Monday, 17 May 2010

PEMIKIRAN KREATIF

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Kadangkala, apabila kita terlalu memikirkan soal-soal logik kita akan mengabaikan pemikiran kreatif.

Tanpa pemikiran kreatif, kita tidak mampu keluar dari kepompong kelaziman. Maka mereka yang berfikiran kreatif tidak harus merasa rendah diri dan dipencilkan oleh masyarakat.

Ini termasuk mereka yang mempunyai kelayakan di dalam bidang seni, seperti saya!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak mengakui bahawa Barisan Nasional tidaklah sekreatif dan progresif seperti yang dinyatakan di sini. Apa yang tepat ialah mereka yang berada di dalam bidang seni ini kadangkala mempunyai pemikiran yang lebih tajam dan lebih peka daripada orang lain!

Saya yakin, selepas ini akan ada golongan tertentu yang akan mula membuka mata dan telinga terhadap golongan “manusia” kreatif ini.

Saya yakin, akan ada juak-juak tertentu, di dalam usaha mereka untuk berada di dalam “radar” Perdana Menteri, mencadangkan supaya diwujudkan institut pemikiran kreatif atau lebih memberikan ruang yang luas kepada masyarakat berfikir secara kreatif.

Itulah lumrah, rasanya. Sudah terhantuk baru mengadah.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...