Oleh – Hesmel Faznee Ahmad Faisal
Minggu-minggu yang akan datang ini pasti akan menimbulkan lagi persoalan-persoalan menarik. Terutamanya tentang skandal jambatan bengkok, penjualan MV Augusta oleh Proton kepada pihak yang tidak dedahkan namanya, pemberian AP dan macam-macam lagi Maha skandal yang melanda negara kita dewasa ini. Dari Putrajaya, keadaan sepi, sunyi tanpa berita. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, telah selamat kembali ke tanahair setelah hampir 2 minggu lebih ber”cuti” ke negara Eropah.
Sebagai seorang bekas Perdana Menteri pengertian cuti sekarang ialah lebih kepada bercuti dari keadaan politik yang mengarut dan merapu sekarang. Penulis hairan, mengapa beliau mahu menghabiskan cutinya ke Eropah? Bukankah lebih baik bercuti ke Australia (José, ini adalah satu sindiran dan patut diterima secara sindiran!)
Seperti yang semua sedia maklum, perkara pertama yang diucapkan beliau ialah mengapakah Kerajaan sekarang “doesn’t have the guts (atau keberanian a.k.a have the balls! barangkali?) to answer all his questions?” Tidak ada jawapan yang menyeluruh dan tidak ada sebarang komen yang dibuat daripada kritikan-kritikan beliau terhadap Kerajaan. Tiada! Kalau mungkin yang ada hanyalah “tumpuan pada RMK9!”.
Mungkin benar kata sesetengah orang, berdiam lebih baik dari menjawab tetapi ada juga yang berkata mendiamkan diri itu menunjukkan kita takut untuk berhadapan dengan kebenaran dan takut untuk menegakkan kebenaran kerana kebenaran itu sesungguhnya pahit untuk diterima!
Penulis ingin meninggalkan sebentar kisah-kisah yang berlaku tetapi ingin berkongsi sedikit fakta tentang sejarah Perdana Menteri Malaysia.
Perdana Menteri Malaysia adalah ketua pemerintahan Malaysia. Secara rasmi beliau dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, Raja Malaysia, dan biasanya pemimpin parti politik terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat). Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri berasal dari UMNO, parti terbesar dalam Barisan Nasional (dikenali sebagai Perikatan hingga pilihan raya 1969).
Ada kekhuatiran bahawa kaum Melayu, baik dari UMNO mahupun Parti Islam Se-Malaysia, akan melarang seorang bukan-Bumiputera (misalnya dari etnik Tionghoa) dari menjadi Perdana Menteri, namun Pemerintah telah berulang kali meyakinkan para rakyat bahawa perlembagaan Malaysia tidak mewajibkan seorang Perdana Menteri seorang Bumiputera.
Mungkin pada satu masa nanti negara kita akan menerima nasib seperti negara Peru di mana seorang anak pendatang haram dari Jepun telah menjadi Presiden Peru! Pokok pangkalnya (José ia membawa maksud secara prinsip dasarnya!) kita harus menerima hakikat, walau ditakdirkan bukan Melayu itu memerintah negara kita, kita harus menerima dan harus berlaku taat dan setia kepadanya!

Penulis tahu bunyinya agak absurd tetapi dengan keadaan yang berlaku sekarang, tidak mustahil ianya pasti akan berlaku! Dengan senario yang berlaku sekarang, penulis amat pasti, Wawasan 2020 itu nanti akan diterajui oleh seorang Perdana Menteri yang terdiri daripada keturunan bukan Melayu!
Maaf, dengan pendapat penulis di atas tetapi penulis agak pesimis dengan kemampuan bangsa kita sendiri memerintah negara, menjelang tahun 2020. Generasi sekarang, apakah agenda utamanya untuk agama, bangsa dan negara? Adakah generasi sekarang, yang terdiri daripada generasi A.F (atau A.K, mereka yang mengikuti blog Bacalah akan faham mengapa penulis merujuknya sebagai A.K!) sedar dan insaf tentang apa yang sedang berlaku di dalam negara kita?
