Oleh - Hesmel Faznee Faisal
Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog syok sendiri ini!
Wah!!!! Wah!!! Wah!!!!
3 bulan saya menyepikan diri. 3 bulan saya tidak “menyumbang” sebarang penulisan ke blog syok sendiri ini. Sepanjang “kehilangan” (noticed my frequent usage of the inverted commas, which also indicates a double meaning behind each words!) saya dari dunia blog, pelbagai perkara yang telah berlaku.
Kekecohan semasa berlangsungnya pemilihan parti demokratik yang tidak demokratik, kematian kanak-kanak di pusat asuhan kanak-kanak, misteri kehilangan para ahli perniagaan, baik dari kalangan orang tempatan mahupun luar yang akhirnya terjawab, remaja yang dikatakan sering ghaib dan muncul di tempat-tempat pelik (I bet, this girl might have found the transportal used in the Star Trek series!) dan perkara yang berkaitan dengannya telah melintasi ruangan blog “Bacalah” yang sudah lama redundant!
Kesibukan menguruskan jabatan saya yang kecil di tempat kerja (eventhough my department comprising of only 3 dedicated staffs, it plays an important role for the company as well, Jose!) serta urusan rumahtangga telah turut menidak mungkinkan saya menulis. Tapi kata orang, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih (kind of a tongue in cheek, statement Jose!)
Cerita pokok.
Sejak kebelakangan ini, saya merasa sedikit terusik dan kurang senang dengan laporan yang disiarkan di dalam akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian. Ianya sudah menjadi persis akhbar tabloid. Mengapakah cerita-cerita mistik, yang kerapkali menjadi tajuk berita di dalam akhbar tabloid telah menjadi tajuk utama di dalam penulisan akhbar perdana?
Tidak dinafikan sasaran untuk mendapat rating tertinggi di dalam penjualan akhbar itu penting dan demi mencapai sasaran ini, pelbagai cara perlu dilakukan untuk memenuhi keperluan tersebut. Namun apabila sampai kepada “merendahkan” kualiti dan juga kredibiliti sesuatu akhbar, maka itu sudah semestinya akan membuatkan akhbar tersebut tidak berbeza dengan akhbar tabloid lain!
Ini bukanlah bererti saya memandang rendah kualiti sesuatu akhbar kerana bagi saya, ianya mewakili sesuatu golongan di dalam masyarakat. Dan jika saya memandang rendah sesuatu penerbitan akhbar itu, ianya samalah seperti saya merendahkan martabat golongan masyarakat terbabit! Namun ini tidaklah bererti saya bertoleransi kepada cerita-cerita hantu-hantu yang menjadi kegemaran para pembaca!
Cuma, sebagai sebuah akhbar bertaraf nasional, mereka seharusnya menjaga kredibiliti dan objektiviti dalam laporan. Ini kerana, akhbar mereka bukan sahaja dibaca oleh penduduk luar bandar, malah ianya turut dibaca oleh ahli akademik, ahli pemikir malah Perdana Menteri mungkin turut membacanya!
Cerita ranting.
Utusan Malaysia, menerusi laporannya di sini telah memetik sebuah cerita mengenai kelemahan pihak berkuasa apabila berhadapan dengan kuasa fantasi (baca mistik). Ini agak melucukan kerana polis, yang sepatutnya menjadi benteng keselamatan kita telah dipandang rendah sebagai penakut di dalam laporan tersebut!
Sebenarnya, hantu dan profail tingginya (or in simple English a high profile character) telah menjadi satu perwatakan yang terlalu penting buat masa kini, terutamanya di kalangan masyarakat. Tanyalah sesiapa, baik dari kaum Cina, India, Melayu (including the so called liberal Malays who some of them resides in Bangsar, Damansara Heights and all scattered places in Kuala Lumpur!) mempercayai kewujudan hantu.
