Friday, 5 March 2010

CEMBURU

Oleh – Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para blogger dan pembaca blog entah apa-apa ini!

Adalah menjadi satu kelaziman jika seorang itu mempunyai perasaan cemburu. Dan ianya merupakan perkara biasa jika perasaan cemburu ini timbul di dalam perhubungan percintaan.

Yang tidak menjadi satu kelaziman jika perasaan ini timbul di kalangan kaum sejenis! Inilah yang membuatkan keadaan menjadi luar kawalan seperti apa yang berlaku di dalam kisah ini.

Saya tidak mahu membuat sebarang huraian panjang mengenainya kerana menghormati mangsa dan juga keluarganya. Tetapi daripada konteks kisah tersebut, tidak dapat tidak kini kita harus menerima hakikat negara Malaysia, sudah mula mengalami proses pereputan nilai positif di dalam masyarakat (or in other words, a decaying society Jose!) yang kian melarat!

Apa juga alasan yang diberikan, kita tidak dapat lagi menidakkan masalah yang berlaku di depan mata. Semua ini merupakan sebahagian daripada elemen-elemen budaya popular. Jika melihat daripada rentetan sejarah tanahair, kita telah melalui hampir 4 evolusi budaya popular!

Bermula daripada eran 60an di mana masyarakat Malaysia yang masih konservatif (as a matter of fact they are still in that condition until now!) dan kuat berbudaya pada waktu itu telah dikejutkan dengan budaya pop yeh-yeh yang dibawa oleh kumpulan The Shadows, The Beatles dan lain-lain, hinggalah kepada zaman underground pasca seni popular (or pop art as popularized by the late Andy Warhol. Go and revise your history, Jose!) yang terkini.

Remaja dan golongan muda ketika itu tidaklah mengalami masalah social yang melarat seperti sekarang. Ini kerana mereka masih lagi mampu dikawalselia disebabkan oleh kurangnya medium komunikasi yang meluas. Internet pada zaman dulu hanyalah satu angan-angan (walaupun Amerika telahpun menggunakannya untuk tujuan ketenteraan!). Memang sukar untuk remaja dahulu, mendapatkan bahan-bahan terlarang (I was referring to the pornography, Jose!) dan jika mampu pun, remaja tersebut akan dianggap sebagai tokan!

Harus diingat, golongan remaja akan mengimplikasikan apa jua yang dilihatnya. Tidak hairanlah kes-kes sumbang dan seksual berlaku di kalangan masyarakat sekarang kerana sesiapa sahaja boleh mengakses laman web lucah dan menontonnya! Saya sedia maklum tentang perkara ini telahpun dibangkitkan berulang-ulang kali namun bak kata orang atas angin, “it fell on deaf ears!”

Pada zaman-zaman sekitar 1960an – 1970an, ramai yang berpendapat masyarakat pada masa itu hidup dalam keadaan jahil (kononnya orang Melayu Islam mula menjadi lebih Islamik selepas Revolusi Iran 1979. Saya dangkal pendapat ini sehabis-habisnya!). Jarang sekali kedengaran kes-kes pembuangan bayi pada waktu itu. Bukannya bererti ianya tiada tetapi amat jarang. Ini kerana keinginan mencuba di dalam melakukan seks tidak begitu tinggi dan membimbangkan!

Kes yang disebutkan di dalam petikan akhbar di atas hanyalah sebahagian daripada penyenaraian kes-kes negatif di kalangan masyarakat kita. Sesetengah golongan cerdik pandai berpendapat masyarakat Barat mula mendekati budaya Timur yang kuat dengan nilai-nilai budaya berunsurkan keagamaan dan mulai meninggalkan kehidupan bebas yang diamalkan sejak dahulu lagi.

Ironinya, hanya masyarakat kita yang “beria-ia” mahu memeluk nilai budaya Barat yang mulai lapok dan ketinggalan zaman bagi masyarakat Barat. Satu proses transisi yang penuh ironi! Tidak hairanlah jika Barat mulai menunjukkan minat mengkaji dan mengaji ilmu Timur yang penuh dengan mistik.

Mungkin ramai yang terlupa atau tidak tahu bahawa sebahagian besar khazanah penulisan tempatan hasil karya tulisan penulis terkenal seperti Abdullah Munshi dan lain-lain disimpan di sana dan menjadi bahan kajian dan rujukan mereka.

Saya merasakan sudah sampai masanya sebuah buku Revolusi Mental Generasi Kedua ditulis oleh pemikir dan cerdik pandai kini untuk mengupas masalah yang dihadapi oleh masyarakat kita.

Walaupun buku Revolusi Mental Generasi Pertama yang dihasilkan oleh sekumpulan pemikir dan diketuai oleh Allahyarham Tan Sri Senu Abdul Rahman berkisarkan kepada keperibadian dan perihal laku orang Melayu pada waktu itu, golongan pemikir Melayu zaman sekarang harus mengembleng (my God! So much of a prolific writing, Jose!) akal bersama pemikir bukan Melayu untuk membentuk halatuju generasi masyarakat Malaysia pasca kemerdekaan.

Masalah yang melanda sekarang bukan lagi dilihat sebagai satu masalah yang melibatkan satu kaum sahaja. Ianya turut melibatkan semua kaum kerana kesan rantaian ini wujud secara hakiki.

Saya menjangkakan kes yang disebutkan di awal penulisan itu merupakan antara sebahagian daripada percikan api kecil yang wujud di dalam masyarakat. Saya bimbang, jika ianya merebak ke sekam ketamadunan masyarakat, sudah terlambat untuk kita memadamkannya nanti!

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...