Oleh - Hesmel Faznee Faisal
Saya tiba-tiba teringatkan lagu Maafkan Kami, yang dinyanyikan oleh Bujang Lapok di dalam filem Pendekar Bujang Lapok semasa membaca petikan berita ini.
Kata orang memohon maaf itu senang. Tetapi bagi orang yang diminta maaf itu, mungkin agak sukar untuk memaafkan pemohon. Ini bergantung kepada bentuk kesalahan yang telah dilakukan. Jika besar kesalahan itu, agak sukar untuk kemaafan itu diberikan.
Begitu juga dengan Ong Boon Hua a.k.a Chin Peng. Kesalahan yang telah dilakukannya mungkin takkan dimaafkan oleh segelintir rakyat Malaysia. Hanya Tuhan yang mampu memaafkannya, itupun jika Chin Peng mempercayai Tuhan!
Bagi saya, kita harus membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia.
Maksud saya, dia harus kembali bukan sebagai seorang yang telah diampunkan. Rasanya saya telah dan pernah menulis mengenai perkara ini di dalam posting saya yang terdahulu. Tetapi dia harus kembali sebagai seorang penjenayah perang atau war criminal.
Saya hairan kerana Tun Dr Mahathir tidak pernah langsung membicarakan tentang perkara ini (Chin Peng) semasa beliau memperkatakan tentang penjenayah perang di dalam Tribunal Peperangan beliau. Malah semasa berlangsungnya Yayasan Jenayah Perang di Kuala Lumpur baru-baru ini, tidak sedikit pun isu komunis di Malaysia diperkatakan mahupun disentuh beliau.
Saya sedar, komunis sudah lama dihapuskan dan kebanyakan daripada “penggiat” ini telahpun lama meninggal mahupun bersara dan menghabiskan masa melayan karenah cucu masing-masing.
Namun harus diingat, pedih perih dan luka mereka yang menjadi mangsa komunis ini akan terus berada di dalam ingatan masing-masing. Chin Peng antara “kepala” yang masih hidup dan selayaknya dia menjadi penjenayah perang yang patut dihadapkan ke tribunal peperangan itu!
Saya terasa sedikit lucu kerana tindakan Tribunal yang hendak cuba mensabitkan penjenayah perang, antaranya seperti George Bush dan Tony Blair. Saya rasa, sehingga bilapun tidak mungkin kedua mereka akan disabitkan. Di sini saya merasakan yang kewujudan tribunal ini seperti satu bentuk lawak jenaka dan tidak lebih daripada persembahan teater yang dituliskan oleh Sasterawan Negara Dato’ Noordin Hassan.
Sepatutnya, Chin Peng menjadi orang pertama yang dihadapkan ke tribunal tersebut.

Saya rasa, Tun pun tahu tribunal ini tidak mempunya sebarang kuasa untuk menghadapkan sesiapapun. Maka disebabkan itulah, tribunal itu kononnya ingin mensabitkan penjenayah perang seperti Blair dan Bush kerana mereka sesungguhnya tidak mempunyai kuasa untuk mensabitkan sesiapapun!
Tun, maafkan saya tetapi bagi saya jika Tun ingin benar-benar melihat kredibiliti Tribunal Jenayah Perang ini mempunyai taring, sabitkan kesalahan Chin Peng ini dahulu. Rakyat Malaysia yang menyintai keamanan dan bencikan keganasan akan pasti bersetuju dengan cadangan saya.
Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.