Monday, 30 June 2008

KALAU....

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam…

Kepada semua bloggers dan pembaca setia Bacalah (Jose, kalau ada!)

Hari ini, penulis ingin membincangkan tentang isu KALAU.

Baru-baru ini seorang pemimpin sebuah parti politik pembangkang telah dituduh sekali lagi, atas kesalahan meliwat seorang lelaki dan satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Jalan Travers pada hari Sabtu lepas. Menurut lelaki tersebut (yang juga pembantu peribadinya, Jose, macam ada satu bentuk dejavu!) beliau telah diliwat pemimpin ini pada 26 Jun lepas di sebuah tempat di Kuala Lumpur.

Ironiknya, pemimpin ini telah mendapatkan political asylum (penulis lebih selesa dengan terminologi ini) di Kedutaan negara Turki atas alasan nyawanya terancam.. Untuk makluman, negara tersebut sering dikecam oleh sesetengah pemimpin pembangkang sebagai sebuah negara sekular! Tidakkah ianya agak ironik? Mendapat perlindungan di sebuah negara yang sering dikecam kerana berfahaman sekular dan lain-lain lagi?

Persoalannya, KALAUlah pemimpin ini benar-benar terlibat dengan perbuatan terkeji ini, apakah yang akan berlaku? Adakah imej pemimpin ini serta parti yang dibelakanginya (Jose, ini bukan main belakanglah!) akan tercalar?

KALAUlah juga dianya benar-benar melakukan perbuatan tersebut, adakah dia akan mendapat tamparan paling hebat dalam karier politiknya atau mungkin dia akan terus terkubur di dalam mimpi yang tak sampai?

Menurut penyokong pemimpin ini, dia tidak bersalah. Kalaulah dianya benar-benar bersalah, apakah agaknya yang akan berlaku?

Untuk rekod, baru-baru ini seorang guru agama telah dituduh meliwat pelajarnya. Di Amerika Syarikat, begitu banyak kes-kes yang melibatkan pemimpin mereka meliwat lelaki itu atau diliwat lelaki ini.

Persoalannya, KALAU benar pemimpin ini meliwat, mengapakah tiada orang hendak mempercayai perkara ini berlaku kerana secara kelazimannya, ia benar-benar berlaku?

Maksud penulis, pempimpin ini, seperti juga guru agama yang dituduh meliwat dan pemimpin di Amerika Syarikat, adalah seorang manusia biasa. Tidak terlepas dari melakukan kesalahan. Tidak maksum.

KALAULAH, secara KEKALAUAN, pemimpin ini terlibat dalam skandal seks biasa atau mungkin mempunyai berpuluh-puluh perempuan simpanan, adakah pengikutnya akan mempercayainya? Atau adakah pengikut pemimpin itu akan hanya mendiamkan diri dan berusaha menyembunyikan kelemahan pemimpin ini?

Adakah kerana satu laporan polis telah dibuat oleh mangsa pemimpin ini, maka kumpulan penyokong pemimpin itu akan berusaha untuk melakukan satu keadaan yang kacau dan tidak tenteram, semata-mata hendak mengabui kes siasatan, yang akan dilakukan ke atas pemimpin ini?

Perlu diingat, kes dakwaan liwat ke atas pemimpin ini telah digugurkan tidak lama dahulu atas alasan, dakwaan yang dibuat terhadapnya tidak seiring dengan tarikh yang dikemukakan oleh pihak pendakwa. Akan tetapi, para hakim yang membuat keputusan supaya dakwaan terhadap pemimpin digugurkan masih percaya bahawa kes liwat itu pernah berlaku. Serta, kes dakwaan pemimpin ini melakukan salahguna kuasa kerana mengarahkan pihak berkuasa untuk menggertak orang-orang tertentu kerana mendakwa dia telah meliwat tidak digugurkan, malah dia telahpun menjalani hukuman tersebut.

Pada pendapat penulis, biarlah siasatan terhadap kes ini dilakukan dahulu sebelum pihak tertentu ingin membuat kekacauan dan mendakwa ianya satu lagi konspirasi. Perlu diingat, di Malaysia konspirasi tidak mungkin akan berlaku kerana rakyat Malaysia, segelintirnya tidak pandai menyimpan rahsia. Bagi menjayakan sesuatu konspirasi, ianya perlu perancangan yang cukup panjang.

