Salam kepada para blogger dan pembaca setia blog syok sendiri ini (You know who you are!)
Baru-baru ini, penulis telah berpeluang untuk memasuki Parlimen (No, Jose.. I did not went there as a tourist but bare in mind, I was there as a guest!). Peluang ini sebenarnya datang secara kebetulan. Rasanya tidak perlulah untuk dielaborasi dengan lebih terperinci (there I go again. Writing in a style similar to that of a Government servant!).
Penulis berpeluang untuk mengikuti perbahasan untuk meluluskan pindaan kepada Rang Undang-Undang Hak Asasi Manusia serta penubuhan Suruhanjaya Intergriti Penguatkuasa atau SIAP.
Perkataan SIAP itu sendiri menjelaskan banyak definisi dan interpretasi. Kepada mereka yang mengunjungi kedai-kedai makan India Muslim. Ayat itu akan sering didengari, seperti "mamak, roti canai satu!" dan mamak itu akan menjawab "siap!".
Bagi masyarakat berketurunan Melayu Jawa, perkataan "Siap!" itu pula bukan bererti bentuk ugutan, sebaliknya ia memberikan gambaran, "tiada masalah".
Semasa penulis mengikuti perbahasan tersebut, YB Lim Kit Siang sedang membahas rang undang-undang tersebut. Secara peribadi beliau, walaupun nampak agak sedikit "worn out" tetapi tetap mempunyai semangat dan persediaan yang ditunjukkan beliau semasa berbahas memang patut mendapat pujian. Penulis bukan ahli pembangkang, tetapi secara logikalnya itulah yang dikehendaki bagi setiap ahli wakil rakyat.
Ada di antara ahli "belakang kerusi" (backbencher, Jose!) dari Barisan Nasional tidak begitu bersungguh-sungguh membahas tetapi selayaknya menjadi ahli lelucon! Setiap perkara menjadi bahan gurauan. Kecuali ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Raden Mokhtar, yang mempunyai kesungguhan untuk stressed a point, yang lainnya bolehlah dianggap sebagai kuah tambah sahaja.
Mereka nampaknya sekadar ingin memenuhi korum di dalam dewan sahaja. Walau bagaimanapun, ini hanyalah pendapat "dangkal" penulis sahaja kerana ini pandangan yang penulis tengok pada masa itu.
Semasa sesi kedua dijalankan, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim a.k.a Pak Wa (its an inside joke Jose!) turut membahas rang undang-undang tersebut dan penulis hanya sempat mengikuti suku dari perbahasan tersebut kerana masa tidak mengizinkan penulis untuk menunggu dengan lama, selain daripada kandungan-kandungan hujahnya yang tidak begitu menarik.
Cuma..
Apa yang paling menarik sekali yang hendak diceritakan di sini ialah mengenai perbezaan dan persamaan antara politik dan politikus.
Hanya perut yang menyatukan mereka.
Kebetulan semasa penulis mengunjungi Parlimen, FAMA telah menganjurkan satu pesta buah-buahan tempatan dan penulis tidak nampak langsung "segregation" semulajadi atau pengasingan antara ahli politik, samada daripada kalangan ahli BN mahupun pakatan haram, maksud penulis Pakatan Rakyat.
Penulis kebetulan ditempatkan bersebelahan dengan meja ahli-ahli Parlimen tersebut. Ahli parlimen seperti Mahfuz Omar dari PAS, Zulkifli Noordin (who so happens to be my MP, Jose!) dari PKR, Datuk Noh Omar dan Datuk Seri Azmi Khalid, masing-masing dari parti BN turut duduk bersama dan bergelak ketawa (in their case, it was KETAWA BESAR!) dan bergurau senda.
Penulis terlupa dan ternanar sekejap yang mereka ini sebenarnya datang dari dua ideologi parti yang berbeza! Situasi nampaknya seolah-olah mereka tidak mempunyai ideologi yang berbeza dan mereka "bersatu" di dalam situasi tersebut.
Yang menyedihkan ialah ada di antara political warlods yang tidak mampu untuk membezakan antara ideologi dan persaudaraan. Disebabkan perbezaan parti politik mereka bertelagah.
Jika ini boleh dilakukan, mengapakah perlu timbul soal-soal perpaduan dan sebagainya?
Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.