Oleh - HESMEL FAZNEE AHMAD FAISAL
Sebelum penulis bercerita dengan lebih lanjut, penulis ingin berkongsi sedikit mengenai haiwan yang terpopular kini iaitu, beruk atau dalam bahasa Inggerisnya, Pig-tailed Macaque. Ia merupakan salah satu daripada haiwan terlindung yang terdapat di banyak negara di Asia, termasuknya Malaysia, Indonesia, Thailand, Bangladesh, India, China, Burma, Laos, Kambodia. Nama saintifiknya Macaca nemestrina.
Beruk adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak sehingga mampu berdikari, dan mempunyai bulu di badan. Jantungnya terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel. Beruk mempunyai tempoh bunting selama 5.7 bulan (170 hari).
Ia mampu hidup selama 26 tahun. Beruk jantan biasanya mempunyai ketinggian 495 - 564 mm, sementara beruk betina pula mempunyai ketinggian antara 467 hingga 564 mm.
Mungkin ramai di antara “pembaca” blog Bacalah (José, itupun jika ada!) hairan, mengapakah penulis membangkitkan kisah beruk ini. Di Malaysia sekarang, terdapat banyak beruk! Baik beruk di hutan, beruk di bandar, mahupun “beruk dalam politik!” tetapi jangan terkejut jika ianya turut mempunyai kaitan rapat dengan peribahasa “anak di rumah mati kelaparan, beruk di hutan, disusukan”!
Terbaru, “hero bunga” Malaysia, Khairy Jamaluddin, menggelarkan mereka yang membawa berita-berita fitnah sebagai “beruk yang menggoncang pokok”! Ia berkait rapat dengan terminologi, “kalau angin tidak bertiup, masakan pokok boleh bergoncang”.
Khairy dikatakan berang dengan tuduhan pihak tertentu yang mengatakan dia mempunyai hubungan sulit dengan aktres Maya Karin. Menurut petikan di dalam Utusan Malaysia keluaran 7hb Ogos 2006, Khairy dilaporkan berkata “Saya tidak teringin berkahwin dengan pontianak”! (José, kalau pontianak itu, pontianak yang telah dipakukan di leher atau pontianak itu Maya Karin, penulis rela beristerikannya!)
Menurut Khairy, masih ada pihak yang tidak percaya bahawa dia tidak berkahwin dengan Maya walaupun telah memberi penjelasan secara terbuka semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, baru-baru ini.
Penulis tidak berminat langsung dengan kisah cintanya dengan Maya Karin. Jika ditakdirkan ianya benar sekalipun, apa salahnya? Ianya adalah lebih baik, daripada terus mengadakan perhubungan sulit tanpa direstui oleh bapa mertuanya, Pak Lah.
Berbalik kepada kisah, beruk. Penulis teringin untuk tahu dan untuk mendapat pendapat Khairy, tentang siapakah beruk yang dimaksudkan dia itu? Adakah, dia memaksudkan Tun Dr Mahathir Mohamad, secara tidak langsung? Ini kerana, kisah-kisah “cinta terlarang” nya dengan Maya Karin, bukanlah cerita baru.
Tetapi Tun Dr. Mahathirlah yang telah “membuka mata” ramai pihak tentang kewujudan dan campurtangan Khairy di dalam pelbagai bidang, baik dari segi ekonomi mahupun politik, dewasa kini. Ini terbukti dengan jawapan-jawapan yang diberikan Khairy, yang nampaknya mirip persis menyangkal tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada Kerajaan pimpinan bapa mertuanya! Bukankah ini indirectly membawa maksud he’s answering the accusations on behalf of the Government? (José, something fishy going on here!)