Tidak mungkin satu perancangan yang hendak dilakukan ke atas pemimpin ini, akan boleh berlaku tanpa perancangan yang cukup panjang!

Namun yang demikian, apa yang agak menarik ialah pemimpin ini adalah seorang yang cukup bijak! Ini diakui penulis kerana dianya seorang pakar konspirasi yang bagus untuk menjatuhkan pemimpin lain. Kepada mereka yang membaca sejarah, tentu akan tahu bahawa dianya juga telah berjaya menjatuhkan seorang pemimpin yang pernah menjadi seorang Timbalan Perdana Menteri satu masa dahulu.

Untuk membincangkan tentang cerita itu, ianya memanglah panjang. Kembali kepada cerita KALAU ini.

Seandainya, atau KALAUlah pemimpin itu benar-benar melakukan perbuatan tersebut, apakah yang akan berlaku agaknya?

Hanya Tuhan yang Tahu..

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

Saturday, 28 June 2008

GOYIM



Banyak benar nan berkeliaran,
Tanpa tuan tanpa tujuan,
Goyim,

Ada yang bermasyarakat,
Tak ramai yang sepakat,
Goyim,

Segar hidup berbumbungkan awanan,
Hidup terus berzikirkan hayat,
Goyim,

Dari Nabi ke Rasul,
Tetap hidup sediakala,
Goyim,

Dijual, diterajang, diherdik, dihalau,
Di atas tanah mekar bumi sendiri,
Goyim,

Goyim dari denyutan,
Goyim dari sebutan,
Goyim konon mencari penghayatan,

Andai mengetahui episod yang tidak pasti,
Kejahilan yang lapisnya berlapis,
Goyim,

Kisah lara goyim,
Dari wira bebal,
Diangkat menjadi Dewa Goyim,

Maka goyim itu berterusan,
Menerusi zaman wali ke zaman hakiki,
Goyim bertambah hari ke hari,

Goyim..?

28 Jun 2008
Kuala Lumpur

p.s - Goyim is a Hebrew word for cow..

Friday, 27 June 2008

WARKHAH DARI JOSE...


Salam,
Kepada Bung Hesmel yang jauh di mata dan selalu jauh di hati.

Kiranya, engkau bisa mengingati aku, walaupun aku kini sudah jauh, beribu batu. Nah, bukankah kau bisa mengulangi kata-katamu kepada aku,

Jose, sahabat itu jauh dekat tetap dekat..Dekatnya di sini (Sambil kau menuding jarimu ke dadamu)

Aku di sini, masih lagi seperti dulu, masih brengset seperti yang kau kenali.

Walau bagaimanapun, aku ingin nyatakan di sini, hidup aku bukan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tetapi kais pagi makan untuk petang, malam dan besok harinya!

Dulu, aku buleh beli majalah Ujang, sekarang, terfikir balik, Ujang atau minyak motor untuk aku pergi berulang alik ke tempat kerja!

Kerja sebagai seorang penjual DVD ini banyak cabarannya!
Bung Hesmel,

Jika dulu, orang sanggup beli 5-10 keping untuk DVD tapi sekarang tidak lagi. Sejak kenaikan minyak, susah sungguh hendak jual walau sekeping pun! Sedih! Apalah malangnya nasib.

Tapi tidak mengapa. Aku sini sudah mempunyai kerja yang baru! Menjadi penjual tiket bas. Atau lebih tepat, ulat. Tidak mengapa, asalkan rejekinya halal.

Bung Hesmel, benar seperti yang Bung sering katakan kepadaku, hidup ini seperti coklat, engkau tak tahu apa yang engkau akan dapat. Sebentar! Itu, persis skrip filem Forrest Gump! Wah, bung mencedok idea orang lain ya?

Tetapi, pada pendapatku, hidup ini sepertinya keropok lekor, banyak betul yang palsunya dari yang aslinya daripada Terengganu!

Bung Hesmel, aku harap hidup engkau di Kuala Lumpur adalah semewah hidupku di sini. Aku bisa makan apa sahaja, jika aku mahu makan coklat, aku kutip saja di jalan. Jika aku dambakan nasi beriani, aku cari sahaja di dalam tong-tong sampah yang ada.