Dari bulan Jun, membawa ke bulan Ogos generasi A.F ini menumpukan perhatian mereka kepada “the star monkeys in a glass cage” (siapa yang terasa sedap dia yang makan makanan halal!) ini. Terlepas sudah mereka isu-isu hangat yang sedang melanda ruang politik tanahair. Mereka tidak tahu apakah yang mengakibatkan The Grand Old Man marah kepada Pak Lah a.k.a Prime Minister a.k.a the lame duck.
Jadi, adakah penulis bersikap realis atau penulis bersikap paranoid jika penulis menyatakan yang bangsa kita sendiri tidak mampu untuk memerintah negara kerana kita sering salah priority? Ini dapat dibuktikan, sehingga pemerintah kita sendiri pun tidak dapat tidak memberikan keutamaan yang tidak begitu penting.
Sebagai contoh, menerusi perjanjian FTA (José, Free Trade Agreement yang memberikan sesuatu negara itu mengimport produknya ke dalam negara) kita “menukar” kenderaan negara luar dengan sayur-sayuran dari negara kita. Sayuran?!
Jadi persoalan yang agak menarik ialah, kemanakah akhirnya hala tuju kita? Apakah matlamat hidup kita?
Berbalik kepada persoalan tentang kemampuan bangsa kita untuk memerintah. Tidak terdetakkah di hati kita, bukan Bumiputra mula merasa gusar dan bimbang dengan keadaan yang berlaku sekarang? Perlu diingat, mereka tidak menghiraukan tentang percaturan politik di antara orang Melayu. Apa yang lebih mereka bimbangkan ialah implikasi dan kesan ekonomi terhadap negara.
Disebabkan itulah, jika kita lihat analisis pilihanraya negeri Sarawak yang baru berlangsung baru-baru ini, sesetengah kawasan yang merupakan kubu kuat BN telah berjaya ditembusi oleh parti DAP. Kebanyakan pengundi di situ terdiri daripada pengundi Cina. Untuk rekod, pada pilihanraya 1999, pengundi Cinalah yang telah banyak membantu dari segi jumlah undian di kawasan-kawasan yang terdiri daripada calon-calon UMNO!
Kaum bukan Bumiputra tidak berminat untuk mengetahui tentang konflik-konflik yang berlaku di kalangan UMNO, apa yang mereka bimbangkan ialah implikasi politik yang bakal berlaku hingga menggugat ekonomi negara. Itulah yang lebih mereka risaukan!
Pak Lah a.k.a Prime Minister a.k.a the lame duck, telah mengeluarkan kenyataan berhubung tentang serangan tentera Israel ke atas Lebanon. Menurutnya, Malaysia sedang melobi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengadakan satu persidangan khas bagi menangani segera tindakan ganas Israel yang sehingga kini membunuh ratusan rakyat Lebanon. Antara dua usul yang perlu dibincangkan segera adalah: Gencatan senjata dan pertukaran dua askar Israel secara serentak.
Amat menarik di sini ialah, Pak Lah a.k.a Prime Minister a.k.a the lame duck mengeluarkan kenyataan ini selepas merasmikan Karnival Nur Kecergasan 2006. Penulis hairan mengapakah Pak Lah a.k.a Prime Minister a.k.a the lame duck tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sejurus beliau tiba ke Malaysia selepas percutian beliau ke Australia? Yang menarik di sini ialah mengapakah kenyataan ini dikeluarkan di sebuah majlis yang kurang menyerlah, seperti di karnival?
Terbaru, Israel terus melancarkan serangan bertalu-talu ke atas Lebanon tanpa sebarang tanda ia akan menghentikannya. Penyelaras Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Jan Egeland berpendapat, Lebanon sedang menghadapi krisis kemanusiaan paling besar akibat “perang yang sia-sia” dan mengadu mengenai kesukaran untuk penghantaran bantuan. Beliau juga mendakwa Israel telah melanggar undang-undang kemanusiaan dengan melakukan serangan ke atas Lebanon.
