Monday, 12 April 2010

YM (BUKAN YAHOO MESSENGER!)

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, buat para bloggers dan pembaca blog syok sendiri ini!

Izinkan saya untuk tertawa dahulu selepas membaca berita menarik di sini.

Dah, saya dah selesai ketawa. Memang kata orang, seronok jika kita ketawa banyak-banyak. Menghilangkan stress dan sebagainya. Sekarang, bercakap seorang bukan lagi dilihat sebagai perbuatan kurang siuman. Tanyalah mereka yang menggunakan hands free yang mempunyai kelebihan Bluetooth!

Jalan lain (Or anyway!), masyarakat kita (khususnya Melayu!) cukup terpegun dan mudah teruja jika mereka berurusan dengan sesiapa yang mempunyai gelaran. Bukan, bukan gelaran seperti Limah Jongang, Awang Spanar, atau Awang Trasher! Tetapi gelaran seperti YBhg. Datuk, Tan Sri, Datuk Seri, Tun mahupun Yang Teramat Mulia sekian, sekian dan sekian.

Hanyalah kerana pengakuan itu dibuat, orang tanpa sebarang usul periksa terus mengiakannya dan mengakui hamba Allah itu sebagai anak angkat kepada seorang kerabat diraja!

Bagi saya, secara peribadi gelaran hanyalah sebagai satu bentuk self indulgence buat mereka yang tidak mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Masyarakat kita, Melayu secara khususnya mungkin mempunyai sifat feudal yang terlalu menebal lalu cepat merasakan inferior kepada mereka yang mempunyai gelaran. Kisah di atas adalah contoh klasik kepada perkara ini!

Saya ingin menarik perhatian berhubung dengan pengalaman saya berurusan dengan sesetengah orang yang mempunyai gelaran ini. Rakan baik saya, Datuk Ahiruddin Attan,  tidak mahu saya memanggilnya Datuk walaupun beliau layak berbuat demikian. Naib Canselor USM, yang mendapat gelaran Tan Sri oleh YDP Agong lebih selesa dipanggil Prof. Malah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di dalam surat-surat mahupun kad-kad Aidilfitri yang dihantar beliau kepada saya lebih selesa menggunakan hanya “Dr Mahathir Mohamad” dan tidak pernah pun gelaran “Tun” diletakkan di dalamnya.

Mereka adalah golongan yang merasakan bahawa gelaran yang diterima mereka ini hanya sesuai digunakan di dalam majlis-majlis rasmi sahaja.

Saya berharap selepas ini, pihak tertentu jangan terus lekas melakukan tindakan melulu, hanya kerana seseorang tampil dan mengakui dirinya kerabat Diraja mahupun Sultan! Kita jangan terlupa dengan kisah seperti ini.

Bagi saya, apa ada pada gelaran? Kita harus ingat, sistem kesultanan Melayu ini bertujuan untuk memelihara martabat dan juga maruah bangsa Melayu selaku bangsa yang bertamadun, sejak dari zaman dahulu kala lagi. Janganlah kita sewenang-wenangnya mengakui diri kita ini sebagai Sultan, hatta kita ini mempunyai warung Mee Sultan, seperti di Pulau Pinang sekalipun!

Ini termasuklah kepada mereka yang membeli gelaran tertentu. Gelaran ini tidak mempunyai apa-apa sebarang kesan signifikan sekalipun. Adalah lebih mulia jika seorang itu, yang hanya di panggil Encik atau Tuan mempunyai jasa kepada masyarakat daripada seorang Datuk Seri, Tan Sri mahupun Tun sekalipun yang jasa mereka tidaklah segah yang disangkakan!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...