Adakah Tun Dr Mahathir yang sebenarnya dimaksudkan sebagai beruk oleh Khairy? Ataupun mungkin dia memaksudkan para bloggers yang menyebarkan kisah-kisah “cinta bunganya” dengan Maya Karin (José, ini zaman moden, kawin 2-4 dah jadi trend masakini! Itu belum masuk perempuan simpanan José)
Penulis tidak mahu menuding jari kepada dia (sekarang ni, di dalam blog pun, tutur bicara dan tulisan harus diawasi, José. Jadi tidak bolehlah penulis menulis sebarangan!) dan menuduh Khairy memberikan gambaran bahawa beruk itu adalah Tun Dr. Mahathir. Namun, apa yang perlu dilakukan ialah menjawab secara telus dan ikhlas dan terus terang, siapa yang dimaksudkan dia tentang beruk itu!
Khairy berkata, “Apa salah kami? Salahkah atau tidak bolehkah kami (walaupun anak dan menantu Perdana Menteri) memberi sumbangan kepada parti?. Apa pula sumbangan ‘beruk sarkas’ ini kepada parti?” Ini antara persoalan yang diajukan kepada orang-orang di sana. Penulis tidak mahu mengulas siapakah orang-orang itu, kerana seperti penulis bertanya, siapakah sebenarnya beruk sekarang ini?
Penulis ingin memetik kata-kata seorang Datuk di dalam blognya Gerbang Ruhanie. “Jadi, betulkah ini bezanya beruk sarkas yang kononnya suka menggoyang pokok, dengan beruk universiti yang suka berasmaradana dengan beruk betina? Memang tak jadi masalah. Beruk memang tak payah akad nikah. Beruk memang tak ada hukum zina. Beruk bukannya manusia. Tapi, beruk sarkas makan ajar. Beruk universiti pula main balun ikut suka aje.
Oleh itu, waspadalah kita semua. Ikut senario hari ini, beruk pun ada kastanya. Ada beruk sarkas, ada beruk lulusan universiti. Ada beruk bodoh, ada beruk cerdik. Ada beruk tak pandai main wayang, ada beruk pakar sandiwara. Ada beruk mengong, ada beruk pak turut. Ada beruk cakap ikut hidung, ada beruk cakap ikut exhaust. Beruk oh beruk!” (Bloggers, Beruk dan Lim Keng Yaik - www.kuda-kepang.blogspot.com)
Baru-baru ini, situduh sebenarnya dah pun menunjukkan yang di sebenarnya beruk! Penulis tidak mahu menamakan siapa tetapi penulis yakin ada segelintir yang tahu beruk manakah yang penulis maksudkan itu. Beruk sarkas ini telah memperbodohkan dirinya dan juga orang lain sewaktu mengetuai tunjuk perasaan anti AS sempena mesyuarat Forum ASEAN, Jumaat 28 Julai lalu.
Sebagai “beruk kesayangan” Pak Lah, dia harus tahu bahawa Pak Lah telah menjadi tuan rumah kepada mesyuarat itu dan ini umpama seekor beruk, yang marahkan orang ramai yang mengunjungi rumah tuannya.
Penulis tahu tindakan penulis ini mungkin akan menimbulkan kemarahan di kalangan kumpulan “kami sokong, tapi taktau sokong apa” dan masyakarat tetapi penulis tetap percaya dan yakin, yang penulis tidak termasuk di dalam golongan penyebar fitnah! Penulis sentiasa membaca dan mengkaji dan menilai sesuatu berita itu sebelum penulis menganggap ia sebagai berita.
Fitnah itu adalah penyakit masyarakat kita. Lagipun, penulis sentiasa berpegang dan percaya kepada Quran, surah 2 : 191 yang berbunyi ;
“Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar Masjidilharam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.”
Di sini, penulis ingin sekali lagi menegaskan bahawa penulis tidak tertarik langsung untuk menjadi penyampai fitnah kerana fitnah ini adalah sesuatu yang memualkan dan mencemuhkan masyarakat! Apa perlu penulis turut terheret sama dalam isu fitnah menfitnah ini? Lagipun, penulis bukanlah seperti seekor beruk yang diberikan bunga dan memberikan bunga itu kepada beruk betina, mahupun penulis menjadi beruk yang melalak-lalak semasa “tuannya sedang mengadakan jamuan atau majlis”.
