Oleh – Hesmel Faznee Ahmad Faisal
Ada beberapa cerita menarik yang ingin penulis ceritakan, semasa penulis berada di Madinah. Penulis terlupa untuk mencoretkannya (José, mod typical Malay writer!) di dalam ruangan lalu. Penulis sempat berkenalan dengan seorang lelaki Morroco (atau Maghribi) semasa berada di Madinah dan semasa menunaikan solat di Masjid Nabawi.
Ia berlaku secara kebetulan (atau mungkin suratan José!). Penulis amat meminati jubah Morroco yang dipakainya. Ia berbentuk pakaian yang dipakai oleh para hermit (seperti ahli sihir) di zaman Medieval di England dan juga seperti pakaian para ahli Ku Klux Klan! Ia sebuah jubah panjang dan mempunyai hud (bukan! Bukan burung Hud-Hud) kepala yang dipakai semasa panas.
Penulis terus menegurnya dan bertanya di manakah agaknya penulis boleh mendapatkan jubah tersebut. Yang agak melucukan di sini ialah kami seperti itik dan kucing. Ini disebabkan language barrier, (José, kebanyakan Morrocon ini hanya tahu berbahasa Perancis sebagai bahasa asing pengganti English!) kami menggunakan bahasa isyarat sahaja! Amat menarik kerana walaupun dia hanya tahu sedikit sahaja bahasa Inggeris, ia tetap mampu menjadi sebuah perbualan yang make sense!
Penulis ingin menyentuh sikit tentang penggunaan bahasa Inggeris di kalangan negara-negara Arab ini, termasuk di kalangan the Arab League atau Liga Arab (bukan berkaitan dengan liga bolasepak, José!). Liga Arab, ialah sebuah organisasi negera-negara Arab. Matlamat pertubuhan ini ialah mengukuhkan kerjasama ekonomi, sosial, komunikasi, pasport, visa, dan kesihatan.
Ahli-ahli Liga Arab juga dilarang menggunakan kekerasan ke atas satu sama lain. Ibu negara Mesir iaitu Kaherah merupakan ibu pejabat tetap organisasi berkenaan. Tujuh negara membentuk Liga Arab pada 22 Mac 1945 dengan matlamat utamanya untuk berkhidmat untuk kepentingan negara-negara Arab, memastikan persekitaran yang lebih baik, menjamin masa depan kesemua negara-negara Arab dan memenuhi harapan negara-negara Arab.
Morocco adalah salah satu daripada anggota kepada Liga Arab ini. Segelintir daripada mereka (baca orang Arab) berpendapat sesebuah negara Islam itu harus pandai berbahasa Arab kerana bahasa ini juga adalah bahasa yang dipilih Tuhan semasa menurunkan al-Quran. Seperti yang telah Tuhan nyatakan di dalam Quran melalui surah 12:2 :–
“Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.”
Namun demikian, mengapakah sehingga kini negara-negara Arab ini masih tidak dapat bersatu? Ini termasuk kepentingan negara Islam di dalam menjalankan pengurusan dinar emas, yang pernah dicadangkan Malaysia satu ketika dahulu?
Ini termasuk serangan Israel ke atas negara Lebanon, pencerobohan ke atas negara Palestin dan banyak lagi. Penulis tiada kuasa untuk membicarakan perkara ini namun penulis hanya mampu mengulas dan memikirkan secara peribadi sahaja. Ayuh kita berbalik semula kepada cerita penulis dan lelaki Morocco ini.
Dia begitu suka dan seronok bertemu dengan penulis. Walaupun kami cuba juga berbicara tentang perkara-perkara berkaitan Islam, di dalam bahasa yang terhad namun masing-masing bersetuju negara-negara Islam sebenarnya tidak bersatu di dalam menghadapi cabaran globalisasi dan juga Islamophobia di kalangan negara Barat!
Mr. Mastour Hameed, sahabat baru penulis dari Morocco yang terkenal dengan negeri Casablanca (juga merupakan satu tajuk filem hebat lakonan Humphrey Bogart dan Ingrid Bergman) ini adalah seorang usahawan besar di tempat beliau. Apa yang menari di sini ialah beliau cukup tertarik dan merasa kagum jika mendapat tahu negara-negara bukan Arab juga turut membaca Quran. Ini kerana rata-rata mereka berpendapat negara-negara bukan Arab lain seperti Malaysia dan sebagainya tidak membaca Quran!
