Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2008

WARAS DALAM KEWARASAN

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Sami muda terpancar laranya,Kerna Krishna turun tahkta,Doa dan zikir takkan ke mana,
Pandangan dalam pandangan,Renungan dalam tenungan,Menembusi akal di balik fikiran,
Riuh meriuh membingitkan fikiran,Sehingga terkacau akal dan tumpuan,Mencari jalan keluar ke jalan,
Vishnu tercerna warna sebenar,Biru kian kelam selamanya,Mungkin sumpah telah terhindar,
Jesus turun dari palangnya,Tangisan Mary kian keringnya,Adakah dunia mula sejahtera?
Pohon bestari ditetak takdirnya,Buddha hilang tempat teduhnya,Di mana sebenar teduh sebenarnya?
Buku yang benar akan terbaca benarnya,Pabila iman mengatasi puja dan pujaannya,Umat manusia kembali ke fitrahnya,
Salam buat alam terjawab jua,Pabila mulut dah mampu berbicara,Dan bicara lekat di akalnya...
23 Disember 2008Open Universiti Malaysia

DO OR DIE?

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog Bacalah (Kalau adalah, Jose!)..

Do or die, antara perkataan yang terdapat di dalam lirik lagu Aces High, nyanyian kumpulan Iron Maiden. Penulis ingin menyentuh sedikit tentang pilihanraya kecil Kuala Terengganu, yang bakal di adakan pada 17 Januari 2009.

Kaitan antara do or die dengan pilihanraya kecil di Kuala Terengganu ini, banyak signifikasinya. Antaranya ialah, ia akan menentukan secara menyeluruh samada UMNO benar-benar telah pulih daripada fobia kekalahan besar yang dialami Barisan Nasional (di mana UMNO selaku ketua di dalam pakatan tersebut) telah Berjaya dipulihkan sepenuhnya ataupun tidak.

Selain daripada itu, ia juga akan menentukan samada PAS benar-benar telah menjadi satu parti politik pembangkang yang kuat ataupun ianya sekadar satu outrageous news hype!

Ini kerana, kerusi Parlimen yang telah dimenangi oleh BN pada pilihanraya umum lepas akan ditandingi parti PAS. Seandainya majoriti yang dimenangi oleh…

TANAH RUNTUH

Oleh - Hesmel Faznee Faisal
Pada masa kini, ramai orang sedang sibuk memperkatakan tentang landslide atau tanah runtuh. Ini merupakan sebahagian daripada kesan tragedy tanah runtuh yang telah berlaku di Bukit Antarabangsa baru-baru ini.
Kejadian tersebut telah mengorbankan 4 nyawa namun persoalannya, mengapakah dan bagaimanakah perkara ini masih terus boleh berlaku di situ?
Bukankah di kawasan itu juga 15 tahun yang lalu, telah berlaku tragedy yang sama dan lebih buruk lagi, di mana kondominium Highland Towers telah runtuh menyembah bumi dan casualties nya lebih ramai daripada apa yang berlaku baru-baru ini?
Bagaimanakah perkara ini terus berlaku dan berlaku?
Siapakah yang hendak dipersalahkan pada kali ini?
Apakah manusia, alam sekitar, takdir atau mungkin Tuhan?
Atau mungkinkah ianya seperti yang telah dinyatakan di dalam Quran seperti ayat di bawah?
7:4. Berapa banyaknya bandar raya yang Kami telah memusnahkan? Bencana Kami datang kepadanya pada malam hari, atau mereka sedang tidur pada te…

CHALLENGES OF THE ISLAMIC UMMAH IN FACING GLOBAL FINANCIAL CRISIS

Speech by Tun Dr Mahathir Bin Mohamad
at The Institute For Policy And International Studies
Tehran, Iran, 30 November 2008

The financial crisis is yet another threat facing the Islamic ummah. Whether we can avoid being dragged down by this crisis or we can minimize the effect will depend much on us. It will also depend on whether the ummah choose to act together or whether each Islamic nation will act individually.

In facing any challenge we need to know as much as possible the nature of the challenge and how it will affect us. But more importantly we need to know the causes of the financial crisis itself, and what made it possible.

The systems that we see collapsing i.e. the monetary and banking systems have been in place for centuries. Why is it that the collapse is happening now and not before, not when the systems were introduced or shortly after? And why has it happened to the richest and the most powerful countries of the world?

The problem with systems and ideas devised by Man is tha…