Oleh – Hesmel Faznee Faisal
Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog syok sendiri.
First of all, I would like to extend my sincere clemency to readers who could only understand or read in English for not posting any English written articles for a couple of weeks or maybe days. I do not have any specific reason whatsoever for doing so, as I believe everyone has the right to write in any ways he wishes to!
Berbalik kepada cerita asal.
Saya tak pasti, samada untuk mengeluh, tertawa, menangis, meraung, meracau, marah atau hanya mendiamkan diri, apabila saya membaca sebuah laporan berita di sini.
Rasanya, ramai di luar sana yang pernah terdengar atau membaca bidalan ini;
“Lembu punya susu, sapi dapat nama” atau “menangguk di air yang keruh”.
Secara peribadi, saya berpendapat bahawa tindakan yang hendak diambil oleh Karyawan ini tidak lain dan tidak bukan ialah satu tindakan oportunis dan menggunakan sentimen orang ramai untuk mengaut keuntungan serta menggunakan kesempatan ke atas orang lain!
Apakah dengan cara ini, wajah Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kelihatan seolah-olah “didagangkan” bagi memenuhi kepentingan pihak-pihak lain? Apakah persatuan tersebut tidak peka, tidak tahu atau terlepas pandang kepada waris-waris Allahyarham yang masih ada?
Rasanya, di dalam buku Bapaku P. Ramlee, hasil tulisan anak Allahyarham Tan Sri sendiri iaitu Allahyarham Nasir telah menceritakan bagaimana beliau melalui kehidupan yang sukar, dengan menyara hidup menjual buah-buahan dan makanan di tepi jalan. Beliau turut menceritakan bagaimana di dalam satu majlis yang diadakan untuk memperingati Allahyarham Tan Sri, beliau telah dijemput namun diberikan tempat duduk yang berdekatan dengan tandas!
Walaupun Allahyarham Nasir baru sahaja meninggalkan kita dan bapanya Tan Sri P. Ramlee sudah hampir 40 tahun telah tiada, waris-warisnya masih lagi ada. Mereka semestinya lebih layak untuk mendapat sejumlah banyak hasil royalti datuk mereka.
Adakah tindakan untuk mengambil hasil jualan syiling emas tersebut ke dalam tabung kebajikan artis lain satu tindakan yang mulia atau keji dan menjelekkan? Terlalu ramai pihak yang mengambil kesempatan ke atas Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, tidak mengira dari setiap sudut, arah dan pandangan.
Khabarnya, wang emas berwajah Tan Sri merupakan salah satu usaha perintis dan selepas ini, wajah artis veteran lain pula yang akan diabadikan. Sudah semestinya ada pihak lain yang memperolehi keuntungan atas angin daripada usaha tersebut.
Andaian, sekadar andaian, wajah Puan Sri Saloma pula yang diabadikan apakah anak beliau yang kini bekerja di syarikat Indah Waters konsortium akan memperolehi royati hasil jualan tersebut?
Tidak dapat dinafikan, usaha untuk membantu artis-artis veteran yang kurang upaya atau sudah tidak mampu untuk berkarya itu satu langkah yang mulia. Namun, harus diingat ialah mereka juga adalah pengkarya dan apabila mereka berkarya, sudah semestinya mereka layak untuk mendapat hasil karya tersebut.
Sebagai contoh, syarikat Music Valley telah menerbitkan semula dan menjual sejumlah banyak VCD filem-filem Melayu lama dan semestinya artis-artis veteran ini turut mempunyai hak untuk royalti-royalti ini.
Mengapakah tiada pihak yang berminat untuk membangkitkan isu ini? Mengapakah Karyawan tidak memperjuangkan hak-hak artis ini? Mengapakah mereka harus terpaksa bergantung harap dengan Karyawan dan kelihatan seperti kucing kurap?
Kebanyakan daripada artis-artis ini bukan calang-calang orangnya di zaman kegemilangan mereka. Mereka mempunyai peminat tersendiri sehingga kini. Ada yang masih membeli VCD lakonan mereka sebagai koleksi. Jadi, sudah pastinya ada keuntungan yang diperolehi dari aspek itu!
Persoalannya, mengapakah harus bersikap seperti “melukut di tepi gantang” dan mengapakah setiap kali program atau acara yang melibatkan majlis “Memperingati P. Ramlee” ini di akhir cerita pihak lain yang mengaut keuntungan?
Artis veteran, tidak kira samada yang masih hidup atau telah tiada adalah permata. Mereka adalah perakam zaman yang mencatat kisah yang berlaku di zaman mereka. Jangan jadikan mereka barang dagangan di tahap yang terendah.
Mungkin pihak SPRM harus memainkan peranan untuk menyiasat kepincangan di dalam Karyawan ini. Apa yang berlaku di sebalik tabir Karyawan?
Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection
1 comment:
Saudara Hesmel, masalah atau isu ini sudah lama saya teilti dan i emnjadi semakin teruk seperti barah di negara ini. Masalah utama adalah berkaitan dengan hackipta@ copyright yang begitu banyak prosedur birokrasi.. malahan kita harus mempertahankan karya2 agung orang yang tidak ternama yg tidak mampu membuat copyright...banyak hasil seni terutamanya skrip filem diplagiat org yg tak bertanggungjawab sesuka hati.. di harap pihak berwajib akan mengambil perhatin terhadap isu ini..salam..
Post a Comment