Oleh – Hesmel Faznee Faisal
Penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada seorang sahabat penulis yang juga pemilik blog http://bleachjournal.wordpress.com/ kerana mengingatkan penulis di dalam penulisan yang terdahulu (Rujuk tulisan Perang di Alam Terang) tentang penulis hantu (Jose, in other words, the ghost writer. Sounds spooky, don’t you think?) yang diupah oleh ahli-ahli politik tertentu untuk menulis ucapan-ucapan yang dibaca dan sebagainya!
Tidak dinafikan, ada sesetengah ahli politik yang terlalu bergantung kepada penulis hantu untuk menulis, namun ada juga yang menulis sendiri ucapan-ucapan mereka dan sebagainya.
Namun, penulis agak meragui ahli politik yang sanggup menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer menulis atau mengemaskinikan blog masing-masing! Apakah mereka mempunyai masa untuk berbuat demikian? Tidakkah mereka patut melakukan perkara yang lazimnya dilakukan oleh seorang ahli politik (Jose, you go and figure it out!).
Hanya seorang sahaja ahli politik yang penulis kenal, benar-benar boleh digelarkan sebagai a true blogger. Selain daripada Elizabeth Wong, ahli Parlimen Jelutong YB Jeff Ooi merupakan seorang blogger yang selayaknya digelar blogger kerana beliau sendiri merupakan seorang blogger sebelum menceburi (secara bidan terjun) ke dalam sepak terajang politik!
Yang lain, penulis rasa didorong untuk menulis blog atau membuat laman web (which I doubt it can be referred to as a blog nor the individual can be referred to as a blogger, due to its formality of the website!) hanya kerana desakan dan potensi yang dilihat oleh mereka, memaksa mereka membuat blog sendiri.
Merujuk kepada kegilaan orang ramai sekarang iaitu facebook, terlalu banyak penguna yang terdiri daripada ahli politik mula memenuhi ruangan tersebut. Di Malaysia sahaja, tidak kurang daripada 20 pengguna yang terdiri daripada ahli politik mahupun parti politik tempatan menggunakan facebook sebagai medium perhubungan antara rakyat. Namun, di sebalik excitement penglibatan para politikus ini di dalam new media seperti facebook itu, ada juga di antara mereka mengupah penulis hantu untuk mengemaskinikan akaun facebook mereka.
Itu, penulis faham kerana sememangnya kehidupan seorang ahli politik ini bukanlah seperti orang biasa. Dari segi kemewahan masa, mereka mungkin “miskin” jika dibandingkan dengan orang biasa yang lain. Untuk mengatasi masalah tersebut, maka penulis-penulis hantu inilah yang membantu mereka.
Tetapi pokok pangkalnya ialah, dari segi intimasi antara mereka dengan pengunjung facebook mereka, apakah ianya benar-benar wujud atau sekadar satu bentuk tanggapan sahaja? Ada di antaranya mempunyai hampir 5,000 orang sahabat facebook mereka.
Secara ringkasnya, agak sukar untuk mewujudkan satu keadaan di mana ahli politik ini mampu untuk berhubung dengan penyokong/peminat mereka, tanpa menggunakan orang tengah (seperti penulis hantu yang disebut di atas). Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Y.B Dato’ Razali Ibrahim baru-baru ini telah mengumumkan bahawa beliau akan meluangkan masa beliau pada setiap hari Selasa (jika tidak silap penulis!)
Pokok pangkalnya, ada kebaikan dan keburukan di dalam menggunakan penulis hantu ini untuk menulis (bagi pihak mereka). Mungkin ada yang boleh menterjemahkan visi dan misi seperti yang dikehendaki oleh politikus tersebut. Namun, rata-rata ada yang tersilap menafsirkan apa yang diingini oleh bos mereka (Perkara ini sering berlaku semasa zaman pemerintahan seorang Perdana Menteri terdahulu).
Sebenarnya, samada seorang itu mempunyai penulis hantu atau tidak, apa yang penting ialah mereka haruslah bertanggungjawab di atas apa jua yang ditulis dan tertulis di dalam laman web masing-masing!
Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput Bulan Semula Ke Sangkar Waktu – The Salam Connection

No comments:
Post a Comment