Wednesday, 24 December 2008

WARAS DALAM KEWARASAN

Oleh - Hesmel Faznee Faisal


Sami muda terpancar laranya,

Kerna Krishna turun tahkta,

Doa dan zikir takkan ke mana,


Pandangan dalam pandangan,

Renungan dalam tenungan,

Menembusi akal di balik fikiran,


Riuh meriuh membingitkan fikiran,

Sehingga terkacau akal dan tumpuan,

Mencari jalan keluar ke jalan,


Vishnu tercerna warna sebenar,

Biru kian kelam selamanya,

Mungkin sumpah telah terhindar,


Jesus turun dari palangnya,

Tangisan Mary kian keringnya,

Adakah dunia mula sejahtera?


Pohon bestari ditetak takdirnya,

Buddha hilang tempat teduhnya,

Di mana sebenar teduh sebenarnya?


Buku yang benar akan terbaca benarnya,

Pabila iman mengatasi puja dan pujaannya,

Umat manusia kembali ke fitrahnya,


Salam buat alam terjawab jua,

Pabila mulut dah mampu berbicara,

Dan bicara lekat di akalnya...


23 Disember 2008

Open Universiti Malaysia

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...