Wednesday, 7 January 2009

DOA...

Oleh - Hesmel Faznee Faisal

Salam kepada semua pembaca blog Bacalah..(Kalaulah ada!)

Doa merupakan satu senjata yang paling berkesan di dalam kehidupan. Ianya mampu dilakukan jika kita bersungguh-sungguh melakukannya, selain daripada berusaha untuk melakukannya. Doa tanpa usaha tiadalah ertinya!

Penulis ada menerima sebuah SMS yang antara kandungannya mengajak semua umat Islam melakukan solat hajat serta membaca sebahagian daripada surah Fath, ayat 26-27 serta Surah Yunus, ayat 85-86 dan 88.

Berikut adalah maksud kepada surah-surah tersebut.

Surah Fath 26 (Ingatlah dan kenangkanlah ihsan Tuhan kepada kamu) ketika orang-orang yang kafir itu menimbulkan perasaan sombong angkuh yang ada dalam hati mereka (terhadap kebenaran Islam) perasaan sombong angkuh secara Jahiliah (yang menyebabkan kamu panas hati dan terharu), lalu Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada RasulNya dan kepada orang-orang yang beriman (sehingga tercapailah perdamaian), serta meminta mereka tetap berpegang kepada "Kalimah Takwa", sedang mereka (di sisi Allah) adalah orang-orang yang sangat berhak dengan "kalimah Takwa" itu serta menjadi ahlinya dan (ingatlah), Allah adalah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Surah Fath 27 Demi sesungguhnya! Allah tetap menyatakan benar RasulNya dalam perkara mimpi itu dengan kenyataan yang sebenar; iaitu sesungguhnya kamu tetap akan memasuki Masjidil Haram, Insya Allah (pada masa yang ditentukanNya) dalam keadaan aman (menyempurnakan ibadat Umrah kamu) dengan mencukur kepala kamu dan kalau (tidak pun) menggunting sedikit rambutnya, serta kamu tidak merasa takut (akan pengkhianatan musuh sehingga kamu keluar balik dari situ). (Allah menangguhkan berlakunya kenyataan itu) kerana Dia mengetahui (adanya feadah dalam penangguhan itu) yang kamu tidak mengetahuinya; maka Dia menyediakan sebelum (terlaksananya mimpi) itu, satu kemenangan yang dekat (masa berlakunya).

(Yunus: 85) - Lalu mereka berkata: Kepada Allah jualah kami berserah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau jadikan kami landasan fitnah kesengsaraan bagi kaum yang zalim ganas.

(Yunus: 86) Dan selamatkanlah kami dengan rahmatMu dari angkara kaum yang kafir.

(Yunus:87) Dan (setelah itu), Kami wahyukan kepada Nabi Musa serta saudaranya (Nabi Harun): Hendaklah kamu berdua mendirikan rumah-rumah di Mesir untuk menempatkan kaum kamu dan jadikanlah rumah-rumah kamu tempat sembahyang, serta dirikanlah sembahyang di dalamnya dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman (bahawa mereka akan diselamatkan dari kezaliman Firaun dan kaumnya).

(Yunus:88) Dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda yang mewah dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (Kemewahan yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.

Penulis berharap, sedikit sebanyak dengan usaha kita membaca surah di atas, ianya akan dapat membantu meringankan beban dan juga kekejaman kepada saudara seIslam kita di Palestin. Dalam masa yang sama, kita perlulah memikirkan cara yang paling efektif untuk menentang kekejaman ini.

Penulis rasa memboikot itu bukanlah cara yang paling berkesan! Manusia dikurniakan Tuhan untuk berfikir. Kita haruslah berfikir dengan lebih dalam tentang cara yang lebih tepat. Boikot adalah satu pendekatan yang paling tidak berkesan, terutamanya apabila kita menghadapi masalah sebegini.

Kita Kan Tersesat Pabila Malam Menjemput BUlan Semula Ke Sangkar Waktu -
The Salam Connection

1 comment:

Syuk said...

Mari kita berdoa untuk keringanan penderitaan saudara-saudara kita di Gaza.

اللَّهُمَّ إِنَّ بِإِخْوانِنا الْمَنْكُوبِينَ فِي غَزَّةَ مِنَ البَلاَءِ مَا لاَ يَعْلَمُهُ إِلاَّ أَنْتَ، وَإِنَّ بِنا مِنَ الوَهَنِ وَالتَّقْصِيرِ مَا لاَ يَخْفَى عَلَيْكَ، إِلَهَنا إِلَى مَنْ نَشْتَكِي وَأَنْتَ الكَرِيمُ القَادِر، أَمْ بِمَنْ نَسْتَنْصِرُ وَأَنْتَ المَوْلَى النَّاصِر، أَمْ بِمَنْ نَسْتَغِيثُ وَأَنْتَ المَوْلَى القَاهِر،

Ya Allah! Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa dahsyatnya bala bencana yang sedang menimpa saudara-saudara kami di Gaza sekarang. Begitu juga hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa lemah dan cuainya kami. Wahai tuhan kami! Kepada siapakah lagi kami mengadu sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemurah Lagi Maha Berkuasa? Kepada siapakah kami memohon pertolongan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memberikan Pertolongan? Kepada siapakah kami memohon bantuan sedangkan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Memaksakan (kehendakNya) ?


اللَّهُمَّ يا مَنْ بِيَدِهِ مَفاتِيحُ الفَرَجِ فَرِّجْ عَنْ إِخْوانِنا وَاكْشِفْ ما بِهِمْ مِنْ غٌمَّةٍ.

Wahai Tuhan yang ditanganNya segala kunci kelepasan! Lepaskanlah dan hilangkanlah segala kedukaan yang sedang menimpa saudara-saudara kami itu.


اللَّهُمَّ يا عَزِيزُ يا جَبَّارُ يا قَاهِرُ يا قَادِرُ يا مُهَيْمِنُ يا مَنْ لاَ يُعْجِزُه شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّماءِ، أَنْزِلْ رِجْزَكَ وَعَذَابَك عَلَى اليَهُودِ الصَّهَايِنَةِ وَمَنْ يُعِينُهُمْ عَلَى الْمُسْلِمِينَ.

Wahai Tuhan Yang Maha Mulia, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Memaksa, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Menguasai, Tuhan yang tidak boleh ditewaskan oleh sesiapa di langit dan di bumi! Perturunkanlah azab dan seksaMu terhadap Yahudi Freemason dan sesiapa yang membantu mereka terhadap orang-orang Islam.


اللَّهُمَّ يا مَنْ بِيَدِهِ مَقَالِيدُ الأُمُورِ، يا مَنْ يُغَيِّرُ وَلاَ يَتَغَيَّرُ قَدْ اشْتاقَتْ أُنْفُسُنا إِلَى عِزَّةِ الإِسْلاَمِ، فَنَسْأَلُكَ نَصْراً تُعِزُّ بِهِ الإِسْلاَمَ وَأَهْلَهُ وَتٌذِلُّ بِهِ البَاطِلَ وَأَهْلَهُ.

Wahai Tuhan yang pada tangannya penguasaan segala urusan! Wahai Tuhan yang merubah segalanya sedangkan dirinya tidak berubah! Sesungguhnya kami amat merindui kemuliaan Islam. Kami memohon kepadaMu kemenangan yang memuliakan Islam dan penganutnya, serta menghinakan kebatilan dan pendokongnya.

SENI BAHASA DAN SENI RUPA DALAM CERMINAN AKAL BUDI MELAYU

                                                                                Oleh - Hesmel Faznee Faisal Allahyarham Pendeta Za’ba (1985-...