Sunday, 22 May 2011

POPULARITI DAN PERSEPSI


Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam kepada bloggers dan pembaca blog syok sendiri atau poyo (mengikut pendapat seorang “pengomen” di sini!). Ingin dinyatakan di sini ialah walaupun saya penulis “syok sendiri” atau “poyo”, saya bersyukur kerana setidak-tidaknya blog saya menerima kunjungan hampir 200,000, pengunjung dan seramai 18 orang mengikuti blog saya, termasuklah blogger Papagomo dan Gelombang Rakyat.

Berbalik kepada cerita pokok.

Politik adalah seni persepsi. Itu merupakan perkara yang tidak dapat dinafikan dan disangkalkan. Persepsi merupakan perkara dan asas yang paling penting di dalam jatuh bangunnya seseorang pemimpin. Seorang ketua merangkap Presiden kepada parti kaum kedua terbesar di Malaysia pernah meletakkan jawatan kerana terlibat di dalam satu skandal seks dan melepaskan semua jawatan yang dipegang di dalam Kerajaan.

Dengan kehendak takdir dan Illahi, pemimpin itu terpilih untuk mengetuai parti tersebut, walaupun secara hakikatnya imej dan moral beliau tercalar sedikit disebabkan oleh pendedahan video seks tertentu.

Namun, hakikatnya daripada konteks inilah persepsi memainkan peranan kerana “self conscious” yang kuat, beliau sanggup melepaskan jawatan. Dan kerana tindakan itu jugalah (barangkali) beliau dilantik oleh ahli-ahli parti menjadi ketua mereka disebabkan oleh intergriti yang tinggi. Ini dinamakan persepsi. Soal beliau terlibat di dalam seks bersama kekasih gelap dan mengakui perbuatan tersebut juga dilihat sebagai konsep “Yin dan Yang”. Dia bersalah, dia mengaku kesalahannya.

Seorang pemimpin yang kian tenggelam dalam pasir masa akan dilihat sebagai liability kepada parti. Jika dia tidak berbuat apa-apa dia dianggap (sekali lagi persepi memainkan peranan!) sebagai pemimpin tunggul, walaupun hakikatnya dianya memang tunggul! Justeru, tidaklah sesuatu yang mengejutkan apabila seorang ketua pemuda bagi parti politik tertua di Malaysia menyatakan atau memekik mengenai kenaikan harga minyak RON 95 walaupun menurut Timbalan Perdana Menteri, perkara ini masih lagi di dalam proses kajian.

Benar, harga minyak tidak dapat tidak akan naik, satu masa nanti tetapi apabila seorang pemimpin dari kalangan parti pemerintah bersuara kononnya mahukan perkara ini ditentang, ianya menampakkan kebodohan (sekali lagi persepsi memainkan peranan) akan pemimpin tersebut!

Selaku ketua pemuda yang bijak dan cerdik, dianya harus melihat dari aspek rasional dan factor-faktor kebarangkalian perkara ini berlaku. Dan bukannya menjadi seperti puak yang lagi satu yang menggunakan apa sahaja kepincangan di dalam kerajaan untuk menjadi modal menghentam kerajaan!

Dianya patut membuktikan kebolehannya selaku seorang graduan dari Universiti termuka (kononnya!) di dunia untuk berfikir secara logic dan tidak membantah semata-mata kerana hendak membantah! Selain daripada itu, dia sepatutnya memberikan hujah rasionalisasi kepada kebarangkalian subsidi minyak terpaksa ditarik, suatu masa nanti.

Ini kerana factor kitaran ekonomi dan lain-lain hal termasuk dari segi rizab simpanan Kerajaan yang perlu digunakan untuk faedah perkara lain, mendahului dari perbelanjaan subsidi semata!

Sebagai seorang yang sering menampakkan dirinya cerdik (a pseudo scholar, in other words) dia patut melihat perkara ini dari aspek intelektual dan membuat penjelasan kepada rakyat berhubung rasionalisasi ini. Dia patut membantu kerajaan membuat penjelasan berhubung perkara tersebut dan tidak menggunakan point ini untuk mencari populariti meraih kembali kedudukan dianya yang kian kuncup! 

Kekerapan berpolitiking akan membuatkan dirinya akan semakin dijauhi dan semakin dibenci. Di dalam hidup kita yang singkat, sebolehnya hendaklah kita berbuat baik dan membuat sesuatu yang disukai dan dihormati orang sementara nyawa dikandung badan dan janganlah kita hidup dalam kebencian orang lain.

Tidak salah membina popularity demi survival masa depan. Namun, jika ia bersifat menghancurkan, lebih baik dianya mencari alternative yang lain.

Perbuatan pemimpin ini sudah pasti mendatangkan kebencian dan kejelekan orang ramai terhadap dirinya, yang kebetulan sudah lama dibenci oleh orang ramai termasuk mereka di dalam kalangan parti pemerintah.

Berpolitik itu satu wadah perjuangan, mencari popularity demi meraih kedudukan adalah sesuatu yang menjelekkan!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke sangkar Waktu – The Salam Connection

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...