Tuhan Pun Mati..

Tuhan pun mati...
Tuhan pun mati...
Tuhan pun mati...

Pabila dua jiwa kononnya,
Berjuang atas nama cinta,
Mengorbankan cinta sebenar,

Tuhan pun mati..

Pabila kita melalikan diri dalam taman asyik,
Dalam nafsi yang memuncak,
Kemuncak atas segala puncak,

Tuhan pun mati..

Apabila kita bertuhankan Tuhan-Tuhan,
Meniduri Tuhan yang menguasai segala,
Melencongkan sebenarnya hakikat,

Tuhan pun mati..
Tuhan pun mati..
Tuhan?
Mati?

Tuhan pun Mati?
Tuhan tak pernah Mati,
Tuhan hanya "mati",

Apabila kita tersasar menguasai diri,
Melupakan keesaan Tuhan..

Maka dia tetap Tuhanku,
Tuhan yang maha satu,
Yang tetap bersamaku,
Tuhanku yang maha satu...

Cyber Music Asia, 25/5/05

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

MENANGGUK DI AIR YANG KERUH

APAKAH AVM DAN BENARKAH ANDA HANYA MENGALAMI MIGRAIN?

ALLAHYARHAM TAN SRI DR P RAMLEE