Bung Hesmel,

Walaupun aku ini berasal dari Sepanyol tetapi ramai orang menyangka aku ini orang tempatan! Wah, hebat sungguh desepsi yang ku lakukan ya?

Tapi sekarang, orang luar pun banyak yang kelihatan seperti orang tempatan? Bukan?

Oklah, Bung Hesmel, aku terpaksa pergi dahulu. Nampaknya ada beberapa orang pak polisi sedang mengejarku. Untuk makluman, aku menghantar mengunakan Blackberry yang aku seluk dari poket seorang orang kaya baru-baru ini.

Sahabatmu,
Jose.

Thursday, 26 June 2008

BodohLAH..BODOH!


Bodoh,
Kenapa?


Entah! Aku rasa macam nak panggil kau bodoh,
Kenapa?


Sebab kau bodoh yang tidak boleh diajar lagi!
Kenapa?


Pertama, kau bodoh yang bertambah bengap,
Kedua, kebodohan kau sudah semakin terserlah,
Ketiga, betapa bodohnya kau, setitis tanah bisa kau lepaskan,
Nak aku teruskan lagi?

Bodoh!
Kenapa?


Betulkan, seperti yang diperkatakan?
Kenapa?


Sebab kau memang bodoh, sudah berjela kebodohan kau dihuraikan,
Kau masih bertanya dan bertanya, kenapa?

Tidakkah itu jawapan kepada soalan bodoh kau??


26 Jun 2008

Kuala Lumpur

BERSERBAN ATAU BERHELMET?


Oleh - Hesmel Faznee Faisal


Hari ini, penulis akan bercakap (Jose, atau menulis cerita-cerita bodoh) tentang berserban.

Please, I do not expect any misunderstanding on this matter but I wish to express the confusion that I have on this matter.

Akhbar The Star hari ini (26 Jun 2008) memaparkan gambar beberapa orang “ustaz” atau “lebai” sedang menaiki motorsikal tanpa memakai helmet tetapi hanya berserban.

It says;

A group of young motorcyclists riding their machine in Kota Bharu wearing “serban” instead of safety helmets. A question has arisen in this town whether it is an offence to wear the serban instead of helmets and even the police have stopped issuing summonses until they get a clearer picture. The matter arose after one motorcyclist challenged a traffic summons in court.

What an absurd! Since when we have a society who dares to challenge the law when it clearly stated that the laws were implemented for our own benefit?

Penulis keliru! (Jose, entahlah sejak kebelakangan ini, kekeliruan sering melanda diri!)

Adakah ini persoalan tentang egoistik seseorang ataupun kebodohan?

Bukankah jelas dan nyata, jika seseorang itu memakai serban, kepalanya sudah 100% akan hancur atau cedera seandainya dianya terlibat di dalam kemalangan, jika dibandingkan dengan 20% kecederaan yang dihadapi, seandainya dia memakai topi keledar?

Penulis yakin, golongan ini adalah mereka yang samada mahu menunjukkan kedegilan mereka demi menegakkan ego mereka atau mungkin mereka tidak tahu membezakan antara fidunya wal akhirah?

Pihak penguasa seperti polis sepatutnya bersikap tegas dan pihak penjana undang-undang (baca mahkamah) sepatutnya boleh over-ruled bantahan yang dibuat oleh pihak ini.

Mengapakah mereka mesti melayan pihak yang sedemikian?

Penulis yakin, isu ini sudah pasti akan melarat ke negeri-negeri lain dan percayalah, jalanraya negara kita akan dipenuhi dengan penunggang motorsikal yang berserban. Ini tidak termasuk mereka yang beragama Sikh.

No offence towards the Sikhs, but obviously according to their religion, it is compulsory for them to wear the turban as it is one of the teachings. The Sikhs have 5 principles in their teachings and they are: kēs (uncut hair), kaghā (small comb), kaā (circular heavy metal bracelet), kirpān (ceremonial short sword), and kacchā (special undergarment.

And in order for them to keep their long hair, the Sikhs wear the turban to guard it.

Persoalan yang timbul adalah apakah memakai serban di kalangan orang Islam itu dituntut agama ataupun budaya orang Arab yang menjadi ikutan kita?

