Friday, 6 October 2006

KEMBARA TETAMU TUHAN 4

Oleh – Hesmel Faznee Ahmad Faisal

Penulis akhirnya sampai ke Masjid Quba. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad sebelum Baginda tiba di Madinah melakukan berhijrah dari Makkah. Masjid Quba kemudian disiapkan oleh sahabat beliau. Rasulullah menghabiskan masa selama 20 malam (José, selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah s.w.t..

Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba dan menurut cerita, Nabi Muhammad akan mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali. Masjid Quba adalah antara masjid paling suci di antara penganut agama Islam, dan mengikut turutannya ialah Masjid-al-Haram (Makkah), Masjid Nabawi (Madinah), Masjid-al-Aqsa (Baitulmuqaddis) dan Masjid Quba (Madinah) Masjid Quba disebut di dalam Al-Quran sebagai masjid yang dibangunkan di atas Taqwa, di dalam surah 9:108-09

Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin) [9:108]

Maka adakah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di atas dasar takwa kepada Allah dan (untuk mencari) keredaan Allah itu lebih baik ataukah orang yang membangunkan masjid yang didirikannya di tepi jurang yang (hampir) runtuh, lalu runtuhlah ia dengan orang yang membangunkannya ke dalam api Neraka? Dan (ingatlah) Allah tidak akan memberi hidayat petunjuk kepada orang-orang yang zalim [9:109]

Berdasarkan kepada cerita-cerita yang penulis dapat, Nabi Muhammad kerap mengunjungi Masjid Quba dan menunaikan solat sunat. Beliau juga pernah berkunjung ke Quba' dengan menunggang binatang tunggangan dan juga berjalan kaki.

Masjid Quba telah siap dibina semula dalam tahun 1986. Kerajaan Arab Saudi telah meminta Abdel-Wahed El-Wakil, seorang arkitek Mesir untuk membina semula Masjid Quba. Abdel Wahid asalnya hendak mengekalkan struktur masjid yang lama dan digabungkan dengan bangunan baru. Tetapi Kerajaan Arab Saudi berkeras meruntuhkan bangunan Masjid yang lama. Masjid Quba mempunya dewan solat berbentuk segi empat, dengan sebahagian dewan solat ditempat di tingkat dua. Dewan solat disertakan dengan kawasan kediaman petugas masjid, pejabat masjid, bilik wuduk, kedai-kedai dan juga sebuah perpustakaan.

6 buah pintu masuk sebagai tambahan kepada pintu masuk utama di bahagian utara, selatan dan timur masjid ini. Masjid ini mempunyai empat menara, dengan satu menara disetiap penjuru dewan solat. Masjid ini mempunyai kawasan lapang yang boleh dilindungkan dengan bumbung yang boleh dibuka dan ditutup.

Penulis sempat menunaikan solat di situ dan penulis dapat merasakan, keindahannya dan juga membuatkan penulis tenang seketika (José, bukan bererti tempat lain tidak tenang!) Selepas selesai mengadakan lawatan disekitar masjid tersebut, penulis beredar pula untuk meneruskan lawatan ke tapak berlakunya perang Uhud.

Penulis ingin berkongsi dengan pembaca blog Bacalah (José, adak ke pembaca?) tentang perang ini. Peperangan Uhud terkenal dalam sejarah sebagai peperangan yang paling kritikal. Sebanyak 700 pasukan muslimin berhadapan dengan 3,000 pasukan kafir Quraisy yang dipersiapkan dengan perbekalan dan persenjataan serba lengkap. Ia diperkuat pula dengan pasukan wanita di bawah pimpinan Hindun binti 'Utbah, isteri Abu Sufyan bin Harb.

Untuk menghadapi kaum musyrikin yang sudah memusatkan kekuatan di Uhud, pasukan muslimin di bawah pimpinan Rasul Allah. menuju ke tempat itu, dengan memotong jalan, sehingga gunung Uhud berada di belakang mereka. Rasul Allah s.a.w. kemudian mengatur barisan. 50 orang pasukan pemanah ditempatkan pada sebuah lembah di antara dua bukit. Kepada mereka diperintahkan supaya menjaga pasukan yang ada di belakang mereka. Mereka juga telah diberitahu oleh Rasullulah supaya jangan meninggalkan tempat, walau dalam keadaan bagaimanapun. Ini kerana hanya dengan senjata panah sajalah serbuan pasukan berkuda musuh dari belakang dapat ditahan.

