parti UMNO, parti tunjak utama kerajaan sekarang tetapi nampaknya sekarang parti ini akan menjadi semakin pariah jika tiada usaha-usaha positif yang diambil untuk menyelamatkan parti keramat ini (José, ada sesetengah orang sanggup memutuskan persaudaraan kerana parti keramat ini!)

Mengapakah sejak kebelakangan ini, parti ini kelihatan sedikit kelam kabut? Mengapakah terdapat segelintir ahli UMNO yang mula meragui kepimpinan tertinggi? Mengapa? Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad a.k.a the Grand Oldman, mendapat banyak jemputan untuk menghadiri majlis bersama beliau.

Baru-baru ini sebuah majlis ‘Sanjungan Budi Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad‘ anjuran UMNO Cawangan Kampong Padang Jual, Kuala Pilah, Negeri Sembilan telah diadakan pada 2hb September lalu. Ia bertujuan untuk orang ramai mendengar sendiri daripada Tun Dr. Mahathir tentang kekeliruan yang berlaku antara beliau dan Pak Lah a.k.a the lame duck retired Government. Mengikut laman web Agenda Daily;

“ Ketua UMNO Cawangan Padang Jual, Samah Mahat mengesahkan dalam ucapannya di majlis yang berlangsung di padang kecil sebelah dewan kampong itu bahawa beliau terpaksa merayu kepada Datuk Mukhriz Mahathir meminta agar bapanya dapat datang juga ke majlis itu. Katanya beliau lega bila Mukhriz memberi jaminan bahawa Dr Mahathir akan datang juga sekalipun dalam keadaan berselimut.

Dr Mahathir berucap sekitar 30 minit sahaja di majlis itu dengan nada suara yang serak dan adakalanya tersekat-sekat. Kelihatan sebuah ambulan di tempatkan tidak jauh dari khemah majlis itu. Malah sidang akhbar selepas majlis juga dibatalkan. Ini adalah kali pertama Dr Mahathir berucap di sebuah pentas anjuran sebuah UMNO cawangan di kawasan luar bandar sejak melancarkan kritikan terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun keseluruhan majlis itu berakhir sekitar sejam setengah sahaja kerana masalah kesihatan Dr Mahathir. Sekitar 500 orang menghadiri majlis itu.

Sebilangan hadirin kelihatan berwajah kecewa kerana mereka menjangkakan hendak dengar ‘macam-macam’ dalam ucapan Dr Mahathir seperti yang diluahkannya di beberapa majlis ceramahnya di tempat-tempat lain. Dalam ucapannya Dr Mahathir banyak bercakap secara umum mengenai soal sejarah kemerdekaan negara dan menyentuh sikit dakwaannya mengenai tiadanya demokrasi dalam UMNO sekarang.”

Namun begitu Samah Mahat telah mencuri perhatian bila dalam ucapan alu-aluannya antara lain berkata,: “gila apakah UMNO Cawangan Padang Jual memanggil Tun Dr Mahathir Mohamad ketika orang lain takut mendekatinya.”

Katanya ini kerana mereka menyanjung pendirian Dr Mahathir berpegang kepada kata-katanya meletakan jawatan seperti yang diucapkannya pada akhir ucapannya di Perhimpunan Agung UMNO tahun 2002.

Menurutnya begitu juga mengenang kepada jasa-jasanya dalam pembangunan negara seperti membina Lebuhraya Utara Selatan dan lain-lain. Beliau juga kesal kerana merasa kebelakangan ini terdapat usaha untuk melupakan jasa bekas Perdana Menteri itu.

Samah Mahat yang juga ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Kuala Pilah mendakwa ada usaha untuk mengagalkan majlis berkenaan menerusi penganjuran beberapa majlis di kawasan Kuala Pilah pada waktu yang sama seperti Pesta Pop Yeh Yeh dan majlis makan percuma.


Penulis yakin, tidak semua pemimpin dan juga ahli UMNO yang bersifat “pengecut” dan penyokong bertaraf “kami sokong tetapi tidak tahu sokong apa” berada di dalam parti itu. Ini kerana, beberapa cawangan UMNO di sesetengah tempat mahukan Tun Dr. Mahathir berucap di kawasan mereka namun disebabkan tekanan dari pihak tertentu mereka terpaksa melupakannya.

Penulis yakin, kebanyakan ahli UMNO lebih menyayangi parti daripada pemimpin. Namun, ada pihak-pihak tertentu memanipulasikan keadaan hingga menimbulkan kekeliruan yang lebih bercelaru. Ini termasuk cubaan-cubaan menghalang Tun Dr. Mahathir dari menjadi perwakilan ke persidangan agung UMNO yang akan diadakan selepas Aidilfitri nanti.

Penulis yakin, Tun Dr. Mahathir akan kalah kerana terdapatnya pihak-pihak tertentu yang akan terus “menutup” mulut Tun Dr. Mahathir dari bersuara. Bukankah kita sekarang mempunyai Perdana Menteri yang tidak bersuara, jadi mengapakah seorang rakyat biasa, seorang lelaki tua yang kebetulannya bekas Perdana Menteri harus bersuara?

Kadangkala penulis terhasut dan juga terpengaruh dengan cerita-cerita yang berlegar di dalam internet tentang isu-isu yang berlaku sekarang. Tetapi hakikat itu akan tetap menjadi hakikat. Dan hakikatnya sekarang, negara kita ditadbir oleh seorang pemimpin yang lemah, lembik dan hanya menantikan masa untuk diundurkan atau terpaksa mengundurkan dirinya.

Penulis rasa apa yang telah dinyatakan oleh rakan internet penulis, Dr. Bakri Musa di dalam artikelnya bertajuk “Pak Lah Undurlah”, ada benarnya. Ini kerana, Pak Lah a.k.a the retired lame duck Governmet servant telah menjadi liabiliti kepada negara. Ia ditambahkan lagi dengan “beruk” peliharaannya yang kelihatan semakin lama semakin “membesar” akibat di “belai dengan manja” oleh orang-orang di sekeliling Pak Lah a.k.a the retired lame duck Government servant.

Penulis tidak mahu melibatkan diri secara terus di dalam politik kerana penulis sedar politik adalah sesuatu yang “kotor”. Tetapi penulis tidak tahu bahawa ianya begitu kotor sehinggakan menukar seorang retired lame duck Government servant menjadi seorang yang lebih lame, mempunyai agenda tersembunyi dan begitu lemah sehinggakan pemerintahannya kelihatan menghancurkan negara dan menggadaikan maruah negara.

Kita kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

Friday, 1 September 2006

DIRIKU DIRIMU DAN BUMI YANG DIGADAIKAN

Kakiku di sebelah kakiku sebelah,
Tersangkut di sebelah,
Kakiku tersangkut disebelah,

Mengalah diriku,
Diriku mengalah,

Tak sanggup diriku melihat,
Melihat diriku tak sanggup melihat,

Resah diriku resah tak sanggup melawan,
Melawan diriku tak sanggup resah,
Kerana tak sanggup melawan,

Menyalahkan diriku,
Hanyalah menyalahkan yang bersalah,

Memberikan diriku kepada yang palsu,
Yang palsu ku palsukan,

Ku katakan yang salah,
Disokong yang salah disokongkan,

Meresah diriku melihat tak melawan meresah,
Menyampah diriku menyampah yang salah kini dibenarkan,

Berjalan diriku berjalan mencari jalan keluar,
Terus berjalan diriku berjalan dan mencari perjalanan,
Demi satu perjalanan kini perjalanan tiada perhentian,

Kugadaikan semuanya tergadai kugadaikan dan tergadai,
Bumi maruahku agama bangsaku habis digadaikan,

Itulah ceritaku dibumiku inilah diperihalkan,
Mekarkah bumiku ini benarkah yang benar dibenarkan?

Tanyalah dirimu siapa yang salah dan siapa yang dipersalahkan?
Hanya Tuhan yang tahu diriku dan tiada sapa yang dipersalahkan..

2008hrs 1/9/2006 – Cyber Music Asia

Nota - Penulis menulis sajak ini, sehari selepas negara kita menyambut kemerdekaan "haprak" buat kali ke 49. Ada banyak cerita yang boleh diungkapkan di sebalik sajak ini. Seperti biasa, penulis tidak mengkeji mahupun mencaci sesiapapun dengan panggilan iblis mahupun beruk. Kerana bagi penulis, hanya iblis mahupun beruk yang memanggil orang lain dengan panggilan ini. Beruk atau ibliskah mereka ini?

Monday, 28 August 2006

PARIAH HADHARI ATAU ISLAM HADHARI?

Penulis hairan. Penulis merasa pelik. Hairan kerana di manakah letak sebenarnya konsep Hadhari di dalam pentadbiran Pak Lah a.k.a the lame duck? Apakah maksud sebenar Hadhari itu sendiri?

Maafkan penulis, kerana penulis sebenarnya tidak tahu dan tidak faham konsep Islam Hadhari. Ini disebabkan penulis, sepanjang hidup penulis tidak pernah langsung belajar dan mendengar konsep ini! Apa yang penulis tahu, Islam dibawa oleh Nabi Muhammad hampir 1400 tahun lalu, adalah Islam yang telah kita anuti 3 tahun sebelum ini. Tapi semenjak Pak Lah a.k.a the lame duck Prime Minister menjadi Perdana Menteri, kita dikejutkan dengan Islam Hadhari!

Apa yang cuba penulis katakan di sini ialah konsep Islam Hadhari ini sendiri. Adakah salah satu konsepnya ialah tidak menghormati warga tua? Termasuk tidak menghormati bekas pemimpin sendiri? Wajarkah Perdana Menteri a.k.a the lame duck membenarkan kecaman demi kecaman dilemparkan kepada bekas Perdana Menteri? Salah seorang yang kuat mengecam Tun Dr. Mahathir ialah Nazri “the bulldog” Aziz.

