Monday, 4 May 2020

PENJARAKKAN SOSIAL

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog ini.

Hari ini, 4 Mei 2020 bermulalah suatu ketamadunan baru buat negara kita Malaysia.

Tamadun baru dari konteks mengamalkan pendekatan baru yakni penjarakkan sosial, bertujuan untuk memastikan penyakit Covid19 tidak disebarkan di kalangan kita semua. Sebenarnya masih ramai yang keliru di antara penjarakan dan penjarakkan.

Biarlah pakar linguistik bahasa mengemukakan hujah masing-masing.

Banyak lagi prosedur-prosedur yang harus dipatuhi oleh kita semua. Norma-norma baru dalam kehidupan dijangka akan banyak merubah segalanya. Yang paling terkesan ialah sistem sosial masyarakat.

Barangkali perkara tersebut tidak mudah untuk dilakukan tetapi jika diimbas kembali, manusia itu melalui proses evolusi secara tidak sedar. Tahun 2020, penulis berusia 42 tahun tanggal 21 Oktober 2020. Penulis dilahirkan pada tahun 1978, tahun di mana negara baru berjinak-jinak mengenali alam teknologi. 

Malaysia pra tahun 2020, merupakan antara pengeluar utama getah utama dunia dan sudah pasti teknologi yang wujud pada masa itu banyak berkaitan dengan kaedah untuk mempertingkatkan pengeluaran getah dan mencari kaedah penambahbaikan untuk penghasilan susu getah yang lebih banyak.

Tidak dapat tidak, penulis berpeluang melalui 3 zaman, yakni zaman serba analog, separa analog diselangseli dengan digital dan kini digital secara sepenuhnya. Pemusatan pemikiran penulis juga harus bergerak seiring dengan perkembangan dan perubahan serta pemindahan teknologi ini. Pada awal pembesaran penulis, sekitar tahun 1985 komputer merupakan suatu alat yang cukup "canggung". Kini komputer merupakan "teman" utama masyarakat. Daripada komputer riba dan kini dikecilkan lagi menjadi komputer tablet yang mempunyai papan kekunci mudah alih! Begitulah perihal perkembangan teknologi dalam masyarakat.

Kemudian memasuki era dekad-dekad 90an, kebanyakan peralatan mulai tampak kecanggihannya dan mulai terserlah kemudahannya yang membantu manusia berhubung. Pada masa itu jugalah telefon bimbit mulai menampakkan "kewujudannya". Namun ianya masih lagi di peringkat proses "orientasi" dalam masyarakat. Menghampiri dekad-dekad awal 2000an telefon bimbit telah menjadi peranan utama dalam masyarakat. Persis seorang itu akan "mati menggelupur" tanpa telefon bimbit di sisinya!

Rata-rata kehidupan kita banyak berkisar kepada pergantungan aspek kemodenan dan kecanggihan. Ianya juga satu petanda bahawasanya nilai-nilai kemanusiaan turut terlebur dalam kecanggihan semua ini. Kita imbau semula kepada aspek "norma-norma baru" dalam kehidupan.

Seperti yang disebut awal penulisan ini, "norma-norma baru" bakal menjadi suatu tanda aras dan juga petunjuk kepada halatuju nilai-nilai manusia dan kemanusiaan. Penjarakkan sosial meletakkan masyarakat semakin jauh daripada yang lain. Selagi penawar virus ini belum ditemui, semakin kuat prasangka dan rasa gusar mulai menguasai diri kita. Masing-masing merasa sangsi dengan tahap kesihatan seseorang itu.

Setiap seorang daripada kita akan barangkali menebal perasaan dan sikap individualisme di dalam diri masing-masing. Masakan tidak, sebelum negara mengharungi episod pandermik Covid19, masyarakat Malaysia rata-rata berada dalam kelompok sosial diri sendiri. Tiada siapa yang peduli apa yang berlaku keatas orang lain.

Apakah yang "membunuh" semua ini kalau bukan apa yang berada di tangan masing-masing yakni gajet elektronik? Di tambah lagi dengan konsep dan konteks "penjarakkan sosial" yang harus kita semua harungi, masyarakat seolah tidak lagi memerlukan hubungan nilai kemanusiaan sesama mereka kecualilah untuk aspek-aspek kerohanian sahaja. Selain daripada itu, mereka sebenarnya tidak peduli sangat mahupun mempedulikan langsung samada orang lain itu wujud atau tidak.

Kerisauan yang sedang penulis fikirkan, selain daripada membangunkan semula ekonomi negara yang terkesan dek kerana perintah kawalan pergerakan yang bermula sejak bulan Mac ke bulan Mei ialah kaedah mewujudkan kembali nilai-nilai kemanusiaan yang berasaskan kepada kerangka "norma-norma baru" dan penjarakkan sosial ini.

Adakah kita, rakyat Malaysia cukup bersedia melakukannya?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Semula Ke Sangkar Waktu
The Salam Connection

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...