Agama Islam menuntut supaya umatnya menjauhi diri daripada sebarang malapetaka. Malah ianya turut disebut di dalam Quran. Ironinya, mereka yang berserban ini kebanyakannya adalah dari kalangan pelajar yang menuntut di sekolah-sekolah agama.

Apakah mereka tidak membaca Quran dan meneliti ayat yang disebut berkaitan dengan perkara tersebut?

Adakah dengan memakai serban, seseorang itu akan lebih Islamnya, jika dibandingkan dengan mereka yang berpakaian moden, tetapi mengikuti ajaran sebenar agama Islam?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

Wednesday, 25 June 2008

PAKAIAN...TAQWA ATAU LUARAN?



Oleh/By - Hesmel Faznee Faisal

Apakah yang timbul di fikiran anda, apabila kita melihat seorang gadis, wanita, ataupun perempuan?

Sebelum itu, let me rephrase the sentence again. What occurred in your sense when you see a girl, women, nor an old woman, without a headscarf?

Adakah anda merasa teransang? Apakah ada sebarang perasaan berahi? Atau mungkin anda merasa biasa, tanpa sebarang perasaan?

Bagi penulis, penulis tidak merasa apa. Seriously, I don’t feel a thing. Dear readers, we are discussing about the libido feeling.

Sudah pasti, semua mungkin tertanya-tanya mengapa subjek ini menjadi perbincangan karut penulis pada kali ini.

I am about to discuss or write nonsense about the latest directive that had been issued by the Kelantan government, in response to the dress code for women. They have ruled out that women in Kelantan are not allowed to wear any high heels or even wearing lipstick, whilst working.

They feel that this may cause unnecessary attraction towards women!

Secara peribadi, penulis merasakan apa yang dipakai tidak menjadi persoalan, malah dari dulu lagi, penulis berpegang teguh kepada perkara ini. Apa yang penting ialah ketahanan nafsu kita melawan apa jua dugaan dan cabaran.

Adakah dengan memakai kasut tumit tinggi, seorang itu bakal dirogol? Bukankah ketika saat-saat kritikal, sebagai contoh; seorang perempuan telah diragut dan apakah alat yang paling berkesan? Sudah pasti kasut bertumit tinggi!

Perkara ini harus diperhalusi, janganlah cepat kita membuat sebarang kesimpulan. Sebenarnya, jika seorang itu memakai tudung sekalipun, dia bakal menjadi mangsa rogol. Nafsu tidak mengenali orang.

I strongly believed that a person with a strong foundation in religion could even fall in the pit of lust.

Apa yang lebih penting dan lebih diutamakan adalah mengisi keimanan di dada. Caranya? Rajinlah membaca Quran.

I’m not trying to become a preacher or even had any intention to become one. My main point is, we must go back to the Quran and study it meticulously.

Fahamilah apa yang telah diperkatakan oleh Quran.

Selain daripada itu, hayatilah setiap ayat yang diperjelaskannya. Sebagai contoh, ayat di bawah ini ada memperkatakan secara halus tentang etika pemakaian.

Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat (kemaluan) masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) Syurga. Serta Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku telah melarang kamu berdua dari pokok itu, dan Aku katakan kepada kamu, bahawa Syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata?" (Surah 7:22)

Serta ayat di bawah ini;

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur) (Surah 7:26).

Again, I am not trying to put myself into the shoes of an ulama, but I do believe that what God has said in the Quran is that the best dress code is the taqwa.

Jadi, yang mana satu penting? Pakaian taqwa atau pakaian luaran?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

DIA DATANG..


Oleh - Hesmel Faznee Faisal


Dia datang balik,
Dia kembali semula,


Dia muncul,
Dia datang,


Dia datang…
Aku hilang..


Siapa dia?
Mental block!!


25 Jun 2008

Kuala Lumpur

Tuesday, 24 June 2008

BERBASIKAL...

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Berbasikal adalah salah satu daripada aktiviti yang cukup bagus dan baik untuk kesihatan. Period. (Jose, perkataan period itu bukan bermaksud datang bulanlah!)

Namun, bagi sesetengah pihak, mereka memandangnya sebagai keanak-anakan!