Di manakah Pak Lah a.k.a the lame duck? Mengapakah dia mendiamkan diri? Terbaru, anak menantu kesayangannya mengecam MCA, kononnya parti ini akan mengambil kesempatan ke atas kekalutan dan kekacauan yang berlaku di dalam parti UMNO. Inilah beruk kesayangan Pak Lah yang telah mengeluarkan bunyi bising lagi, sama seperti yang pernah dia lakukan sebelum ini dengan menjadi “monkey star” semasa berlangsungnya mesyuarat Forum ASEAN, di KLCC 28hb Julai lalu.

Gelagat dia mengecam MCA, dengan menuduh MCA sebagai parti ambil kesempatan ini persis mengenai batang hidungnya sendiri (penulis tertanya, jika Naib Ketua Pemuda ini spesis beruk Belanda, maka dia mempunyai hidung yang panjang melengkong ke bawah!). Ini kerana, sepanjang dia menjadi Naib Ketua Pemuda pun, dia terpilih menduduki jawatan itu kerana ehsan bapa mertuanya yang juga Presiden UMNO. Di sini, siapakah sebenarnya yang mengambil kesempatan?

Beruk ini, seekor beruk muda (penulis tidak mahu menggambarkan secara jelas dan nyata tapi yakin pembaca Bacalah tahu siapa yang penulis maksudkan!) telah berjaya mempengaruhi keadaan semasa dan keadaan sekarang.

Siapakah dia, yang berani untuk mengatakan kepada Tun Dr. Mahathir sebagai beruk? Benar, dia tidak mahu mengakui bahawa ungkapan beruk itu sebenarnya ditujukan kepada Tun, tetapi di dalam politik itulah hakikatnya. Inilah yang menghairankan penulis tentang konsep Islam Hadhari ini. Adakah Pak Lah a.k.a the lame duck langsung tidak menegur menantu kesayangannya ini atau sememangnya dia sendiri tidak pandai mengajar anak menantunya supaya menghormati golongan tua?

Apakah tindakan yang telah diambil oleh Pak Lah a.k.a the lame duck ke atas cacian-cacian dan juga kecaman yang dilemparkan kepada Tun Dr. Mahathir? Penulis tahu jawapannya. Dia hanya berdiam diri, tumpukan kepada RMK 9 dan hanya mampu berkata “I don’t know” dan “I’m not involved!” apabila ditanya.

Pergerakan Pemuda UMNO, telah muncul sebagai pergerakan komedia de-arte (atau membawa maksud komedi improvisasi yang bermula sekitar abad ke-16 di Itali. Pelaku (bukan pelakon) diberikan senario di dalam bentuk outline dan akan mempersembahkan persembahan mereka) dewasa ini. Penulis ada sebab dan alasan untuk mengatakan begini.

Mengapakah pergerakan ini secara membabi buta mengeluarkan kenyataan seperti yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia 28/8/2006? Berikut ialah petikannya.

“Pergerakan Pemuda UMNO meminta pihak tertentu menghentikan tekanan terhadap Naib Ketua pergerakan itu, Khairy Jamaluddin berhubung kenyataannya baru-baru ini yang dikatakan tidak disenangi oleh MCA. Ketuanya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pergerakan itu tidak akan tunduk dengan desakan mana-mana pihak yang menggesa Khairy memohon maaf secara terbuka.

Menurut beliau, Khairy sebelum ini telah menjelaskan bahawa isu tersebut timbul ekoran salah faham beberapa pihak dan ia tidak perlu diperbesarkan sehingga mencetuskan polemik politik yang baru.

“Kenapa perlu desak minta maaf lagi dalam keadaan Khairy kata perkara itu merupakan salah faham. Saya cukup marah... apa ini? Ada yang hendak mengambil kesempatankah?

‘‘Saya ingin tegaskan, Pemuda UMNO tidak bersikap baling batu sembunyi tangan, sebaliknya kita baling batu dan kita tunjuk tangan kita. Kita akan pastikan ia sampai kepada sasaran kita,” tegasnya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Selangor, di sini hari ini.”


Mereka perlu tahu bahawa kesilapan “beruk” ini ialah dia mengeluarkan kenyataan yang lebih kepada retorik sahaja dan bukannya mempunyai sebarang niat untuk merapatkan barisan di dalam parti Barisan Nasional! Apakah dengan mencabar (hakikatnya kenyataan “beruk” ini seolah mencabar parti MCA) dan mengeluarkan amaran, kepada parti kedua terpenting di dalam Barisan Nasional, “beruk” ini akan dianggap sebagai jaguh parti UMNO?

Lupakah “beruk” ini tentang consensus yang telah dipersetujui oleh parti-parti yang ada di dalam Barisan Nasional (sebelum ini ia dikenali sebagai Perikatan) ini? Ataupun mungkin “beruk” ini lupa atau mungkin tidak tahu? Ketua pergerakan Pemuda, Hishamuddin Hussien, seorang pemimpin “tidak cerdik” menambahkan lagi ketegangan di dalam isu ini apabila dia dengan berhemahnya berkata kesemua cawangan pergerakan Pemuda menyokong tindakan “beruk” ini!

Mungkin dia benar-benar tidak cerdik atau dia terlupa bahawa ada kumpulan Pemuda yang tidak menyokong kepimpinan sekarang, seperti apa yang dicerminkan oleh Pergerakan Pemuda Petaling Jaya Utara pada 13hb Ogos lalu apabila mereka menganjurkan satu majlis dialog bersama Tun Dr. Mahathir. Dan semua tahu di dalam majlis itu ramai yang menyokong ucapan-ucapan Tun Dr. Mahathir. Jadi, di manakah letaknya sokongan yang kononnya diberikan oleh semua perwakilan Pemuda?

Nazri “the bulldog” Aziz, seperti biasa meminta supaya “beruk” ini jangan tunduk kepada gesaan dan desakan MCA. Kononnya, demi maruah UMNO. Penulis hairan, sejak bilakah maruah UMNO ini diletakkan ke atas seorang pemuda yang baru berusia 30 tahun dan baru sahaja 6 tahun menganggotai UMNO. Bukan itu sahaja, kemenangannya sebagai Naib Ketua Pemuda juga dilihat sebagai kemenangan haprak!

Penulis ingin juga menyentuh tentang terminologi terbaru Tun Dr Mahathir, selain daripada terminologi beliau seperti haprak, half past six dan yang terbaru, pariah! Berikut ialah petikan dari New Straits Times 28/8/06 ;

From being a former prime minister and Umno president to a pariah, this is how Tun Dr Mahathir Mohamad described his situation nowadays.

Dr Mahathir, who once ruled the party and the nation for 22 years, said he was insulted that the party was now trying to gag him. And he was upset at what he deemed a new party culture whereby those who wished to speak up were censored and heaped with insults.

"This seems to be the new party culture. They prevent members from speaking up and only those who support them get to speak. I am the former party president yet they don’t want me to talk to the members. I can’t even meet them. Universities are barred from inviting me and newspapers are prevented from reporting about me.

"I am becoming a pariah in the party," he said at the Sultan Abdul Halim airport here.

Seorang bekas Presiden, bekas Perdana Menteri selama 22 tahun telah menganggap dirinya sebagai seorang pariah. Menurut kamus Dewan, pariah bermaksud “orang atau kasta dari golongan yang paling rendah (dalam agama Hindu)”. Adakah beliau telah meletakkan diri beliau sebegitu, atau ianya satu kenyataan merajuk?

Penulis ingin merujuk kepada persidangan Agung MCA baru-baru ini. Turut kelihatan di atas pentas, bersama dengan Presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting dan Timbalan Presiden Datuk Seri Chan Kong Choy ialah bekas Presiden dan Timbalan Presiden, YABhg Tun Dr. Ling Liong Sik dan Tan Sri Lim Ah Lek.

Lihatlah bagaimana MCA memartabatkan bekas pemimpin mereka. Walaupun umum tahu MCA dahulu pernah berpecah kepada Team A dan Team B, antara Tun Dr Ling dan Tan Sri Lim, namun demi pembangunan sosial, hak dan kesatuan sejagat bangsa Cina mereka sanggup bury the hatchet (José, ia bermaksud melupakan segala persengketaan!). Penulis dapat lihat di sini kematangan politik kaum Cina yang bagi penulis patut dicontohi oleh parti-parti politik yang lain (khususnya UMNO!)

Tidakkah UMNO merasa malu, kerana sebuah parti yang berasaskan kepada kaum Cina, parti MCA lebih pandai dan tahu menunjukkan rasa hormat mereka kepada bekas pemimpin mereka. Semua sedia maklum bahawa kaum Cina cukup menghormati kaum tua dan mereka amat menyanjungi kaum tua ini kerana bagi mereka, tanpa yang tua tidak akan ada yang muda.

Tetapi nampaknya, parti UMNO yang kononnya memperjuangkan agama Islam dan bangsa Melayu tidak mencerminkan dengan apa yang diajar oleh agama dan adat bangsa kita iaitu menghormati yang tua, walaupun apa yang berlaku.

Penulis ingin mengingatkan lagi para pembaca blog Bacalah (José, itupun jika ada!) bahawa penulis bukanlah seorang yang mengampu bekas Perdana Menteri dan menyokong beliau membabi buta (tidaklah seperti pemimpin sekarang yang terus menyokong Perdana Menteri walaupun dia telah menggadai maruah negara kita!).

Tetapi penulis menyokong beliau atas dasar menghormati jasa-jasa dan mengenang tentang perjuangan yang telah beliau lakukan kepada negara selama ini. Siapalah kita 22 tahun sebelum ini, jika tidak kerana Tun Dr. Mahathir yang telah menjadikan negara kita lebih maju, moden dan progresif jika dibandingkan dengan negara-negara Islam yang lain.

