Monday, 9 June 2008

NOTICE BY THE EUGENIST..


Salam..


To my fellow bloggers and Bacalah readers (Itupun kalau ada!)


Due to some unavoidable circumstances, I won't be able to post any written nonsense for this week.


However, I will continue to post, once the I have manage to resolve this circumstances.


Thank you.


Hesmel Faznee Faisal

Friday, 6 June 2008

PELUH JADI MINYAK..


Oleh - Hesmel Faznee Faisal


Salam…


Kepada para bloggers dan pembaca setia Bacalah…(Kalau ada!)


Penulis sedang membayangkan, bagaimanakah agaknya kalau peluh itu dijadikan sebagai bahan bakar?


Maklum, sekarang harga petrol sudah melonjak dan ini dilihat sebagai salah satu daripada doomsday yang bakal menimpa negara Malaysia.


Dan cuba bayangkan kalau peluh itu dijadikan bahan bakar!


Sudah pasti, ramai orang Malaysia akan sanggup bersukan, semata-mata kerana hendah mengeluarkan peluh! Penulis membangkitkan soal ini kerana;


Peluh dimaksudkan di sini ialah kegigihan dan juga kepayahan yang terpaksa dilakukan oleh rakyat, demi untuk mencari rezeki dan dalam masa yang sama hendak menjanakan ekonomi. (Baca kepayahan)


Peluh juga diertikan sebagai kesukaran dan kebimbangan yang dialami oleh pembesar negara, (baca Perdana Menteri) tatkala mengetahui, orang ramai sudah mula membenci dan sudah mendoakan agar Perdana Menteri itu (Jose, I refused to state which Prime Minister I am referring to but obviously, everybody knows!) meletakkan jawatan.


Peluh juga dibaca sebagai kesusahan yang perlu dihadapi apabila barang-barang lain juga akan naik secara mendadak dan secara berperingkat!


Percayalah, apa yang cuba dikatakan oleh penulis sebenarnya adalah semata-mata satu kiasan tetapi kiasan ini bukan sekadar satu kiasan sahaja, malah ianya mungkin akan menjadi kenyataan, seandainya sesetengah pihak masih bersikap buat-buat bodoh atau buat bodoh!


Yang menderita dan merana adalah marhaenis. Maka, percayalah, satu revolusi akan berlaku bukan sahaja dari kefikiran tetapi juga tindak tanduk rakyat ini. Seandainya perkara ini tidak diatasi dengan bijaksana.


Tapi, apa yang hendak dihairankan? Kangaroo sedang menanti.


Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

Thursday, 5 June 2008

MAMPUS...!!! LAH!!!


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

MAMPUS,

Bila akal jatuh,
MAMPUS,

Bila akal pendek,
MAMPUS,

Bila akal berjalan dekat,
MAMPUS,

Bila fikiran jadi singkat,
MAMPUS,

Bila kecerdikan kian likat,
MAMPUS,

Bila hidup bertambah padat,
MAMPUS,

Bila dulu cerdik, sekarang melarat,
MAMPUS,

Bila yang bodoh bertambah berat,
MAMPUS,

Persoalannya, bila kau nak MAMPUS?

MAMPUS!!!

5 JUN 2008
Kuala Lumpur


MINYAK..


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam,

Kepada para pembaca setia Bacalah (Jose, itupun kalau ada!)
Bagaimana dengan para pemilik kenderaan persendirian?

Minyak sudahpun naik. Dengar cerita, bulan Ogos kelak, minyak akan naik lagi. Sampai RM4! Itupun yang penulis dengar.

Kalau betul, selamat datang ke alam inflasi. Kalau salah, nasiblah.

Penulis mengeluh. Benar-benar mengeluh! Masakan tidak. Gaji naik, barang pun naik (Jose, bukan barang itu! Percayalah, suatu masa kelak, barang itu pun takkan mungkin naik lagi, sebabnya bila ia naik maka punca pendapatan akan bertambah. Get what I meant?)

Salah siapa?

Adakah salah kita? Menurut orang-orang disekeliling penulis, di negara jiran harga minyak naik tapi rakyat hidup seperti biasa. Betulkah?

Kalau betul, penulis sanggup pindah ke negara itu. Tapi, jangan dilupakan pepatah "Hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang.." tapi bukan macam lagu Bila Aku Sudah Tiada, dari kumpulan Hujan. Bila kau sudah tiada, percayalah, rakyat akan membaluti engkau dengan kain seranah..
Penulis terfikir pula, bagaimana agaknya pengangkutan awam nanti? Sudah pasti jumlah penumpang akan naik mendadak. Penulis membuat analisis sendiri.

