Thursday, 28 January 2010

KOTAK PANDORA, ALMARHUM SULTAN JOHOR DAN ADUKA TARUNA

Oleh - Hesmel Faznee Faisal



Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog syok sendiri ini.


Rasanya mungkin tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Tahun Baru 2010 (Tiada apa yang baru, Jose!) kepada semua. Rasanya, agak lama juga saya tidak menghantar sebarang posting ke blog syok sendiri ini! Bukan kerana saya mengalami sekatan minda (or mental block, Jose!) tetapi lebih kepada kesibukan menikmati hidup sebagai seorang “penganggur”.

Ya, sejak dari 6 Januari lalu saya menjadi seorang “penganggur terhormat”. Mujurlah tiada sebarang pingat dikhususkan kerana jika tidak saya mungkin layak untuk menerimanya. Masakan tidak! Tidak bekerja tetapi masih menerima gaji! Mungkin bunyinya agak pelik tetapi saya sebenarnya menghabiskan cuti di tempat kerja lama sebelum memulakan kerja di tempat baru!

Selain daripada itu, masalah internet juga menjadi punca mengapa saya tidak mampu untuk mengakses internet. Amaran, kepada sesiapa yang ingin menggunakan WIMAX P1 (Jose, I’m using the darn service, mind you!) lupakan sahaja. Ini kerana perkhidmatan broadband yang kononnya terlaju di Malaysia ini sebenarnya satu penipuan semata! 

Masakan tidak, sepanjang sebulan lebih hanya beberapa kali sahaja saya mampu menggunakan internet tanpa perlu mengalami sebarang gangguan! Khabarnya, P1 Wimax lebih sibuk membelanjakan sejumlah wang untuk pengiklanan! Talk about bad planning, Jose! Sepatutnya bajet untuk meningkatkan perkhidmatan mereka, dan bukannya sibuk mempromosikan servis yang haram tidak pernah elok!

Sebenarnya, saya ingin berbincang tentang isu lain, hanya sedikit kecewa dengan masalah internet membuatkan saya tersasar sedikit!

Semenjak dua menjak ini, saya melihat ada beberapa isu yang menarik dan mendebarkan timbul di dalam perbincangan golongan 4th Estate dan 5th Estate. Kepada mereka yang tidak tahu apa terminolgi tersebut, rajin-rajinlah berbaik-baik dengan pelajar Komunikasi Media, ya?

Antara isu yang agak panas ialah penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam dan penghinaan seorang blogger “bengong” ke atas Allahyarham Sultan Iskandar Shah di dalam postingnya di sini.


Bagi saya, inilah antara golongan blogger “parasit” yang merosakkan nama para bloggers lain. Perlu diingat, status blogger kini bukanlah seperti pembohong (seperti yang didakwa oleh Perdana Menteri  yang terdahulu), penganggur (seperti yang didakwa oleh Menteri Penerangan terdahulu) ataupun penembak curi (tak pasti siapa yang mendakwa gelaran ini, Jose!) kerana para blogger kini sudah merangkumi golongan para pelajar , ahli cendikiawan, bekas Perdana Menteri   hinggalah kepada Perdana Menteri Malaysia  itu sendiri!

Bagi saya, apapun yang berlaku sejak kebelakangan ini tidak akan mungkin berlaku seandainya kita mempunyai tahap toleransi dan kesefahaman antara satu sama lain. Berapa ramaikah di kalangan kita yang tahu tentang adat-adat dan juga perkara yang berkaitan dengan latar belakang rakan mereka?


Maksud saya, daripada konteks seorang Melayu beragama Islam, memahami cara hidup seorang Cina beragama Buddha atau Christian dan seorang India beragama Hindu, atau seorang Bidayuh beragama Animisme, memahami cara hidup dan latarbelakang Melayu beragama Islam itu tadi?


Seandainya, andainya kita memahami perkara tersebut saya yakin segala isu yang timbul ini tidak akan tercetus dan berlaku. Ia berbalik kepada memahami dan menghormati antara satu sama lain.


Bagi blogger yang kurang cerdik itu, pada pendapat saya dianya cuba untuk menjadi jaguh. Tidak salah, tetapi yang salah ialah dia jaguh di dalam dunianya sendiri. Soal tidak menghormati orang yang mati itu satu perkara yang amat ditegah di dalam adat dan agama kita.


Memang benar seperti apa yang dikatakan oleh Sir Frank Swettenham di sini .


Orang Melayu, jangan disentuh soal-soal agamanya, budayanya dan adatnya kerana ia boleh mencetuskan kemarahan..”
 
Apa yang telah berlaku baru-baru ini ternyata mengiakan apa yang telah dikatakan oleh Swettenham 100 tahun yang lalu. Apa yang nyata ialah the Pandora box has been open and it will be quite difficult to close it back.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection



No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...