Monday, 16 April 2007

Demi, Masa, Kerugian, Tahu..

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Kata Dia,
Demi Masa,
Manusia Itu Sesungguhnya,
Dalam Kerugian,
Kecuali kepada Mereka yang Tahu,

Tahu,
Tahukah kau?
Tuhan itu memerhatikan setiap hembusan waktu, Yang terbit dari peparu masa?

Kerugian,
Ertikah kau,
Tuhan lebih tahu kerugian yang kau hadapi,
Yang keluar tanpa pengetahuanmu sendiri,

Demi Masa,
Fahamkah kau?
Setiap yang berlaku itu,
Segalanya terjadi, demi masa…

Isnin, 16 April 2007
Universiti Malaya
photo courtesy from - www.expo-shop.com/product/PGSD611.jpg - (Salvador Dali's painting)

SALAH TAFSIR PUNCA KEJATUHAN UMAT ISLAM




Oleh: Kassim Ahmad
6 April, 2007

Dalam sebuah uncapan di Kuala Lumpur baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, menyalahkan salah tafsir sebagai punca kejatuhan umat Islam . Beliau dilaporkan berkata, “Salah tafsir terhadap agama menjadikan orang Islam melangkah ke belakang menjadi mundur.” (Lihat Utusan Malaysia, 4 April; hal. 9.) Betulkah?

Mengikut Quran, Islam itu agama yang direda oleh Allah. Dengan demikian, Islam agama yang paling baik, yang, jika dianut oleh manusia, akan membawa kejayaan kepada mereka. Perkara ini telah pun dibuktikan oleh sejarah bangsa Arab di bawah pimpinan Nabi Muhammad dan pemerintahan-pemerintahan Islam yang awal. Dalam masa tidak sampai enam puluh tahun, agama ini telah membebaskan sebagian besar dunia pada waktu itu, yang berada di bawah kongkongan Empayar-empayar Rom dan Parsi, dan menjadikan Islam kuasa utama dunia. Dari abad ketujuh hingga abad ketiga-belas Islam telah menciptakan sebuah tamadun yang agung, yang kemudian telah meransang kebangkitan Eropah dan memberi sumbangan besar kepada tamadun saintifik moden. Selepas kejatuhan Baghdad pada 1258, sedikit demi sedikit tamadun gemilang ini hilang dari alam nyata, hanya tinggal dalam kenangan. Mengapa?

Untuk memahami fenomena ini, kita harus mengakji ciri-ciri agama Islam yang sebenar yang telah menyebabkan ia naik begitu cepat dan kemudian mengenal-pasti punca-punca ia jatuh.

Islam tidak seperti agama-agama lain. Ia agama tauhid yang ketat. Dari Nabi Ibrahim khanya, agama tauhid ini diwariskan melalui Nabi Musa dan Nabi Isa, kepada Nabi Muhammad. Agama tauhid ini menafikan semua tuhan lain, yakni semua kuasa bebas lain, kecuali kuasa yang sebenar, iaitu Tuhan Yang Esa, yang diberi nama Allah (La ilaha ill’al-Lah). Tidak ada kuasa lain, termasuk matahari dan bintang, atau batu dan pokok, yang disembah oleh banyak kaum sebelum zaman moden ini, dan juga pemimpin-pemimpin agama dan politik, yang menguasai jiwa sebagian besar bangsa-bangsa moden. Pada prinsipnya, seorang muslim ialah seorang insan yang telah dibebaskan dari semua bentuk perhambaan, kecuali perhambaan kepada yang hak saja, iaitu Kuasa Yang Bebas di Alam Raya. Seorang muslim telah membebaskan dirinya dari segala bentuk khurafat yang wujud dalam masyarakat-masyarakat dulu. Inilah yang menyebabkan mereka menjadi dinamik, aktif dan kreatif dan membolehkan mereka mencipta sebuah tamadun agung.

