Oleh – Hesmel Faznee Ahmad Faisal
Penulis amat meminati teater. Minat ini timbul selepas penulis pertama kali menonton teater Pi Mai Pi Mai Tang Tu, yang telah dipentaskan di USM pada tahun 1993. Tidak hairanlah jika penulis telah membuat keputusan untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Seni Halus di Universiti Sains Malaysia, dalam bidang Lakonan dan Pengarahan. Penulis berjaya memperolehi ijazah tersebut tanggal 8hb Ogos 2003 (tarikh tersebut agak ironic namun begitu, biar penulis sahajalah yang tahu apa ironinya!).
Namun begitu, penulis berharap janganlah sesiapa meletakkan gambaran bahawa penulis adalah seorang pelakon yang cemerlang di dalam bidang ini! Penulis hanya mampu untuk memberikan sumbangan di dalam bidang kreativiti dan juga dari sudut musical effect di dalam sesuatu persembahan teater sahaja. Lakonan merupakan satu aspek lemah penulis dan sehingga kini penulis tidak mampu untuk mengatasinya!
Teater adalah sebahagian daripada gaya dan cara hidup kita. Ia seolah menjadi sebahagian daripada kebudayaan dan nafas lelah hidup kita. Mungkin ramai yang tidak nampak atau pura-pura tidak nampak tentang kesatuan ini! Lihatlah aksi seorang ahli politik yang cuba mengelak tentang sesuatu isu. Dengan gaya dan lakonan yang mantap, dia hanya mampu berkata, “kita mahu memfokuskan kepada rancangan.. atau saya tidak terlibat” mahupun seorang peniaga yang mencari kesempatan ke atas permintaan gula yang tinggi dengan berkata “gula sudah habis, kami harus menaikkan harga gula!”
Penulis memohon maaf kerana melencong jauh dari topik asal! Sebenarnya, penulis ingin bercerita tentang persembahan teater hasil naskhah terbaru Sasterawan Negara, Dato’ Noordin Hassan (atau Cikgu Noordin) yang bertajuk Sarah. Ia dipentaskan di Stor Teater DBP mulai 9hb -12hb Ogos 2006.
“Kami semua belum lahir lagi. Tetapi ruh sudah pun ada. Ruh kami telah disoal, apa yakinkah kami yang Tuhan itu wujud? Lalu kami semua mengaku Tuhan itu wujud. Maka dengan pengakuan itu, sesungguhnya kami telah menjadi ruh yang bertanggungjawab.”
Berdasarkan kepada petikan dialog drama Sarah di atas, penulis yakin ada di antara pembaca blog Bacalah (José, itupun kalau ada!) merasakan sesuatu. Mungkin ada di antara mereka terus merasakan yang hasil terbaru Cikgu Noordin ini seolah-olah mempersoalkan kewujudan Tuhan (existentialism) seperti drama Bukan Lalang Ditiup Angin. Sebenarnya seperti apa yang selalu penulis nyatakan, “read between the lines!”
Kita tinggalkan sebentar tafsiran naskhah drama ini. Ini kerana, drama Sarah adalah naskhah terbaru dari Cikgu Noordin. Adalah tidak adil bagi penulis membuat analisis naskhah ini tanpa memberikan peluang kepada penonton menonton pementasan ini melalui pemerhatian secara langsung. Untuk rekod, ia dipentaskan di Stor DBP, sebuah tempat yang tidaklah segah Istana Budaya. Secara kebetulan, Puteri Gunung Ledang, sebuah persembahan “extra grandeur” turut dipentaskan di sana pada malam teater Sarah ini dipentaskan.

Jika penulis hendak membandingkan tahap keintelektualan dan pemikiran kritis teater Sarah dan PGL ini, ia diumpamakan persis langit dan bumi! Penulis berpeluang menonton kedua-dua pementasan ini. Ini bererti penulis bukan bersikap berat sebelah semasa membuat kenyataan ini.
Menurut sinopsis drama Sarah ini, Sarah atau nama penuhnya Sarah Isaac yang kemudian masuk Islam dengan nama Sarah Abdullah adalah wanita berketurunan Yahudi yang datang dari keturunan Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak. Sarah berkenalan dengan Syed Amir, lelaki berketurunan Arab yang kebetulannya berasal dari keturunan Nabi Ishak dan Nabi Ibrahim. Sarah melalui pelbagai onak dan duri sebelum bertemu dengan Syed Amir ini. Sarah mendapat “nafas” baru apabila dia diberikan sekeping tanah oleh Syed Amir. Rahimah adalah perlambangan wanita Melayu dan Pak Ku pula adalah dari golongan orang atasan yang sanggup turun dari kuasa semata-mata kerana kasih dan sayang. Sarah dan Syed Amir diadu-domba oleh Silbi (Iblis, José!) dan Subat (berketurunan Jin) yang sungguh irihati dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan hajatnya tercapai.