Ironinya ialah kebanyakan daripada negara yang dianggap tidak membaca Quran ini lebih mengaplikasikan ajaran-ajaran Quran daripada negara-negara Arab ini, seperti menolong negara-negara Islam lain yang berada di dalam keadaan susah. Antaranya ialah Malaysia yang sering menghantar tentera pengamannya ke negara yang memerlukan bantuan seperti Bosnia dan juga ke Palestin.
Setelah beberapa hari penulis di sini, penulis dibawa melihat tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar daerah Madinah oleh mutawwif a.k.a tour guide. Tempat pertama yang dilawati ialah Jabal Tsaur, tempat persembunyian Nabi Muhammad bersama sahabat beliau Saidina Abu Bakar. Di sekitar kawasan tersebut, memang penulis tidak nafikan, begitu ramai orang berniaga dan berjualbeli. Penulis sering ditarik-tarik oleh para peniaga supaya membeli barangan mereka.
Dan seperti biasa ada juga “kutu-kutu” yang mengambil kesempatan ke atas pelawat yang melawat di situ. Mereka ialah jurugambar instant cameraman yang mengenakan bayaran hampir 5 Riyal (José, bersamaan RM5.50) bagi setiap gambar yang diambil!
Selepas berkunjung ke situ, penulis dibawa pula ke pasar kurma! Inilah yang paling dinanti-nantikan oleh para pengunjung ke Madinah. Pelbagai bentuk kurma boleh diperolehi, daripada yang asli (José, yang belum diproses! Apa yang kita jamah tiap kali berbuka itu adalah yang telah diproses!) kepada yang diubahsuaikan menjadi coklat dan ada yang disumbat dengan kacang badam.
Di sini juga ada ironinya! Kebanyakan daripada peniaga di sini berasal dari Indonesia, malah mereka juga mahir bertutur di dalam bahasa Arab (José mungkin ini disebabkan ramai orang Arab merasakan Indonesia lebih Islamnya kerana pandai bertutur Arab?) Penulis dapat membuat analisis secara peribadi apabila melihat perkara ini. Iaitu anda mampu mencari orang Indonesia di mana sahaja di ceruk negara Islam!
Di Pasar Kurma, anda boleh mencuba pelbagai bentuk dan jenis-jenis kurma dan ini antara perkara yang paling menarik sepanjang penulis di sini. Penulis telah mencuba hampir 10 jenis buah kurma! Daripada yang dibuka hinggalah kepada yang berbungkus. Malah mereka juga mengalakkan pelanggan untuk mencuba dahulu sebelum menimbang buah-buah kurma ini.
Penulis hanya membeli beberapa jenis buah kurma sahaja kerana bimbang semasa pulang nanti barangan yang hendak dibawa pulang terlebih muatan (José, orang panggil excess baggage!). Setiap daripada “jemaah” hanya dibenarkan membawa 40kg sahaja!
Penulis terlupa untuk menyentuh tentang jamuan yang disediakan semasa waktu makan tengahari, malam dan sarapan. Penulis terasa seperti berada di Indonesia kerana kebanyakan makanan yang disediakan kebanyakannya juadah dari Indonesia seperti tempe, kerepek berwarna warni dan juga gulai ayam yang cair dan berwarna putih.
Rumusan yang dapat dibuat oleh penulis ialah negara Arab turut di Indonesiakan oleh mereka! Ini kerana di Malaysia terdapat banyak tempat yang mempunyai persamaan di Indonesia seperti di Kampung Medan, Kampung Kerinchi (José, di dua tempat ini ada tempat di Indonesia yang mempunyai nama yang sama!) dan sebagainya.
Penulis tidak ada sebarang bantahan terhadap perkara ini tetapi apa yang penulis hormati dan kagumi ialah mereka berani untuk mengembara ke tempat terasing (walaupun sesetengah daripada mereka menuntut di Mekah dan terus bekerja di sana) dan berani mencuba peluang-peluang yang ada di sana. Mengapakah rakyat Malaysia pula tidak sanggup untuk mencuba dan hanya sanggup bergantung kepada Kerajaan sahaja?
Yang lebih parah ialah Kerajaan sekarang terlalu bergantung kepada pihak luar dan terlalu bacul untuk bertindak dan berdiri menuntut hak yang sepatutnya!
Bersambung..

No comments:
Post a Comment