Monday, 14 March 2011

ESCAPISM



Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog “syok sendiri” ini.

Berdasarkan kepada laporan berita yang dikeluarkan mengenai tragedi gempa bumi yang melanda negara Jepun minggu lepas, dijangka lebih dari 10,000 orang rakyatnya terkorban di dalam kejadian yang dianggap kejadian bencana alam paling buruk pernah berlaku selepas 150 tahun!

Jumlah 10,000,00 orang itu hampir sama jumlahnya jika dibandingkan kepada jumlah rakyat Jepun yang terkorban, sekitar 50,000,00 orang semasa bom atom digugurkan oleh tentera bersekutu pimpinan AS di Hiroshima dan Nagasaki, yang sekaligus menamatkan Perang Dunia ke2 pada tahun 1945!

Saya benar-benar merasa sedih dan simpati dengan apa yang berlaku kepada negara Jepun. Harus diingat, ini bukanlah masa untuk menuduh ini merupakan satu bentuk malapetaka sebaliknya kita harus melihat bahawa ia ujian dari Allah kepada hambanya. 

Kebelakangan ini, umat dunia dilanda dengan pelbagai ujian, dari tuntutan rakyat Libya supaya pemimpin mereka Muammar Ghadaffi berundur dari memimpin Libya, kepadalah tragedi di negara matahari terbit ini! Semua ini memberikan kesan kepada pertumbuhan ekonomi, sekaligus dilihat sebagai ujian yang harus dipikul bersama.

Apabila kita ditimpa bencana, ujian yang menggugat keimanan dan kesabaran kita, tekanan pasti akan melanda dan akan membuatkan kita hilang pertimbangan di dalam membuat sebarang keputusan.

Cara yang terbaik untuk mengatasinya ialah dengan mencari satu bentuk “escapism”, maka bentuk “escapism” ini wujud di dalam pelbagai medium dan tidak dinafikan elemen seni adalah antara bentuk yang paling berkesan!

Seni itu merupakan sebuah elemen yang membangkitkan deria ceria di dalam diri kita, lantaran itu seni merupakan elemen yang terpenting selepas agama. Mungkin ramai yang tertanya, apakah ada kaitan dengan tragedi yang sedang melanda Jepun ini?

Ada.

Seperti kontroversi yang melanda sebuah akhar tempatan, disebabkan oleh kontroversi kartun yang disiarkan baru-baru ini, ramai yang bingkas melenting dan mengkritik, tak kurang yang menuduh akhbar tersebut tidak peka dan serius.

Bagi saya, masyarakat kita segelintirnya tidak peka dan tidak maklum mengenai elemen yang disebutkan awal tadi, yakni elemen “escapism”. Saya tidak nampak sebarang kesalahan lukisan yang disiarkan di atas.

Escapism merupakan satu bentuk pelarian dari masalah yang dihadapi dan hasil serta kesan escapism ini sendiri sebenarnya wujud di negara Jepun menerusi penghasilan watak-watak seperti Ultraman, Power Rangers, Doraemon dan lain-lain lagi.

Ini kerana, selepas Jepun dikalahkan oleh pihak Bersekutu yang diketuai oleh Amerika dalam Perang Dunia ke2, Jepun tanpa perlu merasa sedih dan gusar bangkit semula untuk membangunkan ekonomi negara mereka. Untuk memotivasikan rakyat mereka supaya tidak perlu merasa sedih dan sebagainya, wujudlah kartun-kartun dan watak-watak yang disebutkan tadi.

Selain daripada berperanan untuk memotivasikan rakyat yang masih merasa tertewas, ia juga merupakan bentuk hiburan dan “escapism” bagi melupakan masalah yang sedang dihadapi. Perlu diingat, Jepun tidak pernah meminta sebarang pertolongan dari sesiapapun untuk bangun semula menjadi Naga di Negara Matahari Terbit ini.

Persoalannya sekarang, mengapakah rakyat Malaysia yang merasa sensitif dan merasa terpanggil mengutuk tindakan akhbar tersebut menyiarkan kartun di atas?

Saya yakin, rakyat Jepun tidak menganggap sebagai satu bentuk penghinaan mahupun merasa terpanggil untuk mengutuk, sebaliknya ia menjadi sebahagian daripada kayu api yang membakar semangat mereka untuk bangun dari kejatuhan kali ke2 ini!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...