Mari kita lihat sifat-sifat manusia dan manusia muslim ini. Manusia dijadikan sebagai khalifah Allah di Bumi, kerana ia makhluk yang berakal dan sedar. Bumi meliputi Alam Raya. Sebagai khalifah, manusia boleh menentukan nasib atau destininya sendiri. Dia bebas. Tetapi kebebasan ini, kalau dia gunakan untuk memberontak terhadap Tuhan dengan melakukan kejahatan dan kerosakan yang dilarang oleh Tuhan, ia boleh memusnahkan dirinya dan tamadun. Tetapi jika kebebesan ini digunakan untuk melakukan kebaikan, seperti yang disuruh oleh Tuhan, ia akan membawa kepada kebahagian atau jannah (Lihat Quran, 9: 111). Oleh sebab itu, dalam cerita kejadian Adam dan Hawa, Tuhan melarang mereka mendekati pohon pengetahuan yang akan memberikan mereka kebebasan itu. (Lihat Quran, 2: 35)

Lanjutan dari konsep Adam atau manusia sebagai khalifah di Bumi, insan yang melalui ilmu boleh memiliki kuasa untuk mencipta dunianya sendiri, Tuhan memerintahkan para malaikat sujud kepada Adam. (Quran, 2: 31-34) Barang diingat konsep tauhid menghendaki kita sujud kepada Tuhan saja, tetapi di sini, aneh seribu kali aneh, Tuhan pula menyuruh para malaikat-Nya sujud kepada Adam, yakni manusia! Ini menunjukkan bahawa manusia mempunyai potensi kuasa dan penciptaan, seperti Tuhan!

Agama itu akal; tiada agama kalau tiada akal, kata sebuah hadis. Hadis ini selaras dengan ajaran Quran bahawa tiada siapa boleh beriman kecuali dengan izin Allah dan Dia menghalang mereka yang tidak menggunakan akal. (Lihat Quran: 10: 100) Jelas dari ayat ini bahawa iman dan akal itu selaras. Jika iman kita tidak dapat diterima oleh akal, maka iman itu cacat; sebaliknya, jika akal kita menolak kepercayaan kepada Tuhan dan Hari Pembalasan, maka akal kita cacat.

Sifat kesaintifikan agama Islam ini dibayangkan dalam wahyu pertama kepada Nabi Muhammad yang memerintah beliau membaca supaya dengan membaca manusia memperoleh ilmu (yakni sains dan teknologi) untuk mengubah dunia kepada yang dikehendakinya.

Inilah cirri-ciri penting agama Islam, yang membezakannya dari agama-agama lain. Walaupun falsafahnya mudah, ia meminta manusia bersikap rasional, bersikap bebas dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan dan kebahagian bagi dirinya dan bagi semua manusia. Di sinilah punca kegagalan umat Islam kemudian. Kecenderungan-kecenderungan negatif yang wujud dalam masyarakat suku Arab yang lama, seperti khurafat-khurafat mempercayai kuasa-kuasa lain yang menentukan kehidupan seseorang, kemalasan untuk berfikir sendiri dan bergantung kepada fikiran orang lain, dan kemalasan untuk berusaha membangunkan kehidupan sendiri, merupakan punca-punca yang membawa kepada kejatuhan.

Amaran Tuhan dalam Quran supaya mereka tidak mengikut agama nenek-moyang dilupakan dan satu kelas sarjana agama atau ulama muncul untuk memikirkan hal-hal agama bagi pihak mereka. Demikianlah timbul atau timbul balik kepercayaan-kepercayaan kurafat, seperti fatalisme, mistisme dan pendewaan kepada pemimpin, yang telah dibuang dari Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad.

Kejadian-kejadian ini sebenarnya bukan salah tafsir semata-mata. Kata pepatah, orang tidur makanan orang jaga. Apabila kita mengabaikan keperluan kita untuk berfikir sendiri, orang lain akan berfikir untuk kita dan kita akan menjadi hamba mereka! Sebagian besar ialah pindaan dan tambahan yang tidak ada pada Islam yang asal, seperti dakwaan bahawa Nabi Muhammad membawa dua kitab, hukuman bunuh terhadap murtad (yang diambil dari kitab Taurat) dan hukuman rejam sampai mati untuk penzina (yang juga diambil dari kitab Taurat) . Umat Islam pula, pada umumnya, tidak mengetahui ajaran Islam yang sebenar, kerana mereka tidak digalakkan membaca Quran dalam bahasa mereka sendiri. Malah mereka diajar membaca Quran dalam bahasa Arab itu (yang mereka tidak faham) akan mendatangkan pahala yang banyak! Tidak hairanlah Surah 25, ayat 30 menyatakan bahawa umat Islam telah membelakangkan Quran.