Dalam pertempuran ini Hamzah bin Abdul Mutthalib tidak kalah semangat dibanding dengan putera saudaranya sendiri, Imam Ali r.a., dan Abu Dujanah. Hamzah demikian lincah dan tangkas menyerang pasukan musyrikin dan menewaskan tiap orang yang berani mendekat. Ia terkenal sebagai pahlawan besar dalam menghadapi musuh. Sama seperti dalam perang Badr, dalam perang Uhud ini Hamzah benar-benar menjadi singa dan merupakan pedang Allah yang sangat kuat! Banyak musuh yang mati di ujung pedangnya.

Dalam pertempuran antara 700 pasukan muslimin melawan 3000 pastikan musyrikin itu, keberanian Imam Ali r.a., Hamzah dan Abu Dujanah memang terserlah (José, sekarang ada ke pahlawan Islam macam itu?) Mereka merupakan tauladan dan wujud dari kekuatan semangat yang sangat tinggi. Suatu kekuatan yang membuat pasukan Quraiys menderita kehancuran mental, mundur dan surut.

Tiap panji mereka lepas dari tangan pemegangnya dan diganti oleh pemegang panji yang lain, tiap kali itu juga dipangkas habis oleh tiga pahlawan Islam itu. Kepala Thalhah bin Abi Thalhah telah dibelah dua oleh Imam Ali r.a. Semangat pasukan Quraiys sudah patah sama sekali. Pasukan wanita mereka lari menyelamatkan diri (José, perempuan..). Berhala-berhala yang dibawa mereka untuk restu dalam peperangan, jatuh terpelanting. Dalam keadaan masing-masing lari untuk menyelamatkan diri, semua perbekalan yang mereka bawa dari Makkah ditinggalkan.

Banyak barang yang telah ditinggalkan dan semuanya mempunyai nilai yang tinggi! Ini membuatkan pasukan Muslimin lengah dan lupa daratan. Fikiran mereka sudah teralih kepada kekayaan duniawi. Pasukan pemanah yang telah diperintahkan oleh Nabi supaya jangan meninggalkan tempat, walau dalam keadaan apa sekalipun, mulai merasa cemburu melihat rakan mereka yang sedang sibuk mengangkuti barang-barang rampasan. Mereka mula merasa risau kerana bimbang bahagian mereka akan diambil oleh golongan tersebut!

Sebahagian besar pasukan pemanah itu terus meninggalkan lereng gunung untuk ikut mengambil bahagian dalam kesibukan mengumpulkan barang-barang yang ditinggalkan musuh. Pada saat itulah Khalid bin Al Walid, seorang komandan pasukan berkuda Qureiys, mengambil kesempatan untuk menyerbu dari belakang kaum muslimin yang sedang memperebutkan barang rampasan.

Khalid bin Al Walid melancarkan serangan sengit. Bencana berbalik menimpa kaum muslimin. Setelah melihat situasi berubah, orang-orang kafir Quraiys yang lari kembali lagi dan melakukan serangan dahsyat, hingga pasukan muslimin terpaksa melemparkan barang-barang dan senjata rampasan yang baru dikumpulkan. Pada masa itulah, mereka hanya berjuang untuk menyelamatkan diri dari ancaman maut. Keadaan menjadi kucar kacir sehingga mereka tertikam sahabat mereka sendiri!

Perang Uhud benar-benar memberi pelajaran berharga kepada kaum muslimin. Daya tarik keduniaan hampir saja menghancurkan kaum muslimin yang masih pada awal pertumbuhannya. Penulis dapat mengaitkan keadaan tersebut dengan keadaan sekarang. Umat Islam tidak bersatu kerana masing-masing mementingkan kekayaan mereka sendiri!

Sebenarnya, walaupun Nabi Muhammad telah memberikan amaran, mereka tetap engkar, bayangkanlah, jika amaran itu telah diberikan semasa Nabi masih ada dan memimpin peperangan tersebut namun mereka engkar, bayangkanlah pada masa sekarang di mana banyak umat Islam telah membelakangi ajaran Tuhan. Tidak hairanlah jika banyak negara Islam sekarang mudah diperkotak-katikkan oleh negara Barat (José, typical Malay writing!) dan mudah ditindas oleh mereka. Semuanya kerana materialisme dunia!

Bersambung...

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...