Tuesday, 13 May 2008

13 Mei, tidak perlu kau datang kembali!!


Salam, kepada semua pembaca blog "Bacalah"..


Hari ini, penulis ingin berfikir sejenak. Sejenak dan merenung kembali kepada apa yang berlaku pada hari dan tarikh ini, 13 Mei, 39 tahun yang lalu. Negara kita telah menjadi saksi kepada satu perselisihan faham yang paling tragis pernah berlaku di dalam negara kita. Bukanlah niat untuk mengungkit kembali kepada perkara yang telah berlalu, tetapi hanyalah sekadar ingin mengingatkan kembali kepada mereka yang terlupa.


Banyak kekacauan yang berlaku pada waktu itu. Negara kita diancam dengan pelbagai ancaman luar, terutamanya fahaman komunisme. Menurut bekas Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abdul Rahman, di dalam bukunya 13 May : Before and After, tidak dinafikan fahaman komunisme telah menyelusup masuk ke dalam negara secara halus ketika tragedi itu berlaku.


Hendaklah kita insaf dan mengambil iktibar dengan apa yang berlaku. Walaupun komunisme telah "mati" tetapi semangat anarchy masih lagi terus menyelusup secara senyap ke dalam negara kita melalui perbagai media dan genre.


Malah, secara sedar ataupun tidak kita sebenarnya terdedah kepada satu lagi tragedi sebegini seandainya kita masih lagi leka dan tidak menunjukkan semangat setia-kawan yang telah sedia wujud sejak negara kita mencapai kemerdekaan.


Perlulah diingat bahawa unsur-unsur luar seperti mana yang telah berlaku pada hari gelap 13 Mei 1969 itu merupakan pencetus utama, selain daripada ketidak puasan hati orang Melayu terhadap dasar ekonomi (mengikut fahaman penulis) pada masa itu.


Jangan biarkan perkara ini berlaku lagi, demi mencapai keamanan dan kesejahteraan untuk mereka yang akan mewarisi negara ini kelak.


Kita kan tersesat pabila malam menjemput bulan semula ke sangkar waktu - The Salam Connection.

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...