Penulis tertarik dengan percaturan perang ini. Ia persis kepada prinsip yang telah penulis sebutkan dahulu, iaitu “hang serang aku dulu, aku serang la hang balik!”. Maka sewajarnya ia akan mejadi satu mockery kepada dunia. Tetapi, sebenarnya dunialah yang sedang mocked (José adapun ia bermaksud mempermainkan dan tidak mengambil serious perkara-perkara yang sedang berlaku!) peperangan ini, malah keseluruhan episod di dalam cerita tentang perang-perang lain yang berlaku!
Cerita selain daripada ini ialah, berita terbaru, hear ye, hear ye (José, orang zaman-zaman Rennaisance dulu sering menggunakan ungkapan ini untuk attract attention orang!) Kumpulan terakhir tentera Jepun yang dihantar ke Iraq telah pulang ke Jepun pada Selasa lepas. Dengan kepulangan ini, tentera Jepun itu telah berjaya melengkapkan misi ketenteraan mereka yang paling mencabar, sejak perang Dunia Kedua, hampir 60 tahun yang lalu, tanpa melepaskan sebarang tembakan atau kehilangan jiwa.
Keputusan kerajaan Jepun untuk menarik diri dari peperangan “gila” yang telah dicetuskan oleh A.S merupakan satu titik tolak yang membuka lebaran baru kepada negara matahari terbit itu. Pada mulanya, tentera-tentera Jepun yang telah dihantar bagi membantu misi kemanusiaan ini mendapat pujian daripada A.S namun pendapat umum di Jepun tetap menolak keputusan asal Perdana Menteri Jepun, Koizumi melibatkan Jepun dalam peperangan “gila” ini.
Seperti biasa, di Malaysia sambutan Hari Kemerdekaan disambut dengan cukup gemilang, terbilang dan cemerlang, (José, betulkah?) setahu penulis, itu berlaku beberapa belas ataupun puluh tahun nan lalu.
Tetapi sekarang, masyarakat kita (baca Malaysia!) lebih melihat di sebalik aspek hari Kemerdekaan iaitu, membeli belah sempena Bulan Karnival Membeli Belah, yang kebetulan disambut pada akhir bulan Julai dan awal bulan Ogos! Kemanakah agaknya semangat kemerdekaan yang pernah begitu dipupuk semasa kecil. Penulis teringat usaha-usaha yang telah dijalankan oleh the giants of the industry seperti Petronas, Proton dan TV3 di dalam memupuk dan memberikan kesedaran orang ramai tentang harga dan nilai kemerdekaan.
Semuanya ini dilakukan melalui iklan-iklan yang begitu menyentuh perasaan! Tetapi seperti media-media lain, iklan atau short movie ini hanya menyentuh perasaan untuk beberapa ketika sahaja. Selepas itu, ia berlalu begitu sahaja; tanpa meninggalkan kesan mendalam, sama seperti seorang makcik dari Jalan Tunku Bendahara, Kulim Kedah menonton telenovela dari Mexico!
Timbalan Menteri Penerangan merangkap Pengerusi kempen “Kibarkan Jalur Gemilang” Dato’ Zahid Hamidi, melahirkan rasa sedihnya kerana kebanyakan syarikat-syarikat besar di Malaysia tidak mengibarkan Jalur Gemilang ketika menjelangnya sambutan Hari Kemerdekaan. Beliau juga turut melahirkan rasa sedihnya mengenangkan semangat patriotisme yang tidak ditunjukkan oleh golongan generasi sekarang.
José, siapakah yang bersalah sekarang? Mengapakah acapkali golongan remaja dan generasi sekarang menjadi sasaran jika semangat patriotisme tidak ditunjukkan mereka? Pihak tertentu tidak memberikan kepada mereka keutamaan dan juga tidak memupukkan semangat patriotisme yang sewajarnya untuk mereka hayati. Sebagai contoh, jika kita renung sebentar sukatan pelajaran yang diajar di sekolah, berapa peratuskah yang benar-benar menjurus kepada penghayatan kemerdekaan (baca, sejarah) yang sebenarnya?