Ayat ini tersembunyi dalam Quran selama lebih seribu empat ratus tahun! Jika sarjana-sarjana kita dulu mengingatkan kita tentang ayat ini serta mengmabil tindakan-tindakan untuk mengelaknya, tentulah umat Islam hari ini tidak jadi begini!

Kita yakin tidaklah susah sangat untuk menghuraikan agama tauhid Islam ini. Salah tafsir boleh diatasi melalui perbincangan dan perbahasan. Yang harus kita elak dari sekarang ialah mengabaikan tanggungjawab kita, tiap seorang, untuk berfikir sendiri. Berkali-kali Tuhan mengingatkan kita bahawa Quran itu ialah untuk “orang yang berfikir” likaumin yatafakkarun. (Quran, 10: 24; 13: 3; 16: 11, 69; 30: 21; 39: 42 & 45: 13) Quran ialah kitab suci orang Islam dan kita harus kembali kepadanya untuk mencari panduan pokok dalam kehidupan kita dalam Abad Kedua Puluh Satu.

Kassim Ahmad seorang penulis bebas. Beliau boleh dihubungi di kasmad172@yahoo.com.my Lama web beliau: http://www.kassimahmad.blogspot.com/

- Penulis menyiarkannya semula dengan izin penulis asal, Dr. Kassim Ahmad bagi tujuan renungan. Penulis tahu, ramai yang skeptical dengan beliau tapi bagi penulis, kita perlu “baca dengan hati, bukan dengan nafsu,”

Thursday, 12 April 2007

ACAP BUMI MENANGIS?


Oleh - Hesmel Faznee Faisal


Apakah kau pernah bertanya?
Mengapa acap bumi menangis?
Pada waktu-waktu ini,
Tangisannya sungguh kerap,

Pernahkah terdetak,
Dalam benak kalbu itu?
Mungkinkah atas dosa-dosa kita?
Tangisan ini kerap terjadi?

Bisakah kita mencari,
Berfikirkah kita sedih apa tangisan ini?
Kian sedih menjadi jadi,
Bila difikirkan amat takut sekali,

Apa mungkinkah salah kita kali ini?
Besar mungkin salah kita semua ini,
Dia jua pernah berkata,
Yang jahat dari kamu yang baik dari Kami,

Haruskah ditanya berkali-kali?
Mengapa acap bumi menangis?
Atau mungkin kita ada jawapan ini,
Hanya malu untuk mengakui,

Ego manusia besar sekali,
Binatang jalang pun amat memahami,
Sekali lagi ingin ku ulangi,
Mengapa bumi kerap menangis?
12 04 07 - Universiti Malaya

Wednesday, 11 April 2007

Pak Lah with Super Junior Mahathirs


Lately, I have this habit of uploading photos, since I don’t have the pleasure of writing long articles (Jose, penulis ni perasan dia tulis artikel hebat! Konon!)..

Anyway, please have a look at this photo, which I think it really meant a lot, especially to those who know what’s going on between Tun Dr. Mahathir with the current Prime Minister. How we wish, this beautiful photo can happen to both Tun Dr. Mahathir and Pak Lah. A picture does tell a thousand and even million stories (minus the photoshop edited photos and such!) (Photo courtesy of The Star, 10 April 2007)
Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection

HOW TO FIGHT CORRUPTION - The Indian Way..


By - Hesmel Faznee Faisal

Corruption is a disease to the society, not only in Malaysia but has crossed and spread the disease, all over the world. This is an interesting newspaper cutting, which I would like to share with my Bacalah readers (Jose, itupun kalau ada!!). India has come up with a plan in which the Government has distributed a direct copy of the 50 rupee note that has a portrait of Mahatma Gandhi in a very sarcasm manner of smiling.