Baru-baru ini, Perdana Menteri a.k.a the typical Government servant telah pun bersuara dan menjawab setiap soalan-soalan yang telah dikemukan (benarkah beliau menjawab, atau mengelak José?) kepada beliau oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad a.k.a The Grand Old Man.
Pak Lah a.k.a Perdana Menteri, menerusi rancangan Bersemuka Bersama Perdana Menteri, yang telah disiarkan dalam TV3 baru-baru ini telah membuatkan penulis teringat kepada drama Waiting For Godot, karya Samuel Beckett. Beliau menulis drama ini sekitar tahun 1940an semasa di ambang akhir Peperangan Dunia ke2.
Menerusi drama ini, watak Vladimir dan Estragon sedang menantikan Godot yang kononnya akan datang telah dikunjungi oleh Pozzo, yang membawa seorang manusia, mungkin hambanya (kerana wataknya diikat dilehernya) bernama Lucky. Pozzo kemudian memberitahu mereka bahawa Godot tidak akan datang dan hanya akan datang pada hari lain.
Semasa mereka menantikan Godot ini, Didi (nama manja Vladimir) dan Gogo (nama manja Estragon) telah berbual tentang kehidupan, kematian serta peperangan di dalam dialog-dialog yang agak absurd (José, ia bermaksud sesuatu yang tidak masuk akal atau berlari dari konteks maksud sebenar)
Apa yang menarik di dalam drama ini, serta kaitannya dengan rancangan Bersemuka Bersama Perdana Menteri ini ialah, jawapan-jawapan yang dikemukan oleh Perdana Menteri, begitu absurd! Seabsurd drama Waiting For Godot ini. Kepada mereka yang ingin tahu apa yang penulis maksudkan, layarilah laman-laman web Utusan Malaysia Online atau Berita Harian Online, atau apa sahaja laman web yang menyiarkan interview ini.
YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad, telah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah memusuhi parti UMNO yang dipimpinnya selama 22 tahun sebelum ini. Tetapi apa yang ingin beliau lakukan ialah menegur sikap kepimpinan yang ada sekarang. Menurut beliau terdapat segelintir pemimpin ini telah memberikan sokongan tanpa tahu pokok pangkal erti sokongan mereka (main reason why they gave support to the leadership).
"Menurutnya lagi, beliau tidak pernah mengecam atau mengancam UMNO, tetapi hanya tidak bersetuju dengan pemimpin yang didakwanya sudah melencong daripada matlamat dan perjuangan parti. “Saya seorang saja. Tiada siapa menyokong saya. Mengapa mereka takut pada yang satu orang ini,” katanya yang mendakwa ramai orang kini dilarang daripada mendengar ceramahnya.Bagaimanapun kata Dr Mahathir, beliau tidak mempunyai rancangan mengadakan siri jelajah ke seluruh negara, sebaliknya akan hanya berucap di tempat beliau menerima undangan." (petikan Berita Harian Online – 8/8/06)
Walau apa pun yang akan berlaku, sudah pasti kita akan menantikan drama-drama menarik yang akan “dipentaskan” semasa Mesyuarat Agung Tahunan UMNO yang dijadualkan akan berlangsung selepas Hari Raya Puasa tahun ini.
Untuk menjadi pemimpin bukanlah sesuatu tugas yang mudah. Ia tidaklah semudah menjaga beruk-beruk peliharaan, mahupun menjaga sekandang lembu! Namun, dengan trend yang berlaku sekarang tidak hairanlah, seandainya penulis diberikan pilihan, penulis lebih rela dan selesa menjaga beruk-beruk peliharaan dan sekandang lembu, dari menjadi seorang Perdana Menteri yang dikelilingi para penyokong yang melaung “kami sokong” tetapi tidak tahu apa yang disokong mereka!
Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.
No comments:
Post a Comment