Thursday, 29 July 2010

PENGARUH BLOG

Oleh – Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog “syok sendiri” ini.

Kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir di sini mengenai blog membuatkan saya terkenang kembali kenyataan-kenyataan yang pernah dibuat mengenai para bloggers suatu masa dahulu.

Saya yang mula menulis blog sekitar tahun 2006 (I am a more senior blogger compared to Malaysia’s top blogger, Tun Dr Mahathir who started blogging in late 2008, Jose!) turut terasa dengan kenyataan yang dibuat oleh bekas Menteri Penerangan ini. Tidak dapat dinafikan bahawa bukan kesemua blog yang ditulis itu boleh dipercayai kerana beberapa faktor.

Antaranya ialah dari segi kredibiliti penulis itu sendiri, nilai-nilai berita yang dibawanya dan sumber kesahihan berita tersebut harus diambil kira dengan sewajarnya.

Apabila Mukhriz mengeluarkan pendapat sedemikian, terdapat beberapa persepsi yang boleh dikupasi. Pertama, apakah objektiviti sesuatu penulisan tersebut? Apakah ianya lebih kepada menyampaikan secara tepat atau lebih kepada meluahkan rasa tidak puas hati, benci dan sebagainya?

Apabila seorang peguam (I’m not quite sure whether this lawyer still practise law or has quit from becoming a lawyer, Jose!) di dalam blognya menulis mengenai jumlah pesalah yang meninggal di dalam tahanan ini memberikan jumlah yang tidak tepat, dan tidak masuk akal, ada segelintir di dalam masyarakat kita mahu mempercayainya atau lebih tepat menganggapnya sebagai a gospel truth!

Namun, realitinya apakah jumlah yang dinyatakan peguam ini benar? Tidakkah sangkaan ini akan menjadi satu kebenaran, seandainya Kerajaan tidak mengambil sebarang langkah untuk memberikan jumlah sebenar?

Kedua, masyarakat Malaysia malah sesiapa sekalipun, yang bernama manusia cukup gemar dan gembira mendengar gossip dan cerita-cerita panas. Soal benar atau tidak itu tidaklah begitu dititikberatkan kerana naluri manusia yang sentiasa ingin menjadi yang pertama di dalam apa jua perkara mengatasi kebenaran.

Mereka merasa gembira dan bangga apabila mengetahui mereka yang pertama mendengar sesuatu berita.

Oleh yang demikian, memang tepat dan masuk akal apabila Mukhriz meluahkan kebimbangan beliau terhadap pengaruh blog terhadap masyarakat, dari aspek ekonomi, sosial dan agama.

Perlu diingat, dunia yang kita ketahui sekarang sudah menjadi semakin kecil dan sempit. Ianya bukan sahaja semakin sempit malah masyarakat menjadi lebih dekat dengan satu sama lain. Walaupun secara zahirnya masing-masing mungkin berpisah beribu-ribu batu, namun dengan hanya satu sentuhan “touch screen” (I was making a reference to the I Phone, Jose!), mereka dapat berhubung antara satu sama lain!

Dengan situasi dan juga keadaan sekarang, ianya menjadi semakin masuk akal dan logik jika saya berpendapat bahawa sebuah laman blog mampu menaikkan atau menjatuhkan sesuatu kerajaan!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...