Kalau kat Malaysia, nak letak muka sapa ek? Please give me some suggestions Ok?


Tuesday, 10 April 2007

RUMAH SYURGA


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Rumahku, syurgaku..
Syurga di bawah tapak kaki ibu,

Rumahku, persis ibuku,
Beri perlindungan dari dajal-dajal sekelilingku,

Rumahku, syurga di dunia,
Berikan tempat teduh dari kepanasan dunia,

Rumahku, syurgaku,
Aku orang Melayu,

Rumahku, syurgaku,
Tak perlu rumahku di taman kangaroo,

Rumahku, tidak sehebat dia,
Setidak-tidaknya aku tak pernah mendabik,

Aku imam kepada rumah persis istana..

10 April 2007

Monday, 9 April 2007

AKU, RAJA, raja…


Oleh - Hesmel Faznee Faisal


Rumahku kecil,
Aku marhaen..

Istanaku hinggap,
Aku raja,

Belanjaku sedikit,
Aku marhaen,

Bajetku besar,
Aku raja,

Makanku sejemput,
Aku marhaen,

Santapku sedap,
Aku raja,

Rumahku kecil,
Aku marhaen,

Istanaku hinggap,
Aku kan raja?

Belanjaku sedikit,
Aku marhaen,

Bajetku besar,
Akukan raja?

Makanku sejemput,
Aku marhaen,

Santapku besar,
Akukan raja?

Akukan raja?
Aku marhaen,

Tapi...

Raja yang benar ada di atas,
Raja yang betul ada di tengah,
Kau raja di mana??

Isnin, 9 April 2007

Friday, 6 April 2007

AN EVENING WITH THE WEBLOGS..


By - Hesmel Faznee Ahmad Faisal

An interesting event had happened yesterday. No…It has nothing to do with Pak Lah caught napping in a midst of an important meeting again! Yesterday, 5 April 2007 was a special event for all bloggers (Jose, Malaysia bloggers laa) because we (I do consider myself as an outsider blogger, compared to “giant” bloggers like RPK, Rocky Bru, Jeff Ooi and the like) had a meeting to decide on the establishment of a society of bloggers in Malaysia. I got the chance to meet Rocky Bru (Mamat ni mengingatkan penulis kepada Papa Rock – the younger version, mind you!), Dato’ Ruhanie (or Ron), Jeff Ooi (who was always on the move, busy taking pictures), Kak Nuraina (who was also on the move and energetic, greeting people or bloggers), Dato’ Rejal Arbee (nowadays he contributes a lot of his articles for the KMU blogsite), Sang Kelembai, Patrick “Niamah” Teoh, Pak “Sheih” Kickdafella (Jose, brader ni pun consider satu geng dengan penulis because we come from the same University!) and not to forget our very own RPK..

The highlight of the meeting was when we decided to have a society for bloggers. I don’t know what was the outcome of the meeting (Penulis kena balik awal, bukan Jose..bukan sebab ada bini!) But apparently we have decided that enough is enough! The government should stop branding us, bloggers as liars, and a group of unemployed (sebab ada sesetengah daripada bloggers terdiri daripada professional) women (sigh!)

Even the Government had suggested that bloggers should be registered before they can start having their own blog (or blogs). I wonder, if we have managed to setup our Blogger association, would it mean we must still register to become a blogger? Goblog! (Jose, tongue in a cheek joke!)

Previously, all prepaid users have to register their number and now its us, bloggers?

I would not want to disclose what happened during the meeting, as I assumed some of the “giant” bloggers might had write up all the interesting stories in their own blog.