Walaupun dibuat perbandingan antara negara seperti Turki (yang diragui status negara Islamnya), negara kitalah di antara negara Islam yang tidak perlu tunduk kepada Amerika Syarikat, jika dibandingkan dengan Iraq mahupun Arab Saudi. Dalam pada itu, penulis juga tidak sanggup negara kita menjadi pariah kepada negara lain sehingga kita hilang maruah agama, bangsa dan agama kita sendiri.

Penulis tidak kisah jika Perdana Menteri a.k.a the lame duck a.k.a the zero Prime Minister memilih untuk tidak memberikan sebarang komen tentang tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang dan membiarkan menteri berkenaan menjawab setiap tuduhan (penulis tidak pasti samada ini tindakan paling tidak cerdik atau sebaliknya)!

Pemilih juga tidak kisah jika Perdana Menteri a.k.a the lame duck a.k.a the zero Prime Minister memilih untuk berkata dengan angkuhnya bahawa dia Perdana Menteri dan dia berhak menentukan arah tuju negara (tidakkah ini satu bentuk keegoan dan bentuk keangkuhan yang dilarang oleh agama Islam? – bukan Islam hadhari!) kerana ini secara tidak langsung mencerminkan bagaimana songsangnya ajaran sebenar Islam Hadhari dari ajaran Islam sebenar!

Tapi apa yang penulis kisahkan ialah perlunya kita menghormati orang yang lebih tua daripada kita dan yang paling penting ialah perlunya kita memberikan ruang kepada golongan yang lebih berpengalaman membuat teguran kerana tanpa golongan ini, tidak mungkin kita akan menjadi Perdana Menteri, ketua pegawai eksekutif mahupun menjadi Ketua Pemuda!

Perlukah kita mengkaji semula ajaran Islam yang telah kita anuti selama ini atau perlukah kita bertanya kepada diri kita, adakah wujud Islam Hadhari pada zaman nabi? Atau adakah ianya sekadar polemik politik semata-mata dari seorang Perdana Menteri yang tidak cerdik dan hanya menantikan masa untuk disingkirkan mahupun dicabar jawatannya?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

Monday, 21 August 2006

MERDEKA HALF PAST SIX...!

Oleh - Hesmel Faznee Ahmad Faisal

Tajuk di atas diharap akan mencerminkan dengan isu-isu yang berlaku sejak kebelakangan ini. Perkataan half past six itu telah diucapkan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad (seperti biasa, penulis tidaklah memuja ataupun menyokong beliau secara membabi buta seperti segolongan pemimpin mahupun wakil rakyat sekarang, atau lebih tepat "kami sokong! tapi tak tau sokong apa! di dalam menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri!) bagi menggambarkan kerajaan Malaysia yang terdapat sekarang.

Penulis agak sibuk kebelakangan ini. Sibuk melihat pelbagai penafian. Penafian daripada pelbagai pihak. Ada pihak yang cuba menafikan perkara ini. Ada pihak yang cuba menafikan perkara itu, namun hakikatnya kita sendiri yang menjadi bingung dengan pelbagai penafian daripada pelbagai pihak.

Terbaru, seekor beruk cerdik pandai telahpun menjual setandan pisang yang telah dibelinya (José, cakap biar berlapik) kepada pihak yang tertentu. Menurut cerita, beruk ini ingin menumpukan perhatiannya di dalam kemahiran memanjat dari satu pokok ke pokok yang lain. Oleh yang demikian, ia tidak mahu dilihat mengusung setandan pisang yang banyak. Ini kerana, beruk ini bimbang ianya mungkin akan mendatangkan perasaan cemburu dari beruk-beruk lain!

Penulis ingin menarik perhatian para pembaca blog Bacalah (José, itupun kalau ada!) tentang kemerdekaan. Kemerdekaan kita yang ke-49 tahun. Kepada rakyat Semenanjung Malaysia, sudah 49 kali kita merasakan kemerdekaan. Kepada rakyat Sabah Sarawak, 42 tahun kita Merdeka!

Izinkan penulis untuk berkongsi cerita tentang bermulanya episod penjajahan negara kita yang dijajah selama 450 tahun. Satu tarikh yang agak lama! Ianya bermula apabila Portugis berjaya menawan Goa (di India, José). Portugis mendapati bahawa India tidak dapat memberikan mereka sebarang bentuk kekayaan dari segi rempah dan lain-lain lagi, sebaliknya Selatan Asia (baca Melaka) yang mampu memberikan kekayaan kepada mereka.

Selepas berjaya mengumpul maklumat-maklumat penting dari setiap pelayar yang berlabuh di Goa, mereka mendapati bahawa sesiapa yang memerintah Melaka itu persis mempunyai keupayaan untuk menjatuhkan kerajaan Venice (di Itali, yang terkenal dengan botnya itu, José!). Oleh kerana ingin menembusi kekuatan ketenteraan Melaka, Portugis telah menghantar 5 buah kapal perang di bawah Komander Diego Lopez de Sequeira (José, tiada kena mengena dengan Jennifer Lopez!)

Mereka telah melabuhkan kapal mereka, buat pertama kalinya ke tanah Melayu, pada 11hb Ogos 1509 (hampir 500 tahun lalu, José!) de Sequeira telah menghantarkan kapten-kaptennya ke darat untuk menghantar utusan dan hadiah untuk Sultan Melaka (José, bukankah orang Melayu ini suka benar dengan hadiah-hadiah dan pangkat serta gelaran?). Memandangkan orang-orang Melaka (baca Melayu) tidak pernah melihat bangsa Eropah ini, mereka merasa hairan dan pelik dengan paras rupa bangsa ini.

Bendahara (baca Perdana Menteri) telah menerima segala hadiah pemberian dari Portugis. Pada mulanya, golongan Peringgi ini telah dilayan dengan baiknya tetapi segalanya mula berubah apabila orang-orang Arab dan India Muslim mula memujuk Sultan supaya tidak begitu mempercayai kaum penjajah ini (penulis terasa macam ada dejavu dalam perenggan ini!)

Mereka memberi amaran kepada Sultan Melaka bahawa Peringgi tidak berminat untuk berdagang sebaliknya mereka bercadang untuk mengambil segala urusan perdagangan yang terdapat di Melaka pada ketika itu (José, dalam kata lain, mereka nak menjajah!)

Sebuah plot telah dirancangkan untuk menangkap Peringgi dan juga menyerang armada kapal mereka. Malangnya, rancangan ini gagal apabila seorang gadis yang sedang bercinta dengan salah seorang anak kapal Peringgi itu membocorkan rahsia. Rancangan ini kemudian telah sampai kepada Kapten Ruy De Aranjo.

Apabila penduduk tempatan mendapati rancangan mereka telah berjaya dihidu oleh Peringgi, mereka terus menangkap Kapten Ruy dan 20 anak kapalnya yang tidak bersenjata, semasa dia bersama anak-anak kapalnya itu sedang membeli barangan di pasar Melaka.

Apabila Alfonso D’ Albuquerque, kerajaan Portugis dan Gabenor mendapat berita penangkapan Kapten Ruy dan anak-anak kapalnya, di telah mengarahkan supaya 18 buah kapal perang, bersama dengan 1,400 orang yang terdiri daripada 800 askar Portugis dan 600 askar Malabar India (José, askar Malbari!) menyerang Melaka. Portugis telah memasuki Melaka (atau menjajah!) pada 1hb Julai 1511 dengan tujuan untuk menjajah dan memerintah Melaka.

Penulis ingin menarik perhatian tentang point yang menarik di atas cerita di atas. Ratanya, ia berkisar tentang penjajahan, seterusnya tentang kemerdekaan. Kemerdekaan yang kita rasa selepas dijajah selama hampir 450 tahun! Penulis lihat, ada beberapa pihak tertentu menggesa rakyat (baca rakyat Malaysia) menunjukkan sifat patriotisme kepada negara dengan mengibarkan bendera Malaysia (Jalur Gemilang, apa bezanya? Ia tetap kelihatan seperti bendera Amerika!)

Penulis ingin memetik kata-kata Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu semua pihak menghentikan secara muktamad perbincangan mengenai isu jambatan dan Tun Dr. Mahathir Mohamad. Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana isu itu sudah dijawab dan dijelaskan berulang kali oleh kerajaan dan tidak perlu lagi dipanjangkan. Najib berkata, perbahasan mengenai isu itu tidak seharusnya dibiarkan kerana ia akan menjejaskan tumpuan kepada pembangunan yang lebih diperlukan rakyat.

Penulis sebenarnya ingin memaklumkan kepada para pembaca blog Bacalah (José, itupun jika ada!) bahawa penulis tidak sekali-kali memuja dan menyokong Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai seorang individu (seorang pencen yang jasanya kini telah dilupakan. Buat apa penulis membodeknya bukan?) yang menentang keras pembatalan jambatan bengkok ini.

Apa yang menghairkan penulis ialah, mengapakah Kerajaan, termasuk Pak Lah a.k.a the lame duck a.k.a typical Government servant begitu yakin yang mereka telah memberitahu dan menjawab semua soalan berkaitan “cynical bridge” ini? Sebenarnya banyak lagi jawapan yang kelihatan tergantung persis dibiarkan tanpa sebarang jawapan!

Penulis sudah bosan dan merasa cemuh membicarakan tentang perkara ini berkali-kali, tetapi penulis ingin sekali mengaitkan peristiwa ini dengan sambutan kemerdekaan yang nampaknya semakin lama semakin tidak diendahkan lagi oleh orang ramai!

Apabila negara kita khususnya pemimpin tertinggi negara (José, terpikir juga penulis, adakah negara kita ini sekarang mempunyai 2-3 Perdana Menteri?!) telah hilang keberanian, maruah dan juga harga diri? Sebagai contoh, mengapakah negara kita tidak mahu membawa kes ini ke Mahkamah Antarabangsa? Kemanakah hilangnya semangat alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan?

