Tuesday, 28 October 2008

ANTARA DATUK SHAH RUKH KHAN, PENYANGAK DAN PENJANA EKONOMI BARU NEGERI PAKATAN RAKYAT

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Masyarakat India yang beragama Hindu telah menyambut perayaan Deepavali pada tahun ini dengan penuh kesederhanaan. Ini disebabkan oleh keadaan ekonomi yang tidak menentu serta purchasing power yang semakin hari semakin menguncup.

Namun, ianya tidak begitu ketara dan perayaan ini disambut dengan penuh kemeriahan kerana yang penting ialah cara ianya disambut dan bukan apa yang telah dibelanjakan.

Ada yang menyambutnya dengan kenangan yang manis, tapi apa amat ketara ialah tiada anak-anak India yang menyambutnya dengan tangan yang kudung, atau mati kerana terkena letupan mercun, seperti anak-anak Melayu yang menyambut perayaan Aidilfitri.

Penulis tidak berniat untuk bersikap skeptikal namun, hakikatnya ialah mengapakah sambutan Aidilfitri perlu dirayakan dalam keadaan yang penuh dengan keganasan? Jika di kawasan penulis tinggal, apa yang ketara ialah sambutan Deepavali ini diserikan lagi dengan letupan bunga api. Penulis tidak dengar sebarang letupan mercun yang bingit dan kuat.

Sambutan Deepavali pada tahun ini, sudah pasti akan meninggalkan kenangan yang paling manis buat Y.Bhg. Datuk Shah Rukh Khan.

Yes, Jose. I want to touch abit on the issue of the conferment of the Datukship to Shah Rukh Khan which had created a furore to the general public recently. The 42-year old heart-throb will receive his award on November 29, in a ceremony that will be aired live on India's top entertainment channel, Zee TV.

The actor, known for his jiwang karat characters in movies such as Kuch-Kuch Hota Hai, Dil To Pagal, One Two Ka Four (I hope I got the spelling right!) and many more has receivced not only recognition from Malaysia, but also from the international entertainment arena where his real life-size wax statue is on display at the Madame Tussauds wax museum, London, installed in April 2007.

Malacca is not the first state who had awarded the highest medal to him, as the French government had accorded him the Ordre des Arts et des Lettres (Order of the Arts and Literature)for his “exceptional career”.

Sebenarnya, penganugerahan pingat di Negara kita telah banyak menimbulkan persoalan dan pertanyaan yang adakalanya membuatkan kita tertanya-tanya (Don’t get confused Jose. I purposely wrote it that way!).

Penulis percaya ada pihak telah memikirkan secara mendalam tentang mengapakah penganugerahan itu wajar diberikan kepada Y.Bhg. Datuk.

Dalam pada itu, ada juga “suara-suara” nakal yang menggesa supaya penganugerahan yang sama turut diberikan kepada Chow Yuen Fatt dan Jodie Foster kerana mereka telah mengadakan penggambaran di Malaysia untuk filem Anna and The King, serta kepada Sean Connery dan Catherine Zeta Jone kerana menggunakan bangunan KLCC untuk adegan klimaks filem Entrapment.

Penulis berpendapat, samada golongan ini sememangnya nakal atau tidak peka. Ada perbezaan di antara sarcsm dan fakta. India merupakan sebuah negara besar yang juga dianggap sebagai kilang pembuat filem, kerana di sana tidak kurang daripada 10 filem telah dihasilkan dalam sesuatu bulan.

Jika dilihat daripada aspek pelaburan yang bakal dijanakan ke negara kita, industri hiburan di sana akan mampu memberikan kesan pelaburan yang besar dan berkesan buat negara kita.

Penulis mengesyorkan supaya negeri-negeri yang telah ditadbir oleh Pakatan Rakyat menilai dan melihat tentang peluang pelaburan berbentuk hiburan ini kepada negeri di bawah tadbiran masing-masing.

Jika hendak bergantung kepada pelaburan bersifat kewangan dan industri perkilangan semata-mata, ianya mungkin agak sukar kerana dengan keadaan ekonomi serantau yang tidak menentu, sudah pasti ramai yang berfikir dua kali untuk melabur di sini kerana klimat politik yang tidak menentu dan keadaan matawang ringgit yang dilihat semakin lama semakin susut (Jose, ada pemimpin tidak menyedari tentang perkara ini!).

Dalam pada itu, negara-negara Asean lain seperti Vietnam dan Indonesia telah membuka satu alternatif (No Jose, I’m not talking about the alternative bands! Please pay attention!) baru kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di sana kerana faktor pembayaran gaji yang murah dan sebagainya.

Bagi penulis, walau bagaimana keadaan sekalipun Malaysia masih lagi menjadi tumpuan oleh para pembikin filem di India kerana lokasinya yang dekat dengan mereka serta sentimen Asia yang kuat di kalangan penerbit telah memungkinkan Malaysia akan terus menjadi pilihan utama mereka.

Kita tidak harus bersikap emosional tentang perkara penganugeran ini kepada Y.Bhg Datuk Shah Rukh Khan. Ini kerana, ada juga penyangak-penyangak yang turut menerima pingat ini tetapi tidak langsung dipersoalkan. Ada juga yang berpendapat, pingat-pingat ini boleh dibeli dengan harga-harga tertentu.

YAB Datuk Seri Azizan, YAB Lim Guan Eng, YAB Datuk Seri Nizar, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dan YAB Datuk Nik Aziz Nik Mat. Bagaimana? Setujukah YAB sekalian dengan cadangan penulis?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...