All that I can say is that, now I am proud as I am being considered myself, from an outsider blogger into an insider blogger…

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

Friday, 30 March 2007

SYARAHAN UMUM - "Menangani Korupsi: Model Percontohan Dari Sumatera Barat" oleh Profesor Saldi Isra

Oleh - Hesmel Faznee Ahmad Faisal
Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA), telah mengadakan syarahan umumnya yang kesepuluh bertajuk, “Menangani Korupsi: Model Percontohan dari Sumatera Barat, Indonesia” di Dewan Kuliah II, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Malaya pada 29 Mac 2007 lepas. Profesor Saldi Isra, pensyarah dari Fakulti Undang-Undang, Unversiti Andalas Sumatera Barat, Indonesia telah dijemput untuk menyampaikan syarahan tersebut. Seramai 120 orang telah hadir untuk mengikuti ceramah tersebut.

Majlis yang bermula jam 5.00 petang dimulakan dengan ucapan aluan oleh Pengarah INPUMA, Dr. Khadijah Md. Khalid bagi meraikan kedatangan Pengarah Lembaga Universiti Malaya, Y.Bhg. Tan Sri Arshad Ayub dan Pengerusi BERNAMA merangkap ahli Lembaga Pengarah Universiti, Y.Bhg. Dato’ Mohd Annuar Zaini serta beberapa orang wakil daripada Badan Pencegah Rasuah, Insitut Intergrasi Nasional, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan para hadirin ke majlis tersebut. Beliau juga turut mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Profesor Saldi Isra kerana sudi menerima jemputan dan menyampaikan syarahan di Universiti Malaya.

Dato’ Mohd. Annuar Zaini, selaku pengerusi majlis telah memulakan ucapan beliau dengan memberikan contoh tentang beberapa jenis rasuah yang wujud di Malaysia. Beliau turut berkongsi nostalgia beliau sebagai seorang penuntut universiti bersama para hadirin, dengan memberi contoh tentang minat para penuntut universiti sekarang mengenai isu rasuah amat rendah.

Antaranya, jika dibandingkan dengan kesungguhan dan minat yang ditunjukkan penuntut universiti pada awal 70an dahulu, apabila Allahyarham Profesor Dr. Syed Hussien Al-Attas menyampaikan kuliah berkaitan isu rasuah, para penuntut akan memenuhi dewan kuliah. Beliau merujuk kepada jumlah kehadiran penuntut dan orang ramai yang tidak memenuhi dewan kuliah pada hari tersebut.

Majlis kemudian diteruskan dengan Pengerusi Majlis menjemput Profesor Saldi Isra untuk menyampaikan syarahan bertajuk “Menangani Korupsi: Model Percontohan dari Sumatera Barat”. Profesor Saldi memulakan syarahannya dengan mendefinisikan beberapa jenis rasuah yang terdapat di sana. Menurut beliau, rasuah bermula apabila seseorang itu hendak mempercepatkan sesuatu urusan dan bagi melaksanakan urusan tersebut, wang ringgit mula digunakan.

Beliau turut menghuraikan dengan panjang lebar tentang bagaimana gejala rasuah itu mula berakar di Indonesia, serta kesan-kesan sampingan daripada jenayah rasuah. Beliau turut mengaitkan gejala rasuah ini merupakan sebahagian daripada punca keruntuhan ekonomi Indonesia dan telah mengakibatkan berlakunya penindasan terhadap hak asasi manusia. Rasuah tambah beliau, persis kejahatan yang luar biasa. Beliau memberikan contoh tokoh anti-rasuah yang berani dan tegas di Indonesia, Panglima Angkatan Tentara Darat Indonesia, Jeneral AH Nasution kerana mengambil tindakan menyingkirkan beberapa orang Panglima Tentera Darat kerana didapati terlibat dengan rasuah.

Menurut Profesor Saldi, walaupun pertukaran Kerajaan Orde Lama (merujuk kepada pemerintahan Presiden Sukarno) kepada Suharto menampakkan kesan yang positif dengan penubuhan Tim Pemberantasan Korupsi (TPK), ia dilihat masih tidak berkesan kerana TPK membanteras kes rasuah secara selektif dan tidak menyeluruh. Ia disebabkan kerana terdapat juga pengamal rasuah di kalangan ahli TPK.