Penulis sebenarnya tidak mahu membincangkan secara lanjut tentang perkara ini. Cuma apa yang penulis harapkan sambutan Kemerdekaan tahun ini akan lebih meriah dan lebih bererti. Apalah gunanya menyambut hari Kemerdekaan tetapi kita seolah-olah dipaksa untuk mempamerkan bendara Malaysia (entah apa bezanya Jalur Gemilang dan bendera Malaysia!) oleh Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan.

Sepatutnya Kerajaan memberikan penekanan terhadap sejarah lampau, merombak semula muzium dan juga pameran-pameran yang terdapat di Memorial-memorial dan juga Muzium Negara kita. Jangan sembunyikan fakta-fakta yang menakutkan seperti bagaimana begitu sukar pahlawan-pahlawan dahulu kala melawan penjajah demi menuntut kemerdekaan. Sekadar mengibar bendera Malaysia (baca: Jalur Gemilang) dan menyanyikan lagu Jalur Gemilang, amatlah tidak cukup!

Apa yang penting, kita perlu memupukkan perasaaan sedih dan hiba semasa menyambut Kemerdekaan kerana daripada situ, barulah kita akan benar-benar menghayati dan menghargai pengorbanan pahlawan dahulu kala menuntut kemerdekaan! Adalah tidak cukup jika kita sekadar berkumpul di Padang Merdeka (baca - Dataran Merdeka) pada tiap-tiap malam menjelang 31hb Ogos dan mengadakan konsert! Sepatutnya kita perlu merubah konsep menyambut kemerdekaan dalam keadaan gembira kerana perasaan sedih juga perlu dipupuk pada tiap-tiap tahun menyambut kemerdekaan.

Penulis tahu, ramai yang menyangkal cadangan supaya kita menyambut kemerdekaan dalam rasa sedih, tetapi percayalah jika kita bermelankolik dalam menyambut kemerdekaan, kita akan merasa sentimen dan lebih sensitif dengan pergorbanan yang telah dilakukan oleh pahlawan kita.

Apalah juga ertinya kemerdekaan jika kita seolah telah menyerahkan maruah dan intergriti negara kita kepada pihak tertentu? Penulis tidak berniat untuk menghasut mahupun memburukkan keadaan, tetapi sekadar bertanya kembali.

Adakah kita benar-benar merdeka seandainya apa jua yang ingin kita lakukan kini terpaksa dibatalkan kerana didesak oleh pihak-pihak tertentu? Adakah benar-benar bererti merdeka kita ini jika kenderaan kebangsaan kita kini semakin diketepikan dan digantikan oleh kenderaan dari negara asing? Adakah kita benar-benar merdeka jika kini setiap perkara yang ingin kita lakukan terpaksa dikawal dan sebagainya?

Jika jawapan di atas kebanyakannya berbunyi ya, ternyata kita “merdeka” di dalam konteks kemerdekaan yang telah diprogram, dan bukannya merdeka dalam ertikata merdeka yang sebenar!

Kita kan tersesat pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

Thursday, 10 August 2006

SARAH DAN PUTERI, MENGAPAKAH NASIBMU BERBEZA?

Oleh – Hesmel Faznee Ahmad Faisal

Penulis amat meminati teater. Minat ini timbul selepas penulis pertama kali menonton teater Pi Mai Pi Mai Tang Tu, yang telah dipentaskan di USM pada tahun 1993. Tidak hairanlah jika penulis telah membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Halus di Universiti Sains Malaysia, dalam bidang Lakonan dan Pengarahan. Penulis berjaya memperolehi ijazah tersebut tanggal 8hb Ogos 2003 (tarikh tersebut agak ironic namun begitu, biar penulis sahajalah yang tahu apa ironinya!).

Namun begitu, penulis berharap janganlah sesiapa meletakkan gambaran bahawa penulis adalah seorang pelakon yang cemerlang di dalam bidang ini! Penulis hanya mampu untuk memberikan sumbangan di dalam bidang kreativiti dan juga dari sudut musical effect di dalam sesuatu persembahan teater sahaja. Lakonan merupakan satu aspek lemah penulis dan sehingga kini penulis tidak mampu untuk mengatasinya!

Teater adalah sebahagian daripada gaya dan cara hidup kita. Ia seolah menjadi sebahagian daripada kebudayaan dan nafas lelah hidup kita. Mungkin ramai yang tidak nampak atau pura-pura tidak nampak tentang kesatuan ini! Lihatlah aksi seorang ahli politik yang cuba mengelak tentang sesuatu isu. Dengan gaya dan lakonan yang mantap, dia hanya mampu berkata, “kita mahu memfokuskan kepada rancangan.. atau saya tidak terlibat” mahupun seorang peniaga yang mencari kesempatan ke atas permintaan gula yang tinggi dengan berkata “gula sudah habis, kami harus menaikkan harga gula!”

Penulis memohon maaf kerana melencong jauh dari topik asal! Sebenarnya, penulis ingin bercerita tentang persembahan teater hasil naskhah terbaru Sasterawan Negara, Dato’ Noordin Hassan (atau Cikgu Noordin) yang bertajuk Sarah. Ia dipentaskan di Stor Teater DBP mulai 9hb -12hb Ogos 2006.

“Kami semua belum lahir lagi. Tetapi ruh sudah pun ada. Ruh kami telah disoal, apa yakinkah kami yang Tuhan itu wujud? Lalu kami semua mengaku Tuhan itu wujud. Maka dengan pengakuan itu, sesungguhnya kami telah menjadi ruh yang bertanggungjawab.”

Berdasarkan kepada petikan dialog drama Sarah di atas, penulis yakin ada di antara pembaca blog Bacalah (José, itupun kalau ada!) merasakan sesuatu. Mungkin ada di antara mereka terus merasakan yang hasil terbaru Cikgu Noordin ini seolah-olah mempersoalkan kewujudan Tuhan (existentialism) seperti drama Bukan Lalang Ditiup Angin. Sebenarnya seperti apa yang selalu penulis nyatakan, “read between the lines!”

Kita tinggalkan sebentar tafsiran naskhah drama ini. Ini kerana, drama Sarah adalah naskhah terbaru dari Cikgu Noordin. Adalah tidak adil bagi penulis membuat analisis naskhah ini tanpa memberikan peluang kepada penonton menonton pementasan ini melalui pemerhatian secara langsung. Untuk rekod, ia dipentaskan di Stor DBP, sebuah tempat yang tidaklah segah Istana Budaya. Secara kebetulan, Puteri Gunung Ledang, sebuah persembahan “extra grandeur” turut dipentaskan di sana pada malam teater Sarah ini dipentaskan.

Jika penulis hendak membandingkan tahap keintelektualan dan pemikiran kritis teater Sarah dan PGL ini, ia diumpamakan persis langit dan bumi! Penulis berpeluang menonton kedua-dua pementasan ini. Ini bererti penulis bukan bersikap berat sebelah semasa membuat kenyataan ini.

Menurut sinopsis drama Sarah ini, Sarah atau nama penuhnya Sarah Isaac yang kemudian masuk Islam dengan nama Sarah Abdullah adalah wanita berketurunan Yahudi yang datang dari keturunan Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak. Sarah berkenalan dengan Syed Amir, lelaki berketurunan Arab yang kebetulannya berasal dari keturunan Nabi Ishak dan Nabi Ibrahim. Sarah melalui pelbagai onak dan duri sebelum bertemu dengan Syed Amir ini. Sarah mendapat “nafas” baru apabila dia diberikan sekeping tanah oleh Syed Amir. Rahimah adalah perlambangan wanita Melayu dan Pak Ku pula adalah dari golongan orang atasan yang sanggup turun dari kuasa semata-mata kerana kasih dan sayang. Sarah dan Syed Amir diadu-domba oleh Silbi (Iblis, José!) dan Subat (berketurunan Jin) yang sungguh irihati dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan hajatnya tercapai.

Jika dilihat dari segi binaan set teater Sarah, ia menepati antara ciri-ciri konsep poor theater, yang telah diketengahkan oleh Jerzy Grotowski (11 Ogos, 1933 – 14 Januari, 1999) seorang aktivis teater Poland. Menurut beliau, segala bentuk extra-ordinary spectacle ataupun kekaguman melampau (seperti PGL, José!) diketepikan dan apa yang lebih ditonjolkan ialah moral dan pemikiran sesuatu drama. Menurut beliau, teater adalah sebuah bentuk pembelajaran dan pengajaran kepada masyarakat. Jadi, setiap unsur kekaguman ini diminimakan dan yang lebih ditonjolkan hanyalah falsafah naskhah tersebut!

Melalui setnya, pengarah set Nazali Wahab telah membina sebuah platform bulat di tengah dan di wing kiri dan kanannya ditempatkan kain-kain carik dan dipenuhi dengan tempelan gambar-gambar candid para pelakon di dalam pelbagai aksi (José, maaf tidak ada aksi lucah di sini!). Seperti biasa, pentas bagi drama Cikgu Noordin kebanyakannya berbentuk suggestive (José, ini bermaksud cadangan!) dan untuk mencari set yang bersifat “mega” (bukan menyindir Tun, penulis adalah seorang yang mengenang budi!) anda takkan dapat memenuhi impian ini. Tidak ada langsung sebarang backdrop, hanya kain-kain buruk dan lusuh digantungkan, menghiasi ruang lakon ini.

Konsep pencahayaan, antara elemen kekaguman yang terdapat di dalam pementasan ini dibahagikan serta dikonsepkan kepada prinsip baik dan jahat. Warna biru (ketenangan/kebaikan) dan merah (kejahatan/ketegangan) dijadikan warna-warna sekunder dalam drama ini. Kemunculan watak Subat (yang dilakonkan dengan jayanya oleh Zaibo) dan Silbi (dibawa dengan “jahat”nya oleh Zaifri Hussin) ini menjadi begitu hidup dengan penggunaan lampu merah!

