Friday, 20 June 2008

ANTARA AGAMA DAN BUDAYA KOMERSIL


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam…

Kepada para bloggers dan pembaca blog Bacalah (Jose, itupun kalau ada!)

Izinkan penulis untuk memulakan ruangan ini dengan gelak tawa.

Kah! Kah! Kah! Kah!

Mungkin ramai yang tertanya, sebab musabab penulis tertawa. Puncanya kerana headline yang muncul dalam akhbar Utusan Malaysia (khabarnya jualan akhbar ini dah menurun, jangan tanya penulis mengapa sebab penulis bukan pengamal media!) pada hari ini (Jumaat, 20 Jun 2008)

Bunyinya, "Fakhrul juara akademi Al-Quran".

Antara petikan berita dari tajuk tersebut, "AQ merupakan program realiti TV tempatan pertama yang memerlukan peserta memperdengarkan bacaan al-Quran mengikut kaedah tertentu".

Itulah punca utama penulis tertawa, selain daripada headline cerita ini.

Sejak bilakah Al-Quran ini "diperdagangkan" sedemikian? Apakah bezanya program ini dengan Akademi Khayalan a.k.a Akademi Fantasia? Apakah bezanya tilawah Al-Quran dengan Juara Lagu? Bagi penulis keduanya sama sahaja.

Mungkin sesiapa yang membaca perenggan di atas akan merasakan penulis dah lost his marbles. Penulis rasa, masyarakat yang sebenarnya lost their marbles. Apakah dengan menjadikan program sedemikian, seperti mencari pemenang di dalam bacaan Quran yang terbaik menjadikan mereka lebih bagus dari yang lain?

Apa yang perlu dititip beratkan ialah memahami konteks Al-Quran itu sendiri. Mengapakah kita harus meletakkan Al-Quran serendah yang sebegitu? Mengapakah perlu ianya dijadikan sebagai sebahagian daripada hiburan komersil? Penulis ada terjumpa CD yang dijual dimana ianya memuatkan petikan bacaan Quran oleh para pemenang Akademi Quran (AQ) ini. Nah, bukankah ianya sudah memasuki nilai hiburan komersil?

Apakah cukup tenteram jiwa seseorang itu, hanya dengan mendengar bacaan Ayat-ayat suci oleh pemenang AQ ini? Atau lebih tenang kehidupan mereka, seandainya mereka menerap nilai-nilai Quran di dalam hidup mereka?

Apalah ertinya jika kita berkelakuan persis burung tiong, yang hanya mengekor apa yang didengari tetapi tidak memahami apa yang diekori?

Tuhan telah memberikan kita aqal supaya kita berfikir, dan bukanlah sekadar menjadi pak turut sahaja.

Berbalik kepada AQ, kini muncul pula Akademi Nasyid! Mengapakah agama itu harus diperdagangkan sedemikian? Penulis pasti, kebanyakan yang memasuki pertandingan ini adalah dikalangan mereka yang tidak berpeluang untuk memasuki Akademi Fantasia, OIAM dan pelbagai lagi program fantasia remaja.

Hanya satu sahaja yang penulis harapkan, masyarakat perlu tahu membezakan antara agama dan budaya komersil kerana sudah pasti, agama harus ditempatkan di darjat yang paling dimuliakan dan bukanlah disamakan dengan elemen komersil, seperti yang telah penulis sebutkan.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

2 comments:

Anonymous said...

salam penulis..
this is my first visit to your blog.interesting!
and i got the link from AkuSape.
emm, regarding ur comment on AQ show, i am quite disagree; since i watched that show eventhough not often. from that show, we really learn about tarannum which i don't really know. that's all.

i dont think that is 'menjaja Al-Quran'.

wallahua'alam

p/s: no offense:)

Regards,
Fina Lan.

The Eugenist said...

Dear Fina Lan..

That is my point. Why must you emphasize on the tarannum (the technique), rather than understanding every words in the Quran?

It is, from my personal point of view, "menjaja al-Quran".

HESMEL FAZNEE FAISAL

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...