Selepas era pemerintahan Suharto berakhir pada tahun 1998 kerana pemberontakan rakyat melalui gerakan Reformasi, muncul beberapa akta yang diwujudkan untuk melawan rasuah. Ini juga termasuk badan-badan bukan kerajaan yang menjadi pemantau kepada kerajaan. Reformasi menentang rasuah ini juga berjaya disebarkan ke daerah-daerah terpencil di luar dari Jakarta.

Profesor Saldi berpendapat, oleh kerana kesedaran yang diwujudkan oleh kumpulan anti rasuah tentang pentingnya rasuah ini dibanteras, rakyat mula mengambil berat dalam agenda tersebut. Beliau juga menegaskan bahawa rakyat Indonesia mula mengambil tahu tentang setiap aspek, terutamanya perbelanjaan yang digunakan oleh Kerajaan, untuk mengelak dari berlakunya sebarang pembaziran yang membawa kepada gejala rasuah.

Menurut beliau lagi, struktur perlaksanaan projek yang baik serta pemberian projek yang adil, pengawasan dan perlaksanaan sistem audit yang telus seperti yang berlaku di Solok menjadi sebab mengapa daerah ini bebas dari gejala rasuah. Ia turut menjadi sebab mengapa daerah Solok menjadi pelopor kepada gerakan menentang rasuah di dalam sistem birokrasi dan pemerintahan di Indonesia. Oleh kerana usaha gigih yang ditunjukkan oleh Bapak Gamawan Fauzi, Ketua kawasan Solok dalam membasmi rasuah, beliau berjaya dipilih menjadi Gabenor Sumatra Barat menerusi pilihanraya Gabenor bagi penggal 2005-2010.

Selain daripada itu, Forum Peduli Sumatera Barat (FPSB) yang diwakili oleh beberapa kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) dan para akvitis NGO, tokoh akademik, ulamak, kumpulan media massa dan tokoh media, penuntut dan sekumpulan peguam telah menjadi badan pemantau kepada setiap aktiviti yang dilakukan oleh pihak kerajaan. Walaupun FPSB terpaksa melalui beberapa kesukaran di dalam mencapai objektif mereka, ia turut menjadi antara badan bebas yang berjaya memantau setiap aktiviti dan perbelanjaan kerajaan untuk memastikan tidak timbul sebarang unsur rasuah di dalamnya.

Majlis syarahan kemudian diteruskan dengan sesi soal-jawab oleh para hadirin bersama Profesor Saldi. Oleh kerana masa yang begitu singkat, Pengerusi Majlis terpaksa menghadkan kepada beberapa soalan sahaja. Profesor Datuk Dr. Rahman Embong dari Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengemukan soalan tentang mengapa gejala rasuah itu sudah persis menjadi budaya kepada segelintir masyarakat. Menurut Profesor Saldi, ia sebenarnya dapat diatasi jika kesedaran itu timbul daripada pendidikan dan juga pemantauan yang serius kepada setiap masalah yang dikemukakan.

Seorang penuntut ijazah kedoktoran dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Malaya pula berpendapat masalah rasuah ini akan dapat diatasi jika kerajaan Indonesia menggunakan kaedah e-kerajaan, di mana tidak wujud sistem pengurusan secara manual, sebaliknya segala urusan dilakukan melalui internet dan komputer sahaja. Ia dapat mempercepatkan lagi setiap urusan tanpa perlu mengira siapa sahaja.

Seorang penuntut Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya yang berasal dari Sumatera Barat, Indonesia mengajukan persoalan kepada Profesor Saldi tentang sejauh mana objektif beliau dalam mengatasi masalah rasuah ini dapat menyedarkan masyarakat umum tentang keburukan rasuah. Profesor Saldi berpendapat perjuangannya di dalam membanteras gejala rasuah ini adalah perjuangan yang tidak kenal erti penat dan jemu. Beliau ingin melihat gejala rasuah dapat dikurangkan di negara Indonesia.

