Wednesday, 17 March 2010

JALAN MESTI KE DEPAN BUKAN TENGOK BELAKANG!

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca Bacalah.

Kadangkala, kehidupan ini merupakan suatu perkara yang serba penuh dengan persoalan. Ada masanya ia menjanjikan jawapan, namun ada yang meninggalkan persoalan dan kesan yang mendalam.

Sama juga dengan persoalan dan juga pertanyaan di dalam cerita yang telah dilaporkan di dalam berita di sini.

Saya tidak pasti samada insiden ini boleh dikaitkan dengan perbicaraan yang sedang berlaku di antara seorang tokoh politik dengan bekas pembancuh kopi ahli politik tersebut. Namun apa yang pasti ialah kejadian tersebut, sedikit sebanyak telah menggambarkan secara umum keadaan masyarakat kita sekarang.

Jika dahulu hanya wanita yang tidak selamat berjalan seorang diri namun keadaan telah berubah. Jelas di sini bahawa kaum Adam juga sudah tidak selamat daripada ancaman dan juga berada dalam keadaan hostile.

Apa yang lebih menyedihkan di dalam cerita yang telah dilaporkan juga merupakan contoh klasik (or a classic example, Jose!) pepatah Melayu iaitu “Sudah jatuh ditimpa tangga!”

Perbuatan tersebut (seperti yang dilaporkan di dalam berita di atas) kini kelihatan seperti satu perkara biasa. Apakah golongan-golongan tertentu yang masih menganggap suatu perbuatan yang dilakukan oleh seorang pemimpin ke atas seorang lelaki muda itu sebagai konspirasi? Hanya masa dan keadaan yang akan mampu memberikan jawapannya.

Secara ringkasnya, nafsu tidak mengenali yang mana depan, yang mana belakang dan yang mana lama dan yang mana baru. Apa yang dikenalinya hanyalah kepuasan!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...