TERKINI: BARISAN NASIONAL AKHIRNYA BERJAYA MENAWAN KEMBALI PARLIMEN HULU SELANGOR DENGAN MEMENANGI MAJORITI SEBANYAK 1,725 UNDI.
Oleh - Hesmel Faznee Faisal
Oleh - Hesmel Faznee Faisal
Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog syok sendiri ini.
Hari ini, Ahad 25 April 2010 adalah hari penentuan.
Penentuan kepada maruah dua pihak. Kepada semua retorik yang telahpun disampaikan.
Para pengundi di kawasan Hulu Selangor akan menentukan halatuju buat PKR dan juga BN. Ianya juga akan membentuk kepada scenario politik pada Pilihanraya Umum ke-13 kelak.
Pakatan Rakyat, biarpun telah mengadakan satu konvensyen mockup pada akhir tahun lepas masih lagi gagal meletakkan calon yang dilabelkan sebagai calon Pakatan Rakyat dan bukan calon PKR!
Mungkin ianya nampak seperti remeh tetapi lihatlah dari sudut ini, apakah konflik yang berlaku di dalam PKR langsung tidak memberikan kesan kepada gabungan Pakatan Rakyat secara umumnya? Atau mungkin, pengundi langsung tidak melihat perkara ini dan hanya ingin melihat PKR sahaja yang menang?
Ianya perlu diambil kira dan dilihat secara teliti kerana pada akhir cerita, semua ini akan membantu di dalam menentukan apakah Pakatan Rakyat akan mampu membentuk kerajaan perpaduan (seperti yang digambarkan dan diwarwarkan) seandainya rakyat memilih mereka pada PRU13 atau akhirnya ianya sama seperti pakatan-pakatan terdahulu yang tidak lebih daripada a marriage of convenience?
BN, dalam masa yang sama harus menentukan apakah mereka berada di atas landasan yang betul atau perlu melakukan perubahan bagi menyempurnakan atau fine tuned visi dan misi mereka. Strategi lama seperti turun padang ini ada yang berkesan dan ada yang tidak. Terpulang kepada kawasan mana yang difokuskan.
Ada yang berpendapat, jika ingin mendapatkan bantuan yang sebenar-benarnya mereka hanya perlu menunggu menjelangnya pilihanraya umum atau kecil. Pada masa itulah segala masalah akan pasti beres!
Pengundi sekarang sudah semakin matang dan bijak. Itu, haruslah kita akui. Mereka mungkin atau tidak mungkin mengundi sesuatu pihak tetapi apa yang pasti pada akhirnya periuk nasi dan juga perut masing-masing yang akan menjadi penentunya!
Soal-soal seperti skandal itu dan skandal ini, kesalahan lampau calon itu dan ini hanya sebagai substance sahaja. Bukankah masyarakat Malaysia (Melayu secara khususnya!) memiliki sifat pelupa?
Parti tertentu misalannya ini, yang memperjuangkan wadah Islam, telah beberapa kali membuktikan bahawa prinsip itu tidak penting. Percaturan kuasa yang lebih didahulukan, maka prinsip boleh diketepikan asalkan matlamat itu tercapai. Ada unsur Machiavellian di sini.
Pada pendapat saya jika kita hendak melakukan perjuangan, prinsip itu cukup penting kerana tanpa prinsip kita akan menjadi tersasar dan terserong dari perjalanan asal.
Persoalannya sekarang, apakah kita lebih mementingkan prinsip atau perut? Jawapan itu hanya ada dan terletak di sanubari kita.
Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection
No comments:
Post a Comment