Oleh – Hesmel Faznee Faisal
Pepatah Melayu ada menyatakan, “Jangan menangguk di air yang keruh”. Kepada mereka yang tidak tahu akan maksud tersebut, ia bermaksud janganlah kita mengambil kesempatan atau cuba untuk mencari peluang tatkala di dalam keadaan genting mahupun sukar.
Penulis merujuk kepada satu insiden di Selangor, di mana para penduduk di sebuah kawasan di Shah Alam telah bertindak mengadakan satu demonstrasi di hadapan pejabat kerajaan negeri. Ia dikatakan berpunca daripada tindakan kerajaan negeri yang hendak mendirikan sebuah rumah ibadat bagi penganut agama Hindu, di dalam kawasan yang majoritinya umat Islam. Mereka telah bertindak berarak dan mengusung kepala seekor lembu (yang dianggap suci bagi penganut agama Hindu) dan meletakkannya di hadapan pejabat kerajaan negeri.
Beberapa orang tokoh politik, mahupun aktivis masyarakat bangun menyuarakan pendapat mereka. Ada yang berbunyi politik, namun tak ramai yang bersuara berdasarkan kepada logikal.
Penulis tertarik dengan pendapat seorang ketua pemuda dari satu parti politik yang popularit parti tersebut sekarang kian terhakis (Jose, according to some political observers, this reason was because of this person!).
Menurutnya, apakah yang akan berlaku seandainya pihak yang satu lagi mengambil tindakan membakar masjid atau mengancam rumah ibadat tersebut bagi membalas tindakan kumpulan ini?
Bagi penulis, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk kita preempt atau membuat andaian sedemikian kerana ia akan menghangatkan lagi suasana dan mengeruhkan lagi keadaan!
Sebaliknya apa yang perlu dilakukan ialah kita perlu bertindak menyuarakan pendapat secara berdiplomasi (refer to my previous posting on diplomacy, Jose!) dan bukanlah mengambarkan satu suasana yang lebih teruk!
Kata Mat Salleh (Jose, I’m not referring to the Mat Salleh from Sinar FM, ok!)The damage has been done ,apa yang terbaik dan tepat dilakukan ialah memanggil wakil penduduk dan wakil rakyat duduk berbincang secara rasional. Huraikan segala masalah dengan matang.
Sebenarnya, jika dilihat kepada sejarah Malaysia telah beberapa kali menghadapi konflik antara kaum ini sejak dari sebelum kemerdekaan sehinggalah kepada insiden yang terbaru ini. Tetapi ini tidaklah bermaksud ada potensi untuk berlakukan konflik, cuma tanda-tandanya ada seandainya ianya tidak diatasi dengan bijak. Pokok pangkalnya, duduk dan berunding dan berbincang menggunakan akal.
Ketua pemuda tersebut sekali lagi telah menunjukkan ketidak matangannya dengan menyuarakan hasrat tersebut. Bagi penulis, dia tidak pernah belajar dengan kesilapan yang telah dilakukan selama ini. Banyak perkara yang dikatakannya telah mengakibatkan parti politik tertua di Malaysia ini kehilangan sokongan.
Inilah contoh perumpamaan “Menangguk Di Air Yang Keruh” yang penulis sebutkan awal di penulisan ini kerana jelas, lelaki ini ingin menunjukkan bahawa dia jaguh orang Melayu dan sanggup lantang mengutarakan pendapat tersebut!
Tidakkah nampak seolah dia mencadangkan kepada mereka untuk terus bergaduh? Sepatutnya dia menyuarakan rasa tidak puas hati dengan lebih berhemah?
Itulah yang dikatakan ahli politik half boiled atau setengah masak.
Politic is an art of deception. He should know better about this.
Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection.

No comments:
Post a Comment