Tindakan 4 orang ahli Parlimen pembangkang (Jose, one of them is the MP from Kulim, my hometown!) dianggap sebagai budak-budak oleh Nazri the bulldog Aziz.

Jose, please read between the lines. These Parliamentarians are just showing an example on how to adjust our way of life.

Kerajaan sibuk menyuruh rakyat mengubah gaya hidup. Sekarang 4 orang ahli Parlimen ini cuba memberikan satu petunjuk dan contoh kepada rakyat, bagaimana caranya untuk mengubah gaya hidup!

Jika difikirkan balik, rasanya ia boleh dipraktikkan. Maksud penulis, jika di kawasan Kuala Lumpur (especially on the Golden Triangle area), sebarang kenderaan tidak dibenarkan masuk. Hanya kenderaan yang khas sahaja disediakan. Seperti contoh, tram-car.

Ini boleh membantu untuk mengurangkan kesesakan lalu-lintas. Kepada mereka yang malas menunggu, mereka boleh menunggang basikal.

Penulis tidak berani untuk melakukannya, buat masa sekarang kerana takut dilanggar kereta. Tetapi jika ramai orang melakukannya, penulis tidak teragak-agak untuk melakukannya. Penulis yakin, ia memang boleh dilakukan.

Kepada mereka yang agak berusia, mereka boleh menggunakan tram-car yang disediakan, selain daripada pengangkutan yang sedia ada seperti Monorail, LRT dan Putra. Soal panas terik ini mungkin boleh diatasi jika orang ramai sudah tidak menggunakan kenderaan di kawasan bandar. Ini kerana, bahang yang dikeluarkan oleh kenderaan ini menambahkan lagi kepanasan yang sedia ada!

Pokok-pokok juga boleh ditanam di kawasan-kawasan tertentu dan taman-taman hijau boleh dibina dengan lebih banyak, untuk memberikan the green effect kepada kawasan bandar.

Penulis percaya, ianya boleh dilakukan.

Namun, as usual, ini cakap-cakap orang tak cerdik laa…

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

Monday, 23 June 2008

PEMANDU, DIPANDU, MEMANDU...


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Pemimpin ini, umpama seorang pemandu kereta. Negara ini umpama keretanya.

Sebenarnya, jenis kereta itu tidaklah penting. Tetapi apa yang penting ialah bagaimana kita menjaga dan memeliharanya.

Jika seorang pemandu (baca pemimpin) mula membawa keretanya di dalam keadaan yang merbahaya, seperti terlanggar tiang lampu, melanggar gerai buah-buahan malah, menghentam polis, dianya perlu ditukarkan!

Perhatikan bagaimana penulis menggunakan simbolik tertentu di atas, bagi memberikan penerangan tentang keadaan seorang pemandu.

Tiang lampu – arah tuju sebuah kenderaan (baca negara) itu hendak dibawa

Gerai buah-buahan – ekonomi, sebuah gerai yang telah dilanggar sudah pasti mengalami
kerugian!

Polis – Apalah ertinya sebuah negara jika polis tidak lagi berkuasa dan tidak lagi dihormati.

Melihat pada keadaan sekarang, sudah jelas dan nyata bahawa pemandu kereta "Proton" ini, bukan sahaja membawa kenderaan dalam keadaan yang perlahan, tetapi dianya juga membawa kereta di dalam keadaan yang amat merbahaya!

Ini ditambah pula dengan si pemandu yang sering membawa kereta ini ke jalan yang sesat dan apabila kita melalui jalan yang sesat, sudah pasti kita akan mengambil masa yang amat lama untuk mencari jalan keluar. Ia akan membantutkan lagi perjalanan kita serta waktu untuk sampai ke destini yang telah dirancangkan sebelum-sebelum ini.

Apa yang amat menyedihkan ialah, para penumpang yang berada di dalam kenderaan "Proton" ini, sedar tentang keadaan pemandu tersebut, lemah, buta dan gagal untuk membawa Kenderaan ini.

Pemandu ini, bukan sahaja seorang yang sudah tua, tetapi dianya juga tidak mempunyai arah tuju, serta fokus untuk memandu kereta yang pada satu masa dahulu merupakan kereta yang cukup baik enjinnya, serta dipandu dengan cekap oleh pemandu sebelumnya.

