Thursday, 27 August 2009

BAU BUSUK DI SELANGOR?

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam, kepada para bloggers dan pembaca setia blog syok sendiri ini.

Inkues siasatan kematian mendiang Teoh Beng Hock, pembantu kepada seorang ahli DUN Selangor sudah masuk hari yang ke-15 (setakat tarikh tulisan syok sendiri ini dimasukkan ke blog syok sendiri ini).

Jika dilihat kepada bukti-bukti yang telah dikemukakan berhubung dengan siasatan ini, nampak gaya ianya seolah telah backfired kepada pihak-pihak tertentu. Jika pada mulanya siasatan ini hendak menentukan tentang wujudnya konspirasi ke atas pihak pembangkang (Jose, perlu diingat penulis merujuk kepada parti pembangkang di negeri Selangor!) tetapi kini segala bukti-bukti yang dikemukan lebih cenderung kepada membongkarkan tentang sesuatu yang tidak kena dengan soal pentadbiran pemerintah di negeri tersebut.

Setiap satunya terungkai dan tersiar. Ini termasuk tentang bagaimana si polan itu mendapat habuan daripada si polan ini, bagaimana pihak tertentu menerima komisyen dari pihak ini dan macam-macam lagi.

Terdapat bantahan daripada pihak tertentu, ini termasuk menuduh bahawa inkues ini persis siasatan kes jenayah pecah amanah! Pokok pangkalnya, ianya hendak menyiasat punca kematian Teoh. Noktah.

Mungkin ada di antara perkara yang telah dibangkitkan di dalam inkues ini menjawab atau setidak-tidaknya memberikan petunjuk mengapa mendiang dibunuh atau mungkin sebaliknya? Atau mungkin pihak yang membantah bimbang, jika perkara ini terus digali dan digali kita (sebagai rakyat) akan menemui sesuatu yang berlaku di sebalik tabir?

Penulis ingin memetik satu petikan dialog drama Hamlet yang ditulis oleh William Shakespeare,

Marcellus:
Something is rotten in the state of Denmark.
(Hamlet; babak 1, adegan 4)

Adakah something rotten in the state of Selangor?

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu - The Salam Connection

No comments:

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...