Friday, 30 May 2008

ORANG GILA MELIHAT PAKAIAN...?


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Kah kah kah!!!

Sabar…

Penulis tak gila lagi. Penulis jugak tak sasau, persis menuduh orang itu dah nyanyuk atau orang ini dah derhaka pada parti.

Penulis tertawa dengan dakwaan sesetengah orang, mengatakan bahawa baju kurung uniform yang dipakai oleh pelajar kita seksi.

Seksi??

Menurut mereka lagi, ini merupakan salah satu punca kejadian rogol dan macam-macam lagi kesasauan yang berlaku dalam masyarakat ini terjadi.
Benarkah?

Persoalannya sekarang, penulis pernah menjadi seorang pelajar (Jose, ada masa penulis kurang ajar!) dan penulis melalui zaman di mana pelajar perempuan dulu semuanya berpakaian baju kurung dan tidak memakai tudung. Penulis relaks, maksud di sini, tidak merasa syahwat mahupun tergoda apabila penulis bersama dengan mereka.

Baik ketika di dalam kelas ataupun ketika mengadakan group discussion.

Apakah kerana pakaian yang harus dipersalahkan? Apakah alam sekitar harus dipersalahkan atau apakah agama yang harus dipersalahkan?

Baru sekarang penulis faham mengapa M. Nasir berkata di dalam lagu beliau Bukalah Hatimu;
"Salahkan Zionis atau Free Mason, salahkan Nazi dan Ku Klux Klan, salahkan orang tua, salahkan segala, salahkan semuanya tapi DIRIMU!"

Menurut dakwaan mereka ini, pakaian uniform yang dipakai terlalu tipis. Adakah pakaian yang dipersalahkan? Atau budaya? Sebabnya di Barat budaya memakai pakaian jarang, tipis mahupun berbogel sudah menjadi lumrah. Tapi mengapa jarang berlaku kes-kes rogol (Jose, ini pendapat peribadi penulis, penulis peduli apa betul atau tidak!) di kalangan mereka?

Mungkin ianya berlaku, penulis tidak tahu tetapi persoalan utama yang hendak dinyatakan di sini adalah mengenai kekuatan diri melebihi nafsu!

Apakah dengan hanya melihat remaja ini berpakaian kurung, nafsu terus mengundang untuk membuat perkara yang tidak elok? Apakah begitu dangkal nafsu masyarakat Malaysia? Ataupun mungkin kerana ianya hendak dijadikan isu, maka ianya akan mengundang petaka.

Penulis tidak tahu tetapi apa yang penting ialah, jati diri kita di dalam melawan apa jua dugaan mahupun ujian yang menimpa. Isu remaja perempuan dengan baju kurung uniform mereka bukanlah isu yang bersifat petaka.

Apa yang lebih menakutkan ialah jati diri mereka ini yang kian tipis. Percayalah, seandainya mereka dipaksa untuk memakai jilbab sekalipun tetapi masyarakat masih dilanda "anarki" nafsu nafsi, ianya tetap akan terjadi (Maksud penulis, kejadian rogol dan yang berkaitan)

Apa yang penting bukanlah kepada isu pemakaian tetapi isu dalamannya (baca nafsu) yang harus ditangani.

Jika diwajibkan mereka memakai jilbab, tudung dan apa juga pakaian sekalipun, tetapi nafsu itu tidak ditawan, maka ianya bukan sahaja menjadi parah, malah ia mungkin akan melarat!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

1 comment:

mohad said...

menarik cerpen ni...

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...