Oleh - Hesmel Faznee Faisal
(Oleh kerana ada pihak merasakan tulisan di bawah ini ada kena mengena dengan sesuatu pihak, ingin penulis jelaskan bahawa apa yang ditulis di bawah merupakan satu lagi kisah merepek penulis dan tiada kena mengena langsung dengan sebarang pihak. Perlu dinyatakan, apa yang ditulis di bawah TIDAK ADA KENA MENGENA dengan pihak tertentu.
Tempat jatuh lagi dikenang, kena terajang, lagi sakitnya..
Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog Bacalah (Kalau adalah, kan..)
Penulis tidak berniat hendak menulis tentang skrip Bangsawan (Jose, jika tengok kepada permulaan penulisan ini.) sebaliknya, penulis ingin membicarakan tentang mengenangkan mereka yang telah pergi, samada pergi tak kembali atau pergi ke tempat yang lebih baik (I'm referring to a person who decided to work in another place since he has been offered with better benefits and higher salary compared to his previous company!).
Sesuatu masalah yang besar, akan menjadi kecil jika kita melihatnya daripada aspek yang positif, namun perkara yang sama juga boleh berlaku jika kita melihat sesuatu masalah daripada aspek negatif. Kita ambil satu contoh. Sebuah syarikat pengangkutan telah menyediakan perkhidmatan yang tidak memuaskan, tetapi pihak pengurusannya lebih mengutamakan tentang bagaimana caranya hendak membuat kedai-kedai kiosk yang cantik dan boleh mengutip keuntungan yang tinggi di stesen-stesen pengangkutan mereka!
Berbalik kepada petikan di atas, penulis membuat keputusan untuk bersikap sarcstic untuk memulakan penulisan kali ini.
Penulis memang berminat dengan sarcasm kerana masyarakat Malaysia (terutamanya bangsa Melayu) memang suka dengan sarcsm! Contoh terbaik seperti "pukul anak, sindir menantu" dan lain-lain lagi kerap dijadikan sebagai ungkapan untuk mereka menyatakan sesuatu perkara.
Penulis teringat kembali sebuah buku yang ditulis oleh Profesor David J. Swartz yang bertajuk Maximize Your Mental Power. Di dalam bab 5, Using Physic Power To Dominate And Control Others, beliau telah menyentuh tentang menerima dan menghadapi kritikan. Menurut beliau, seorang yang berjawatan besar lebih terdedah kepada kritikan yang besar. Selalin daripada itu, semakin anda melangkah jauh melalui jawatan anda, peluang anda untuk dikritik adalah semakin cerah!
Bagi penulis, kritikan adalah umpama kutu babi (pinjam terminologi P. Ramlee di dalam filem Seniman Bujang Lapok). Yang penting ialah apabila mereka mengkritik mereka mengingati nama penulis! Jika orang mengingati anda, itu menunjukkan anda diingati! Selain daripada itu, ia juga menunjukkan bahawa anda telah meninggalkan kesan yang mendalam di dalam syarikat tersebut.
Tidak dinafikan, penulis hanya berkhidmat selama hampir setahun di sana, namun penulis adalah seorang yang tidak menghiraukan kepada status jawatan dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja, maka penulis mudah diingati dan rapat dengan sesiapa pun. Menurut sesetengah pihak yang bertugas di situ, (Jose, orang lama..) seorang pegawai tidak dibenarkan bergaul dan terlalu mesra dengan pihak bawahan (marhain) dan atasan.
Penulis percaya, itu adalah satu legasi yang berkesan yang telah ditinggalkan oleh kaum penjajah, dan kebetulan pula syarikat ini adalah satu peninggalan penjajah yang hanya bertukar nama sahaja. Pada zaman dahulu, para pegawai tidak dibenarkan bergaul dengan orang bawahan kerana pada zaman dahulu, para pegawai terdiri daripada penjajah dan orang bawahan merupakan orang tempatan. Perlukah legasi ini diteruskan ketika Malaysia telahpun merdeka?!
Berbalik kepada cerita asal penulis, biarlah penulis bercerita gaya santai. Penulis merupakan bekas kakitangan di sebuah syarikat pengangkutan awam yang "terkenal" (Jose, notice the quote unquote on the word terkenal!) di Malaysia. Sistem pengangkutan awamnya, terutamanya di Lembah Klang adalah yang "terbaik".
Setiap hari, orang ramai akan menggunakan pengangkutan ini dan ianya tidak putus-putus digunakan! Semasa penulis bekerja di sana, dijangkakan hampir 100,000 orang menggunakannya dalam sesuatu masa, terutamanya masa kemuncak (waktu pagi dan waktu petang).
Ada waktunya, perkhidmatannya akan tertangguh kerana disebabkan oleh kenderaan tersebut yang rosak atau kekurangan set kenderaan ini. Untuk makluman, kebanyakan daripada kenderaan ini memang berada di dalam keadaan yang harus "dimaafkan". Ini kerana, sikap "bijak" kerajaan mengurangkan subsidi minyak pada tahun 2006, demi untuk membaiki sistem pengangkutan awam, telah turut menyumbang kepada jumlah pengguna yang mendadak pada tahun 2007-2008!
Masalah kenderaan yang tidak sampai tepat pada waktunya, jumlah penumpang yang padat di dalam kenderaan tersebut (Jose, ini mengingatkan penulis pada tahun 90an dengan kenderaan bas mini!) dan keadaan kenderaan ini yang terdedah kepada sebarang bentuk kemalangan adalah antara faktor yang perlu diambil kira.
Namun, Jose, dan juga para pembaca Bacalah lain... (Listen to this!)
Mereka lebih mengambil berat dan lebih risau terhadap penulis hinggakan mereka telah menyentuh di dalam mesyuarat tersebut bahawa setiap pegawai perlu memastikan penulis membeli tiket ketika menggunakan kenderaan ini! Ingatkah para pembaca Blog bacalah dengan apa yang penulis huraikan di awal cerita?
Penulis merasa begitu terharu dan merasa begitu penting kerana biarpun penulis telah meninggalkan syarikat tersebut, mereka masih lagi menyentuh tentang diri penulis di dalam mesyuarat mingguan mereka.
Apa yang lebih melucukan ialah, mesyuarat yang sepatutnya membincangkan tentang langkah-langkah proaktif untuk mengurangkan masalah kepada para pengguna dan membincangkan cara untuk mengatasinya telah turut menyentuh tentang perlunya setiap pegwai memastikan penulis membeli tiket semasa menggunakan perkhidmatan mereka.
Ada perbezaan di antara seorang pariah dan seorang yang cerdik tetapi bodoh. Penulis adalah seorang “pariah” tetapi “pariah” ini akan membeli tiket untuk menggunakan perkhidmatan yang telah disebut. Maka penulis dengan sukahati meletakkan diri sebagai “pariah” yang cerdik. Mereka yang cerdik tetapi bodoh ialah mereka yang lebih mengutamakan masalah penulis daripada mengetengahkan masalah berjuta orang pengguna perkhidmatan mereka.
Untuk makluman, penulis juga seorang “pariah” yang cerdik kerana sikap baik dan rapat penulis dengan semua orang, sedikit sebanyak memberikan penulis maklumat-maklumat yang amat-amat dikehendaki oleh orang-orang tertentu bagi “mendedahkan” skandal-skandal yang berkaitan dengan syarikat ini.
Oleh kerana sayang dan kasih penulis kepada syarikat tersebut, penulis diamkan diri sahaja.
Persoalannya, adakah mereka yang berada di dalam syarikat tersebut masih sayangkan penulis?
Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.
No comments:
Post a Comment