Jika dilihat dari segi binaan set teater Sarah, ia menepati antara ciri-ciri konsep poor theater, yang telah diketengahkan oleh Jerzy Grotowski (11 Ogos, 1933 – 14 Januari, 1999) seorang aktivis teater Poland. Menurut beliau, segala bentuk extra-ordinary spectacle ataupun kekaguman melampau (seperti PGL, José!) diketepikan dan apa yang lebih ditonjolkan ialah moral dan pemikiran sesuatu drama. Menurut beliau, teater adalah sebuah bentuk pembelajaran dan pengajaran kepada masyarakat. Jadi, setiap unsur kekaguman ini diminimakan dan yang lebih ditonjolkan hanyalah falsafah naskhah tersebut!
Melalui setnya, pengarah set Nazali Wahab telah membina sebuah platform bulat di tengah dan di wing kiri dan kanannya ditempatkan kain-kain carik dan dipenuhi dengan tempelan gambar-gambar candid para pelakon di dalam pelbagai aksi (José, maaf tidak ada aksi lucah di sini!). Seperti biasa, pentas bagi drama Cikgu Noordin kebanyakannya berbentuk suggestive (José, ini bermaksud cadangan!) dan untuk mencari set yang bersifat “mega” (bukan menyindir Tun, penulis adalah seorang yang mengenang budi!) anda takkan dapat memenuhi impian ini. Tidak ada langsung sebarang backdrop, hanya kain-kain buruk dan lusuh digantungkan, menghiasi ruang lakon ini.
Konsep pencahayaan, antara elemen kekaguman yang terdapat di dalam pementasan ini dibahagikan serta dikonsepkan kepada prinsip baik dan jahat. Warna biru (ketenangan/kebaikan) dan merah (kejahatan/ketegangan) dijadikan warna-warna sekunder dalam drama ini. Kemunculan watak Subat (yang dilakonkan dengan jayanya oleh Zaibo) dan Silbi (dibawa dengan “jahat”nya oleh Zaifri Hussin) ini menjadi begitu hidup dengan penggunaan lampu merah!
Dari segi lakonan dan pemahaman watak (José, jangan harap untuk melihat penghayatan di dalam lakonan sesuatu watak di dalam karya Dato’ Noordin Hassan) kebanyakan pelakon memahami dengan jelas dan teliti arahtuju watak-watak masing-masing.
Konsep lakonan yang dibawakan oleh para pelakon persis bentuk lakonan ala Makyong (José, para pelakon hanya berdiri di tepi pentas dan hanya akan in character apabila mereka memasuki ruang lakon pentas!). Penulis tidak mahu mengulas keberkesanan lakonan para pelakon secara individu, serta pemahaman watak-watak mereka. Namun secara keseluruhannya, penulis melihat kesungguhan para pelakon untuk membawakan mesej-mesej tersirat di dalam pementasan ini patut diberikan pujian.
Untuk memahami konsep drama Cikgu Noordin, penonton harus meletak ketepi konsep linear plot (José, ada awalan, pertengahan dan pengakhiran) dan harus bersedia untuk “menelan” plot episodic (José, ia mempunyai cerita di dalam cerita) dan plot cyclical (José, ini bermaksud plot kitaran yang membawa penonton kembali semula kepada cerita asal). Jadi, begitulah jua drama terbaru beliau ini.
Secara sepintas lalu, drama ini sebenarnya ingin mengetengahkan isu kekalutan antara bangsa Yahudi dan kaum Arab yang diterjemahkan melalui watak Sarah (seorang Yahudi) dan Syed Amir (berketurunan Arab). Secara ringkas, apa yang cuba hendak disampaikan oleh Cikgu Noordin ialah, walaubagaimana keadaan sekalipun, bangsa Yahudi dan Arab sebenarnya mempunyai susur galur sejarah dan keturunan yang sama, iaitu Nabi Ishak dan Nabi Ibrahim!
Selain daripada itu, Cikgu Noordin juga ingin menyampaikan secara kritis sikap segelintir masyarakat Melayu dan Islam secara khususnya, melalui watak Silbi dan Subat. Di antara maksud dialog-dialog yang diucapkan oleh Silbi kepada Subat ialah agama dan bangsa ini boleh dijual beli begitu sahaja. Penulis berpendapat, pada zaman sekarang, sesiapa yang mahu membuat tawaran tertinggi, maka dialah yang berjaya untuk membeli dan menjual agama dan bangsanya sendiri!
Akhir kata, penulis benar-benar berharap drama ini akan dipentaskan pula di Istana Budaya. Cukuplah sudah masyarakat kita (Melayu secara amnya!) mabuk dan mual dengan drama-drama dan pementasan yang memabukkan seperti PGL The Musical, Suzana @ 60 dan banyak lagi. Penulis tidak ada sebarang bantahan jika pementasan-pementasan extra grandiose ini dipentaskan bertujuan untuk membudayakan masyarakat dengan teater. Tetapi pihak tertentu juga harus ingat dan insaf, berapa ramaikah golongan muda kini yang mengerti dan memahami konsep teater tradisional kita? Tidak takutkah kita?
Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection
No comments:
Post a Comment