Oleh - Hesmel Faznee Faisal
Aqalku kaku,
Mindaku beku,
Terhenti langkahku,
Lidah terkelu,
Menonton ajalku,
Dibalik cerminku,
Dan ceritakan padaku,
Perihal yang berlaku,
Tiada sangkaku,
Terjadi padaku,
Mungkin sangkaanku,
Takkan berlaku,
Bukan hak mutlakku,
Menentukan hal itu,
Kerana aku,
Hanyalah aku..
Petaling Jaya, 24 Mei 2010
1 comment:
rahsia mu adalah rahsiaku
ajal mu bukan ajalku
kubur mu tak ku tau
kubur ku belum tentu
kau berbudi
aku berbahsa
kau mamberi
aku merasa
bukan benda
jadi ukuran
budi yang baik
dikenang orang
bukankah padi
menjadi beras
siapa makan cili
dialah mersa pedas
Post a Comment