Sebagai penutup, Pengerusi Majlis menyeru supaya usaha membasmi rasuah ini perlu diteruskan dan setiap kekurangan perlu dikenalpasti bagi menghapuskan rasuah dari peringkat terendah kepada peringkat yang tertinggi. Usaha ini juga perlu diteruskan dan tidak dilakukan secara ala kadar sahaja. Rata-rata para hadirin berpuas hati dengan penjelasan Profesor Saldi yang tepat, jelas dan terperinci. Majlis berakhir pada sekitar jam 6.40 petang.
Catatan Penulis - Tiada sebarang prejudis yang wujud di dalam diri penulis, cuma penulis terfikir selepas majlis ini selesai. Mengapakah kita harus menjemput seorang Profesor yang datang dari sebuah daerah yang kecil dan dauh ( bahasa utara, Jose..maksudnya terpinggir) dan mengajar kita bagaimana hendak membasmi rasuah? Bukankah kita sudah ada Badan Pencegah Rasuah, yang mana Pengarahnya kini sedang disiasat atas tuduhan rasuah? (ironi). Bukankah kini kita ada Perdana Menteri yang hendak berjuang membasmi rasuah tetapi anak menantunya mendapat pinjaman mudah sebanyak RM9 juta? Sekarang penulis tidak hairan mengapa kita harus menjemput seorang profesor dari sebuah daerah terpencil untuk mengajar kita, bagaimana hendak membasmi rasuah.

-Kita kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu, The Salam Connection


Monday, 19 March 2007

THE KING AND HIS "SUBJECT.."

By
Hesmel Faznee bin Ahmad Faisal

Salamun Alaikum. Greetings to my fellow bloggers. I understand the pressure that you and I are facing; especially with the court indictment on two of our fellow bloggers, Mr. Rocky Bru and Mr. Jeff Ooi. Eventhough I always uphold the rights of the freedom of speech, I also believe there are limits to our freedom of speech. As long as it does not touch on issues pertaining to any religion, race and culture, you will be okay to express any grouses to the society. Be it, about your neighbour, your teacher or even up to the Prime Minister (Josẻ, sekarang ni kalau kutuk pun that old man bukan sedar dia dah tak dihormati!) you are welcome to express your unhappiness.

When I touched on the subject of culture, I couldn’t help but to notice some needs or requirement in our society to emulate the Westerners. You can see it through the clothing, fashion, the “wannabe” lifestyle of our fellow Malaysians in emulating the Westerners or to some extend, following the Westerner’s own recreational activities! This is where the interesting part comes in.

Welcome to our new and "the latest collection of stale standup comedian", Mr. Yus from Perlis to the world of Malaysian entertainment.

He was chosen as the first “Raja Lawak” (José it has nothing to do with Mr. Robert De Niro’s movie King of Comedy!) thru sms voting (apa lagi José) by the loyal viewers of the new tv programme Raja Lawak, produced by ASTRO. As usual, I do not have in opposition to the programme in fact, I believe it was one of the best (sms based voting programme) ever produced by our local TV station! Compared with the other sms based voting programme, Akademi Khayalan a.k.a Akademi Fantasia, this Raja Lawak had the “pak lawak” to create own scenarios and jokes!

With Raja Lawak, it gives the opportunity for our local “pak lawak” to perform and to compete with other fellow “pak lawak” from all over the country. In the programme, each contestant will be given a subject to joke on every week and they will be given a different concept or style to perform, for example either thru miming, perform a standup comedy, pairing with another fellow “pak lawak” or just crack a joke spontaneously (José, bukan senang do..!).

The most difficult part in cracking a joke is to make the audience laugh (José, tapi kena tengoklah kalau lawak bodoh atau lawak cerdik! Kalau lawak lucah, memang senang orang nak gelak!!).

For example, if you manage to make the audience laugh at the very first punch of your joke (bukan penumbuk! Tapi isi lawak!), I presume you are in the safe zone area! The main thing that is disturbing is the so-called “otai” in the programme. For those who are forever in the world of 70’s or do not even have the faintest idea what otai means, it is a combination of old-timer in short!

