Oleh Hesmel Faznee Faisal
Saya tertarik dengan beberapa cerita yang disiarkan di dalam akhbar-akhbar tempatan kebelakangan ini. Antaranya ialah mengenai cadangan untuk menghapuskan peperiksaan UPSR dan PMR, serta khabar angin mengenai kemasukan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ke dalam UMNO.
Kebarangkalian mereka yang menyokong cadangan memansuhkan ujian PMR dan UPSR mungkin sama banyak dengan mereka yang menentang. Mungkin kebanyakannya akan menyokong (terutamanya para pelajar, Jose!) kerana ia akan mengurangkan sedikit beban-beban tampungan ibubapa, terutamanya di dalam memastikan anak-anak mereka mendapat markah yang cemerlang!
Bagi saya, sudah sampai masanya ianya dimansuhkan. Malah, memang kena pada waktunya kerana sistem pendidikan kita dewasa ini terlalu berorientasikan kepada peperiksaan hinggakan pelajar gagal untuk berfikir secara rasional dan lebih kepada emosional (contohnya amat ketara, terutamanya ketika mereka terlalu khusyuk dengan mencapai markah tinggi hingga mengenepikan perkara-perkara lain!). Mereka mudah menjadi tertekan, mengalami gemuruh dan pelbagai lagi sindrom, semuanya kerana peperiksaan!
Tetapi dengan berkata demikian, ia tidaklah bermaksud peperiksaan itu terus ditiadakan. Sebaliknya, dibanyakkan lagi peperiksaan berbentuk kuiz kerana ini lebih mencernakan lagi pembelajaran dan pengajaran para pelajar. Sistem peperiksaan buka buku (or open book test/examination) harus diperkenalkan kerana ini membantu pelajar untuk membuat rumusan mereka yang sendiri semasa menjawab soalan, daripada mengharapkan 100% bantuan guru, semasa di dalam kelas.
Masalah sekarang ialah para ibu-bapa/masyarakat terlalu mengejar markah dan tidak melihat di sebaliknya. Apalah ertinya memiliki 100 orang pelajar yang berjaya mendapat 8A1 di dalam peperiksaan tetapi hakikatnya mereka persis zombie kerana peperiksaan menjadikan mereka terlalu mementingkan diri, demi mendapat markah 8A1, 9A1 atau mungkin 20A1! Jika cadangan ini dilaksanakan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin harus mendapat pujian kerana berani untuk melakukan perubahan yang drastik dan konsisten dengan tindakannya.
Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin mungkin akan menyertai UMNO. Itu antara suara-suara dan juga khabar cerita yang didengari kebelakangan ini. Walaupun beliau sendiri tidak memberikan sebarang jawapan kukuh seperti yang dinyatakan di sini , ini tidak menhalang orang ramai dari terus membuat andaian.
Bagi saya, tindakan Dr Asri memasuki UMNO adalah seperti memenjarakan dirinya sendiri. Beliau terkenal sebagai seorang yang memanggil daun spade, itu daun spade (or in plain English, to call a spade a spade!). Kata orang, jika hendak menonjolkan diri sebagai seorang intelek, bercampur gaullah dengan golongan ini, jika ingin kelihatan kuat, gagah dan hebat, bercampur gaullah dengan pihak penguasa. Jika hendak kelihatan penting dan mempunyai pengaruh, bercampur gaullah dengan golongan orang politik!
Namun yang demikian, apalah gunanya kita hanya kelihatan berpengaruh, penting, kuat, gagah dan hebat seandainya kita tidak dapat lagi berfikir dengan sebebasnya, sama seperti kita berada di dalam lingkungan golongan orang intelek? Semua sedia maklum bahawa di dalam politik, intelektual itu bukan pokok pangkal utamanya. Sebaliknya, persepsi itu lebih diutamakan. Ramai golongan intelek yang tenggelam bersama dengan intelektualiti mereka di dalam lautan politik.
Lihatlah apa yang terjadi kepada Datuk Seri Idris Jala (yang kebetulannya datang dari alma mater yang sama dengan saya!). Beliau menyuarakan pendapat selaku seorang profesional tanpa perlu berselindung kepada kuasa politik, mengenai kedudukan kewangan dan ekonomi negara baru-baru ini.
Ramai yang tersentak dan terkejut dengan pendapat ikhlas beliau. Saya yakin, beliau berkata demikian kerana sememangnya itulah yang akan berlaku seandainya Malaysia terus bergantung kepada sistem subsidi. Seandainya beliau merupakan seorang Naib Presiden bagi sesuatu parti politik, mahupun seorang ahli sesuatu parti beliau mungkin hanya berdiam diri sahaja dan menyembunyikan hakikat sebenar. Itulah nasib orang politik. Itulah nasib politik naungan (or patronage politic Jose!).
Kedua-dua isu di atas ada kaitannya secara separa sedar, iaitu melihat kepada aspek kuantiti dan bukan qualitative. Pokok pangkalnya, sejauh manakah kita mampu meneruskan hidup tanpa perlu bergantung kepada kuantiti dan melebihkan kepada qualitative?
Saudara Asri, bersediakah anda menjadi pak turut?
Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.
No comments:
Post a Comment