Dari segi lakonan dan pemahaman watak (José, jangan harap untuk melihat penghayatan di dalam lakonan sesuatu watak di dalam karya Dato’ Noordin Hassan) kebanyakan pelakon memahami dengan jelas dan teliti arahtuju watak-watak masing-masing.

Konsep lakonan yang dibawakan oleh para pelakon persis bentuk lakonan ala Makyong (José, para pelakon hanya berdiri di tepi pentas dan hanya akan in character apabila mereka memasuki ruang lakon pentas!). Penulis tidak mahu mengulas keberkesanan lakonan para pelakon secara individu, serta pemahaman watak-watak mereka. Namun secara keseluruhannya, penulis melihat kesungguhan para pelakon untuk membawakan mesej-mesej tersirat di dalam pementasan ini patut diberikan pujian.

Untuk memahami konsep drama Cikgu Noordin, penonton harus meletak ketepi konsep linear plot (José, ada awalan, pertengahan dan pengakhiran) dan harus bersedia untuk “menelan” plot episodic (José, ia mempunyai cerita di dalam cerita) dan plot cyclical (José, ini bermaksud plot kitaran yang membawa penonton kembali semula kepada cerita asal). Jadi, begitulah jua drama terbaru beliau ini.

Secara sepintas lalu, drama ini sebenarnya ingin mengetengahkan isu kekalutan antara bangsa Yahudi dan kaum Arab yang diterjemahkan melalui watak Sarah (seorang Yahudi) dan Syed Amir (berketurunan Arab). Secara ringkas, apa yang cuba hendak disampaikan oleh Cikgu Noordin ialah, walaubagaimana keadaan sekalipun, bangsa Yahudi dan Arab sebenarnya mempunyai susur galur sejarah dan keturunan yang sama, iaitu Nabi Ishak dan Nabi Ibrahim!

Selain daripada itu, Cikgu Noordin juga ingin menyampaikan secara kritis sikap segelintir masyarakat Melayu dan Islam secara khususnya, melalui watak Silbi dan Subat. Di antara maksud dialog-dialog yang diucapkan oleh Silbi kepada Subat ialah agama dan bangsa ini boleh dijual beli begitu sahaja. Penulis berpendapat, pada zaman sekarang, sesiapa yang mahu membuat tawaran tertinggi, maka dialah yang berjaya untuk membeli dan menjual agama dan bangsanya sendiri!

Akhir kata, penulis benar-benar berharap drama ini akan dipentaskan pula di Istana Budaya. Cukuplah sudah masyarakat kita (Melayu secara amnya!) mabuk dan mual dengan drama-drama dan pementasan yang memabukkan seperti PGL The Musical, Suzana @ 60 dan banyak lagi. Penulis tidak ada sebarang bantahan jika pementasan-pementasan extra grandiose ini dipentaskan bertujuan untuk membudayakan masyarakat dengan teater. Tetapi pihak tertentu juga harus ingat dan insaf, berapa ramaikah golongan muda kini yang mengerti dan memahami konsep teater tradisional kita? Tidak takutkah kita?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

Tuesday, 8 August 2006

BERUK CERDIK, BERUK BODOH DAN BERUK SOKONGAN!

Oleh - HESMEL FAZNEE AHMAD FAISAL

Sebelum penulis bercerita dengan lebih lanjut, penulis ingin berkongsi sedikit mengenai haiwan yang terpopular kini iaitu, beruk atau dalam bahasa Inggerisnya, Pig-tailed Macaque. Ia merupakan salah satu daripada haiwan terlindung yang terdapat di banyak negara di Asia, termasuknya Malaysia, Indonesia, Thailand, Bangladesh, India, China, Burma, Laos, Kambodia. Nama saintifiknya Macaca nemestrina.

Beruk adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak sehingga mampu berdikari, dan mempunyai bulu di badan. Jantungnya terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel. Beruk mempunyai tempoh bunting selama 5.7 bulan (170 hari).

Ia mampu hidup selama 26 tahun. Beruk jantan biasanya mempunyai ketinggian 495 - 564 mm, sementara beruk betina pula mempunyai ketinggian antara 467 hingga 564 mm.

Mungkin ramai di antara “pembaca” blog Bacalah (José, itupun jika ada!) hairan, mengapakah penulis membangkitkan kisah beruk ini. Di Malaysia sekarang, terdapat banyak beruk! Baik beruk di hutan, beruk di bandar, mahupun “beruk dalam politik!” tetapi jangan terkejut jika ianya turut mempunyai kaitan rapat dengan peribahasa “anak di rumah mati kelaparan, beruk di hutan, disusukan”!

Terbaru, “hero bunga” Malaysia, Khairy Jamaluddin, menggelarkan mereka yang membawa berita-berita fitnah sebagai “beruk yang menggoncang pokok”! Ia berkait rapat dengan terminologi, “kalau angin tidak bertiup, masakan pokok boleh bergoncang”.

Khairy dikatakan berang dengan tuduhan pihak tertentu yang mengatakan dia mempunyai hubungan sulit dengan aktres Maya Karin. Menurut petikan di dalam Utusan Malaysia keluaran 7hb Ogos 2006, Khairy dilaporkan berkata “Saya tidak teringin berkahwin dengan pontianak”! (José, kalau pontianak itu, pontianak yang telah dipakukan di leher atau pontianak itu Maya Karin, penulis rela beristerikannya!)

Menurut Khairy, masih ada pihak yang tidak percaya bahawa dia tidak berkahwin dengan Maya walaupun telah memberi penjelasan secara terbuka semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, baru-baru ini.

Penulis tidak berminat langsung dengan kisah cintanya dengan Maya Karin. Jika ditakdirkan ianya benar sekalipun, apa salahnya? Ianya adalah lebih baik, daripada terus mengadakan perhubungan sulit tanpa direstui oleh bapa mertuanya, Pak Lah.

Berbalik kepada kisah, beruk. Penulis teringin untuk tahu dan untuk mendapat pendapat Khairy, tentang siapakah beruk yang dimaksudkan dia itu? Adakah, dia memaksudkan Tun Dr Mahathir Mohamad, secara tidak langsung? Ini kerana, kisah-kisah “cinta terlarang” nya dengan Maya Karin, bukanlah cerita baru.

Tetapi Tun Dr. Mahathirlah yang telah “membuka mata” ramai pihak tentang kewujudan dan campurtangan Khairy di dalam pelbagai bidang, baik dari segi ekonomi mahupun politik, dewasa kini. Ini terbukti dengan jawapan-jawapan yang diberikan Khairy, yang nampaknya mirip persis menyangkal tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan pimpinan bapa mertuanya! Bukankah ini indirectly membawa maksud he’s answering the accusations on behalf of the Government? (José, something fishy going on here!)

Adakah Tun Dr Mahathir yang sebenarnya dimaksudkan sebagai beruk oleh Khairy? Ataupun mungkin dia memaksudkan para bloggers yang menyebarkan kisah-kisah “cinta bunganya” dengan Maya Karin (José, ini zaman moden, kawin 2-4 dah jadi trend masakini! Itu belum masuk perempuan simpanan José)

Penulis tidak mahu menuding jari kepada dia (sekarang ni, di dalam blog pun, tutur bicara dan tulisan harus diawasi, José. Jadi tidak bolehlah penulis menulis sebarangan!) dan menuduh Khairy memberikan gambaran bahawa beruk itu adalah Tun Dr. Mahathir. Namun, apa yang perlu dilakukan ialah menjawab secara telus dan ikhlas dan terus terang, siapa yang dimaksudkan dia tentang beruk itu!

Khairy berkata, “Apa salah kami? Salahkah atau tidak bolehkah kami (walaupun anak dan menantu Perdana Menteri) memberi sumbangan kepada parti?. Apa pula sumbangan ‘beruk sarkas’ ini kepada parti?” Ini antara persoalan yang diajukan kepada orang-orang di sana. Penulis tidak mahu mengulas siapakah orang-orang itu, kerana seperti penulis bertanya, siapakah sebenarnya beruk sekarang ini?

Penulis ingin memetik kata-kata seorang Datuk di dalam blognya Gerbang Ruhanie. “Jadi, betulkah ini bezanya beruk sarkas yang kononnya suka menggoyang pokok, dengan beruk universiti yang suka berasmaradana dengan beruk betina? Memang tak jadi masalah. Beruk memang tak payah akad nikah. Beruk memang tak ada hukum zina. Beruk bukannya manusia. Tapi, beruk sarkas makan ajar. Beruk universiti pula main balun ikut suka aje.

Oleh itu, waspadalah kita semua. Ikut senario hari ini, beruk pun ada kastanya. Ada beruk sarkas, ada beruk lulusan universiti. Ada beruk bodoh, ada beruk cerdik. Ada beruk tak pandai main wayang, ada beruk pakar sandiwara. Ada beruk mengong, ada beruk pak turut. Ada beruk cakap ikut hidung, ada beruk cakap ikut exhaust. Beruk oh beruk!” (Bloggers, Beruk dan Lim Keng Yaik - www.kuda-kepang.blogspot.com)

Baru-baru ini, situduh sebenarnya dah pun menunjukkan yang di sebenarnya beruk! Penulis tidak mahu menamakan siapa tetapi penulis yakin ada segelintir yang tahu beruk manakah yang penulis maksudkan itu. Beruk sarkas ini telah memperbodohkan dirinya dan juga orang lain sewaktu mengetuai tunjuk perasaan anti AS sempena mesyuarat Forum ASEAN, Jumaat 28 Julai lalu.

Sebagai “beruk kesayangan” Pak Lah, dia harus tahu bahawa Pak Lah telah menjadi tuan rumah kepada mesyuarat itu dan ini umpama seekor beruk, yang marahkan orang ramai yang mengunjungi rumah tuannya.

Penulis tahu tindakan penulis ini mungkin akan menimbulkan kemarahan di kalangan kumpulan “kami sokong, tapi taktau sokong apa” dan masyakarat tetapi penulis tetap percaya dan yakin, yang penulis tidak termasuk di dalam golongan penyebar fitnah! Penulis sentiasa membaca dan mengkaji dan menilai sesuatu berita itu sebelum penulis menganggap ia sebagai berita.