Analisis orang tak pandai. Pada tahun 2006 (sebelum harga minyak petrol naik kepada 30sen seliter) jumlah penumpang yang menggunakan perkhidmatan KTM Komuter adalah sekitar beberapa ratus orang sahaja sekali perjalanan. Pada tahun 2007, jumlahnya naik mendadak sehingga mencapai hampir seribu orang, pada sesuatu masa. Bayangkanlah, pada tahun 2008, penghujung tahun 2008?

Bersediakah kita selaku rakyat marhaen menghadapinya?

Walau bagaimanapun, penulis harap rakyat marhaen sekalian bersabarlah mengharungi zaman bodoh kerana selama ini kita hidup dalam keadaan bijak, ada masa kita perlu jadi bodoh. Bukan sahaja suasana bodoh, malah kepimpinan yang bodoh.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

Wednesday, 4 June 2008

BERUANG HITAM 12 (FINAL)

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Pendita : Takut ya? Itu belum dikira Tuhan segala Tuhan!

Beruang hitam : Apa nak dihairankan?

Pendita : Kalau kita tak takut, kita bukan manusia!

Beruang hitam : Tapi bro, Jose, speaking of which..Ameringgo pun dah beli berpuluh-puluh robot Transformers, semua sebab dasar takut la brother..Salahkah?

Pendita : Kita pun takut, tapi takut kita dilegakan dengan berbekalkan jampi serapah. Kita dirikan dinding jiwa, bukan dinding batu! Sebab itulah..

Beruang hitam : Tanah sebesar tahi mata atas mata laut pun hilang?(menyanyi) seribu penyesalan, hilang…

Pendita : Kadang-kadang kita menyanyi pada tempo yang sama.

Beruang hitam : Sebab kita rakyat..

Lampu fade out. FOH pun digelapkan dan dalam kegelapan terdengar suara bisikan. Efek ini haruslah dibunyikan dan diletakkan di sekeliling pentas bagi menimbulkan mood audiens seperti merasa gelisah dan tidak tenteram. Lampu follow spot dinyalakan. Efek fade out. Fade in bunyi helikopter, semakin lama semakin kuat. Muncul di atas pentas satu watak. Sedang memegang buku, cokmar dan berbaju jalur-jalur. Efek helikopter fade out. Lampu follow spot kepada watak tersebut.


Watak : Tuan-tuan dan puan-puan. Tukang kayu, tukang simen, mata-mata dan suparmen. Hari ini mari bersamalah kita menjenguk sejarah. Sejarah tentang pensejarahan. Manusia lupa kerana sejarah. Kerana lupa sejarah menjadi sejarah. Falsafah? Falsafah pun dah jadi sejarah. Mengapa ini berlaku? Nah, tanyalah diri, tanyalah hati. Kenapa mesti berlagak pandai. Mengapa mesti berlagak bodoh? Acuan agaknya. Atau mungkin, si pandai tertipu dengan si bodoh. Bodohkah si bodoh? Atau bodohkah si pandai? Atau, mungkin si pandai yang tertipu dengan si bodoh yang tidak bodoh?

Watak berlalu pergi. Fade in lampu.

Pendita : Beginilah, secara kesimpulannya, kita semua dah pun kena tipu. Dah pun kena bodoh. Memang bodoh si bodoh yang pandai? Atau si pandai yang berlagak bodoh? Bodohlah..

Beruang hitam : Masa yang akan menentukan, pendita. Demi masa…

Lampu fade out. Kelir menyala. Terpapar di kelir wajah jam. Fade in efek jam. Bunyi jam loceng, semakin kuat semakin kuat lalu pudar.

TAMAT
(4 Jun 2008, 8.10am)
- Thank God! At last, I have managed to complete this self indulgence script. Thanks to the Bozo who is currently running the country for giving me inspiration. Thanks to the wise ones for giving me the inspiration and thanks to GOD for giving me the creativity to complete this not to the standard stage play.

Tuesday, 3 June 2008

BERUANG HITAM 11

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Lampu di dalam auditorium gelap untuk beberapa saat. Fade in, muzik yang menyeramkan. Audiens mesti merasa cemas di dalam kegelapan ini dan mereka harus merasa gelisah untuk memahami keadaan tersebut. Lampu disco ball menyala, memaparkan cahaya yang amat mempersonakan!Muzik seram ini kemudian fade out. Fade in jeritan yang menyeramkan.
Lampu fade in. Fade out kesan bunyi.