Penulis tidak terkejut jika kebanyakan remaja kini tidak tahu siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ke-3 (ia mungkin dapat dimaafkan kerana Perdana Menteri Malaysia ke3 inipun bertugas hanya untuk beberapa tahun sahaja dan mungkin Perdana Menteri Malaysia ke5 ini pun akan mengikuti jejaknya!)
Berbalik kepada syarikat-syarikat besar yang tidak mengibarkan Jalur Gemilang. Berapa banyakkah syarikat di Malaysia ini benar-benar 100% milik Malaysia dan berapa banyakkah syarikat ini yang benar-benar patriotik, walaupun ianya milik Malaysia sepenuhnya?
Ada juga keburukan dan kebaikan, jika kemerdekaan sesebuah negara itu diperolehi bukan melalui hasil pengorbanan nyawa dan harta benda. Sebagai contoh, negara Cuba yang berjaya memperolehi kemerdekaan mereka dari negara Spain dan melalui revolusi oleh Presiden Fidel Castro begitu menyanjungi semangat dan menghargai nilai kemerdekaan yang mereka perolehi hasil dari pengorbanan dan juga perjuangan menuntut kemerdekaan.
Kita di Malaysia, tidak begitu menghargai jasa-jasa dan juga pengorbanan pejuang terdahulu kerana beberapa sebab, pertama mungkin kerana kita merasakan pengorbanan mereka hanya perlu dikenang pada setiap tahun sahaja, iaitu ketika menyambut hari Kemerdekaan dan kedua kita merasakan yang ia tidak penting dan tidak mendatangkan sebarang perbedaan!
Lihatlah nasib bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (José, penulis tidak berhajat untuk menyanjungi beliau kerana beliaukan hanya seorang bekas Perdana Menteri sahaja, bukan?). Jasa beliau kini seolah-olah telah dilupakan dan ada segelintir yang cuba bertindak untuk memburuk-burukkan nama beliau melalui beberapa usaha-usaha yang telah dilakukan oleh media perdana. Ataupun nasib bekas Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Ghafar Baba.
Tidak ramai generasi muda yang menyedari atau mengetahui tentang jasa-jasa yang telah beliau lakukan semasa beliau menjadi pemimpin negara dahulu. Namun jasa-jasa beliau kepada MCA terus dikenang oleh pemimpin parti tersebut kerana beliaulah yang memainkan peranan penting di dalam menjadi pendamai terhadap konflik yang pernah melanda MCA pada tahun-tahun 80an dahulu.
Malah beliau pernah dilantik menjadi Presiden MCA untuk beberapa waktu, bertujuan bagai menghuraikan kekusutan yang melanda parti tersebut!
Inilah contoh klasik yang mengiakan dakwaan penulis bahawa sebenarnya bukanlah salah remaja, mahupun golongan muda sekarang seandainya mereka tidak menghayati mahupun menghargai kemerdekaan dan juga kebebasan negara kita daripada cengkaman penjajah. Tetapi hakikatnya kita sendiri yang menafikan dan menidakkan jasa-jasa serta pengorbanan pemimpin-pemimpin kita yang terdahulu.
Secara ringkasnya, remaja dan generasi sekarang hanya memperjuangkan kehendak jangka masa pendek, seperti kebebasan mereka untuk keluar malam atas dasar usia yang sudah besar dan mereka sudah matang serta kebebasan untuk bersuara.
Benar, setiap insan (termasuk penulis sendiri) mendambakan kebebasan untuk bersuara tetapi secara asasnya, kebebasan mereka untuk bersuara itu didasarkan atas prinsip apa? Apa yang lebih penting ialah, apakah perjuangan dan juga landasan prinsip perjuangan mereka itu layak dan penting untuk diperjuangkan?
Kita kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection
No comments:
Post a Comment