Fitnah itu adalah penyakit masyarakat kita. Lagipun, penulis sentiasa berpegang dan percaya kepada Quran, surah 2 : 191 yang berbunyi ;

“Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar Masjidilharam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.”

Di sini, penulis ingin sekali lagi menegaskan bahawa penulis tidak tertarik langsung untuk menjadi penyampai fitnah kerana fitnah ini adalah sesuatu yang memualkan dan mencemuhkan masyarakat! Apa perlu penulis turut terheret sama dalam isu fitnah menfitnah ini? Lagipun, penulis bukanlah seperti seekor beruk yang diberikan bunga dan memberikan bunga itu kepada beruk betina, mahupun penulis menjadi beruk yang melalak-lalak semasa “tuannya sedang mengadakan jamuan atau majlis”.

Baru-baru ini, Perdana Menteri a.k.a the typical Government servant telah pun bersuara dan menjawab setiap soalan-soalan yang telah dikemukan (benarkah beliau menjawab, atau mengelak José?) kepada beliau oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad a.k.a The Grand Old Man.

Pak Lah a.k.a Perdana Menteri, menerusi rancangan Bersemuka Bersama Perdana Menteri, yang telah disiarkan dalam TV3 baru-baru ini telah membuatkan penulis teringat kepada drama Waiting For Godot, karya Samuel Beckett. Beliau menulis drama ini sekitar tahun 1940an semasa di ambang akhir Peperangan Dunia ke2.

Menerusi drama ini, watak Vladimir dan Estragon sedang menantikan Godot yang kononnya akan datang telah dikunjungi oleh Pozzo, yang membawa seorang manusia, mungkin hambanya (kerana wataknya diikat dilehernya) bernama Lucky. Pozzo kemudian memberitahu mereka bahawa Godot tidak akan datang dan hanya akan datang pada hari lain.

Semasa mereka menantikan Godot ini, Didi (nama manja Vladimir) dan Gogo (nama manja Estragon) telah berbual tentang kehidupan, kematian serta peperangan di dalam dialog-dialog yang agak absurd (José, ia bermaksud sesuatu yang tidak masuk akal atau berlari dari konteks maksud sebenar)

Apa yang menarik di dalam drama ini, serta kaitannya dengan rancangan Bersemuka Bersama Perdana Menteri ini ialah, jawapan-jawapan yang dikemukan oleh Perdana Menteri, begitu absurd! Seabsurd drama Waiting For Godot ini. Kepada mereka yang ingin tahu apa yang penulis maksudkan, layarilah laman-laman web Utusan Malaysia Online atau Berita Harian Online, atau apa sahaja laman web yang menyiarkan interview ini.

YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad, telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah memusuhi parti UMNO yang dipimpinnya selama 22 tahun sebelum ini. Tetapi apa yang ingin beliau lakukan ialah menegur sikap kepimpinan yang ada sekarang. Menurut beliau terdapat segelintir pemimpin ini telah memberikan sokongan tanpa tahu pokok pangkal erti sokongan mereka (main reason why they gave support to the leadership).

"Menurutnya lagi, beliau tidak pernah mengecam atau mengancam UMNO, tetapi hanya tidak bersetuju dengan pemimpin yang didakwanya sudah melencong daripada matlamat dan perjuangan parti. “Saya seorang saja. Tiada siapa menyokong saya. Mengapa mereka takut pada yang satu orang ini,” katanya yang mendakwa ramai orang kini dilarang daripada mendengar ceramahnya.Bagaimanapun kata Dr Mahathir, beliau tidak mempunyai rancangan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara, sebaliknya akan hanya berucap di tempat beliau menerima undangan." (petikan Berita Harian Online – 8/8/06)

Walau apa pun yang akan berlaku, sudah pasti kita akan menantikan drama-drama menarik yang akan “dipentaskan” semasa Mesyuarat Agung Tahunan UMNO yang dijadualkan akan berlangsung selepas Hari Raya Puasa tahun ini.

Untuk menjadi pemimpin bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Ia tidaklah semudah menjaga beruk-beruk peliharaan, mahupun menjaga sekandang lembu! Namun, dengan trend yang berlaku sekarang tidak hairanlah, seandainya penulis diberikan pilihan, penulis lebih rela dan selesa menjaga beruk-beruk peliharaan dan sekandang lembu, dari menjadi seorang Perdana Menteri yang dikelilingi para penyokong yang melaung “kami sokong” tetapi tidak tahu apa yang disokong mereka!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

Tuesday, 25 July 2006

MERDEKA-MERDEKA YANG HILANG..

Oleh – Hesmel Faznee Ahmad Faisal

Minggu-minggu yang akan datang ini pasti akan menimbulkan lagi persoalan-persoalan menarik. Terutamanya tentang skandal jambatan bengkok, penjualan MV Augusta oleh Proton kepada pihak yang tidak dedahkan namanya, pemberian AP dan macam-macam lagi Maha skandal yang melanda negara kita dewasa ini. Dari Putrajaya, keadaan sepi, sunyi tanpa berita. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, telah selamat kembali ke tanahair setelah hampir 2 minggu lebih ber”cuti” ke negara Eropah.

Sebagai seorang bekas Perdana Menteri pengertian cuti sekarang ialah lebih kepada bercuti dari keadaan politik yang mengarut dan merapu sekarang. Penulis hairan, mengapa beliau mahu menghabiskan cutinya ke Eropah? Bukankah lebih baik bercuti ke Australia (José, ini adalah satu sindiran dan patut diterima secara sindiran!)

Seperti yang semua sedia maklum, perkara pertama yang diucapkan beliau ialah mengapakah Kerajaan sekarang “doesn’t have the guts (atau keberanian a.k.a have the balls! barangkali?) to answer all his questions?” Tidak ada jawapan yang menyeluruh dan tidak ada sebarang komen yang dibuat daripada kritikan-kritikan beliau terhadap Kerajaan. Tiada! Kalau mungkin yang ada hanyalah “tumpuan pada RMK9!”.

Mungkin benar kata sesetengah orang, berdiam lebih baik dari menjawab tetapi ada juga yang berkata mendiamkan diri itu menunjukkan kita takut untuk berhadapan dengan kebenaran dan takut untuk menegakkan kebenaran kerana kebenaran itu sesungguhnya pahit untuk diterima!

Penulis ingin meninggalkan sebentar kisah-kisah yang berlaku tetapi ingin berkongsi sedikit fakta tentang sejarah Perdana Menteri Malaysia.

Perdana Menteri Malaysia adalah ketua pemerintahan Malaysia. Secara rasmi beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja Malaysia, dan biasanya pemimpin parti politik terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat). Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri berasal dari UMNO, parti terbesar dalam Barisan Nasional (dikenali sebagai Perikatan hingga pilihan raya 1969).

Ada kekhuatiran bahawa kaum Melayu, baik dari UMNO mahupun Parti Islam Se-Malaysia, akan melarang seorang bukan-Bumiputera (misalnya dari etnik Tionghoa) dari menjadi Perdana Menteri, namun Pemerintah telah berulang kali meyakinkan para rakyat bahawa perlembagaan Malaysia tidak mewajibkan seorang Perdana Menteri seorang Bumiputera.

Mungkin pada satu masa nanti negara kita akan menerima nasib seperti negara Peru di mana seorang anak pendatang haram dari Jepun telah menjadi Presiden Peru! Pokok pangkalnya (José ia membawa maksud secara prinsip dasarnya!) kita harus menerima hakikat, walau ditakdirkan bukan Melayu itu memerintah negara kita, kita harus menerima dan harus berlaku taat dan setia kepadanya!

Penulis tahu bunyinya agak absurd tetapi dengan keadaan yang berlaku sekarang, tidak mustahil ianya pasti akan berlaku! Dengan senario yang berlaku sekarang, penulis amat pasti, Wawasan 2020 itu nanti akan diterajui oleh seorang Perdana Menteri yang terdiri daripada keturunan bukan Melayu!

Maaf, dengan pendapat penulis di atas tetapi penulis agak pesimis dengan kemampuan bangsa kita sendiri memerintah negara, menjelang tahun 2020. Generasi sekarang, apakah agenda utamanya untuk agama, bangsa dan negara? Adakah generasi sekarang, yang terdiri daripada generasi A.F (atau A.K, mereka yang mengikuti blog Bacalah akan faham mengapa penulis merujuknya sebagai A.K!) sedar dan insaf tentang apa yang sedang berlaku di dalam negara kita?

Dari bulan Jun, membawa ke bulan Ogos generasi A.F ini menumpukan perhatian mereka kepada “the star monkeys in a glass cage” (siapa yang terasa sedap dia yang makan makanan halal!) ini. Terlepas sudah mereka isu-isu hangat yang sedang melanda ruang politik tanahair. Mereka tidak tahu apakah yang mengakibatkan The Grand Old Man marah kepada Pak Lah a.k.a Prime Minister a.k.a the lame duck.

Jadi, adakah penulis bersikap realis atau penulis bersikap paranoid jika penulis menyatakan yang bangsa kita sendiri tidak mampu untuk memerintah negara kerana kita sering salah priority? Ini dapat dibuktikan, sehingga pemerintah kita sendiri pun tidak dapat tidak memberikan keutamaan yang tidak begitu penting.

Sebagai contoh, menerusi perjanjian FTA (José, Free Trade Agreement yang memberikan sesuatu negara itu mengimport produknya ke dalam negara) kita “menukar” kenderaan negara luar dengan sayur-sayuran dari negara kita. Sayuran?!

Jadi persoalan yang agak menarik ialah, kemanakah akhirnya hala tuju kita? Apakah matlamat hidup kita?

