Monday, 23 June 2008

PEMANDU, DIPANDU, MEMANDU...


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Pemimpin ini, umpama seorang pemandu kereta. Negara ini umpama keretanya.

Sebenarnya, jenis kereta itu tidaklah penting. Tetapi apa yang penting ialah bagaimana kita menjaga dan memeliharanya.

Jika seorang pemandu (baca pemimpin) mula membawa keretanya di dalam keadaan yang merbahaya, seperti terlanggar tiang lampu, melanggar gerai buah-buahan malah, menghentam polis, dianya perlu ditukarkan!

Perhatikan bagaimana penulis menggunakan simbolik tertentu di atas, bagi memberikan penerangan tentang keadaan seorang pemandu.

Tiang lampu – arah tuju sebuah kenderaan (baca negara) itu hendak dibawa

Gerai buah-buahan – ekonomi, sebuah gerai yang telah dilanggar sudah pasti mengalami
kerugian!

Polis – Apalah ertinya sebuah negara jika polis tidak lagi berkuasa dan tidak lagi dihormati.

Melihat pada keadaan sekarang, sudah jelas dan nyata bahawa pemandu kereta "Proton" ini, bukan sahaja membawa kenderaan dalam keadaan yang perlahan, tetapi dianya juga membawa kereta di dalam keadaan yang amat merbahaya!

Ini ditambah pula dengan si pemandu yang sering membawa kereta ini ke jalan yang sesat dan apabila kita melalui jalan yang sesat, sudah pasti kita akan mengambil masa yang amat lama untuk mencari jalan keluar. Ia akan membantutkan lagi perjalanan kita serta waktu untuk sampai ke destini yang telah dirancangkan sebelum-sebelum ini.

Apa yang amat menyedihkan ialah, para penumpang yang berada di dalam kenderaan "Proton" ini, sedar tentang keadaan pemandu tersebut, lemah, buta dan gagal untuk membawa Kenderaan ini.

Pemandu ini, bukan sahaja seorang yang sudah tua, tetapi dianya juga tidak mempunyai arah tuju, serta fokus untuk memandu kereta yang pada satu masa dahulu merupakan kereta yang cukup baik enjinnya, serta dipandu dengan cekap oleh pemandu sebelumnya.

Maka disebabkan itulah kita sering tiba tepat pada waktunya.

Tetapi kini, pemandu yang memandu kereta ini, bukan sahaja lemah, lembab, malah dianya tidak tahu dan tidak dapat membezakan antara Kota Bharu dan Kota Baharu!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...