Penulis mengiringi Tun Dr Mahathir ke satu pameran |
Oleh - Hesmel Faznee Faisal
Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog “syok sendiri” ini.
Sebelum saya meneruskan penulisan saya kali ini, saya ingin terlebih dahulu meminta maaf kepada YABhg Tun Dr Mahathir a.k.a Tok Det kerana apa yang akan saya tulis ini akan menyentuh sedikit tentang beliau.
Saya tidak begitu kisah atau peduli langsung tentang apa yang akan dikatakan oleh para penyokong fanatik YABhg Tun yang merasakan tidak wajar untuk mengkritik Tun. Bagi mereka Tun adalah negarawan terulung awal abad ke21 ini. Itu tidak dinafikan, mengenang kepada jasa-jasa yang telah beliau taburi sepanjang 22 tahun YABhg Tun sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Mungkin ramai yang sudah bosan menerima hakikat bahawa beliaulah Perdana Menteri yang bukan sahaja terlama di dalam sejarah politik tanahair, malah beliau juga pemipin terlama memimpin di rantau ASEAN, selepas Allahyarham Suharto (dan mungkin Menteri Besar di negeri itu yang masih terus memimpin menongkat langit!).
Namun tidak dapat tidak, beliau juga berjaya melakukan transformasi penukaran material dan pemikiran setiap individu yang ada di Malaysia ini. Menerusi projek gergasi MSC beliau, generasi X (terpulang kepada definisi masing-masing mengenai huruf X ini ya!) Malaysia mengenali apa itu broadband, wimax, 3g, Internet of Things, RFID dan lain-lain istilah komunikasi moden. Bayangkan seorang remaja dari daerah terpencil di China yang langsung tidak berpeluang mendekati laman web Facebook kerana disekat penggunaannya oleh pemerintah di sana.
Di Malaysia, ada yang menggunakan facebook sebagai rangkaian untuk melebarkan perniagaan dan tidak kurang juga yang menjadikan facebook untuk mencari mangsa! Itulah hebatnya dan besar jasa Tun Dr Mahathir secara mata kasar.
Namun yang demikian, sebagai manusia biasa Tun tidak juga terlepas dari membuat kesilapan. Ada di antara kesilapan beliau bukan sahaja memakan diri, namun telah menghasilkan gergasi bertalam dua muka! Ada juga kesilapan beliau itu mengakibatkan Tun jatuh sakit dan terlantar di hospital (Maaf, itu sebagai tulisan tambahan untuk menambahkan lagi kesan dramatic kepada pembaca!). Sebagai seorang pemimpin yang pernah popular suatu ketika dahulu, beliau masih lagi terus popular sehingga sekarang biarpun bukan sebagai seorang pemimpin, namun sebagai seorang public figure.
Atau dalam istilah lain, seorang statesman atau tokoh besar.
Setiap tindak tanduk beliau akan dilihat sebagai mempunyai nilai-nilai berita oleh golongan pemberita.
Kebelakangan ini, Tun sering dilihat di dalam akbar dan blog peribadi beliau dan bertelagah dengan seorang pemimpin politik dan Menteri Besar 21 tahun di sebuah negeri di Pantai Timur.
Sebagai seorang Tun Dr Mahathir, kita sedia peka dan maklum tentang sifat semulajadi beliau yang pantang beralah di dalam sebarang pertelagahan dan pertikaman lidah dan pena. Namun sebagai seorang statesman dan tokoh besar, perbuatan beliau itu sebenarnya menyerlahkan sifat beliau sebagai seorang political animal, atau manusia yang tidak dapat lari daripada sifat politiking.
Benar, Tun berhak untuk menyuarakan pendapat beliau, menangkis tuduhan yang dilemparkan puak yang lagi satu namun dalam hal ini, kerugian yang ditanggung sebenarnya jatuh kepada Menteri Besar itu sendiri.
Rasionalnya mudah; akan kuat lagi sangkaan dan tilikan orang ramai mengenai Menteri Besar itu, yang mana rata-rata mengatakan bahawa beliau sudah nyanyuk dan menjadi beban kepada parti yang dianggotainya. Tiada gunanya bertelagah atau menunjukkan kehebatan dengan seekor harimau tua; biarpun ngauman itu kuat dan hebat namun hakikatnya harimau tua tetap harimau tua, tidak lagi kencang berlari dan gigitannya juga tiada lagi memberi apa erti kerana sudah tanggal semua giginya!
Mungkin ramai patut membaca surat terbuka yang ditulis oleh salah seorang bekas musuh politik Tun Dr Mahathir di sini.
Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection
No comments:
Post a Comment