Tuesday, 17 November 2009

ANTARA PERSEPSI DAN DESEPSI..

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca lompat-lompat blog syok sendiri ini.

Sebelum meneruskan penulisan syok sendiri ini, ingin penulis memaklumkan bahawa penulis akan menggunakan kata nama saya dan bukan lagi penulis, mulai dari sekarang (Jose, it doesn’t make any news worthy, should you decide to change you pseudonym!). Tujuan ialah kerana penulis, maksudnya saya merasakan bahawa ianya terlalu formal dan terlalu keDBPan!

Berbalik kepada cerita asal.

Saya terbaca posting artikel terbaru yang ditulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di sini dan bagi saya ianya amat menarik.

Menarik bukanlah kerana ianya ditulis oleh Tun Dr Mahathir yang terkenal sebagai seorang Perdana Menteri yang terlama di Malaysia dan juga seorang pemikir (having said that, it is not my impression to say that all of the Former PM before him was either a brainer nor  a thinker like him!).

Tetapi ianya menjadi menarik kerana Dr Mahathir masih lagi menyimpan rasa sesalnya memilih Anwar Ibrahim (Sesetengah blogger menggunakan pseudonym BABI untuk merujuk kepada beliau) setelah hampir 11 tahun ianya berlalu.

Bagi penulis, ianya semua mengenai perception dan deception. Ada orang yang mempunyai persepsi yang cukup baik mengenai seseorang. Ada juga yang pandai membuat deception sehinggakan orang ramai melihat dia sebagai terbaik antara yang terbaik!

Saya terpaksa bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir kepada saya apabila saya mencadangkan kepada beliau, kesilapan yang terbesar pernah beliau lakukan ialah memilih Anwar Ibrahim sebagai Timbalan dan Abdullah Badawi sebagai pengganti beliau. Beliau sendiri mengiakannya.

Perkara telahpun terjadi. Disebabkan itulah, pada pendapat saya, biarlah kesilapan Tun menjadi pengajaran kepada yang lain. Tidak semestinya seorang yang kelihatan bijak itu, menggambarkan pemikirannya, begitu juga sebaliknya.

Teringat akan pepatah penulis David Gemmel, yang terkenal dengan buku fantasi “Drenai Saga”; "A man who never made a mistake never made anything” atau mereka yang tidak pernah melakukan kesilapan sebenarnya tidak pernah melakukan apa perkara pun di dalam hidupnya.

Bagi penulis, jika hendak menilai seseorang kita perlulah mempunyai ramai kenalan dan perlu melalui sepak terajang di dalam hidup, barulah kita tahu siapa rakan, siapa lawan. Siapa yang jujur dan siapa yang bermuka-muka.

Kehidupan inilah sebenarnya mematangkan kita atau menyesatkan kita.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...