Beruang hitam : Ha! Lu dengar itu? Itulah pendita, jeritan batin. Jeritan batin satu perasaan batu! Batu pun dah pandai. Pandai makan tuan.

Pendita : Aku dah lama tahu.(sindiran)Dah lama dah..

Beruang hitam : Kalau dah tahu, baguslah! Tapi buat macam lu tak tahu tahu ini, apasal?

Pendita : Manusia, satu bangsa makhluk Tuhan yang cukup unik, suka ditakutkan. Dan suka benda yang menakutkan!

Beruang hitam : Hold on! Tunggu. Tunggu.. Tunggu! Apa yang takut? Apa yang ditakutkan?

Lampu follow spot menghala ke arah pintu auditorium. Masuk watak yang seram. Mungkin seorang wanita, mungkin seorang lelaki berpakaian serba gelap. Matanya merah, rambut panjang hingga ke bawah. Seperti dirantai. Watak ini tertawa dan tawanya ini harus membangkitkan perasaan seram kepada audiens. Berjalan menuju ke atas pentas lalu menjerit dan mengilai. Berjalan keluar.


Pendita : Itu. Nampak itu? Itulah duit.. Duit!

Beruang hitam : Duit? Bukan yang ini?

Lampu follow spot ke arah wing kiri pentas. Keluar seorang lelaki kacak sambil diapit oleh dua orang gadis berpakaian yang sungguh mengiurkan. Sekadar berjalan di atas pentas dan bergerak ala cat walking. Terus menuju ke arah wing kanan pentas.

Pendita : Itu? Itu adalah tadi. Tadi yang menyeramkan! Pada mereka yang tahu..

Beruang hitam : Lu tahu tak pendita, selagi lu bercakap, selagi itulah audiens tak faham dengan tutur cerita lu. Lu dah sesat, sesesat cerita ni!

Pendita : (Soliloquy) Masih belum dapat baca ayat di antara ayat rupanya, orang muda ni. Mengaku baru tapi lama.

Beruang hitam : (Aside) There he goes again!

Pendita : Sebelum bercerita panjang, ingin benar aku khabarkan kepada kau, wahai beruang hitam yang sesat, lagi menyesatkan. Ini satu iktibar. Orang baik, akan jadi jahat bila yang jahat mendominasikan yang baik. Dan yang jahat boleh menjadi baik bila yang jahat disalahertikan dan dianggap baik. Faham tak? Kejahatan dilakukan semata-mata untuk menjadi baik. The end justify by means..

Beruang hitam : (Kebingungan) yang jahat...yang baik..(berjalan mundar mandir) tidak..oh! Tak mungkin. Tak mungkin!

Pendita : Mudah. Mudah sangat. Cuba fikirkan begini. Aku bagi contoh watak seorang manusia ni. (Kepada audiens) Extras please!

Muncul beberapa watak orang lelaki. Dalam lingkungan usia 20an, 30an dan 50an. Berdiri di atas pentas dan beratur seperti dalam kawat cam. Masing-masing mempunyai tag nombor masing-masing, persis orang dalam kawat cam juga! Nombor 20an, 30an dan 50an.


Pendita : Manusia itu punya retorik! Memang kaya dengan retorik! Semasa mula mengenali hidup, apa yang dia nampak, lurus dan kelurusan semata. (Lelaki bernombor 20an berjalan turun ke arah audiens seperti memikirkan sesuatu. Tiba-tiba mengeluarkan buku catitan sambil memakai reading glasses dan mencatit sesuatu.) Dia anggap dunia ini sempurna, sempurnanya sama macam garisan di dalam garisan. Sayangnya, dalam dunia ni, tak ada yang lurus! Huruf alif pun tak lurus!

Beruang hitam : Hek eleh! Apa guna Pendita? Kalau lurus itu jadi bahan ukuran? Ini, ini cerita gua pulak. Untuk makluman, ini idea saya. (Lelaki bernombor 30an tampil ke hadapan pentas. Berjalan persis cat walk. Dengan penuh megah, riak dan bongkak) Lu, lu lupa..Dalam hidup Pendita, kita kena selalu realistik. Kalau tak realistik, makan nasi dalam bungkusan plastik la brother! Tengok ini hah! (Sambil menunjukkan ke arah watak lelaki bernombor 30an) Kena ada gaya. Kena berjalan penuh buoyancy. Biar dalam tak ada isi, tapi yang penting kulit! Sekarang, kulit manggis pun dah boleh makan! Bukan saja boleh makan, dijadikan jus, sabun! (Tertawa) (Watak lelaki bernombor 30an berjalan menuju terus ke arah tempat duduk audiens dan duduk bersama mereka)