Berbalik kepada persoalan tentang kemampuan bangsa kita untuk memerintah. Tidak terdetakkah di hati kita, bukan Bumiputra mula merasa gusar dan bimbang dengan keadaan yang berlaku sekarang? Perlu diingat, mereka tidak menghiraukan tentang percaturan politik di antara orang Melayu. Apa yang lebih mereka bimbangkan ialah implikasi dan kesan ekonomi terhadap negara.

Disebabkan itulah, jika kita lihat analisis pilihanraya negeri Sarawak yang baru berlangsung baru-baru ini, sesetengah kawasan yang merupakan kubu kuat BN telah berjaya ditembusi oleh parti DAP. Kebanyakan pengundi di situ terdiri daripada pengundi Cina. Untuk rekod, pada pilihanraya 1999, pengundi Cinalah yang telah banyak membantu dari segi jumlah undian di kawasan-kawasan yang terdiri daripada calon-calon UMNO!

Kaum bukan Bumiputra tidak berminat untuk mengetahui tentang konflik-konflik yang berlaku di kalangan UMNO, apa yang mereka bimbangkan ialah implikasi politik yang bakal berlaku hingga menggugat ekonomi negara. Itulah yang lebih mereka risaukan!

Pak Lah a.k.a Prime Minister a.k.a the lame duck, telah mengeluarkan kenyataan berhubung tentang serangan tentera Israel ke atas Lebanon. Menurutnya, Malaysia sedang melobi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan satu persidangan khas bagi menangani segera tindakan ganas Israel yang sehingga kini membunuh ratusan rakyat Lebanon. Antara dua usul yang perlu dibincangkan segera adalah: Gencatan senjata dan pertukaran dua askar Israel secara serentak.

Amat menarik di sini ialah, Pak Lah a.k.a Prime Minister a.k.a the lame duck mengeluarkan kenyataan ini selepas merasmikan Karnival Nur Kecergasan 2006. Penulis hairan mengapakah Pak Lah a.k.a Prime Minister a.k.a the lame duck tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sejurus beliau tiba ke Malaysia selepas percutian beliau ke Australia? Yang menarik di sini ialah mengapakah kenyataan ini dikeluarkan di sebuah majlis yang kurang menyerlah, seperti di karnival?

Terbaru, Israel terus melancarkan serangan bertalu-talu ke atas Lebanon tanpa sebarang tanda ia akan menghentikannya. Penyelaras Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jan Egeland berpendapat, Lebanon sedang menghadapi krisis kemanusiaan paling besar akibat “perang yang sia-sia” dan mengadu mengenai kesukaran untuk penghantaran bantuan. Beliau juga mendakwa Israel telah melanggar undang-undang kemanusiaan dengan melakukan serangan ke atas Lebanon.

Penulis tertarik dengan percaturan perang ini. Ia persis kepada prinsip yang telah penulis sebutkan dahulu, iaitu “hang serang aku dulu, aku serang la hang balik!”. Maka sewajarnya ia akan mejadi satu mockery kepada dunia. Tetapi, sebenarnya dunialah yang sedang mocked (José adapun ia bermaksud mempermainkan dan tidak mengambil serious perkara-perkara yang sedang berlaku!) peperangan ini, malah keseluruhan episod di dalam cerita tentang perang-perang lain yang berlaku!

Cerita selain daripada ini ialah, berita terbaru, hear ye, hear ye (José, orang zaman-zaman Rennaisance dulu sering menggunakan ungkapan ini untuk attract attention orang!) Kumpulan terakhir tentera Jepun yang dihantar ke Iraq telah pulang ke Jepun pada Selasa lepas. Dengan kepulangan ini, tentera Jepun itu telah berjaya melengkapkan misi ketenteraan mereka yang paling mencabar, sejak perang Dunia Kedua, hampir 60 tahun yang lalu, tanpa melepaskan sebarang tembakan atau kehilangan jiwa.

Keputusan kerajaan Jepun untuk menarik diri dari peperangan “gila” yang telah dicetuskan oleh A.S merupakan satu titik tolak yang membuka lebaran baru kepada negara matahari terbit itu. Pada mulanya, tentera-tentera Jepun yang telah dihantar bagi membantu misi kemanusiaan ini mendapat pujian daripada A.S namun pendapat umum di Jepun tetap menolak keputusan asal Perdana Menteri Jepun, Koizumi melibatkan Jepun dalam peperangan “gila” ini.

Seperti biasa, di Malaysia sambutan Hari Kemerdekaan disambut dengan cukup gemilang, terbilang dan cemerlang, (José, betulkah?) setahu penulis, itu berlaku beberapa belas ataupun puluh tahun nan lalu.

Tetapi sekarang, masyarakat kita (baca Malaysia!) lebih melihat di sebalik aspek hari Kemerdekaan iaitu, membeli belah sempena Bulan Karnival Membeli Belah, yang kebetulan disambut pada akhir bulan Julai dan awal bulan Ogos! Kemanakah agaknya semangat kemerdekaan yang pernah begitu dipupuk semasa kecil. Penulis teringat usaha-usaha yang telah dijalankan oleh the giants of the industry seperti Petronas, Proton dan TV3 di dalam memupuk dan memberikan kesedaran orang ramai tentang harga dan nilai kemerdekaan.

Semuanya ini dilakukan melalui iklan-iklan yang begitu menyentuh perasaan! Tetapi seperti media-media lain, iklan atau short movie ini hanya menyentuh perasaan untuk beberapa ketika sahaja. Selepas itu, ia berlalu begitu sahaja; tanpa meninggalkan kesan mendalam, sama seperti seorang makcik dari Jalan Tunku Bendahara, Kulim Kedah menonton telenovela dari Mexico!

Timbalan Menteri Penerangan merangkap Pengerusi kempen “Kibarkan Jalur Gemilang” Dato’ Zahid Hamidi, melahirkan rasa sedihnya kerana kebanyakan syarikat-syarikat besar di Malaysia tidak mengibarkan Jalur Gemilang ketika menjelangnya sambutan Hari Kemerdekaan. Beliau juga turut melahirkan rasa sedihnya mengenangkan semangat patriotisme yang tidak ditunjukkan oleh golongan generasi sekarang.

José, siapakah yang bersalah sekarang? Mengapakah acapkali golongan remaja dan generasi sekarang menjadi sasaran jika semangat patriotisme tidak ditunjukkan mereka? Pihak tertentu tidak memberikan kepada mereka keutamaan dan juga tidak memupukkan semangat patriotisme yang sewajarnya untuk mereka hayati. Sebagai contoh, jika kita renung sebentar sukatan pelajaran yang diajar di sekolah, berapa peratuskah yang benar-benar menjurus kepada penghayatan kemerdekaan (baca, sejarah) yang sebenarnya?

Penulis tidak terkejut jika kebanyakan remaja kini tidak tahu siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ke-3 (ia mungkin dapat dimaafkan kerana Perdana Menteri Malaysia ke3 inipun bertugas hanya untuk beberapa tahun sahaja dan mungkin Perdana Menteri Malaysia ke5 ini pun akan mengikuti jejaknya!)

Berbalik kepada syarikat-syarikat besar yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang. Berapa banyakkah syarikat di Malaysia ini benar-benar 100% milik Malaysia dan berapa banyakkah syarikat ini yang benar-benar patriotik, walaupun ianya milik Malaysia sepenuhnya?

Ada juga keburukan dan kebaikan, jika kemerdekaan sesebuah negara itu diperolehi bukan melalui hasil pengorbanan nyawa dan harta benda. Sebagai contoh, negara Cuba yang berjaya memperolehi kemerdekaan mereka dari negara Spain dan melalui revolusi oleh Presiden Fidel Castro begitu menyanjungi semangat dan menghargai nilai kemerdekaan yang mereka perolehi hasil dari pengorbanan dan juga perjuangan menuntut kemerdekaan.

Kita di Malaysia, tidak begitu menghargai jasa-jasa dan juga pengorbanan pejuang terdahulu kerana beberapa sebab, pertama mungkin kerana kita merasakan pengorbanan mereka hanya perlu dikenang pada setiap tahun sahaja, iaitu ketika menyambut hari Kemerdekaan dan kedua kita merasakan yang ia tidak penting dan tidak mendatangkan sebarang perbedaan!

Lihatlah nasib bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (José, penulis tidak berhajat untuk menyanjungi beliau kerana beliaukan hanya seorang bekas Perdana Menteri sahaja, bukan?). Jasa beliau kini seolah-olah telah dilupakan dan ada segelintir yang cuba bertindak untuk memburuk-burukkan nama beliau melalui beberapa usaha-usaha yang telah dilakukan oleh media perdana. Ataupun nasib bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Tidak ramai generasi muda yang menyedari atau mengetahui tentang jasa-jasa yang telah beliau lakukan semasa beliau menjadi pemimpin negara dahulu. Namun jasa-jasa beliau kepada MCA terus dikenang oleh pemimpin parti tersebut kerana beliaulah yang memainkan peranan penting di dalam menjadi pendamai terhadap konflik yang pernah melanda MCA pada tahun-tahun 80an dahulu.

Malah beliau pernah dilantik menjadi Presiden MCA untuk beberapa waktu, bertujuan bagai menghuraikan kekusutan yang melanda parti tersebut!

Inilah contoh klasik yang mengiakan dakwaan penulis bahawa sebenarnya bukanlah salah remaja, mahupun golongan muda sekarang seandainya mereka tidak menghayati mahupun menghargai kemerdekaan dan juga kebebasan negara kita daripada cengkaman penjajah. Tetapi hakikatnya kita sendiri yang menafikan dan menidakkan jasa-jasa serta pengorbanan pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu.

Secara ringkasnya, remaja dan generasi sekarang hanya memperjuangkan kehendak jangka masa pendek, seperti kebebasan mereka untuk keluar malam atas dasar usia yang sudah besar dan mereka sudah matang serta kebebasan untuk bersuara.