Namun, jarang sekali yang mempersoalkan mahupun mencari kesahihan kewujudan tersebut. Apa yang menarik ialah kebanyakan daripada kisah hantu syaitan ini adalah berdasarkan kepada hearsay dan bukanlah berdasarkan pengalaman melihatnya dengan mata sendiri.
Cerita asal.
Namun, agak menyedihkan jika sebuah akhbar Melayu yang tertua di Malaysia ini menjadikan kisah mistik sebagai tajuk ruangan utama, ia adalah petanda bahawa kebarangkalian rating pembaca mereka semakin menurun. Untuk menarik kembali minat pembaca membeli akhbar tersebut, cerita-cerita sebegini dihidangkan. Atau mungkin, masyarakat kita yang mempercayai kisah-kisah mistik ini semakin meningkat?
Secara peribadi, saya berpendapat bahawa terdapat perbezaan antara hantu, syaitan dan iblis. Hantu merupakan satu bentuk mitos dan perwatakan yang menjelma daripada kisah-kisah orang-orang dahulu kala yang mewujudkan watak-watak ini bertujuan untuk menghalang kanak-kanak kecik daripada berkelakuan nakal.
Ayat-ayat seperti “jangan keluar waktu senja nanti disorok hantu tetek” ini tidak lain hanyalah untuk menakutkan kanak-kanak tersebut. Namun ianya terlangsung menjadi satu budaya yang kuat dan mekar di kalangan masyarakat kita.
Syaitan pula adalah cebisan daripada nafsu yang sememangnya ada di dalam diri manusia. Ia dicetuskan menerusi desakan nafsu jahat yang ada di dalam diri manusia dan musuhnya ialah malaikat yang juga merupakan nafsu baik yang wujud di dalam diri kita semua.
Benar, syaitan dan iblis itu adalah musuh kita yang nyata, namun perlukah kita terlalu takutkan kepada musuh? Kita sepatutnya mengkaji kelemahan musuh supaya dapat mengalahkan mereka. Sampai bilakah agaknya ketakutan ini perlu dipupuk? Lihat sahaja jumlah cerita yang dipaparkan di dalam media elektronik, rata-rata mengisahkan mengenai hantu dan syaitan.
Hairan, mengapakah program berkisar mengenai hantu sahaja terlalu mendominasi pemikiran kita? Hit the chest and ask your taste?
Cerita daun.
Ketakutan itu semua hanyalah satu bentuk luaran dan bukannya dalaman. Interpretasi kita mengenai ketakutan yang diwujudkan oleh hantu syaitan ini amat melucukan. Kita, sebagai khalifah Allah, yang telah menjadi wakilNya di muka bumi menjadi takut kepada golongan yang sepatutnya sujud kepada kita.
Mungkin ada yang terlupa tentang bagaimana Iblis, yang asalnya merupakan malaikat telah menjadi jahat hanya kerana engkar menurut perintah Tuhan seperti yang diceritakan di dalam surah 15:30 – 33;
Maka bersujudlah para malaikat itu semuanya bersama-sama, kecuali iblis. Ia enggan ikut bersama-sama [malaikat] yang sujud itu. Allah berfirman, “Hai iblis, apa sebabnya kamu tidak [ikut sujud] bersama-sama mereka yang sujud itu?. Berkata iblis: Aku sekali-kali tidak akan sujud kepada manusia yang telah Kau ciptakan dari tanah liat kering [yang berasal] dari lumpur hitam yang diberi bentuk”);
Begitulah sikap ego yang ditunjukkan oleh Iblis. Apakah kita boleh mengatakan bahawa mereka yang mempunyai sifat ego yang tinggi itu juga iblis? Saya belum sampai ke skop itu. DI ruang lain, barangkali.
Persoalannya sekarang, apakah kita masih perlu takut kepada golongan yang sepatutnya sujud kepada kita?
Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection
2 comments:
salam, blog tuan sudah dipaut.
Salam...
Muhammad Azli, terima kasih.
Post a Comment