Pendita : Manusia, ada karma.. Ada kitaran hidup. Yang muda menjadi tua dan langsung, menjadi muda. (Kepada audiens) Kata orang, syurga didiami orang-orang muda. Tapi, sebelum masuk syurga, kenalah basuh kaki. Fasal kaki dah bertahun berjalan-jalan atas wajah dunia. Memijak muka bumi yang tak pasti. (Watak lelaki bernombor 50an berjalan ke pentas utama. Berwajah sedih) Ada yang tak sempat mencium nikmat Tuhan. Ada juga yang terlupa, bagaimana wajah Tuhan. Itu belum lagi yang tahu, nama-nama Tuhan. Takut, kalau nama Tuhan-Tuhan saja yang dia ingat!

Beruang hitam : Tuhan? Kata Nietzche, (mengajuk) Yes, ladies and gentlemen. God is dead. God is dead, long time ago! I’m quite agreed with what he’d said. Tuhan dah lama mati. Masakan tidak, sekarang, dah ada dua agama. Dulu ada satu, sekarang ada dua. Yang mana nak diikut? Yang dah baru, diretorikkan dengan nama-nama pelbagai. Nonsense!

Pendita : Itu..Itu transformasi. Sebahagian dari transformasi pemikiran kot...Sekarang, kot pun dah berlubang. Hilang seri!

Beruang hitam : Nah, lu pun setuju kalau gua cakap, manusia dah bertuhankan lebih dari satu tuhan. You named it, we have it! Dulu ada satu, sekarang dah bercambah!

Pendita : Takut ya? Itu belum dikira Tuhan segala Tuhan!
bersambung...

Monday, 2 June 2008

CINTA...CINTAI...


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Apalah erti cinta?
Seandai cinta menjadi racun?
Apalah ertinya cinta,
Andai racun membunuh cinta?

Karam cinta kerana dusta,
Hilang dusta kerna cinta,
Kerna cinta mengukuhkan rasa,
Dan cinta mampu mekarkan duka,

Ramai terkorban kerna cinta,
Ada jua cinta hilang rasa,
Kerna bercinta tawarlah segala,
Dan sesungguhnya ada yang bercinta,

Cinta itu tak pernahnya buta,
Manusia buta kerna cinta,
Dan cinta itu tak pernahnya gila,
Manusia gila kerana cinta..

Kuala Lumpur
2 Jun 2008

PELUPA, LUPALAH!!


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Lupa?Lupa..
Lupa sapa?

Lu sapa??
Gua lupa!

Lupa apa?
Lupa lupa..

Lupa atau pura-pura lupa?
Paluan lupa!

Lupa apa?
Lu sapa!!!

Lu sapa??
Lu lupa lupa?

Atau pura pura lupa!?
Lupa pura-pura?Singa berpura-pura?

Lupa lah!
Lupa sejarah!

Singa tu berpura-pura!
Lu memang pelupa!
Macam bapa lu,

Jalanlah, belahlah, berambusLAH!

Kuala Lumpur
2 June 2008

p.s - The photo of Mr Forgetful Jones, one of the puppets in the children tv programme, Sesame Street. He's famous for his forgetfulness!

Saturday, 31 May 2008

BERUANG HITAM 10

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Skrin kelir menyala. Terpapar dokumentasi sekumpulan manusia dari suku sakat asli sedang meraikan pemimpin mereka. Muncul slaid gambar singa, kumpulan suku sakat ini kemudian mencampak pemimpin mereka dan lari menyembunyikan diri. Skrin gelap.

Pendita : Sapa yang malang? Si pengarah atau si penolong pengarah?

Beruang hitam : Kenapa? Singa tu bukan nak makan. Dia nak manja, belaian kasih sayang. Maklum, kandang dia sekangkang kera ajer..

Pendita : (Menyanyi. Dondang sayang)

Rumah yang indah, rumah nan indah sayang.
Cantik menawan, cantik menawan tanahnya lapang.
Tanahnya lapang, tanahnya lapang sayang.
Apakan daya, apakan daya, tuannya rumah bodoh tak belajar.


Beruang hitam : Bodoh? Ai…pelik nih! Sapa yang bodoh, apa maksud lu pendita?

Pendita : Maksudku? Maksudku, ada yang bodoh tak boleh diajar, ada yang bangang dan kurang ajar.