Benar, setiap insan (termasuk penulis sendiri) mendambakan kebebasan untuk bersuara tetapi secara asasnya, kebebasan mereka untuk bersuara itu didasarkan atas prinsip apa? Apa yang lebih penting ialah, apakah perjuangan dan juga landasan prinsip perjuangan mereka itu layak dan penting untuk diperjuangkan?

Kita kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

Monday, 24 July 2006

RAJUK TAK PERNAHNYA AKU..

Aku tak pernah merasa rajuk,
Aku tak pernah dipinta untuk dipujuk,
Aku pernah tidak pernah memujuk-mujuk,

Masakan aku akan dipujuk,
Pabila aku merajuk,
Mana bisa aku akan dipujuk-pujuk,

Kini semuanya seakan dimengertikan,
Pabila segalanya membosankan,
Dan keadaan sekeliling menimbulkan rasa menyampah,

Tak mungkin, kata mereka,
Mereka hanyut dalam suka,
Sukanya mereka pabila mereka hanyut,

Berapa lamakah harus ada perasaan ini?
Atau berapa lamakah perasaan ini harus ada?
Kau nyatakan dan kau pilihlah yang mana benarnya,

Dari denyutan pertama nadi-nadi kebosanan,
Dari mula-mula kunci merajuk ini akan meletus,
Aku telah pun berkurun merasa bosan dan merajuk,

Buat pengetahuan masa,
Sudah bertahun-tahun aku kau abaikan,
Sudah berkurun-kurun kau aku lupakan,

Kata angin kepada ruang,
Kau hanya pengganggu,
Kepada manusia yang hampir bertemu Tuhan,

Tapi apa sebenarnya yang bukan, bukan?
Di manakah jawapan kepada jawapan bukanmu itu?
Nyatanya tidak kau tidak nyatakan?

Sehingga kini semakin bosan itu kebosanan,
Dan rajuk dan bosan itu bercampur,
Bagai tubuh dan angin roh,

Pasti akhirnya tubuh dan angin roh terpisah,
Pabila Tuhan takdirkan ia berpisah,
Begitu jua bosan itu dan juga rajuk ini...

Cyber Music Asia – 24/7/06

Friday, 21 July 2006

PRESENTING OUR MALAYSIAN VERSION OF RAMBO

Our National Service’s trainees can now get a chance to feel how it is like to become Rambo. They got to fire 30 shots each from an M-16 assault rifle. It proved to be an experience of a lifetime for 80 boys and girls attending the National Service training programme at the Sungai Besi army camp. This is the first time National Service participants are undergoing weapons training.

While some were initially jittery of the loud gunfire and the recoil from the rifle, all of them completed the task of firing 30 shots of 5.56mm rounds from a distance of 100m, over three sessions, like professionals under the watchful eyes of their individual instructors. It was all over in 12 minutes as the trainees completed the drill in batches of 10.

One thing, which I would like to point out, is the necessity of the said training. What is the purpose? Until now, the Government have not come out with any good reason whatsoever for the trainees to be equipped with the firearms training as part of their 3-month National Services’ training.

Some might think that I am acting a bit paranoid if I suggested that those trainees who have completed their training in handling firearms would surely be able to use it against the public or even on their own parents! (Jóse, budak-budak sekarang kan suka benar memberontak!)

I know it will not be happening in Malaysia, but try to look at the reports in our daily newspapers, especially on the crime section. We can see that criminals nowadays use firearms to rob others. I am sure the parents will begin to think; maybe one day their children will have the access to have their own firearms!

Does it make sense if one day, the trainees can own their own firearms? It is so easy for anybody to own a gun, nowadays. Just read the news below; taken from NST dated July 21st 2006.

KUALA LUMPUR: Four policemen, believed to be linked to several armed robberies in the Klang Valley, were arrested on Wednesday evening.The policemen were picked up after investigations revealed that their service revolvers were used in several armed robberies.Two of the suspects are from the Selangor police contingent, one is from Shah Alam and the other from the Cheras police narcotics division.

The suspects, aged between 20 and 40, are believed to be a lance corporal and constable, while the rank of the other two have yet to be ascertained. The four were arrested by a team from the Kuala Lumpur serious crimes division at about 6pm at an undisclosed location in Cheras on Wednesday. It is learnt that police made the breakthrough while investigating several armed robberies in the Klang Valley where shots were fired. It is learnt that the slugs and spent shells recovered from the crime scenes matched those from the guns of the four policemen
.

Even corrupted police officers now can misused their own guns and robbed other people. Do the Government provide low incentive, salary, and allowances to the police and give lot of burden and jobs to them or maybe it is because some of the police officers who have misuse their powers and authority?

Recently there were suggestions by the Penang local authorities, to turn Komtar (Jóse, dulu Komtar ni adalah bangunan tertinggi di Asia dan Malaysia) into a 5 star hotel, only after the Federal and the Penang State Government offices have evacuate the building. I really hope the 5-star hotel will become a reality, if only the local authorities can provide a good proposal for the hotel. Well, the Gerakan’s deputy and soon to be the next President knows what’s best for Penang, as he has been the Chief Minister for 16 years!

It looks like MCA will be joining UMNO on its mission to persuade youths to join politics. Belia MCA, the new wing to groom younger leaders and recruit members under the age of 35, will be set up by the end of this year. According to MCA deputy president Datuk Seri Chan Kong Choy, both men and women could join the wing. He added that the purpose of Belia MCA is to groom new blood in politics and at the same time, it will become a good platform for them to voice their opinions about politics.

I began to wonder the relevance for UMNO to have a Putera UMNO brigade. Until now, I am still waiting for them to make lots of “noise” like their older brother, Pemuda UMNO. No offence, but the reality is Pemuda UMNO does make lots of noise; an irritating and distressing noise.

With their rhetorical ideologies and such, I do not think they can be as par with Belia MCA. I wish to stress my point; I am not trying to make a racial statement but I strongly think Belia MCA and Putera UMNO have two different set of political struggle.

The latter is more like the cadres or the balacis of UMNO (Jóse, dia lebih kurang macam barua-barua dalam sesebuah parti ekslusif dan tugas mereka ialah untuk mengantung bendera, meramaikan lagi orang ketika menyambut Perdana Menteri pulang ke tanahair dan lain-lain lagi!).

I am sure the President of MCA; Datuk Seri Ong Ka Ting has his own plans in the setting up of Belia MCA. That is to create a set of new young blood and potential MCA future leaders! What is the main purpose of the setting up of Putera UMNO besides turning them into the cadres and the balaci’s of UMNO?

Yet, the Government has decided to revise the University Act where students now can participate in any of the political activities. What a wonderful thing to do! After all, it is easier to influence the university students than a 21-year-old youth who hails from Kulim Kedah! I am sure most of the participants in any of a rally organized by opposition parties are Malay students! I pray and hope that the present Government can manage to nurture a set of intelligent, diligent, and obedient youths in the future. The present situation is worsening!

In other story, the UN has condemned the Israeli attacks on Lebanon. This is not the first time the “puppet” organization condemned an act of aggression. Why should the UN waste their precious time condemning a country that violates peace of another country? It is purely an act of fool when we know that the United States controls the UN! So it is up to the US to determine whether the UN has the right to condemn or not!

Just read the news excerpt, taken from the Reuters to get a clearer picture of the present situation.

UNITED NATIONS (Reuters) - The United States has resisted international pressure to support U.N. calls to end or at least suspend the fighting in the Middle East to stop the casualties, send in aid and allow negotiations.

U.N. Secretary-General Kofi Annan delivered a series of proposals to the U.N. Security Council on Thursday but the United States, which is key to any plan, rejected a cease-fire even before the U.N. leader met Secretary of State Condoleezza Rice at a private dinner in New York.

The United States is staunchly backing Israel, which believes it can neutralize Lebanon's Hizbollah militia militarily. Hizbollah last week captured two Israeli soldiers, triggering an an intense military response by Israel, followed by Hizbollah missiles raining on northern Israel.

The Israelites are lucky because any actions by them will never resort to retaliations by the American government. It is because the illegal state of Israel is being taken care by them!

I wish to share some point of view on why Israel felt the threat by Lebanon. According to the US Library of Congress, the importance of Iran to Lebanon's foreign relations increased in the 1980s. Following the success of the 1979 Iranian Revolution, the regime of Ayatollah Khomeini was anxious to spread its message to other Shias. This message found an audience in Lebanon's chronically downtrodden Shia community.

Iran provided financial and inspirational support to several Lebanese Shia organizations in the early 1980s. Then, in 1982, as a show of solidarity against the Israeli invasion, a contingent of the Pasdaran arrived and established a base near Baalbek in the Biqa Valley. These units not only operated as a defense force but also set up medical facilities to serve the local populace.

In the late 1980s, Iranian-sponsored groups stepped up efforts to gain support among Lebanese Shias by providing sorely needed economic relief and social services. These groups (in particular Hizballah, which was reported to be receiving substantial financial aid from Iran) were able to use Iranian resources to run hospitals, pay families' school fees, remove refuse, and participate in housing reconstruction.

These actions frequently drew supporters away from Amal, which for the most part was allied to Syria; Amal simply was unable to distribute the same level of aid as was Hizballah. For Western nations, the most significant aspect of Iran's influence in Lebanon has been the acceptance of the Islamic Republic's "antiforeign" rhetoric. In accordance with this principle, some extremist Shias, many acting under the name of the Islamic Jihad Organization, have carried out violent acts against the foreign community.

So, can you see now the connection between Lebanon and Iran and the reason why Israel launched attacks to Lebanon? The Israelites felt, it is better to neutralize the ally of their enemy first than to attack their enemy directly!

I am hoping that OIC will make noise and condemn the attacks on Lebanon by Israel. However, as we all know the current Chairman of OIC is a person who only speaks a lot in his own country and do not have the guts to spill out his voice and say that the Israelis ruled the world by proxies!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...