Maka disebabkan itulah kita sering tiba tepat pada waktunya.

Tetapi kini, pemandu yang memandu kereta ini, bukan sahaja lemah, lembab, malah dianya tidak tahu dan tidak dapat membezakan antara Kota Bharu dan Kota Baharu!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

THE FAT SLOB...


By - Hesmel Faznee Faisal


I’m tired,
I’m feeling sick,


Depressed,
What’s wrong with the world?


I’m sick!
I’m not feeling well,


Due to this unavoidable circumstances,
I’m going to fall back to the gardens of virtual,


So be it,
Goodbye cruel world,


It has been a pleasure knowing you,
Once I’m gone,


The fat slob is still on his throne,
Nothing changed..


Kuala Lumpur,

23 June 2008


Friday, 20 June 2008

ANTARA AGAMA DAN BUDAYA KOMERSIL


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam…

Kepada para bloggers dan pembaca blog Bacalah (Jose, itupun kalau ada!)

Izinkan penulis untuk memulakan ruangan ini dengan gelak tawa.

Kah! Kah! Kah! Kah!

Mungkin ramai yang tertanya, sebab musabab penulis tertawa. Puncanya kerana headline yang muncul dalam akhbar Utusan Malaysia (khabarnya jualan akhbar ini dah menurun, jangan tanya penulis mengapa sebab penulis bukan pengamal media!) pada hari ini (Jumaat, 20 Jun 2008)

Bunyinya, "Fakhrul juara akademi Al-Quran".

Antara petikan berita dari tajuk tersebut, "AQ merupakan program realiti TV tempatan pertama yang memerlukan peserta memperdengarkan bacaan al-Quran mengikut kaedah tertentu".

Itulah punca utama penulis tertawa, selain daripada headline cerita ini.

Sejak bilakah Al-Quran ini "diperdagangkan" sedemikian? Apakah bezanya program ini dengan Akademi Khayalan a.k.a Akademi Fantasia? Apakah bezanya tilawah Al-Quran dengan Juara Lagu? Bagi penulis keduanya sama sahaja.

Mungkin sesiapa yang membaca perenggan di atas akan merasakan penulis dah lost his marbles. Penulis rasa, masyarakat yang sebenarnya lost their marbles. Apakah dengan menjadikan program sedemikian, seperti mencari pemenang di dalam bacaan Quran yang terbaik menjadikan mereka lebih bagus dari yang lain?

Apa yang perlu dititip beratkan ialah memahami konteks Al-Quran itu sendiri. Mengapakah kita harus meletakkan Al-Quran serendah yang sebegitu? Mengapakah perlu ianya dijadikan sebagai sebahagian daripada hiburan komersil? Penulis ada terjumpa CD yang dijual dimana ianya memuatkan petikan bacaan Quran oleh para pemenang Akademi Quran (AQ) ini. Nah, bukankah ianya sudah memasuki nilai hiburan komersil?

Apakah cukup tenteram jiwa seseorang itu, hanya dengan mendengar bacaan Ayat-ayat suci oleh pemenang AQ ini? Atau lebih tenang kehidupan mereka, seandainya mereka menerap nilai-nilai Quran di dalam hidup mereka?

Apalah ertinya jika kita berkelakuan persis burung tiong, yang hanya mengekor apa yang didengari tetapi tidak memahami apa yang diekori?

Tuhan telah memberikan kita aqal supaya kita berfikir, dan bukanlah sekadar menjadi pak turut sahaja.

Berbalik kepada AQ, kini muncul pula Akademi Nasyid! Mengapakah agama itu harus diperdagangkan sedemikian? Penulis pasti, kebanyakan yang memasuki pertandingan ini adalah dikalangan mereka yang tidak berpeluang untuk memasuki Akademi Fantasia, OIAM dan pelbagai lagi program fantasia remaja.

Hanya satu sahaja yang penulis harapkan, masyarakat perlu tahu membezakan antara agama dan budaya komersil kerana sudah pasti, agama harus ditempatkan di darjat yang paling dimuliakan dan bukanlah disamakan dengan elemen komersil, seperti yang telah penulis sebutkan.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...