Beruang hitam : Ok, tapi kalaulah kau (kepada audiens) dengan izin, were in his shoes, what would you do?

Pendita : Tanah yang lapang, harus diusahakan. Harus berbakti pada tanah..

Beruang hitam : Inilah namanya berbakti! Berbakti pada tanah!

Pendita : Berbakti, atau menggadai?

Beruang hitam : Kau tahu apa yang kau nak buat? Kenapa tak buat?

Pendita : Telah 264 purnama aku berbakti. Setinggi gunung berlian, sekarang dah pun jadi bukit botak! Inilah nasib. Melihat si pandai rupanya si pandir.

Beruang hitam : Well man, people make mistakes!

Pendita : Apa yang ada sekarang? Nak harap maruah, maruah pun dah sesat!

Bersambung..

A NOTICE BY THE EUGENIST...

Salam..

To my fellow bloggers, and Bacalah readers (Jose, itupun kalau ada!)

Today, I will resume my writing and will try to finish the script, Beruang Hitam that has been put on delay for more than 2 months.

Thank you, for your patience.

HESMEL FAZNEE AHMAD FAISAL

Friday, 30 May 2008

ORANG GILA MELIHAT PAKAIAN...?


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Kah kah kah!!!

Sabar…

Penulis tak gila lagi. Penulis jugak tak sasau, persis menuduh orang itu dah nyanyuk atau orang ini dah derhaka pada parti.

Penulis tertawa dengan dakwaan sesetengah orang, mengatakan bahawa baju kurung uniform yang dipakai oleh pelajar kita seksi.

Seksi??

Menurut mereka lagi, ini merupakan salah satu punca kejadian rogol dan macam-macam lagi kesasauan yang berlaku dalam masyarakat ini terjadi.
Benarkah?

Persoalannya sekarang, penulis pernah menjadi seorang pelajar (Jose, ada masa penulis kurang ajar!) dan penulis melalui zaman di mana pelajar perempuan dulu semuanya berpakaian baju kurung dan tidak memakai tudung. Penulis relaks, maksud di sini, tidak merasa syahwat mahupun tergoda apabila penulis bersama dengan mereka.

Baik ketika di dalam kelas ataupun ketika mengadakan group discussion.

Apakah kerana pakaian yang harus dipersalahkan? Apakah alam sekitar harus dipersalahkan atau apakah agama yang harus dipersalahkan?

Baru sekarang penulis faham mengapa M. Nasir berkata di dalam lagu beliau Bukalah Hatimu;
"Salahkan Zionis atau Free Mason, salahkan Nazi dan Ku Klux Klan, salahkan orang tua, salahkan segala, salahkan semuanya tapi DIRIMU!"

Menurut dakwaan mereka ini, pakaian uniform yang dipakai terlalu tipis. Adakah pakaian yang dipersalahkan? Atau budaya? Sebabnya di Barat budaya memakai pakaian jarang, tipis mahupun berbogel sudah menjadi lumrah. Tapi mengapa jarang berlaku kes-kes rogol (Jose, ini pendapat peribadi penulis, penulis peduli apa betul atau tidak!) di kalangan mereka?

Mungkin ianya berlaku, penulis tidak tahu tetapi persoalan utama yang hendak dinyatakan di sini adalah mengenai kekuatan diri melebihi nafsu!

Apakah dengan hanya melihat remaja ini berpakaian kurung, nafsu terus mengundang untuk membuat perkara yang tidak elok? Apakah begitu dangkal nafsu masyarakat Malaysia? Ataupun mungkin kerana ianya hendak dijadikan isu, maka ianya akan mengundang petaka.

Penulis tidak tahu tetapi apa yang penting ialah, jati diri kita di dalam melawan apa jua dugaan mahupun ujian yang menimpa. Isu remaja perempuan dengan baju kurung uniform mereka bukanlah isu yang bersifat petaka.

Apa yang lebih menakutkan ialah jati diri mereka ini yang kian tipis. Percayalah, seandainya mereka dipaksa untuk memakai jilbab sekalipun tetapi masyarakat masih dilanda "anarki" nafsu nafsi, ianya tetap akan terjadi (Maksud penulis, kejadian rogol dan yang berkaitan)

Apa yang penting bukanlah kepada isu pemakaian tetapi isu dalamannya (baca nafsu) yang harus ditangani.

Jika diwajibkan mereka memakai jilbab, tudung dan apa juga pakaian sekalipun, tetapi nafsu itu tidak ditawan, maka ianya bukan sahaja menjadi parah, malah ia mungkin akan melarat!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...