Friday 24 October 2008

APA ADA PADA NAMA?

Oleh – Hesmel Faznee Faisal

Apa ada pada nama?

Secara peribadi, bagi penulis ada banyak sebab untuk mengatakan ianya penting dan khusus. Seperti penulis, nama penulis sendiri hanya satu sahaja di Malaysia (Jika ada di antara pembaca blog ini yang rajin membuat kajian di dalam internet, mereka akan bersetuju dengan apa yang telah penulis nyatakan di atas kerana ianya adalah benar).


Jika seorang itu tidak mempunyai nama, apabila dia mati, orang itu akan dirujuk sebagai John Doe. Mengikut sejarah, nama ini telah digunakan sejak tahun 1659 di England, berkaitan tentang isu undang-undang. Menurut bacaan penulis yang tidak sebijak orang itu, di dalam Kamus Oxford, nama John Doe itu merupakan “sebuah nama fiksyen” yang digunakan untuk tujuan pendakwaan.


Berbalik kepada persoalan “apa ada pada nama” ini, penulis membangkitkan persoalan ini kerana tertarik kepada beberapa isu yang mempunyai hubungkait dengan nama.


Sebuah jalan di Kuala Lumpur, Jalan Kejora. Tahukah di mana letaknya tempat ini. Obviously some will give the blank stare. Tapi bila disebut Jalan Alor, semua akan menyebut tentang “kesedapan” makanan yang ada di sana.

Begitulah betapa pentingnya nama di kalangan rakyat di Malaysia.


Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sendiri sudah melihatnya 50 tahun lebih awal. Masakan tidak, kerana melalui filem Nujum Pak Belalang beliau telah mengemukakan jenaka “Hang Buah” (those of you who are familiar with the joke will get my point).


Kerana nama juga, seseorang itu boleh dapat memastikan bahawa kedudukannya ini akan terpelihara atau tidak. That is a different issue, Jose!


Buat masa ini, orang ramai sedang menumpukan perhatian mereka kepada pencalonan UMNO yang akan menyaksikan, selepas hampir 20 tahun jawatan Presiden dan Timbalan Presiden ditandingi.

Nama juga memainkan peranan yang cukup penting di dalam pencalonan tersebut. Ini kerana siapakah yang akan mencalonkan anda, sekiranya anda tidak mempunyai nama? Maksud penulis, nama yang terkenal.


Penulis yakin tiada orang akan mencalonkan penulis kerana nama Hesmel Faznee itu sendiri sudah membuatkan orang tertanya, samada penulis ini benar-benar Melayu dan layak untuk bertanding jawatan di dalam UMNO, atau tidak. Tidak mengapa, nama tidak penting, yang penting jasa dan juga bakti yang telah dilakukan itu penting atau tidak!


Berbalik kepada nama, kita sekarang sedang melihat satu pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda, di mana calon-calon yang bertanding ini mempunyai nama masing-masing. Benar, mereka mempunyai nama sejak dilahirkan tetapi di sebalik nama mereka ini, ada yang nama mereka telahpun gah di persada antarabangsa (I sounded too poetic with the last statement!) dan ada yang sekadar menumpang nama orang lain.


Disebabkan itulah, persepsi itu penting kerana jika nama kita disebut sekadar sebagai seorang yang begitu atau begini, ianya akan membawa satu gambaran yang begitu negatif dan secara tidak langsung akan membuatkan orang ramai meragui kemampuan dan kemahiran kita sendiri.


Apa ada pada nama?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...