Oleh - Hesmel Faznee Faisal
Salam, kepada para bloggers dan pembaca blog syok sendiri ini!
Kata orang-orang tua, zaman sekarang zaman yang mencabar.
Cabarannya datang di dalam banyak bentuk; wang, harta benda, agama, masyarakat, nafsu malah jika hendak diteruskan penyenaraian ini, saya mungkin menghabiskan masa menulis semua senarai daripada menceritakan apa yang hendak diceritakan oleh saya pada kali ini. Ada yang berpendapat bahawa untuk mengatasi masalah nafsu, perkahwinan merupakan salah satu cara yang terbaik.
Perkahwinan merupakan satu penyatuan yang sah di antara sepasang kekasih (Itupun terpulang juga, Jose! Don’t you forget that!) Ada yang berpendapat perkahwinan itu sekadar menghalalkan apa yang haram. Namun saya tidak berpendapat bahawa perkahwinan Fatine itu tergolong di dalam cerita di atas!
Apa yang pasti, berkahwinlah apabila kita sudah bersedia. Jangan menggunakan alasan “hendak menjauhi nafsu” sebagai tujuan kita memasuki gerbang kehidupan.
Saya sering melihat ramai orang muda sekarang berkahwin, sebaik sahaja mereka menamatkan pengajian di university atau mula mendapat pekerjaan. Itu bagus, tetapi perlu juga dikira pelbagai aspek samada adakah ilmu di dada itu sudah cukup untuk melawan arus kehidupan, tatkala usia muda ini? (I’m trying my very best to change the course of my writing style Jose!)
Saya ada berjumpa, berbual mahupun bertukar pendapat dengan beberapa pasangan suami isteri tentang perkahwinan mereka. Kebanyakannya menyatakan kesal berkahwin di usia muda, tak ramai yang menyatakan gembira. Entah.
Kita harus melihat apakah perkahwinan itu kerana hendak mengikut suruhan Tuhan seperti yang disebut dalam surah 24:32;
Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
atau hanya ingin memenuhi nafsu sahaja?
Jika mereka tidak mampu berkahwin, Tuhan juga ada menyebut tentang perkara ini di dalam ayat 33 dari surah yang sama;
Dan orang-orang yang tidak mempunyai kemampuan berkahwin, hendaklah mereka menjaga kehormatannya sehingga Allah memberi kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya.
Bukanlah niat saya hendak menjadi seorang “preacher half past six” tetapi kebimbangan melihat kadar penceraian seperti yang dilaporkan di dalam berita di sini menggerakkan perasaan untuk menulis.
Bayangkan jika menjelang tahun 2020, masyarakat Malaysia kelak akan terdiri daripada golongan ibubapa yang bercerai. Kesannya mungkin tidak dapat dirasakan sekarang tetapi hakikatnya ianya akan menjadi satu kesan negatif yang berpanjangan dan menimbulkan satu chain reaction kepada perkembangan dan pembentukan masyarakat yang madani (My God! Jose, what’s wrong with you!? What’s with the bombastic word?).
Saya ada mempunyai beberapa orang kenalan yang datangnya daripada keluarga yang berpecah (their parents have divorced, Jose!) dan mereka kebanyakannya mempunyai persepsi yang tersendiri mengenai perkahwinan. Ada yang tidak mahu mendirikan rumahtangga kerana bimbang akan mengalami episod yang sama, seperti yang dilalui oleh ibubapa mereka.
Tak kurang juga yang menjadi fobia dengan jantina lain. Maka rentetan daripada ini mungkin, saya sekadar membuat andaian; akan timbul lebih banyak gejala kurang sihat seperti lesbianisme, gayisme (Am I using the right terminology Jose!?) dan pelbagai perkara yang tidak dapat dibayangkan.
Mungkin ada yang berpendapat berkahwin di usia lanjut ada kesan saintifiknya tetapi soal saintifik ini masih banyak lagi lompong dan tidak terbukti secara konkrit. Ianya bergantung kepada individu.
Saya berpendapat perkahwinan ini tidak harus dilakukan secara terburu-buru. Harus mengikut kematangan. Kebanyakan daripada pasangan muda, apabila mereka masih berdua mungkin tidak akan merasakan kesannya tetapi apabila telah dikurniakan anak, maka cabaran akan menjadi semakin tercabar dan mencabar.
Perlulah diingat bahawa perancangan yang benar-benar rapi harus diambil kira sebelum mengambil keputusan mendirikan rumahtangga. Antaranya, apakah kita sudah cukup untuk memiliki aset penting seperti rumah kerana berapa lamakah harus kita membiarkan keluarga kita hidup dalam pinjaman (or in other word, renting Jose!!).
Janganlah kerana terlalu didesak atau disindir oleh masyarakat (kerana masyarakat Melayu terlalu fobia dengan golongan yang berkahwin di usia matang!) kita hendak mengambil keputusan berkahwin.
Perkahwinan adalah satu kurniaan Tuhan kepada hambaNya. Jagalah ia kerana ianya satu amanah.
Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.
3 comments:
aku sebelum kahwin dulu, aku dah janji yang tak akan kahwin selagi tak berumah sendiri (walaupun sewa),tidak berkenderaan sendiri (kereta pertama aku dah berkali-kali 2nd hand), isi rumah lengkap (walaupun hanya satu katil(penting), peti ais kecik, dapur kecik, tv kecik). Dah ada semua barulah aku kahwin. Hal nafsu tu kena-kenalah jaga dulu....tak sepatutnya jadi syarat utama.
Drafunt..
Aku pun macam itu jugak. Sebab tu sekarang baru aku nak kawin, selepas dah ada benda2 asas macam rumah, kereta dan barang2 penting yg lain.
Post a Comment