Thursday, 18 December 2008

DO OR DIE?

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog Bacalah (Kalau adalah, Jose!)..

Do or die, antara perkataan yang terdapat di dalam lirik lagu Aces High, nyanyian kumpulan Iron Maiden. Penulis ingin menyentuh sedikit tentang pilihanraya kecil Kuala Terengganu, yang bakal di adakan pada 17 Januari 2009.

Kaitan antara do or die dengan pilihanraya kecil di Kuala Terengganu ini, banyak signifikasinya. Antaranya ialah, ia akan menentukan secara menyeluruh samada UMNO benar-benar telah pulih daripada fobia kekalahan besar yang dialami Barisan Nasional (di mana UMNO selaku ketua di dalam pakatan tersebut) telah Berjaya dipulihkan sepenuhnya ataupun tidak.

Selain daripada itu, ia juga akan menentukan samada PAS benar-benar telah menjadi satu parti politik pembangkang yang kuat ataupun ianya sekadar satu outrageous news hype!

Ini kerana, kerusi Parlimen yang telah dimenangi oleh BN pada pilihanraya umum lepas akan ditandingi parti PAS. Seandainya majoriti yang dimenangi oleh Allahyarham Datuk Razali Ismail pada pilihanraya umum lalu meningkat jika calon lain yang menggantikan beliau, ia menunjukkan UMNO telahpun kembali semula kekuatannya.

Akan tetapi, jika BN gagal memenangi kerusi parlimen Kuala Terengganu, ia menunjukkan UMNO sedang mengalami proses menopause yang berat!

Masa depan politik Barisan Nasional banyak bergantung kepada pilihanraya kecil ini.

Ini kerana tamparan hebat yang dihadapi oleh Barisan Nasional melalui pilihanraya kecil Permatang Pauh baru-baru ini (Di mana Anwar Ibrahim telah menang besar, sekaligus berjaya mengatasi majority yang dimenangi isteri beliau) telah menjadikan Barisan Nasional sebuah parti politik yang semakin hilang relevannya di dalam senario politik tempatan.

UMNO benar-benar perlu menang, setidak-tidaknya dengan majoriti yang lebih daripada 698 undi. Jika ditakdirkan ianya kalah teruk, maka sebuah revamp yang besar perlu dilakukan oleh parti tersebut. Mungkin Perdana Menteri perlu meletakkan jawatan dengan segera, mungkin, atau parti tersebut perlu mencari jalan untuk “memujuk” semula rakyat supaya menyokong kembali parti yang telah memegang tampuk pemerintahan negara, sejak dari tahun 1957 itu.

Jika tidak, ianya layak untuk menjadi sebuah legasi warisan sejarah yang hanya menjadi tatapan anak cucu, pada masa hadapan.

Ngeri sungguh jika hendak dibayangkan perkara ini berlaku!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...