I do have a very high respect on Mr. Jalil Hamid, Mr. Sabri Yunus (mamat ni memang bagus ajar teori teater dalam kelas Raja Lawak), Mr. Badul and Dato’ Jamali Shadat, but my point is why the producers did not bother to invite other standup comedians who are knowledgeable of the “dunia lawak berdiri”? For a change, we have Jit Murad and Harith Iskandar, who has performed in many shows locally and internationally.

Maybe the producers of Raja Lawak felt both Jit and Harith’s jokes are not being acceptable enough in the world of our Malay cliché (José terimalah hakikat, Raja Lawak didominasi oleh lawak-lawak yang boleh difahami oleh kaum marhaen sahaja!) society. They have other option. They can always invite Mr. Yusof Chong (does anybody remember him or his antics? – ala yang suka ajuk cara Tok Mat, Samy Vellu and other politicians or members of the cabiner tu!) to become the “otai” for the programme.

I am not trying to say that all the three “otais” (José, that is for plural usage) are not good enough. However, I must say, of those 3 men, none has any experience whatsoever in doing a standup comedy. I am not in the position of condemning the “otais” for their contributions in the programme; it is just that they must also expose the contestants into becoming better standup comedians for other race and not strictly just for the Malay audience only.

There are other issues concern about performing a stand up comedy. The most important factor, being the sensitivity issues pertaining to a performance. A comedian must be extra careful when choosing a joke, if they want to perform their gig in Malaysian society. That is a reality where a comedian has to accept. They can’t touch issues relating to politics (José, jangan harap la kat Malaysia!), religion (memang tak boleh!) and race.

This self-censorship attitude has helped to demoralize our standup comedians!

Then again, I am not saying that all comedians are welcome to crack jokes on other race, religion or other sensitive issues; but to make a joke that is beyond those issue mention, but one must also be really well versed in the general knowledge and crack up “intelligent” jokes, so to speak.

A good comedian is what from my point of view, a person who is good in telling or sharing information with the society in many ways, either in sarcasm or in a funny way. That is why in the renaissance years, the king of a kingdom that rule will have their own jester (dia ni lebih kurang macam Pak Lawak la..) to bring joyfulness in the castle, but at the same time, this jester will provide informations to the ruler.

That is how important an actor (penulis anggap jester ni pun layak digelar sebagai pak lawak walaupun dia ni tak berapa penting dalam masyarakat ketika itu!) is for the society, from my personal point of view. Eventhough their appearance and their role in the society is seen as a comic relief in life; nevertheless, without them life will not be that cheerful and joyous enough for us.

It came across my mind about the Western standup comedians who has made through thick and skin of their entertainment industry. One of them was Jamie Foxx, who started his acting career as a standup comedian, but at the height of his career has managed to prove the audience; he can play a serious character.

It was when he took a serious role in Micheal Mann’s movie; Collateral that made him won an Oscar for the best Actor category. Then you have Robin Williams, another stand up comedian fellow who has manage to surprise the audience with a serious role in movies such as Jacob the Liar, Insomnia (pairing together with another Oscar winner, Al Pacino) and the like (kalau nak tau pasal movie ni, pergi cari DVD filem-filem ni. Beli je cetak rompak, si Aiman tak kisah!)

It is about time our local comedians, such as Saiful Apek with his archetypal character and stereotype jokes; begin to consider taking serious and more challenging roles, than playing a character like Cicak-Man for the second time. I wonder what would it be like if he takes the role of a serious dramatic character in a movie directed by Dato’ Rahim Razali or Yasmin Ahmad? A food for thought, don’t you think?

Kita Kan Tersesat, Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection
p.s -Takdak masa nak sambung Kembara bumi Tuhan..

Tuesday, 19 December 2006

MAAF

Penulis memohon maaf kerana lama tidak menghantar sebarang artikel (layakkah penulisan di blog Bacalah ini dipanggil artikel?) ke blog Bacalah. Penulis terlalu sibuk.
Insya'allah penulis akan menyambung semula siri "Kembara Tetamu Tuhan" ini apabila diizinkan Tuhan. Dan juga apabila penulis ada masa untuk menulis.
Sekian..
HESMEL FAZNEE FAISAL

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...